Monday, September 9, 2013

BENARKAH KRISTIAN BERHAK UNTUK MENGGUNAKAN KALIMAH ALLAH? ADAKAH KALIMAH ALLAH BENAR-BENAR MILIK ISLAM?


Adakah kalimah Allah S.W.T merupakan hak milik mutlak orang Islam sahaja? Soalan yang mudah ini mampu mendorong orang Islam untuk menjawab dengan sebuah pemerhatian terhasil daripada bilah parang atau laras senapang. Alasan orang Islam, sebarang pertikaian atau penghinaan terhadap Islam akan menggugat sensitiviti umat Islam, yang sebenarnya dicipta oleh orang Islam sendiri.

Agama yang mengandungi inspirasi daripada Allah tidak akan mempunyai sifat sensitif. Kalau Nabi Muhammad SAW dihina, kenapa ramai memilih jalan untuk mengamuk? Bukankah lebih baik kalau orang Islam menentang fitnah dengan fakta? Tetapi apabila saya bertanya, saya pula yang ditanya semula, kalau ayah saya dihina, adakah saya akan marah?

Soalan ini saya akan jawab dengan satu lagi soalan, adakah kemarahan akan menyelesaikan masalah atau menimbulkan lagi? Orang bukan Islam dengan mudahnya akan mematahkan orang Islam dengan kenyataan seperti, “kalau apa yang dikatakan adalah fitnah, kenapa nak marah? Kebenaran memang pahit kan?”
Bagaimana anda mahu menjawab soalan tersebut?

Memang tidak patut wujud sebarang sensitiviti, kerana itu hanya akan merumitkan keadaan dan mencalarkan imej Islam. Seruan tidak bertanggungjawab Ibrahim Ali supaya bakar kitab Injil bahasa Melayu (rujuk di sini) dan mampu mendorong kepada rusuhan daripada orang Islam sendiri kerana sudah tentu Kristian Katolik mampu membalas dengan pembakaran Al-Quran beramai-ramai (rujuk di sini). Betul tak??


Dunia ini bukannya hak milik orang Islam, tetapi hak milik Allah. Setinggi mana kita memartabatkan agama sendiri, tidak semestinya itu yang apa yang dituntut oleh Allah. Adakah pengeboman London yang menyusahkan orang ramai yang tidak bersalah merupakan satu jihad? Atau, adakah gerakan menyatukan ummah merupakan satu jihad?

Serangan ke atas doktrin atau agama bukannya satu jihad. Mempertahankan doktrin (Al-Quran) dan agama (Islam) itulah sebuah jihad. Dan mempertahankan Islam tidak semestinya berlaku dengan serangan ke atas agama lain, atau pertumpahan darah.

Walau bagaimanapun, apakah niat Kristian Katolik disebalik perjuangan “Allah Untuk Semua”? Kenapa yang mereka mahu menggunakannya?? Sebagai umat Islam yang percayakan Allah dan sunnah Rasulullah S.A.W yang bawa kejayaan dunia dan akhirat semestinya boleh berfikir secara waras akan kebenarannya.

Adakah kita sebagai umat Islam harus berfikiran seperti ini? Disebabkan politik dan kepentingan kuasa sanggup mengadaikan maruah agamanya sendiri.




KONFLIK NAMA DAN BAHASA

Pelbagai artikel telah mengetengahkan hak Kristian untuk menggunakan kalimah Allah. Ada juga yang mengatakan bahawa kalimah Allah tidak pernah menjadi hak milik mutlak Islam (rujuk di sini). Tetapi, semua fakta mereka telah dirungkaikan secara neutral dan lengkap. Masalahnya sekarang, pembela-pembela Islam di luar mahkamah terdiri daripada golongan yang berfikir menggunakan bilah parang secara majoriti.

