Saturday, March 10, 2012
PANAS: DOKTOR PELATIH NAK ROMEN PELAJAR SENDIRI??
Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mendakwa dicabul seorang doktor pelatih di sebuah hospital di sini pada 4 Mac lalu. Pelajar terbabit dikatakan dicabul ketika berada di unit kecemasan hospital terbabit kira-kira jam 10.20 pagi ketika mendapatkan rawatan.
Menurut sumber, mangsa pada mulanya dirawat seorang doktor perempuan, namun terpaksa meninggalkan mangsa kerana perlu merawat kes kecemasan.
“Seorang doktor lelaki masuk ke bilik rawatan dan tanpa sebarang soalan, doktor tersebut meraba buah dada mangsa.
“Selepas meraba mangsa, doktor tersebut juga meminta seorang jururawat untuk memeriksa pelajar itu dan kemudian meraba alat sulit mangsa,” katanya.
Pelajar itu juga diarahkan doktor tersebut untuk melakukan senaman secara berhadapan dan dia memegang pinggang mangsa serta diarah melentikkan diri menyebabkan mangsa dicabul sekali lagi.
Apabila mangsa menyedari dirinya dicabul, dan tindakan tersebut bukannya rawatan, mangsa kemudiannya melarikan diri dari bilik itu serta membuat aduan kepada doktor wanita yang mula-mula merawatnya.
“Bagaimanapun, surat yang ditulis oleh mangsa kepada hospital tersebut tidak dilayan sehingga kini. Mangsa dikatakan lambat membuat laporan kerana terpaksa menduduki ujian peperiksaan,”katanya.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.
GR kata: Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya". Renung-renungkan....
Inilah Contoh Pemimpin Terbaik, Low Profile @NajibRazak
TINJAUAN MESRA BERSAMA RAKYAT...Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diiringi Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (dua dari kiri) berbasikal bersama remaja dan belia di kawasan rekreasi Taman Setia Indah, Tebrau, Johor Bahru, pagi tadi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai ketika "walkabout" dan perjumpaan dengan penduduk di Taman Setia Indah, Johor Bharu.
GR kata: Teruskan berkhidmat untuk rakyat wahai PM Najib.
Portal Pembangkang Tabik Spring Pada YAB PM!!
Haaaaa...nampaknya semua pihak khususnya rakyat sudah mula menerima dengan baik pucuk pimpinan YAB PM Datuk Seri Najib Razak mentadbir Kerajaan Malaysia. Produk-produk yang dihasilkan oleh Kerajaan seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia, Bantuan RM100 untuk pelajar sekolah, Baucar Buku 1Malaysia, Sara 1Malaysia dan lain-lain lagi diterima baik oleh seluruh rakyat Malaysia.
Terbaru, portal pembangkang yang tidak asing lagi Malaysian Insider juga menyatakan sokongan mereka pada YAB PM dan mengaku rating PM Najib naik dengan begitu baik sekali. Pelikkan?? Portal yang selalunya menyampaikan berita palsu dan fitnah pada Kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya dan sekarang mereka menyokong YAB PM sebagai pemimpin yang terbaik di Malaysia. Nampaknya peningla kepada Anwar sekarang ni...sudah pasti akan ada saja isu fitnah yang akan ditimbulkan oleh beliau. Itulah dia Pak Anwar Ibrahim, semua orang tau kan. Hi hi hi
Jom baca kenyataan di bawah :
Rating sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat ke 69 peratus dari 59 peratus pada Ogos 2011, demikian menurut Merdeka Centre for Opinion Research.
Pusat tinjauan pendapat itu berkata, ini disebabkan mood orang ramai yang lebih senang dengan keadaan ekonomi umum dan pengagihan dana bagi meringankan beban ekonomi keluarga berpendapatan rendah.
Pusat itu berkata tinjauannya mendapati antara 10 dan 23 Feb, sokongan terhadap perdana menteri paling tinggi, pada 78 peratus, di kalangan keluarga dengan pendapatan di bawah RM1,500 sebulan, dengan responden India pada 80 peratus dan responden Melayu 74 peratus.
Tinjauan itu juga mendapati rasa puas hati dengan Perdana Menteri adalah lebih tinggi di kalangan responden pada usia 50 tahun ke atas, di tahap lebih 73 peratus, berbanding 64 peratus di kalangan responden lebih muda berumur antara 21 hingga 30.
Hasil tinjauan juga menunjukkan sebanyak satu pertiga daripada responden yang mirip kepada Pakatan Rakyat, selaku pembangkang, melahirkan rasa puas hati dengan perdana menteri.
