Saturday, June 7, 2014

WAJIB BACA: PUISI MELAYU YANG MENYENTUH JIWA!!


Melayu Mundur Kerana Melayu - (Dr Shukri Abdullah)

Memang mudah tuding jari kepada DAP
Memang senang tuduh MCA atau MIC
Betul ke  Cina dan India yang menyebabkan Melayu mundur ?
Melayu alpa. Melayu merempit.
Melayu ambil dadah. Melayu gila hiburan.
Melayu asyik berkonsert.
Di dewan - konsert, di padang - konsert,
Di staudium - konset, di TV - konsert.
Hebat Melayu, dari Bintang Kecil ke Bintang Tua !
Angkara Cina dan India kah semua tu ?

Memang banyak cerita Cina diskriminasi Melayu di dunia pekerjaan.
Dalam sektor swasta mereka kuasai.
Sukar anak Melayu nak naik pangkat.
Dunia perniagaan mereka control.
Payah peniaga Melayu nak mencelah sama.
Kita tidak kata Cina dan India 100% tidak bersalah.
Tetapi Melayu juga ada diskriminasi Cina dan India !!

Kita berkata, dimana Melayu boleh kawal kenapa Melayu tidak kawal.
Kenapa Melayu tak kawal hiburan hingga melekakan remaja Melayu.
Hingga kini bukan saja remaja Melayu
Mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan
Barangkali tok dan tok wan Melayu juga!

Bukan saja anak kecil, datuk dan nenek Melayu pun menyanyi.
Pun bergencok. Pun berlenggang. Pun lupa diri.
Jadi kalau ramai pelajar Melayu tak tau solat.
Kalau lagi ramai yang tau solat tak bersolat.
Terlalu ramai tak pernah jemaah di mesjid,
Salah Cina dan India lagi ????

Siapa perintah negara setakat ini .... Cina dan India?
Siapa kesemua PM setakat ini .... Cina dan India?
Siapa semua hampir kesemua MB-KM setakat ini ... Cina dan India?
Siapa semua wakil rakyat yang ada..Cina dan India??
Siapa majoriti ketua-ketua jabatan setakat ini ... Cina dan India ?
Siapa ketua Polis dan ketua Tentera setakat ini ... Cina dan India ?

SEKARANG ini mari kita pakat perbaiki diri kita.
Perbaiki bangsa kita. Perbaiki amalan agama kita
Perbaiki anak muda kita. Perbaiki pelajar kita.

Dengan menoleh ke dalam diri kita,
Dengan muhasabah kesilapan kita,
Dengan ikhlas dengan kekurangan kita,
Dengan usaha perhebatkan bangsa kita.

Hanya Melayu yang Islam boleh maju kedepan.
Melayu yang Melayu sukar, lambat dan tak nampak jalan !
Lihat dalam Islam ...
Kita diajak berjaya 15 kali sehari, 450 kali sebulan, 5400 kali setahun.
Kan berkemundang "Haiyya Alal Falah"
Dua kali dalam azan, sekali dalam iqamah ... 5 kali sehari.
Mari berjaya. Come to success.
Tetapi "Haiyya Alal Falah" didahului dengan "Hayya Alal Solah"
Maksudnya berjaya ikut acuan Islam.
Mari bersolat, mari berjaya.
Come to solat, come to success.

Rumusan:
Renung bangsa sendiri.
Tengok amalan agama bangsa sendiri.
Teliti kesilapan kealpaan bangsa sendiri.
Muhasabah bangsa sendiri.

Apabila kita asyik tuduh Cina dan India. Kita tambah dengan Kadazan dan Iban.
Kita Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita.
Itu salah kita selama ini. Usah beralasan lagi.
Mari kita sama-sama cari jalan keluar.
Ayuh Melayu ... sama-sama fikir, sama-sama renung.
Sama-sama bertindak dengan bijaksana. Bukan emosi tak tentu hala!!



GR kata: Ada yang dah sedar diri ker??

3 comments:

Anonymous said...

Bagus sungguh tulisan buat peringatan!
Namun bila sebut beragama Islam Melayu ramai yang ditimpa perasan!,
Sibok dengan hal bertudung dan berketayap, namun Islamnya kurang fahaman!,
Kalau menghakim dan menghukum orang itulah kegemaran!,
Jarang yang mampu bermuhasabah dan lihat secara dalaman!
Buanglah sikap keIslaman persis lakunan!
Kepada Allah aku mohon keampunan
Peringatan buat diri sendiri aku dahulukan!

Anonymous said...

Jom ikut perintah ALLAH dalam Al-Quran Surah Al-Fath ayat akhir



[29]Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)... hingga akhir ayat.

Anak Bukit Jelutong said...

Jom sama-sama kita perbaiki.
Kelemahan yang ada.
Jom sama-sama kita insafi
Kita sudah tiada segalanya.

Dan untuk itu juga
Jom kita tolak dan hapuskan
Pengkhianat dan penderhaka
Kepada Agama dan Bangsa.

Berpolitik hanya kerana diri
Bukan demi Agama dan Bangsa
Sanggup lakukan apa saja
Asalkan matlamat diri terlaksana

Fikirlah nasib Agama dan Bangsa
10, 20, 30 dan 50 tahun mendatang.
Wahai bangsaku.

Artikel pelbagai