Tuesday, March 12, 2013

TERKINI #lahaddatu: GAMBAR MAYAT PENGGANAS DAN ANGGOTA KESELAMATAN DITEMBAK!


Lebih banyak mayat pengganas Sulu mungkin ditanam di Kampung Tanduo berbanding hanya sembilan yang dijumpai sebelum ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, beliau mendapat maklumat terbaru bahawa kira-kira 15 mayat ditanam di lubang kubur tersebut.

"Kami percaya terdapat lebih banyak mayat ditanam di dalam lubang kubur yang sama dan kubur lain yang berdekatan.

"Pasukan keselamatan akan kembali semula ke sana untuk melakukan pemeriksaan," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, Selasa.

Kira-kira sembilan mayat dijumpai dalam satu lubung kubur oleh pasukan keselamatan ketika Op Daulat dilancarkan pada 6 Mac lalu.


Hamza turut mengesahkan bahawa mayat Haji Musa, jeneral kumpulan pengganas Sulu yang diketuai oleh Azzimudie Kiram ditemui di Kampung Tanjung Batu.

"Satu lagi mayat turut dijumpai dari Kampung Tanjung Batu pada Selasa menjadi jumlah mayat yang ditemui kepada 23 orang," katanya.

Angka kematian pengganas Sulu kekal 54 orang dan tiada insiden tembakan dilaporkan sejak Isnin.



Anggota ATM yang dilaporkan cedera dalam serangan dari pengganas Sulu pada pagi tadi telah pun dikejarkan ke Hospital Lahad Datu. Terkini berita GR terima, 2 orang anggota keselamatan DISERANG pengganas pagi tadi. Seorang dilaporkan telah meninggal dunia dan seorang lagi dilaporkan stabil.

Apa pun kita tunggu pengesahan dari pihak keselamatan mengenai berita ini.


GR kata: Doakan keselamatan Wira Negara dalam misi mempertahanakan negara.

3 comments:

Anonymous said...

Admin mau kejar populiriti hingga menyiarkan anggota yang cedera dikatakan terkorban.

Anonymous said...

Jangan la dedah nama dan gambar anggota keselamatan kita yg cedera / terbunuh. Hormat keluarga mereka.

ahmadborhan said...

betul admin kejar glamer..xde perasaan simpati pd keluarga arwah.

Artikel pelbagai