Thursday, March 6, 2014

#PRKKajang: APA LAGI ANWAR NIE MEREPEK TAK TENTU PASAL! @Khalid_Ibrahim @anwaribrahim @NajibRazak


Apa lagi lah Si Anwar Ibrahim tak puas hati lagi nie? Salah ker tindakan yang diambil MB Selangor untuk menyelamatkan rakyat di negeri pentadbirannya sendiri?

Perlu ker setiap perkara harus dipersembahkan dulu kepada Anwar Ibrahim? Tinggi sangat ker pangkat dia sampai semua hal nak diambil tahu  dan perlu dipersetujui oleh semua. Semua perkara harus DIPOLITIKKAN ker?? Korang fikirlah sendiri yer....

Isu masalah air di Lembah Klang ni bukannya perkara baru, tapi dah lama cuba diselesaikan oleh dua-dua belah pihak. Tapi atas disebabkan gila sangat berpolitik nasib rakyat diperjudikan. Paling penting ketepikan soal politik, sama-sama buat perbincangan tak kisahlah parti mana yang memerintah negeri atau negara.

Adakah Anwar lupa cadangan MoU ni dah lama cuba dimerterai? Sekali lagi GR bertanyakan salah ker buat perkara baik demi kepentingan dan keselesaan rakyat? Lihat di atas, mana yang betul dan salahnya? Kenapa cuba timbulkan MoU ni hanya cuba diselesaikan dalam masa sehari. Gilerrrr kerrr????

Kepada rakyat Selangor, fikirlah yang terbaik. Jika Khalid Ibrahim layak terus menerajui Selangor...kekalkanlah. Kepada masih ada pihak yang cuba menyekat demi kepentingan peribadi. Masyarakat DUN Kajang, buatlah keputusan bijak...jangan mudah terpengaruh dengan kata. Ingat kata-kata 'Kerana mulut badan binasa'.....

Nasib Memorandum Persefahaman (MoU) perjanjian pengstrukturan semula air di Selangor dan Wilayah Persekutuan kini menjadi tanda tanya selepas pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) pada Rabu mengarahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menandatangani sebarang perjanjian dengan kerajaan pusat tanpa kelulusan mereka.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Khalid perlu menjelaskan beberapa butiran perjanjian MoU serta mendengar pandangan-pandangan daripada Majlis Pimpinan PR sebelum menandatangani perjanjian tersebut.

"Kita minta Tan Sri Abdul Khalid lebih teliti terutama dalam kenyataannya tentang perjanjian yang bakal ditandatangani.

"(Khalid) Harus diberikan penjelasan yang lebih terperinci tentang kesan (perjanjian) kepada Selangor, soal tarif dan beberapa aspek perjanjian termasuk Langat 2 kepada pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ditandatangani...kalau lepas tandatangan (penjelasan) tak ada makna dah," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR di Ibu Pejabat PAS Pusat di sini, Rabu.

Hadir sama Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Kongres Khas DAP, Anthony Loke.

Anwar berkata, tiga wakil PR telah dihantar untuk mengadakan perbincangan dan menyatakan pandangan mengenai perjanjian air dengan Khalid.

Mereka ialah Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai, AJK PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang turut hadir pada mesyuarat sebelum sidang media diadakan.

"Ketiga-tiga mereka kini dalam perjalanan bertemu Tan Sri Abdul Khalid," katanya.

Anwar berkata, ketika sidang media berlangsung, Khalid sedang memberikan taklimat terperinci kepada ahli-ahli Parlimen dan Adun-Adun di Selangor mengenai MoU penstrukturan air dengan Kerajaan Persekutuan.

Beliau menjelaskan, PR secara dasarnya menyokong rundingan penstrukturan semula air di Selangor dengan kerajaan Persekutuan.

Beliau juga mengakui tanpa rundingan, kepentingan rakyat Selangor dari segi bekalan air akan terjejas dalam jangka masa panjang.

"Tetapi kita juga ada kebimbangan dan faktor-faktor yang perlu dipertimbang

"Pandangan bebas perlu dilihat. Ini bukan setakat MOU tetapi perjanjian dikepilkan bersama. Persefahaman di antara Kerajaan Persekutuan dan negeri perlu, kita sokong secara prinsipnya," katanya.

Mengenai MoU tersebut, Anwar mengakui belum melihat kandungannya.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata beliau telah menasihatkan Khalid sebelum ini supaya berhati-hati dalam memeterai perjanjian kerana ia melibatkan kepentingan jangka panjang rakyat Selangor.

Tambahnya, PR tidak bermaksud untuk menyulitkan lagi keadaan.

"Jangan sulitkan lagi keadaan, bukan semua (perkara) kena rujuk (Majlis Pimpinan PR), kita tak pernah ganggu tetapi ini melibatkan manifesto, melibatkan Langat 2.

"Ada beberapa perkara perlu diteliti...peruntukan yang masih lagi samar-samar," tegasnya.

Dalam pada itu Anwar juga memberitahu bahawa beliau telah memaklumkan kepada Khalid supaya meminta tempoh daripada Kerajaan Persekutuan sebelum menandatangani perjanjian tersebut. Katanya, Kerajaan Persekutuan perlu munasabah dalam menetapkan tempoh perjanjian.

"Takkan malam pukul 11 telefon, esok pagi pukul 10 suruh tandatangan dokumen perjanjian yang melibatkan nilai RM9.6 bilion atau 11 bilion," katanya.


GR kata: Sendiri yang nak bagi 'air percuma', sendirilah sama-sama cari jalan penyelesaiannya. Jangan pulak lepas ni tukar MB, air pun hilang entah ke mana.

2 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya Tan Sri Khalid dah tinggalkan beban maintenance yang sangat tinggi kepada MB baru nanti....seperti yang di wawancara pengambilalihan oleh kerjaan negeri selangor dengan senang hati pusat beri kebenaran...tetapi apa-apa penyelenggaraan selepas ini di bawah kerajaan negeri selangor.....yang mana kosnya adalah amat tinggi....bila dilakukan pertukaran paip-paip lama, pastinya kos terpaksa ditanggung....adakah dapat lagi beri air free...kita tengoklah nanti....Non Revenue Water...nak develop bukan hanya buat kolam semata-mata.....biasanya melibatkan kos.....bila kos naik...harga dapat rendah ke?...nak maintain harga rendah siapa yang kena tanggung?...akhirnya rakyat juga....

Sebab tu bung Nuar takut sangat penstrukturan nie...dah kena check mate dengan Khalid da....

Apa ingat Tan Sri Khalid bodoh ka?....Seperti kata Tan Sri lagi tak mustahil boleh berjaya jika bekerja.....dengan kata lain Tan Sri suruh bakal MB lepas ni kerja.....

Lepas ni ada pulak cerita tak jadi nak jadi MB....suruh tan Sri Khalid je jaga...hu...hu...bijak-bijak.

Kalau rasa nak air murah meh la ambil air kat lombong ye...ambo pun rumah dah kurang air ni.

Anonymous said...

Buat penganut PR dan pencacai yang BODOH dan sewaktu dengannya...nak air murah atau free, pi la angkut sendiri dari sungai atau lombong... dah air masuk ke rumah melalui paip lagi mudah, banyak cekadak dan bunyi lagi... hehe

Artikel pelbagai