Kebanyakan penulis “Allah untuk semua” mewartakan bahawa kalimah Allah telah digunakan sebelum kedatangan Islam lagi, dan mereka juga menyentuh tentang kupasan sejarah sehingga abad kelima. Ini yang menimbulkan sedikit keraguan, kerana nama agama Kristian timbul daripada etimologi “Masiah” (Ibrani) dan “Christos (Yunani) – pengikut al-Masih, Nabi Isa a.s. Adakah Nabi Isa a.s masih lagi bersama dunia pada abad kelima?

Bukankah Baginda Isa ass telah diangkat ke langit, menurut Islam, atau disalibkan. Menurut Katolik, beratus tahun sebelum abad kelima?

Kalendar Gregory yang kini digunakan secara universal memulakan istilah ‘Anno Domini’ sebagai tanda kelahiran Nabi Isa as. Sepatutnya, sumber-sumber “Allah untuk semua” semestinya menyelami sejarah sehingga pada peringkat pemberian Sepuluh Perintah (Ten Commandments) kepada Nabi Musa a.s, bukannya sehingga 400+AD.

Apa yang mudah difahami daripada golongan “Allah Untuk Semua” adalah paradoks mereka ketika penafsiran ‘God’ dan ‘Lord’. Sebelum GR menyentuh tentang paradoks ini, anda perlu betul-betul faham ayat saya, “I have a friend. His name is John.”

Seluruh konteks ayat-ayat ini terletak dalam penguasaan mutlak bahasa Inggeris. Oleh itu, kalau anda ingin menukarkannya kepada bahasa Melayu, anda perlulah fahami istilah-istilah yang telah digunakan. Anda perlu kenalpasti kegunaan kata nama khas (proper noun). Kalau tidak, terjemahannya sudah tentu akan menjadi:

“Saya mempunyai seorang kawan. Namanya Tandas.”

Kalau dari sudut nama am (common noun) pula, contoh yang sama boleh diaplikasikan daripada kenyataan, “I feel so gay today!”

Penterjemahan tanpa memahami dasar dan konteks asal ayat akan membentuk penafsiran berbunyi sebegini, “saya rasa terlalu homoseksual hari ini”, sedangkan “gay” yang dimaksudkan adalah “gembira”.

Secara keseluruhan, apa yang GR cuba sampaikan adalah, kalau anda ingin menafsirkan sesuatu, seluruh kata nama khas yang digunakan dalam bahasa asal mesti dikekalkan. Kalau nama ‘John’ akan dikekalkan selepas penterjemahan, kenapa nama Tuhan akan digantikan dengan nama yang lain pula?

Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa bahasa Arab tiada kata nama khas?

GR ingin menjelaskan sedikit apa yang dikatakan oleh Zulkifli Noordin. Saya tidak tahu sama ada beliau cuba katakan bahawa bahasa Arab tiada kata nama khas, tetapi apa yang saya cuba sampaikan adalah, adakah “Al-Mamlakah al-Arabiyyah as-Sa’udiyyah” akan dikenali sebagai common noun atau proper noun? Sudah tentu, ia jatuh sebagai kata nama khas untuk “Arab Saudi”.

Sama juga dengan, “Medinat Yisrael” (Ibrani) dan “Daulat Israel” (Arab); kedua-dua ini sudah tentunya proper noun juga untuk “Negara Israel”/”State of Israel”.

Sama ada penggunaan kata nama khas wujud atau tidak dalam bahasa Arab dan Ibrani tiada kaitan dengan apa yang saya cuba sampaikan. Kerana penterjemahan Bibel kepada Melayu tidak datang daripada bahasa-bahasa ini, tetapi bahasa Inggeris. Yang menimbulkan persoalan: adakah Sepuluh Perintah, Taurat dan Injil diturunkan dalam bahasa Inggeris?

