Friday, May 23, 2014

CALON DAP DAN BN TOLAK HUDUD? APA NASIB ORANG MELAYU ISLAM DI TELUK INTAN? #PRKTelukIntan #Battle4TelukIntan


Betul ker apa yang cakap-cakap dalam jentera UMNO yang 'bersuka-ria' di Teluk Intan mengatakan bahawa calon muka manis dan cute ni Dyana Sofya akan menang dengan majoriti besar dalam PRK kali ini.

Selama GR di Teluk Intan bersama dengan kedua-dua jentera parti yang bertanding, pemimpin DAP yang berasal dari kawasan merasakan TIDAK PUAS HATI kenapa orang luar diletakkan sebagai calon untuk PRK kali ini. Mereka sudah mula ada perasaan was-was dengan pucuk pimpinan DAP. Ada dikalangan pemimpin di Teluk Intan yang bersiap sedia untuk menjadi calon dan layak dipandang sebelah mata oleh boss-boss mereka.

Pernah tak kita terfikir, jika calon BN diletakkan seorang wanita yang lebih cantik dari Dyana Sofya dan tidak bertudung...apa akan jadi? Sudah tentu jentera pakatan hentam calon BN ini secukup-cukupnya. Tapi sekarang, kenapa PAS berdiam diri? Jentera UMNO/BN juga lebih ramai suka dari hentam diaorang. Kenapa tak temberang jugak??

Salah satu perjuangan Dyana di Teluk Intan, hapuskan UiTM. Kenapa tak berani nak hapuskan SJK (C)?

Wahai Dyana, janganlah dipertikaikan kewujudan UiTM. UiTM tidak pernah menjadi milik UMNO pun, tetapi adalah milik mutlak bangsa Melayu bumiputera bagi membantu mereka merapatkan jurang sosioekonomi kaum lain yang lebih terkehadapan.

UiTM menjadi pengimbang sosioekonomi Melayu bumiputera agar bangsa Melayu seperti Dyana tidak lagi memerlukan ‘tongkat’ untuk maju dalam kerjaya dan kehidupan. Tahniah Dyana, anda tidak lagi memerlukan tongkat itu, tapi anak-anak dan cucu-cucu kamu mungkin masih memerlukan selagi jurang sosioekonomi terus wujud.

Persoalannya mengapa gemar sangat DAP menyentuh institusi pendidikan ulung istimewa orang Melayu bumiputera itu. Adakah kerana ia semakin hebat sekarang? Institusi itu ternyata cemerlang dalam melahirkan siswazah yang cukup berjaya dari dulu hingga sekarang.

Mengapa Dyana terlalu terharu apabila Kit Siang melinangkan air mata kerana UiTM. Mengapa Dyana tidak melihat berapa ramai lagi bangsanya sendiri yang menangis kerana keciciran?

Siapa yang memenuhi kolej-kolej dan universiti-universiti swasta yang tidak mampu dimasuki oleh pelajar-pelajar miskin? Korang ada fikirkan tak??

Dyana kata, UiTM milik UMNO...untuk pengetahuan Dyana, sekolah Cina juga bukan milik MCA atau DAP. Ia adalah milik rakyat. Maka itu ia sepatutnya menjadi seperti sekolah rakyat atau sekolah kebangsaan. Sebagai sekolah milik rakyat ia harus menggunakan bahasa rakyat Malaysia iaitu bahasa kebangsaan sahaja.


Bagaimana pula dengan Datuk Mah? Adakah keinginan beliau untuk mencuba nasib sekali lagi di Teluk Intan? Ramai dikalangan pakatan pembangkang dan BN bercakap Datuk Mah ada peluang untuk menang. Ini kerana trend pengundi sekarang sudah mula beralih arah, ini disebabkan undi mereka sebelum ini meleset atas sebab marah pada Kerajaan.

Adakah orang Teluk Intan boleh berikan mandat pada kawan mereka sendiri di Teluk Intan? Kawan yang GR maksudkan adalah Datuk Mah sendiri yang merupakan ANAK JATI Teluk Intan. Pengundi membuat pilihan atas sebab rupa paras atau pun gerak kerja yang boleh membantu mereka dalam semua aspek.


Dua-dua calon cuba nak tolak Hudud, korang rasa siapa yang betul? Pandangan GR tengok pucuk pimpinan parti yang menyokong dan berusaha untuk direalisasikan Hudud ini. Rasa-rasanya siapa yang perjuangkan, siapa yang memain dan siapa yang cuba tidak menyokong dan menghalang pelaksanaan Hudud nie? Korang fikirlah sendiri!!


GR kata: Pilih pemimpin yang boleh buat kerja, bukannya pemimpin yang tak boleh jawab soalan dan kawal semua benda!!


4 comments:

Anonymous said...

Dyana, Babi dan DAPpigs berpisah tiada.....

Anonymous said...

Kesilapan besar Tunku Abdul Rahman, mengambil Cina penceroboh jadi warganegara yang boleh mnegundi dan bertanding dan mengganggu pentabiran Tanah Melayu!

Unknown said...

Mohon Laluan Tuan Untuk Kenyataan Media Pembela berkenaan sikap tidak sensitif sesetengah pihak terhadap agama Persekutuan

http://www.bangkit.info/2014/05/kenyataan-media-pembela-berkenaan-sikap_24.html

Terima kasih atas ruang kebenaran.

Unknown said...

Mungkin banyak makan coklat Cadbury.

Tolong sebar segera. Wajib disebarkan maklumat ini. DNA babi dalam coklat Cadbury. Apabila DNA babi sudah ada dalam tubuh orang Melayu maka orang Melayu pun ikut cakap Cina.
http://cerobohlagi.blogspot.com/2014/05/menggemparkan-babi-dalam-coklat-cadbury.html

Artikel pelbagai