"Pada pendapat kami, meningkatnya rasa puas hati orang ramai barangkali disebabkan kesedaran meluas tentang inisiatif mesra rakyat dan cadangan menambah baik kedudukan demokrasi Malaysia, seperti penggantian Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), cadangan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti, dan langkah-langkah bagi meningkatkan ketelusan proses pilihan raya," kata pusat itu.
Rasa positif terhadap kerajan adalah lebih tinggi di kalangan pengundi lebih tua dan paling rendah di kalangan pengundi muda, menurut tinjauan itu yang dijalankan bagi menilai persepsi pengundi terhadap perkembangan semasa dalam negara.
Sejumlah 1,022 pengundi berdafar, terdiri daripada 59 peratus responden Melayu, 32 peratus Cina dan sembilan peratus India, diinterbiu menerusi telefon pada tinjauan itu. Responden dipilih berasaskan sampling rambang mengikut etnik, jantina dan keadaan kediaman. - Bernama
GR kata: Tahniah YAB PM dan teruskan mentadbir negara berkembang pesat. Terima kasih kerana mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat.
WAJIB BACA: Si Rafizi Mulut Longkang Perlu Mohon Maaf!!
Pejabat Perdana Menteri menuntut Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli memohon maaf atas tuduhan liarnya berhubung pembiayaan majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat menggunakan wang kerajaan.
Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad dalam kenyataannya petang ini menafikan tuduhan tersebut sekeras-kerasnya.
Menurut beliau, tuduhan yang dilemparkan oleh Rafizi itu adalah satu fitnah yang jelas bertujuan untuk menjejaskan imej Perdana Menteri.
“Pengarah strategik PKR Rafizi Ramli perlu memohon maaf atas dakwaan beliau, yang mana ia adalah palsu, fitnah dan memburuk-burukkan reputasi Perdana Menteri.
“Majlis pertunangan tersebut TIDAK langsung menggunakan dana awam, ia dibayar sendiri oleh Perdana Menteri dan keluarganya,” kata beliau.
Rafizi hari ini membuat dakwaan melalui media berhubung majlis pertunangan itu kononnya menelan kos berjumlah RM409,767 dan bil majlis tersebut dialamatkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Anak perempuan Perdana Menteri, Noryana Najwa Najib bertunang dengan pemuda warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev di dalam satu majlis yang berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana pada 17 Jun tahun lalu. – Mynewshub
GR kata: Penipuan yang tak masuk akal..dah tak lepas jadi lembu memang macam ni. He he
PANAS: @chegubard Menangis Ceramah ABU Dapat Sambutan 'Kaw-Kaw'!!
Perghhh...tu dia, ceramah ABU malam tadi yang berlangsung di Tmn Setapak Jaya, K.Lumpur mendapat sambutan yang sungguh 'menggalakkan'. Memang ramai giler yang datang...Nak gelak guling-guling la bila tengok kehadiran mereka yang datang ceramah malam tadi.
Untuk pengetahuan pembaca sekalian dan juga warga K.Lumpur, kehadiran malam tadi kurang 150 orang. Ternyata sudah tidak ada siapa yang ingin menyambut program ABU yang syok sendiri ni. Ceramah yang cuma maki hamun Kerajaan dan menabur janji kosong pada rakyat tapi hasilnya Apa Pun Tak Boleh!!!
Meh kita tengok bilangan mereka yang hadir...macam cakap sorang pun ada tu...He he he
Ramai giler kan?? He he he. GR ingin sarankan pada Chegubard dan sekutu-sekutunya, sudah-sudah la tu. Diri dah tak laku lagi mau jaja-jaja fitnah sana sini. PRU 13 nanti nak bertanding kat kawasan mane yer?? PRU 12 dah ler kalah teruk. Malu la sikit. Jangan nak tabur fitnah pada rakyat. Jangan memperalatkan rakyat demi kepentingan peribadi Pakatan Rakyat.
Lihat gambar di atas, GR kongsikan antara mereka yang hadir. Tengok muka pun dah tau samseng ABU ni. Berapalah mereka ni dapat 'payment' ek untuk datang meramaikan ceramah ABU malam tadi. Tengok pun kat situ penia-peniaga baju yang meramaikan tapi hasilnya Chegubard menangis tutup muka sebab malu. Kih kih kih
Tahniah la pada MP K.Selangor dan A.Samad Said antara penceramah ABU malam tadi. Sebabnya berjaya cakap dihadapan kurang 150 orang. Lebih kurang cakap sorang-sorang la kan. Chegurbard lepas ni nak buat lagu mana lagi yer?? Keh keh keh
GR kata: Asal Bukan Anwar Ibrahim (ABAI)
Subscribe to:
Posts (Atom)