Katolik patut merujuk bahasa asal untuk menyelesaikan dilema mereka. Memandangkan ‘God’ dan ‘Lord’ dalam bahasa asal digunakan sebagai kata nama khas, sudah tentunya penterjemahan dan penafsiran perlu mengikut caranya. Kalau tidak, saya rasa lebih baik semua ibu dan ayah di dunia ini tidak lagi menamakan anak mereka ‘John’.

Struktur yang sama juga perlu digunakan untuk bahasa Inggeris. Tetapi, bahasa Inggeris pun merupakan bahasa susulan Bibel. Penterjemahan kepada bahasa Inggeris berlaku pada abad ke-14 oleh John Wycliffe (rujuk di sini), yang menafsirkannya daripada bahasa Latin. Saya tidak mahu sentuh tentang ‘Tandas’ Wycliffe, tetapi saya ingin mengetengahkan bahawa bahasa Latin pun bukan bahasa asal.

Oleh itu, proses penafsiran ke bahasa Melayu sepatutnya menggunakan rujukan Tiga Bahasa Asal. Bukannya bahsa Inggeris atau Latin.

Ada artikel yang mempertikaikan hak mutlak Islam menekankan tentang paradoks ‘God’ dan ‘Lord’ yang terdapat dalam bahagian Isaiah, tetapi yang menariknya, penulis tersebut tidak pula menyebut sedikit pun tentang penggunaan bahasa yang juga terdapat dalam bahagian yang sama, iaitu ‘bahasa Kanaan’. Paradoks ‘God’ dan ‘Lord’ memang wujud dalam beberapa versi yang menggunakan kedua-duanya dalam sepotong ayat.

Tetapi, paradoks ini hanya wujud dalam penterjemahan daripada bahasa Inggeris sahaja. Versi Yahudi Ortodoks yang menggunakan penyampaian dan istilah yang berlainan berjaya menerangkan ayat yang sama tanpa sebarang masalah pun. Bibel versi Holman dan Darby pula menggantikan perkataan paradoks ini dengan ‘Yahweh’ dan ‘Jehovah’, bukannya ‘Allah’. Jadi, adakah ‘God’ dan ‘Lord’ merupakan satu dilema atau kedegilan semata-mata?

Pada hari ini, penterjemahan kepada bahasa Inggeris yang sedia ada datang daripada bahasa Latin, bukannya bahasa Ibrani, Aramaic dan Yunani Koine. Ini yang mencetuskan masalah, kerana pelbagai versi telah dibuat, dan yang menimbulkan kemusykilan tentang paradoks ini adalah apabila versi Holman berjaya melaksanakannya tanpa sebarang masalah dengan kenyataan, “Akulah Yahweh, Tuhanmu”, sekaligus mengetengahkan bahawa paradoks ini terhasil akibat pemahaman manusia, bukan kerana pengertian ayat.

SEPULUH PERINTAH

Sepuluh Perintah, atau Sepuluh Hukum, merupakan perundangan yang sangat popular oleh kerana ciri-cirinya yang merupakan rangka untuk Perjanjian Lama (Old Testament), Perjanjian Baru (New Testament) dan Perjanjian Akhir (Final Testament).

1) Akulah Tuhan
2) Tiada Tuhan Melainkan Aku
3) Menyembah Berhala Adalah Haram
4) Penyalahgunaan Nama Aku Adalah Haram
5) Peliharalah Kesucian Hari Sabat*
6) Muliakanlah Kedua Ibu Bapa
7) Membunuh Adalah Haram
Berzina Adalah Haram
9) Mencuri Adalah Haram
10) Bersaksi Palsu Adalah Haram
11) Mengidam Kepunyaan** Jiran Adalah Haram

* Hari Sabat adalah penghulu kepada semua hari, seperti Jumaat (Islam).
* Kepunyaan termasuk isteri, rumah dan sebagainya.

Tafsiran Yahudi, Kristian Ortodoks, Katolik, Lutheran dan Protestan menerima beberapa rukun yang ada sebagai satu rukun sahaja. Jadi, GR pecahkan sahaja kepada 11 untuk memudahkan proses rujukan.

