Masih berkisarkan dengan al kisah PRU13....sehingga hari ini GR masih menanti-nanti apakah 'Game Plan' seterusnya dari Bapak Segala Penipu Anwar Ibrahim. Dari satu ke satu ada saja langkah-langkah jahatnya tidak diredhai Allah SWT dan beliau masih tidak boleh menerima Qada' dan Qadar yang telah ditentukan. Bukankah itu lumrah hidup??
Di alam maya juga GR lihat sehingga hari ini, pencacai-pencacai Anwar masih menggunakan 'senjata lapok' mereka iaitu dakwat kekal tidak kekal, Mat Bangla yang lebih 40ribu bantu BN menang PRU13 dan kejadian BlackOut di kawasan tertentu tapi sehingga hari ini juga tiada laporan Polis dibuat, hanya laporan Polis yang dibuat oleh Anwar Ibrahim katanya dakwat kekal yang digunakan tidak kekal.
Kenapa baru sekarang? Kalau betul tak kekal, kenapa tak laporkan terus pada hari kejadian atau 2,3 hari selepas pembuangan undi?? Paling kelakarnya tak sudah-sudah dengan undi popularnya. Popular itu adalah dari sumber alam maya dan bukan atas kertas undi yang telah ditetapkan sendiri oleh rakyat.
Sekali lagi GR ulang, mana laporan dan bukti untuk Mat Bangla dan BlackOut? Bukti Mat Bangla boleh mengundi? Nama dan alamat mereka gunakan? Kad Pengenalan mereka yang sah yer (Malaysia punya) bukan dari Bangla punya yer. Kalau betul kemasukan Bangla itu ramai, buktinya mesti macam gambar di atas kan Bang Non, betul tak?
Dalam hal ini kita sendiri boleh menilai siapa yang GILA. Gila ingin sesuatu yang mereka idamkan tapi tak kesampaian. Gila sebab dah pukul canang satu dunia pakatan haprak menang PRU13 dan Anwar jadi PM. Gila sebab dah banyak pakai duit yang diberikan pada mereka untuk memburukkan nama Malaysia di mata dunia. Lebih teruk lagi....GILA bawa sekali rakyat Malaysia yang dibasuhi fikiran mereka dengan anasir luar yang lebih mereka percaya dari sejarah Malaysia yang termaktub sejak azali lagi.
Siapa yang perlu berubah untuk jadi tidak GILA..?? Adakah kita pun nak jadi GILA macam mereka di bawah nie??
GR kata: Dah tengok kan? Fikir-fikirkanlah yer..!!
No comments:
Post a Comment