Saturday, December 8, 2012
"Saya Lagi Hebat Dari Diaorang La" - @abby_abadi112
Apa sajalah Ostajah Celop ni tak sudah-sudah nak pertikaikan usaha murni rakan artis Malaysia buat. Bak kata mana yang baik ada saja tak kena. Dia sorang sajalah yang buat baik belaka, kira "Hebat" dalam semua bidang.
GR lihat dari hari ke hari semakin meroyan ostajah janda ni. Gedik tak tentu pasal pun yer jugak. Betul tak? Baru-baru ini beberapa golongan artis telah mengikuti Misi Bantuan Ke Gaza. Usaha murni mereka ini perlu kita ambil sebagai contoh dengan keberanian dan sifat tolong-menolong satu sama lain harus dikenang.
Dalam pada itu, ada juga berbunyi Ostajah Celop ni. Kata beliau dipanggil khas untuk ke Gaza tapi alasan sibuk. Sibuk bagi ceramah yang entah betul ke tidak dalilnya kan. Ingin berjihad untuk agama Allah S.W.T tak perlu tempat. Alasan yang tak munasabah langsung, kan dah KANTOI!!
GR pun pelik, dalam kita semua rakyat Malaysia sibuk memberikan pelbagai bantuan kepada saudara Islam di Palestin, kenapa puak-puak Pakatan senyap sunyi yer. Sekurang-kurangnya apa salahnya kita buang fahaman politik demi membantu saudara Islam kita. Islam bersatu bukan dari segi fahaman politik tapi hubungan silaturrahim yang erat dan itukan ajaran yang Allah S.W.T beritahu dalam Al-Quran.
GR ingin sarankan pada Kak Abby Abadi kita ni, kalau ilmu belum cukup jangan nak cakap hentam keromo. Otak tu kasi cuci sikit, kalau belajar tak tinggi sedar diri tu sikit. Tak salah kita menimba ilmu di mana-mana yang penting kita pandai menilai jangan duk percaya sebelah pihak. Otak pun boleh jadi beku.
GR juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam Misi Bantuan Ke Gaza kali ini. Sumbangan yang diberikan oleh rakyat Malaysia insyaAllah diberkati dan kita doakan penderitaan rakyat Palestin akan berakhir dengan segera serta kita doakan semoga Allah S.W.T memberikan perlindungan yang baik untuk mereka.
Lihat beberapa keping gambar Afdlin Shauki dan kawan-kawan di Palestin :
GR kata: Doakan mereka selamat pergi dan pulang. Jika diberi peluang insyaAllah akan sampai di bumi Palestin.
HAPPY BIRTHDAY LGE! LU SUDAH KENA BRO SAMA ORANG SENDIRI!!
Semakin hari kita ditunjukkan dengan ketidak telusan pentadbiran Pakatan Haprak di negeri-negeri yang mereka pegang. Hari ini hari ulangtahun ke-52 Lim Guan Eng. Rakyat P.Pinang sememang berbangga mempunyai pemimpin rakus seperti beliau. Tapi itu semua indah khabar dari rupa.
Ini jelas terbukti bukan hanya rakyat P.Pinang yang sudah benci dan muak dengan pentadbiran DAP di P.Pinang tapi dalam geng pakatan sendiri mereka sudah tidak 'sebulu' dengan geng mereka sendiri. Apa sudah jadi sebenarnya? Tak paham-paham lagi ker? Tapi GR yakin itu hanyalah 'wayang kulit' mereka saja yang dari segi hakikat PAS tidak berani bersuara dalam semua hal kerana takut kehilangan kerusi dalam PRU 13 nanti.
PULAU PINANG 7 Dis. - Sempena hari jadi yang ke-52 esok, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dihadiahkan dengan sebiji kek bersalut krim putih di bahagian luar manakala di dalamnya berwarna hitam.
Ia sebagai simbolik terhadap pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang yang dilihat hanya indah khabar dari rupa. Ahli PAS Tanjung, Arif Ibrahim yang menghadiahkan kek tersebut berkata, orang luar mungkin melihat negeri ini seronok untuk didiami tetapi pada hakikat rakyatnya hidup menderita.