Yang berkaitan dengan isu ini adalah Perintah Keempat (penyalahgunaan nama Tuhan), di mana hukumnya adalah haram. Penggunaan “Allah” dalam doktrin Kristian adalah satu penyalahgunaan kerana Islam sebenarnya dipandang sebagai agama ciptaan, bukannya agama inspirasi Tuhan.

Jadi apakah hukum Katolik untuk menggunakan Nama Tuhan agama yang dikatakan sebagai rekaan manusia? Bukankah ini patut dikira sebagai penyalahgunaan? Ya, ia adalah satu kesalahan.

JUDAISME DAN KRISTIAN


Kalau anda meminta GR terangkan tentang Judaisme secara keseluruhannya, termasuk liku-liku sejarahnya, GR terpaksa mengundur diri, kerana penjelasan untuk Tanakh dan Talmud pun perlukan kandungan yang besar untuk dijelaskan.

Bercakap tentang Talmud, ramai yang berpegang bahawa Talmud adalah undang-undang sekular Yahudi, dan sesiapa yang mengamalkannya akan jatuh kafir, tidak lagi dikenali sebagai “Ahli Kitab”. GR tidak tahu sumber manakah yang berkata sedemikian, atau itu sekadar pendapat sendiri, tetapi pendapat ini adalah salah.

Talmud terbahagi kepada dua iaitu Bavli (Babylon) dan Yerushalayim (Jerusalem), dan merupakan batu asas kepada hidup orang Yahudi yang berdasarkan kitab Taurat juga. Erti kata lain, Talmud adalah “Kod Undang-Undang” kepada kaum Yahudi – Ortodoks, Reform, Konservatif dan sebagainya.

Ketika Nabi Musa a.s sedang berurusan di Gunung Sinai, baginda telah diutuskan dengan Taurat yang juga disertakan dengan penjelasan lisan. Sumber-sumber daripada Taurat Bertulis semua dijelaskan secara terperinci di Taurat Lisan. Analogi yang sama juga wujud dalam Islam – Al-Quran bertindak sebagai pengisytiharaan hukum-hukum tertentu, manakala Hadith memainkan peranan untuk menerangkan hukum-hukum tersebut secara terperinci – cara-cara untuk bersolat, dan sebagainya.

Kandungan Taurat Lisan telah diturunkan kepada Nabi Musa a.s, kemudian daripada Nabi Musa a.s kepada Joshua sehinggalah diamanahkan kepada ahli-ahli Dewan Agung, yang diketuai oleh Uzair ketika itu. Setelah siapnya Kuil Kedua, pelajar-pelajar Taurat mula menghafal Taurat Lisan daripada kod-kod tertentu yang dikenali sebagai Mishnah.

Keruntuhan Kuil Kedua akibat serangan tentera Rom telah menggugat Taurat Lisan. Para-para Yahudi telah memulakan proses suntingan, yang diketuai oleh Rabbi Yehudah, untuk membentuk Mishnah untuk mengelakkan sebarang kerosakan. Uniknya, penulisan suntingan ini bergerak melalui proses persetujuan dan pengesahan daripada ahli-ahli agama dalam majlis, dan pendapat-pendapat yang ditolak atau diragui pun dimasukkan untuk bacaan lanjut.

Konklusinya, pengajian Taurat Lisan merangkumi kepada penghafalan asas-asasnya. Seperti yang dikatakan, ini dikenali sebagai Mishnah. Kemudian, analisis-analisis daripada pihak Rabinik termasuk dengan penulisan beberapa ulasan tentang Mishnah akan digabungkan sebagai Gemara Dan gabungan Mishnah dan Gemara inilah merupakan Talmud.

Kenyataan bahawa Talmud adalah rekaan manusia adalah salah, kerana isi kandungannya timbul daripada rangka Mishnah (Taurat Lisan), dan Gemara hanya mengandungi ulasan-ulasan pembelajaran dan pemahaman Mishnah.

