Friday, August 17, 2012

KENAPA PAS TAKUT DAN JADI PAK SANGGUP PADA DAP??


Realitinya dalam 222 bahagian yg wujud, PAS hanya menangh 26 kerusi daripada lebih 80 bahagian yang dimenangi oleh pakatan Haprak. Selebihnya dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) dan dalam 26 kerusi yang dimenangi oleh PAS sebahagiannya kemenangan itu adalah hasil undi pihak bukan Islam di kawasan yang terbabit.

Umum mengetahui bahawa bukan Islam tidak setuju dgn hudud PAS. Justeru jika Pas masih nak pertahankan hudud ciptaan PAS, kita percaya bukan Islam akan beralih sokongan kepada BN dan jugak undi Melayu yang terdiri daripada pengundi atas pagar juga akan beralih ke BN.

Di kubu kuat PAS yakni Kelantan pun, pihak PAS menang tipis disetiap kawasan yang dimenangi PAS. Oleh sebab itulah untuk mendapat sokongan umum rakyat, PAS terpaksa mengorbankan hudud ciptaan mereka. Jadi, jelas di sini mengapa Presiden PAS Hadi Awang gugurkan hudud dan beraleh kepada negara kebajikan, semata-mata kerana mahukan sokongan undi bukan Melayu ini.

Nik Aziz pula sedar tentang ini, namun kerana takut akan kehilangan penyokong tegar mereka (PAS), maka dia terpaksa bawa keluar semula hudud dari peti sejuk beku. Jadi, mengapakah kita umat Islam masih nak taksub dgn isu hudud PAS ini ? Tidakkah kita sedar bahawa tindakan PAS mengorbankan hudud PAS ini membuktikan bahawa PAS hanya cakap tak serupa bikin dan hukum Islam hanyalah mainan politik PAS yang terlalu taksub dengan fahaman sempit dan tidak pada realiti zaman yang sebenar..

Mari kita renungi kata-kata Tun Mahathir bahawa UMNO tidak menolak hukum Islam samada hudud atau takdir, cuma UMNO menolak fahaman hukum Islam yang dipegang oleh PAS yang terang-terang bersifat tidak syumul kepada seluruh umat. Hukum Islam mestilah bersifat syumul dan universal, barulah Islam boleh menyatupadukan umat Islam. Jika ianya hanya berpihak-pihak maka hukum Islam itu telah lari daripada landasan sebenar. - Sumber



GR kata: PAS sanggup memperjudikan Islam, demi capai cita-cita bodoh depa!!

No comments:

Artikel pelbagai