Pemilihan UMNO peringkat sayap akan sampai kemuncaknya, tinggal beberapa jam saja lagi perwakilan sayap wanita, pemuda dan puteri akan menentukan siapakah pemimpin baru mereka untuk tahun 2013-2016.
GR rasa semua perwakilan dan orang-orang UMNO tahu UMNO Bdr Tun Razak antara bahagian yang panas. Dari dulu lagi bila pertandingan diadakan ada saja cerita panas yang kita dengar. Baik yang balik kerusi hinggalah yang kena santau ke apa...kira pemikiran diaorang ni masih kuno la gamaknya.
Jangan marah yer....kalau tak boleh terima teguran jangan jadi orang politik!!
Untuk pilihan sayap Pemuda kali ini pelbagai versi maklumat yang GR terima. Pada mulanya calon-calon ini setuju seorang wakil Pemuda ini jadi Ketua Pemuda menggantikan Datuk Rizalman Mokhtar yang dah sampai limit umurnya. Tapi disebabkan ada Melayu yang gilakan kuasa dan pangkat, mereka sanggup untuk tidak bersatu dan berlawan sesama mereka.
Sampai buat program sekarang pun berasingan. Kenapa dulu boleh bersatu dan kenapa sekarang tidak? Bermaki-makian di Facebook dan macam-macam lagi..adakah ini contoh yang terbaik ditunjukkan oleh Pemuda. Walaupun Pemuda bersifat yang cepat berontak, tapi bertindaklah menggunakan akal bukannya nafsu.
Untuk pemilihan kali ini GR menyokong penuh Calon Ketua Pemuda Bdr Tun Razak, Sdr Mohd Amir...calon No. 01. Setelah melihat gerak kerja yang dibuat oleh beliau sejak zaman menjadi Exco lagi, beliau sememangnya layak menyambung perjuangan Datuk Rizalman Mokhtar. Beliau juga merupakan pemimpin yang aktif dalam media sosial. Inilah satu cara yang boleh mendekati anak muda untuk berinteraksi dengan lebih dekat. Pembawakan cara Sdr Amir lebih dekat dihati rakyat.
Seorang yang berpendidikan tinggi dan berperwatakan yang sempoi dan mudah digauli itulah yang seharusnya ada dalam diri seorang pemimpin. Ciri keperibadian yang tinggi ini bukanlah dibuat-buat tapi datangnya secara semulajadi dalam Sdr Amir.
Para pewakilan Pemuda BTR, pilihlah pemimpin yang baik dikalangan yang baik-baik. Perlukan pemimpin yang memberikan perkhidmatan yang baik pada masyarakat. Paling penting Pemuda perlulah berani mempertahankan agama, bangsa dan negara.
Pemuda adalah hulubalang pada UMNO dan merupakan barisan hadapan. Jika Pemuda lembik macam mana nak berani rempuh barisan untuk berjuang dalam PRU-14 nanti. Perkara paling utama sekali, UMNO Bdr Tun Razak perlu berubah. Pemimpinnya perlu buka mata, jangan asyik nak kata diri tu bagus sangat...walhal habuk pun tak ada.
Pilihlah pemimpin yang buat kerja, jangan pilih pemimpin yang syok sendiri. Pilihlah pemimpin yang FRIENDLY jangan pilih pemimpin yang sombong. Pilihlah pemimpin yang berani berjuang untuk kepentingan parti jangan pilih pemimpin yang ada kepentingan sendiri.
Perubahan UMNO Bdr Tun Razak ke arah kemenangan PRU-14. Kembalikan semangat Melayu dan Islam demi kemenangan mutlak.
GR kata: Sokong Calon KP Amir, Exco Maizeed dan Ashrul Ashryzad. Diaorang semua pemimpin yang boleh buat kerja...bukan PEMALAS macam sorang tu yang suka mengarah jer kerja dia....SELAMAT MENGUNDI!!!!
No comments:
Post a Comment