Kalau Talmud merupakan gabungan Mishnah dan Gemara, Tanakh, atau Bibel Ibrani (Hebrew Bible) merupakan gabungan Tiga Kitab: Taurat, Nevi’im dan Ketuvim. Dan gaya hidup Yahudi dilukiskan berdasarkan Tanakh dan Talmud. Dalam pandangan Kristian, Judaisme pun merupakan agama Tuhan, tetapi mempunyai kekosongan besar yang diisi oleh Nabi Isa a.s – pada pandangan mereka, merupakan Anak Tuhan.

Di sinilah timbul masalah antara Islam dan Katolik, kerana konsep Trinity yang meletakkan Tiga Elemen sebagai Satu Tuhan: Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Suci, telah dipandang sebagai pendekatan syirik (mempertikai konsep Satu Tuhan).

TUHAN

Kalau ikut Judaisme, nama Tuhan mempunyai pucuk yang muncul daripada nama empat-huruf (YHWH) yang dikenali sebagai ‘Tetragrammaton’. Kali pertama kalimah empat-huruf ini muncul adalah ketika Tuhan menjelaskan tentang ciptaan syurga dan dunia.

“Yahweh” memang popular kalau ikut susur galur Tanakh yang berkaitan dengan Kristian. Tetapi, nama ini dipandang sebagai nama yang terlalu suci sehinggakan tiada siapa, menurut Judaisme, yang berhak menyebutnya kecuali Ketua Rabbi tertinggi sahaja. Yahudi biasanya akan menggantikan “Yahweh” dengan “Adonai” ketika pembacaan untuk mempertahankan kesucian nama tersebut. Jadi, mungkin penggunaan “Yahweh” dalam Bibel Melayu akan menimbulkan masalah, tetapi alasan ini masih lagi tidak kukuh.

Memandangkan paradoks ini berkisar antara Islam dan Kristian, fokus dan keutamaan mesti diberi kepada asal-usul Nabi Isa a.s. Rujukan-rujukan dan lukisan-lukisan semasa kini meletakkan Nabi Isa a.s sebagai lelaki kulit putih, bermata biru dan berbangsa Eropah, sedangkan baginda Isa a.s merupakan jejaka yang berbangsa Yahudi Timur Tengah.

Walaupun berdekatan, bahasa ibunda Nabi Isa a.s bukannya bahasa Arab, tetapi bahasa Aramaic (rujuk di sini). Kalimah ‘Elah’ merupakan sumber utama kepada ‘Tuhan’ dalam bahasa Aramaic. Jadi, kenapa ada segelintir yang pelik ingin gunakan kalimah ‘Allah’, hanya kerana pada abad kelima, telah wujud kalimah Allah dalam Bibel? Yang mana satu perlu dipilih – sejarah Nabi Isa a.s atau sejarah penafsiran Bibel?

Kalau jawapannya adalah sejarah penafsiran Bibel, ertinya Nabi Isa a.s telah dibelakangkan. Tetapi, kalau jawapannya adalah sejarah Nabi Isa as, jelas sekali Baginda bukannya anak kelahiran Arab. Baginda Isa a.s mempunyai lidah Aramaic.

HAK SIAPAKAH?

Masalah ini tidak akan menjadi keruh kalau diuruskan dengan baik. Apa yang sudah pasti, golongan yang mahukan kalimah Allah S.W.T sebenarnya bukannya Katolik tulen, tetapi sekadar Katolik yang berjiwakan liberalisme atau pun patung-patung liberal yang berjubahkan Katolik. Yang mengeruhkan keadaan adalah orang Islam mempertahankan kalimah Allah menggunakan rujukan yang berbaur sensitiviti yang akan merumitkan keadaan.


