Tuesday, November 19, 2013

MISTERI #VillaNabila PELBAGAI VERSI, ADA HANTUNYA ADA SEDIHNYA!!


Tiba-tiba nama Villa Nabila yang terletak berhampiran Danga Bay, Johor Bahru menjadi perhatian berikutan khabar angin  kehilangan 23 orang remaja setelah mereka dilaporkan memasuki rumah terbiar itu pada Sabtu lalu.

Namun, pihak Polis sudah pun mengesahkan hanya seorang sahaja yang dilaporkan hilang dan berharap pihak lain tidak membuat sebarang spekulasi dengan niat untuk menghangatkan lagi perkara tersebut.

Kisah pertama 23 Remaja Hilang Gagal Keluar Dari Villa Nabila baca DI SINI

Pastinya anda pun tertanya-tanya apakah kisah misteri yang pernah terjadi di sebalik rumah yang dibina di atas bukit itu.

Menurut sebuah laman blog, pelbagai versi kisah misteri banglo itu dikongsi oleh orang-orang lama yang menetap di situ yang disampaikan secara lisan kepada anak-anak mereka.

Versi pertama mengatakan nama asal villa ini ialah Christine Palace di mana ia merupakan nama isteri seorang ahli perniagaan yang berasal dari luar negara.

Dipercayai, sebelum membina villa tersebut, ahli perniagaan itu telah berjanji untuk membahagikan tanah tersebut dengan enam orang adik-beradiknya yang lain.

Namun, disebabkan sikap tamak yang menguasai dirinya, isterinya telah mati dibunuh oleh dua orang samseng yang diupah oleh adik-beradiknya itu.

Selepas nyawa isterinya melayang, si suami masih lagi berkeras enggan membahagikan tanah tersebut sehinggakan dirinya turut dibunuh oleh samseng tersebut.

Dan sejak kejadian itu, villa tersebut dipercayai telah dibiarkan tidak berpenghuni sejak 70 tahun lalu.

Gambar-Gambar sekitar #VillaNabila bikin kecoh satu Malaya korang tengok kat SINI

Sementara itu, versi kedua pula tidak pula menceritakan mengenai kisah pembunuhan sebaliknya villa ini dikatakan dimiliki oleh seorang yang berpangkat Datuk.

Namun, atas sebab-sebab tertentu status Datuk beliau telah dilucutkan dan kemudiannya Datuk tersebut mengambil keputusan tidak lagi menetap di villa itu.

Sebaliknya, villa itu dikhabarkan hanya dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau rumah singgah buatnya sekeluarga.

Versi ketiga pula lagi seram kisahnya.

Dikatakan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Nabila telah dibunuh oleh orang gajinya keluarganya dan mayatnya telah ditanam di dalam simen rumah tersebut.

Bermacam versi kisah yang diceritakan.

Namun, yang pasti kita tidak boleh menidakkan kehadiran makhluk halus di muka bumi ini.

Cumanya, janganlah kita mencari penyakit dengan mengunjungi tempat-tempat yang sudah lama ditinggalkan tanpa hala tujuan.

Portal Pelancongan AS Senaraikan Villa Nabila, Danga Bay Antara Tempat PALING BERHANTU. Baca DI SNI

Tak pasal-pasal jadi macam kes hilang seorang remaja lelaki ini yang sehingga kini tidak diketahui keadaannya. Sama-samalah kita berharap agar Mohamad Izzat Izzudin Husin, 16, ditemui dan kembali ke pangkuan keluarganya dalam keadaan selamat seperti biasa. - Sumber


GR kata: Macam-macam jenis hantu pun ada yer...Doakan semuanya selamat.

No comments:

Artikel pelbagai