Friday, May 2, 2014

CAYALAH ANWAR AND THE GENG, DEMO #BantahGST BERJAYA CAPAI SASARAN KAN??


Jika lihat dari gambaran di atas, suasana demo #BantahGST siang tadi nampak hebat bukan. Tapi betul ke capai sasaran yang diinginkan oleh Anwar Ibrahim? Jika betul sampai 100ribu yang hadir logik akal tak sepanjang jalan Dataran Merdeka tu boleh muat sampai 100 ribu manusia....fikirlah sendiri yer!!

Sebab apa GR persoalan kehadiran penyokong tegar puak pakatan pembangkang nie, sebab nya laporan media dari Malaysiakini kata 50 ribu, laporan dari Harakah kata 100 ribu, laporan dari sorang pemimpin diaorang nie kata berjuta-juta yang turun....tapi kenapa tak melimpah ruah sampai tutup KL.

Korang ingat tak masa Bersih 3.0 dulu, diaorang rakyat berikan sokongan penuh pada mereka dengan ramai yang turun...sampai keluarkan gambar KL penuh dengan umat manusia berpakaian kuning. Sekali kantoi gambar tu macam biasalah 'Editing Cemerlang'...Kih kih kih.

Samalah macam demo siang tadi, sebenarnya dapat sambutan ke tak? Kenapa sampai ada yang GR dengar masa siang tadi...ada penyokong korang nie kata.. "asyik turun, macam nie jugak...tak der dapat apa-apa perubahan pun...boring lah!!" Macam mana tu Bang Non...bagi lah komen sikit.


Apa sebenarnya tujuan korang buat demo #BantahGST nie? Yang turun nak #BantahGST nie korang faham ke tak sebenarnya apa yang kerajaan nak buat sekarang? Gambar ni GR dapat masa siang tadi yang baju ni korang pakai dan GR pun dapat serta pakai baju yang sama...sorry lah yer kawan2 pembangkang, lepas pakai GR buat lap kereta. Hi hi hi....

Baju dipakai oleh pendemo di Dataran Merdeka siang tadi. Ini jawapan dari point yang korang cetak pada baju yang dipakai siang tadi:

1. Gubal Akta Gaji Minima
Gaji minima sudah dilaksana mulai 1/1/14. Mereka baru minta gubal? Ketinggalan maklumat.

2. Mansuhkan ISA
ISA sudah dimansuhkan. Kita niat baik tapi mereka salah guna utk ganggu KL hari ini. Ada yg cadang utk kembalikan akta itu.

3. Perumahan selesa untuk rakyat
BN dlm Akujanji PRU13 janji akan bina 1 juta rumah mampu milik dlm 5 tahun. Buku Jingga hanya 150 ribu 5 thn. Jauh benar beza angka itu.

4. Kawal harga barangan
Harga barang naik antara sbbnya peniaga2 tertentu secara senyap adakan sabotaj ekonomi. Namun kadar inflasi 3.4% masih terkawal sbb BN terus jaga ekonomi dgn baik.

5. Pulihkan Pilihanraya Majlis Tempatan
Pilihanraya Majlis Tempatan strategi pihak tertentu sbb penyokong mereka yg sudah senang & jadi rakyat kelas pertama di negara ini kuasai bandar2.

6. Hentikan Penswastaan Perkhidmatan Asas
Mana ada lagi penswastaan khidmat asas? TNB, Prasarana, KTMB, MAS semuanya GLC, milik Kerajaan.

Mananya nak lawan pasal GST? Hakikatnya puak pembangkang nie diaorang sendiri tak tau apa itu GST. Diaorang nie termakan cakap dan hasutan boss-boss diaorang jer...hati dah busuk memang tak boleh masuk apa pun yang baik.

Pada yang tak nak kaji dulu pasal GST nie, korang baca ni kronologi dari bila ianya dicadangkan:



Sebelum nak ikut-ikut cakap orang tu kaji dulu, jangan nak hentam keromo yer. Fikirlah balik apa yang boss korang bagi sampai korang taksub sangat turun demo sana sini, apa pun takder. Takkan dapat elaun jer korang sanggup buat benda bodohkan. Ada otak pikirlah yer.

Pandangan sorang nie bagus dan GR sharekan untuk korang semua....



GR kata: Polis buat kerja terbaik kawal macai buat demo kali nie!!

2 comments:

Anonymous said...

cakap jelah demo tu untuk selamatkan anwar dari dimasukkan kepenjara. gstlah, rakyat sengsaralah, dapur tak berasaplah dan macam2 lagi. per punya bodoh la korang yg turun demo. tau ke apa itu gst dan bagaimana gst itu dilaksanakan? hoi macai bodoh! ketua korang yg didapati bersalah oleh sebagai peliwat itupun dah sebut bahawa gst adalah relevan. korang tak rasa korang ni bangangkah? ikut ketua pembangang...

Anonymous said...

...oleh mahkamah...

Artikel pelbagai