Sumber-sumber daripada pihak Katolik telah merungkaikan segala-galanya berdasarkan pendapat bahawa Islam tidak memiliki hak mutlak kepada Kalimah Allah. Penekanan umum telah dibuat mengenai paradoks ‘God’ dan ‘Lord’, yang sebenarnya timbul akibat kedangkalan manusia ketika penafsiran daripada satu bahasa ke satu lagi bahasa.

Untuk menafsirkan sesuatu dokumen atau doktrin, penekanan harus dibuat mengenai kata-kata nama yang ada, sama ada nama am atau nama khas. Dan secara jelasnya, kata nama khas semestinya dikekalkan, sepertimana yang dipelajari di sekolah dahulu.

Dari sudut sejarah Kristian, penggunaan Kalimah Allah adalah satu perkara yang lari daripada asas. Perintah Keempat telah pun mengisytiharkan bahawa sebarang penyalahgunaan nama Tuhan adalah satu dosa yang besar. Secara jelas dan nyata, Islam dipandang sebagai musuh agama dan juga doktrin yang sesat. Dan hanya Islam sahaja yang menggunakan kalimah Allah secara realiti. Ini bermakna, Kristian akur akan kewujudan Tuhan yang mereka sendiri mengatakan bahawa ianya bukan Tuhan.

Jadi, Kristian perlulah kembali kepada akar agamanya – Nabi Isa a.s/Jesus Christ? Siapakah baginda? Apakah asal usul baginda? Apakah bahasa yang terbenam dalam lidah suci Baginda? Kalau perkara-perkara akar umbi agama Kristian diambil kira, sudah tentunya segala paradoks dan dilema tidak akan wujud, kerana penterjemah Katolik perlu merujuk kepada Bibel dalam bahasa asalnya untuk melakukan sebarang penafsiran.

Jadi, kepada siapakah nama Allah patut diberi hak penggunaan? Adakah Islam sahaja? Nama Allah sebenarnya disulamkan dengan sifat SatuNya, termasuk juga dengan sejarah agama dan akar umbinya.

Kesimpulannya, agama manakah yang memberi penekanan tauhid dan juga mempunyai penyentuhan tentang sejarah dan akar umbi kalau bukan Islam? Sebarang jawapan kepada soalan tersebut mesti berdasarkan tentang asal usul agama dan bahasa yang terbenam dalam lidah suci nabi yang berdakwah.

Maka terbuktilah bahawa Islam sahaja yang berhak menggunakan kalimah Allah S.W.T.



GR kata: Ya Allah, satukanlah hati-hati umat Islam di seluruh dunia. Selamatkan Islam dari sebarang ancaman dari musuh Islam.

5 comments:

Anonymous said...

Banyakkan berzikir dan membaca Al Quran. Sentiasa berada dalam keadaan wuduk dan jika boleh berpuasa sunat. Amalan-amalan ini boleh menjadi pendinding kepada sihir yang akan ditebarkan oleh puak kafirin agar hakim dan barisan peguam serta pejuang-pejuang kita kebingungan.

Sentiasa membaca surahtul ikhlas dan ayat qursi.

tekukur said...

Hidayah hanya ada pada Islam, Allah akan mmberi hidayah pada ssiapa diceruk mana skalipun, hidayah x ujud dlm agama kristian, yg ujud hanya tipu muslihat, hanya dgn tipu muslihat lah agama mereka bkembang, pkongsian kalimah juga adalah tipu muslihat mreka.

Cuma kawan muskil apa hukum bila sseorang muslim mbantu mereka?


Murtadkah?


Bukan hak kawan utk mjatuh hukum tapi buat lah kajian tentang agenda puak kristian di Malaysia tlebih dahulu.

Anonymous said...

