Thursday, April 17, 2014

SAYA TAK TAHU ITU KARPAL - SAKSI UTAMA KEMALANGAN


Malam tadi berlaku kemalangan membabitkan MPV Alphard di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Tapah.

Mangsa yang terkorban membabitkan ahli parlimen berasal dari Pulau Pinang Karpal Singh dan pembantunya.

GR ingin ucapakan salam takziah pada keluarga mangsa dan bersabar dengan dugaan yang mereka terima. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.

"Saya tak tahu itu Karpal," demikian reaksi pemandu lori, Abu Mansor Mohd, 45.

Menurutnya, sebaik perlanggaran berlaku, dia segera meninjau keadaan MPV berkenaan dan mendapati ada mangsa yang cedera. Katanya, terdapat beberapa kenderaan berhenti di laluan itu dan memaklumkan mangsa yang terlibat merupakan bekas pemimpin tertinggi DAP.

"Waktu itu baru saya tahu itu Karpal, ketika itu dia berada dalam keadaan tidak sedar, sebahagian mukanya ada kesan darah," katanya.

Dalam kejadian itu, Karpal, 74, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor bersama pembantu peribadinya, Micheal Cornelius, 39, maut. Turut berada dalam MPV berkenaan, anak Karpal, Ramkarpal Singh, 38, namun tidak cedera, pemandu MPV, C Selvam juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Seorang lagi penumpang yang juga pembantu rumah warga Indonesia parah dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Difahamkan, semua ahli keluarga Karpal, termasuk isteri beliau sudah berada di hospital.

Insiden kira-kira jam 1 pagi itu berlaku, apabila MPV jenis Toyota Alphard membawa Karpal hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belakang sebuah lori muatan 5 tan di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan.

Karpal dikatakan dalam perjalanan ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes perbicaraan mahkamah, pagi ini.


GR kata: Daripada DIA kita datang, kepada DIA jugalah kita kembali.

6 comments:

Anonymous said...

JENUH LA MAKAN NASI KANDAQ PI BERKEMPEN PRK.

Unknown said...

Buat liputan ttg kesalahan karpal singh..Ada saman JPJ 9..PDRM 35..check kt myeg 400628-07-5079..pemandu warga india..entah ada lesen memandu dan permit kerja atau tak?org gaji warga indon tengah tenat pun x pasti ada permit ker x?

Anonymous said...

DAP-Die At Perak

Unknown said...

Hudud..

berasiam said...

kemenangan berganda untuk kumpulan peguam yang memperjuangkan hudud dilaksanakan. pada ketika akta persendirian bakal dibentangkan di parlimen, penentang utama hudud dimatikan.

masih ramai yang belum jelas bahawa pembentangan ini hanya memerlukan majoriti mudah untuk kelulusan. undang-undang yang bakal dicadangkan tidak melibatkan pindaan perlembagaan, satu strategi bijak yang dicetuskan oleh kumpulan peguam ini.

jika ahli parlimen umno tidak menyokong, mahu kena perhambat dek pengundi pada pru-14 nanti. ahli parlimen umno kena sokong demi politik dan yang lebih utamanya kerana Islam. sama-sama sokong dahulu kemudian perbaiki pun bersama-sama.

dalam kes ini, apa pun keahlian parti pemandu lori 5 tan itu, yang bersalah ialah toyota alphard kerana melanggarnya. apa barang nak buat fitnah kata konspirasi. lainlah kalau lori yang langgar alphard, bolehlah dituduh konspirasi. buat repot aja, alphard tu dah kena denda RM300.00 kot.

Gossip Rakyat said...

menarik idea pasal saman karpal singh nie. mesti ramai pemimpin2 tak kira BN ke pakatan yg langgar undang2 kan? hehehe ;p

Artikel pelbagai