Saturday, December 15, 2012
KANTOI! @KhalidSamad TERNYATA BODOH MELANTUN-LANTUN!!
GR tak nak cakap dan ulas banyak tentang tahap pemikiran Ahli-ahli Parlimen dari Pakatan Haprak ni. Pembaca lihatlah sendiri tweet di atas, tahap pemikiran mereka bagaimana.
Layakkah mereka diberikan mandat sekali lagi untuk menjadi pemimpin korang pada PRU 13 nanti. Perkara yang sebegini kecil pun dah KANTOI bertapa BODOHnya mereka. Janganlah pula nak berbahas yang sebenarnya tidak berani untuk memperjuangkan Islam apatah lagi untuk membela nasib rakyat.
Apa pun GR ucapkan tahniah pada Ust Fathul Bari yang SMACK DOWN YB Khalid Samad a.k.a Khalid Gereja ni. Tabik spring pada UFB.
GR kata: Khalid Samad nie kerja jadi security guard gereja memang sesuai...
TERKINI KONGRES DAP: Tak Dapat Sambutan! Melayu Dan India Hanya Kambing Hitam!
Perghh...GR sangat tertarik dengan Kongres DAP kali ini seramai 66 calon yang bertanding hanya 6 orang sahaja melayu iaitu Naib Pengerusi DAP Johor, Ahmad Ton; Senator Ariffin S.M. Omar; Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji; anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd. Noor; Roseli Abdul Ghani yang akan diletakkan sebagai calon di Negeri Sembilan pada PRU ke-13; Pengerusi DAP Cawangan Desa Manjung, Solaiman Op Syed Ibrahim dan Harun Ahmad.
Ini tidak termasuk Zairil Khir Johari kerana kita semua tahu beliau anak tiri Khir Johari berketurunan cina.
Pagi tadi GR keluarkan artikel pemimpin India yang bakal DINYAHKAN dari jawatan tertinggi dalam DAP. Inilah nasib mereka yang hanya di Kambing Hitamkan oleh puak-puak DAP. Sudah jelas gambar-gambar yang GR kongsikan dari rakan blogger Pisau.net ini, kaum Melayu dan India hanya sebagai bahan mainan DAP. Ternyata DAP adalah racist!!!
GR kata: Apa fungsi kaum lain dalam DAP ye??
TERKINI KONGRES DAP: LGE DAN KIT SIANG BAKAL GULINGKAN PEMIMPIN INDIA!!
Perkembangan terkini dalam Kongres DAP hari ini rata-rata pemimpin India DAP yang bertanding dijangka akan tewas seperti 3 kumpulan hanya memerlukan sokongan daripada Karpal Singh, P Ramasamy, M Kulasegaran Ahli Parlimen Ipoh Barat,Ganabatirau Veraman, Sivakumar ADUN Tronoh dan Sivasubramaniam ADUN Buntong.
Namun nama nama ini menjadi cukup panas dikalangan perwakilan India,Sesetengah pemimpin India DAP sudah mula mengadakan gerakan untuk memilih pemimpin yang baru.Prof Ramasamy dan Adun Bagan Dalam Thanasegaran adalah 2 nama yang paling panas untuk disingkirkan.
Pada masa yang sama perwakilan India dikatakan mendesak agar ramai calon kaum India diberi peluang untuk menganggotai CEC, kata mereka zaman CEC dikuasai oleh kaum Cina sudah berlalu dan kepentingan kaum India harus diberi keutamaan. Ini yang membuatkan Kit Siang dan LGE dah panas bontot untuk pertahankan kuasa mereka dalam DAP.
Perwakilan kaum India juga dilihat banyak mendesak agar lebih ramai diberi peluang ,ini kerana calon-calon DAP untuk PRU13 nanti dilihat tidak seimbang dan lebih banyak dikuasai oleh bangsa Cina.
Jelas terbukti tiada matlamat yang mereka ingin perjuangkan untuk rakyat dan negara dalam Kongres DAP kali ini. Mereka hanya utamakan kepentingan peribadi dan kuasa. Dalam hal ini pun mereka tidak boleh memberikan kata sepakat macam mana untuk tadbir negara!!
GR kata: Berebutlah anak beranak..apa lagi sat gi baling kerusi la tu...
KONGRES DAP: PERTEMBUNGAN ANAK BERANAK REBUT KUASA!
Kongres Kebangsaan DAP ke-16 di P.Pinang bermula hari ini 15-16 Disember 2012 akan menyaksikan 68 calon bersaing untuk merebut 20 jawatan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC), dengan beberapa daripada mereka mempunyai pertalian keluarga.
Antara calon berkenaan ialah orang kuat parti iaitu Pengerusi Kebangsaan Parti, Karpal Singh serta dua anak lelakinya, Gobind Singh Deo yang juga Ahli Parlimen Puchong dan ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo.
Tidak ketinggalan ialah Setiausaha Agung parti dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan bapanya yang merupakan veteran DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang.