"DAP dan sekutunya dalam pembangkang terlalu ingin mengejar Putrajaya sehinggakan rakyat seolah-olah terabai. Sepatutnya apabila sudah diberi mandat oleh rakyat, mereka harus melaksanakan tanggungjawab sebagai sebuah kerajaan dengan baik.
"Sepanjang mentadbir negeri ini, mana rumah mampu milik untuk rakyat? Guan Eng sering mencanang mereka lebih baik daripada Barisan Nasional (BN) tetapi semasa era BN dulu, mereka ada bangunkan projek perumahan rakyat (PPR) sedangkan DAP langsung tiada," katanya selepas menyerahkan kek berkenaan kepada Pembantu Khas Ketua Menteri, Ong See Fook di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini hari ini.
Tambah Arif, biarpun beliau bukan penyokong BN tetapi daripada pengamatan sebagai rakyat, pendekatan yang digunakan BN adalah lebih baik dalam usaha membangunkan negeri ini.
Selain itu, katanya, pelbagai isu yang timbul gagal dijelaskan oleh Guan Eng seperti Taman Manggis, Bayan Baru, rumah mampu milik, akidah generasi muda terutama orang Islam, kualiti hidup rakyat dan peluang pekerjaan.
"Sepatutnya sebagai kerajaan bertanggungjawab, Guan Eng menyelesaikan isu-isu berkenaan dan bukan sering mengelak.
"Guan Eng juga dilihat terlalu keras hati dan sukar untuk memohon maaf sekiranya melakukan kesilapan, sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah memohon maaf kepada rakyat atas kesilapan yang pernah dilakukan," katanya.
GR kata: PAS doakan apa yer untuk Cina DAP ni?? Takkan tak der kot. Hi hi hi
Friday, December 7, 2012
DENGAN UTUSAN BERANI, DENGAN MALAYSIAKINI BERANI KAH??
Nurul Izzah memfailkan tuntutan saman melalui firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Beliau selaku plaintif, menamakan syarikat Utusan Melayu (M) Berhad dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing defendan pertama dan kedua.
Difahamkan, Nurul Izzah menyaman Kumpulan Utusan hanya disebabkan 4 artikel yang telah disiarkan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia :
1. "Melayu bebas pilih agama? Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu - Nurul Izzah" bertarikh 5 November lalu.
2. "Nurul Izzah cuba gadai Islam, Melayu".
3. "Naib Presiden PKR letak akidah lebih rendah daripada politik"
4. "Kenyataan Nurul Izzah bertujuan jadikan Malaysia negara Pluralisme agama" - bertarikh 6 November 2012.
Menurut pernyataan tuntutan, Nurul Izzah menuntut defendan meminta maaf dan menarik balik tuduhan fitnah dalam masa 24 jam daripada tarikh perintah ke atas writ saman di muka hadapan Utusan Malaysia, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau, tetapi nilai tuntutan tidak dinyatakan.
Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai juga menuntut injunksi kekal ke atas Utusan Malaysia bagi menghalang akhbar tersebut terus menyiarkan artikel sama.
Kenyataan di atas GR petik dari apa yang Nurul Izzah lakukan ingin menyaman Utusan Malaysia. Tapi sedarkah beliau saluran media mana yang pertama sekali keluarkan artikel tersebut. Ok lah kita ambil kira jika mahu berlaku adil dan saksama. Jika ingin menyaman Utusan Malaysia yang dikatakan 'memutarbelitkan' kenyataan beliau mengenai Murtad, kenapa tak saman Malaysiakini sekali. Mereka pun mengeluarkan berita yang sama. Berita yang pertama sekali keluar. Tak percaya baca ni...
Inilah orang kata "Like Father Like Son". Tak kira apa pun dah terang-terangan buat salah masih tak nak mengaku lagi. Kenapa? Anwar Ibrahim ni seorang yang maksum ka? Tak pernah buat salah langsung ka? Sesat pemikiran depa ni. Pembaca yang budiman usahlah hanyut dengan depa ni kelak kita juga yang merana.
GR kata: Berani ke saman Malaysiakini? Nanti modal kena tarik balik...habis la ek! Hi hi hi...