(FORWARDED MESSAGE)
Wahai umat MELAYU & ISLAM semua, lupakanlah sementara pasal umno/pas/pkr... lupakan smntara pasal minyak naik atau barang naik... marilah kita sama2 berdoa kpd ALLAH dan memberi sokongan kepada pejuang2 kita untuk mempertahankan Kemuliaan Kalimah ALLAH di Mahkamah pada 10 September 2013... INSYAALLAH kita berjaya.
Untuk lebih makluman, sila ke laman :
http://empayarkumim.blogspot.com/
(SILA LAYARI DAN SEBARKAN)

Anonymous said...

Si guan eng-HARAM-JADAH buat pengumuman DAJALnya waktu "Christmas Eve" - ini sengaja dan mat dirancang dgn. ahlus dan berniat amat jahat, kerana waktu itulah kelahiran Jesus pd. kaum Kristian. Jadi, waktu pengumuman DAJAL DAPBANGKAI nak MENGKRISTIANkan Kalimah Allah SWT, disyaki bukan shj. utk MENGHINA Allah SWT kita, tetapi juga Islam/umatnya secara keseluruhan, di samping mengumumkan Tanah Melayu sbg. negara Kristian-Yahudi puak Kristian Zionis DAPBANGKAI/PKR! Juga, si DAPBANGKAI ini nak menghasut semua kaum Kristian, termasuk Bumiputera Kristian Sabah/S'wak, utk. membenci Islam/umatnya, terutamanya kaum Melayu/UMNO.

Sepatutnya, undang-undang yg. berasaskan "demokrasi/hak asasi" SAMPAH si hipokrit Barat-Zionis (yg. sekutu kuat si DAPBANGKAI/PKR), tidak harus dibenarkan MEMIJAK/MENGGERTAK/MENGHINA/MENGUASAI Islam/umatnya, bila berkaitan dgn. hal-ehwal Islam. Bayangkanlah, kalau si DAPBANGKAI boleh sampai mencabar nak MENGKRISTIANKAN Allah SWT kita, tidak mustahil masjid dan al-Quran kita mahu diKAPIRKan, contohnya, JENAYAH SYARIAH ke atas surau di Johor dan si loyar-kuang-ajaq Bukan Islam nak jadi peguam Syariah, baru-baru ini!

Sedangkan, rejim-rejim KRISTIAN-YAHUDI Barat-Israel, sedang membunuh umat Islam sesuka hati spt di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Somalia, Afghanistan, Mali, Yemen, Sudan, Nigeria, Lebanon dan selatan Thailand/Filipina, dan kemudian akan ke Iran dll, termasuk Malaysia ini contohnya bermula dengan Sabah baru-baru ini. Bahkan pengganas TALEBAN dan AL-QAEDA adalah diCIPTA oleh Barat-Israel sendiri, untuk tujuan MENJATUHKAN Islam, membunuh umatnya terutamanya yg. nasionalis, bertujuan utama untuk melaksanakan PENJAJAHAN mereka, ke atas negara-negara Islam yg. kaya minyak gas; lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013 (lepas itu si Barat-Israel BERPURA kononnya asyik diserang al-Qaeda/Taleban; sebenarnya diserang pejuang Kemerdekaan Islam yg. sebenar)!
Maka, Dunia Islam/Dunia Ketiga JANGANlah tunduk lagi kpd. ancaman DAPBANGKAI/PKR (dan sekutu mereka dr. PAP-Barat-Israel) dgn undang-undang berasaskan "demokrasi/hak asasi" SAMPAH si KAPIAQ GANAS -Zionis (kononnya "universal human rights" - PENIPU betul), salah satu SENJATA plg. DAJAL mereka utk. MENJAJAH Dunia Islam/umatnya dan seluruh Dunia Ketiga!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

Anonymous said...

usaha pemesongan akidah melayu islam ada lah perlu sebagai usaha awal untuk memansuhkan raja raja melayu islam dari perlembagaan negara.. semakin ramai terpesong akidah maka mudahlah untuk mengatakan raja raja melayu tidak releven lagi pada masa hadapan.. ni pendapat aku jew, jangan taksub pulok ye..

Artikel pelbagai