Turut tidak melepaskan peluang untuk merebut jawatan berkenaan ialah Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas dan sepupunya Nga Kor Ming yang merupakan Setiausaha DAP Perak, beliau juga adalah Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis.
Antara calon Melayu pula ialah Naib Pengerusi DAP Johor, Ahmad Ton; Senator Ariffin S.M. Omar; Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji. Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd. Noor. Roseli Abdul Ghani yang akan diletakkan sebagai calon di Negeri Sembilan pada PRU ke-13. Pengerusi DAP Cawangan Desa Manjung, Solaiman Op Syed Ibrahim dan Harun Ahmad.
Setiausaha Penganjur DAP Kebangsaan, Teresa Kok berkata, tiada calon dibenarkan menarik diri daripada bertanding. Mereka (calon) yang ingin berbuat demikian boleh memaklumkannya kepada Speaker kongres pada hari berkenaan, tetapi namanya akan kekal dalam senarai dan perwakilan masih boleh mengundinya pada hari berkenaan walaupun calon telah menarik diri. Berdasarkan senarai calon, lebih separuh daripada mereka terdiri daripada sama ada MP atau ADUN atau kedua-duanya sekali.
Selain daripada Teresa Kok yang juga Pengerusi DAP Selangor, nama-nama lain yang bertanding bagi kerusi CEC termasuk Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng; Ahli Parlimen Tanjung, Chow Kon Yeow; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai; Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw; Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke; Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran; Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy; Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan Naib Pengerusi DAP, Chong Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching.
Kok berkata, setakat ini, DAP mempunyai kira-kira 150,000 anggota dari 730 cawangan. Sejumlah 2,576 perwakilan akan menghadiri kongres dua hari itu. Kit Siang dalam kenyataan berkata, Kongres DAP akan menjadi pembuka tirai bersejarah kepada kempen 'Seratus Hari ke Putrajaya'.
Ini jelas membuktikan tiada pencapaian yang ingin dibuat oleh DAP untuk membela nasib rakyat apatah lagi pembangunan yang baik untuk negara. Mereka hanya GILAKAN KUASA dan segala yang dilontarkan kepada rakyat hanya wayang semata-mata. Kempen ke Putrajaya hanya mahu membawa suara Anwar dan kuncu-kuncunya dengan menanam persepsi buruk kepada rakyat untuk membenci Kerajaan yang dipimpin YAB Perdana Menteri.
Korang fikirkanlah, jika Pakatan Haprak ini memerintah nasib yang akan menimpa kita dan anak cucu cicit kita akan gelaplah masa depan mereka. Manifesto PRU 12 masih tak dilaksanakan inikan pula pelbagai janji kononnya diberikan untuk PRU 13 bagaikan emas jatuh ke riba.
GR kata: Melayu gadai maruah pada DAP komunis, semata-mata betul berjuang atau kerana wang??
Friday, December 14, 2012
PERHATIAN! BANTU POLIS CARI INI BUDAK!! @PDRMsia
Polis sedang mengesan seorang pemandu lori bagi membantu siasatan kes anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang cedera akibat dipukul dalam satu sekatan jalan raya di Kilometer 2, Jalan Sungkai-Slim River, 4 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan D. Som Sak berkata, dalam kejadian pukul 9.50 pagi itu, pemandu lori tersebut, Mohamad Idris Din (gambar), 44, dikatakan enggan memberi kerjasama selepas dia ditahan atas kesalahan tayar botak.
Sebaliknya, lelaki itu bertindak agresif dengan memukul anggota JPJ terbabit menggunakan cop JPJ selain mengugut mereka dan merampas saman yang dikeluarkan sebelum melarikan diri.
Berikutan itu katanya, polis sedang mengesan Mohamad Idris untuk siasatan lanjut.
"Mohamad Idris dikesan beralamat terakhir di Ladang BMR Bahagian Kilang Baru, Kulim, Kedah dan dia dicari mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah di sini hari ini.
Dalam pada itu, Som Sak berkata, polis turut mengesan dua suspek iaitu Wee Wing Heng, 22, dan K. Sellakumaran, 43, yang masing-masing diburu atas kesalahan samun berkawan tanpa senjata api dan mencuri barangan majikan.
Katanya, Wing Heng yang lebih dikenali sebagai Steven beralamat di Jalan Manggis, Taman Rethna, Teluk Intan manakala Sellakumaran pula di Jalan Tapir, Taman Batu Gajah Baru, Batu Gajah dekat sini.
"Steven terlibat dalam kes samun bersenjatakan parang yang melibatkan kerugian sehingga RM30,000 pada 14 November lalu manakala Sellakumaran pula mencuri barangan membuat rumah bernilai RM5,000 milik majikannya," jelas beliau.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis atau berhubung terus dengan IPD Tapah di talian 05-4015222.
GR kata: Tangkap jangan tak tangkap!!