Thursday, December 6, 2012
LEPAS AJAK MURTAD, @n_izzah NAK TUNJUK 'HERO' PERTAHANKAN ISLAM!
Memang hebatkan puak-puak Pakatan Haprak ni, sekejap cakap macam tu sekejap macam ni. Apa saja yang mereka cakap semuanya betul. Walaupun melibatkan hal-hal yang sentisif seperti hal-hal agama. Sebelum ini , anak Anwar Ibrahim ni menyatakan umat Islam berhak diberi kebebasan memilih agama yang ingin mereka anuti. Akal letak kat mana yer YB??
Baru-baru ini kecoh pula di Lembah Pantai, GR lihat YB Nurul Izzah nak tunjuk "Hero" pada masyarakat Lembah Pantai. Kononnya cara beliau yang membantah dan memfitnah tentang Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya yang ditutup. Beliau juga FITNAH bahawa YB Datuk Raja Nong Chik tidak menjaga hak kebajikan masyarakat di Lembah Pantai.
GR ingin beritahu di sini, wahai YB Nurul Izzah...cakap jangan sedap mulut yer. Kaji dulu kan sekarang dah kena batang hidup sendiri. Perihal sebenar mengenai penutupan Masjid Ar-Rahman arahan datangnya dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Walhal kisah sebenarnya, Masjid Ar-Rahman di UM ini hanya akan ditutup sementara sahaja bagi membolehkan kerja-kerja baik pulih dilaksanakan.
Notis penutupan sementara itu pula datangnya dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk melicinkan proses membaiki kebocoran bumbung, kerosakan pendawaian dan kerosakan paip air yang berlaku di masjid tersebut.
Disamping itu dalam tempoh penutupan sementara ini, tumpuan turut diberikan untuk menyelsaikan masalah limpahan air di sekitar kawasan masjid tatkala hujan lebat. Semua langkah ini jelas bermaksud untuk menjamin keselesaan para jemaah di masa akan datang.
Arahan rasmi dari JAWI itu telahpun dikeluarkan pada 20 November 2012 dan berkuatkuasa pada 1 Disember 2012 sehinggalah jangkaan semua proses baik pulih ini akan selesai sekitar akhir Jun 2013.
Sementara menantikan semua kerja-kerja baik pulih diselesaikan, pihak JAWI menyarankan semua ahli kariah dan jemaah menunaikan solat di masjid-masjid berhampiran.
Pada umat Islam di kawasan Lembah Pantai harap jangan mudah terpedaya dengan fitnah yang boleh merosak pemikiran kita. Ahli Parlimen yang cakap tak pakai otak ni memang tak boleh pakai!!
GR kata: Nurul Izzah boleh geng dengan Abby Abadi, otak 2x5 jer diaorang ni...
SIRI PEMBONGKARAN: MISI ANWAR JAHANAMKAN NEGARA!!
Kesilapan Mahathir yang paling besar ialah perlantikan Anwar sebagai Menteri Kewangan untuk menggantikan Tun Daim Zainuddin. Ini kementerian penting yang perlu dipimpin oleh seorang yang benar-benar berpengalaman di bidang ekonomi dan kewangan ataupun perdagangan.
Tentulah tidak wajar seorang yang berkelulusan B.A dalam bidang kebudayaan Melayu yang tidak pernah terlibat dalam dunia korporat dan tidak mempunyai pengalaman langsung di bidang ekonomi menjadi menteri kewangan.
Tapi Mahathir terlalu sayangkan Anwar di waktu itu hingga tidak nampak langsung kelemahan dan kecacatan Anwar. Dia juga pernah menjadi seorang yang taksub terhadap Anwar pada suatu ketika dahulu. Anwar menggunakan kesempatan sebagai Menteri Kewangan untuk meluaskan sokongan para pemimpin bahagian dan juga kalangan korporat terhadapnya melalui pemberian pink forms, saham-saham Bumiputera sebanyak 30% kepada kroni-kroninya dan menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk mendapatkan berbagai kemudahan dan projek-projek besar untuk orang-orangnya.
