Thursday, August 16, 2012

PANAS: NIK AZIZ SOKONG NASHARUDIN MASUK UMNO!?


Nampaknya jasa bekas Timb. Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bakal dibuang begitu saja umpama habis madu sepah dibuang. Apa saja yang dibuat tidak mengikut kehendak PAS mereka akan dibuang seperti sampah. Ini jelas terjadi sebelum ini Dato' Hassan Ali yang memperjuangkan Islam tapi dipecat begitu saja, malah mereka ini juga dicaci oleh puak-puak PAS kerana perjuangan mereka tidak berlandaskan Islam. Mana satu yang betul nie??

Kita juga tidak faham, kenapa PAS ini tidak boleh bergaul dengan orang selain mereka. Ada fatwa haram ker yang Pok Nik berikan pada mereka yer. Walhal dalam Al-Quran juga menyarankan kita sesama manusia haruslah mempunyai hubungan yang baik dalam mualamat kita baik sesama Islam dan yang bukan Islam. Tapi Nik Aziz tak boleh terima kenyataan dengan gambar di bawah yang memberi seribu makna :


Baca kenyataan di bawah :
KOTA BAHARU 15 Ogos - Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas Timbalan Presiden Pas tersebut dilihat bersama Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah semalam.

"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden Pas boleh masuk UMNO, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya di sini, hari ini.

Akhbar hari ini memaparkan gambar Nasharuddin menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.

Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam Pas ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan UMNO-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.

Pada Muktamar Agung Pas tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.

Nik Abdul Aziz juga berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan Pas daripada menimbulkan masalah kepada parti. - BERNAMA


GR kata: Pok Nik dah ada Ostad dan Ostajah segera dalam PAS kot tue yg dia tak kisah..keh3

2 comments:

Anonymous said...

{Pilihlah yang mana elok ustaz,untuk flatform membela bangsa agama dan negara.Duduk dalam PAS pun berkawan dgn kaki maki hamun orang,Konon ulama tapi naik pentas ada je nak maki orang,semua x betul,tapi dia sendiri x tunjukkan apa yang di buat amat betul,tunjuklah kat Kelantan dh 20th,Kedah,dan juga apa YB2 PAS buat dikawasan yang diaorang menang,xpayah yang besar2lah,cuba tunjuk apa aktiviti masyarakat yang elok yang korang dah buat wahai YB PAS!!!!!!kawan aku pun ada jadi YB PAS ni,tapi relex je pakaian makin smart,pakai kopiah cuma masa solat je,dan kat markas,tempat lain nak mengalahkan modeling memperagakan suit2yang mahal dan kereta plate 2 angka.

Gossip Rakyat said...

sokong dgn pendapat saudara ini..YB2 Pakatan nie sibuk dgn jaga poket sendiri dari kebajikan rakyat.

Artikel pelbagai