Boleh dikatakan Anwar menjadi lebih perkasa dalam politik dan juga dipandang lebih mulia dan hebat setelah dia menjadi Menteri Kewangan. Boleh dikatakan politik wang yang diheboh-hebohkan dalam persidangan UMNO beberapa tahun yang lalu adalah berpunca dari kroni-kroni Anwar yang menabur berjuta-juta ringgit untuk membeli undi dan kedudukan dari para perwakilan sekalian. Banyak para perwakilan UMNO tahu hal ini dan juga para pemerhati politik sekalian.
Skandal kewangan yang paling besar ialah kerugian Bank Negara sebanyak lebih dari RM10 bilion akibat pembabi dalam forex (tukaran wang asing). Dikatakan hanya seorang pegawai tinggi yang berpengalaman diberi kuasa untuk membeli dan menjual forex. Dikatakan juga pegawai tersebut kononnya mendabik dada bahawa dia juga seorang pakar dalam bidang perbankan Islam. Anwar dikatakan sangat tertarik dengan ilmu perbankan Islam dari pegawai tersebut.
Oleh sebab Anwar kurang arif tentang forex, tidak seperti Tun Daim dan Tengku Razaleigh yang pernah menjadi Menteri Kewangan sebelum Anwar, maka dia tidak meneliti secara serius pembabitan Bank Negara dalam mainan forex tersebut yang dianggap terlalu tinggi dan membahayakan kepentingan negara. Dia hanya menerima nasihat dari Bank Negara dan tidak bertindak tegas sebagai Menteri Kewangan untuk menilai semula pembabitan wang rakyat dan negara yang terlalu banyak untuk bisnes forex. Pada mulanya dikatakan cuma “rugi atas kertas” tetapi sebaliknya memang benar negara kita kerugian lebih dari RM10 bilion akibat ketiadaan pengawasan yang teliti Menteri Kewangan.
Kesilapan besar terletak pada Anwar sebagai Menteri Kewangan. Di negara lain seperti Jepun dan Korea Selatan skandal kewangan tersebut dianggap sebagai kesalahan Menteri Kewangan. Dia mesti meletak jawatan tanpa disuruh berbuat demikian. Tapi Anwar tidak sanggup meletak jawatan, yang terpaksa meletak jawatan akibat skandal tersebut ialah bekas Gavernor Bank Negara, Tan Sri Jaafar Hussein (allahyarham) dan pegawai yang kononnya dianggap pakar perbankan Islam dan forex. Kini dikatakan pakar forex tersebut diambil semula berkhidmat dengan Bank Negara.
Oleh sebab dia tidak menguasai bidang ekonomi dengan baik, tanpa latar belakang dunia korporat atau pun mempunyai asas yang kukuh di bidang ekonomi maka dia terpaksa mendengar nasihat dari pihak Bank Negara dan juga pegawai-pegawai tertentu di kementeriannya dan bertindak mengikut nasihat para pegawai sahaja. Sebaik-baiknya seorang Menteri Kewangan mestilah tahu dengan agak mendalam persoalan dan masalah kewangan, mempunyai pengetahuan ekonomi yang memuaskan supaya dia dapat mengemukakan idea-idea yang kreatif dan dinamik untuk dijadikan pedoman dalam perancangan kewangan negara.
Malangnya Anwar bukan Daim atau pun Tengku Razaleigh yang luas pengalaman di bidang ekonomi dan kewangan yang memungkinkan mereka merancang dengan berkesan kewangan dan ekonomi negara.
Memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk “62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal”, Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999. Kegagalan Anwar ini merupakan juga salah satu kegagalan agenda yang dibuat oleh barat untuk melumpuhkan sistem kewangan Malaysia pada masa itu dan membolehkan IMF menapak untuk meguasai ekonomi didalam negara ini.
Serangan mata wang yang berlaku di Malaysia adalah serangan terancang dibuat oleh Yahudi diketuai oleh Soros untuk menumbangkan kerajaan Malaysia dalam ekonomi di mana akan disarankan untuk mendapat bantuan IMF dan Bank Dunia. Sejarah Indonesia sepatutnya menjadi pengajaran buat kita sebagai rakyat Malaysia dalam hal ini.
GR kata: Negara jahanam, rakyat merana jika Pakatan perintah. Hancuss!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)












