Monday, May 13, 2013

EDAR RISALAH NAK MELAYU CINA BERGADUH! KURANG AJAR PUNYA BUDAK!!


Cina sedang membuat provokasi supaya Meayu mula mengamuk. Ada Melayu baruah PKR yang turut sama.

Budak muda yang tak tahu apa ingat ini semua pasal pilihanraya kotor tanpa menyedari tuntutan mereka tak konsisten. Kenapa yang ditimbulkan hanya tempat yang mereka kalah?

Kenapa kalau tak akui pilihanraya dan terima keputusan, Lim Guan Eng dan Ahmad Yaacob angkat sumpah sebagai KM dan MB?

Kalau tak setuju keputusan, bila hari angkat sumpah Parlimen, adakah Anwar dan mereka yang menoak keputusan akan angkat sumpah juga?

Ini semua sebahagian dari agenda dan usaha 'Malaysia SPring' yang dari awal lagi mereka mahu gunakan pilihanraya kotor sebagai alasan. Walaupun mereka tiidak dapat bukikan ada salah, mereka tetap tuduh ink boleh keluar atau blackout.

Rasanya sebahagian dari agenda 'Malaysia Spring' mahukkan pergaduhan Melayu-Cina. Lahanat ini mahu huru harakan negara dan bawa masuk kuasa besar. Maka pihak pembangkang dah mula api-apikan orang Melayu. Lihat bukti di bawah :



Pada pihak Polis, mohon ambil tindakan dengan segera siasat perkara ini. Jangan sampai ianya merebak dan terjadinya rusuhan kaum. Rakyat Malaysia dah lama sedar dan bangsa Melayu juga harus sedar jangan bertindak mengikut nafsu dan ikut akal fikiran.

Kita mahu kehidupan yang aman dan jangan cemarkan nama baik Malaysia di mata dunia. Malaysia sentiasa aman dan harmoni. Kalau ada pihak sibuk nak UBAH, lebih baik ubah diri kita sendiri jangan sibuk jaga tepi kain orang!!

UBAH ini lebih baik, betul tak cacai PR semua..??



MENILAI FAKTA BUKAN SEBARKAN DUSTA! NASIHAT UST DR ZAKIR BUAT KITA SEMUA!


Agama Islam ini dibina di atas dalil dan hujah. Tiada dalil dan hujah yang paling kuat melainkan al-Quran dan al-Sunnah.

Islam adalah satu-satunya agama yang diredai ALLAH SWT. Islam bukanlah milik mana-mana individu atau mana-mana kumpulan. Islam adalah hak milik ALLAH SWT. Oleh itu segala syariat dan isi kandungannya ditentukan oleh ALLAH Azza wa Jalla sendiri, Pemilik agama ini.

Tiada ruang untuk manusia yang terbatas akal fikiran dan kemampuannya untuk menentukan atau memutuskan walaupun sedikit apa-apa perkara yang berkaitan agama, kecuali dengan dipaksikan kepada hujah dan dalil yang kukuh.

Justeru, agama Islam ini dibina di atas dalil dan hujah. Tiada dalil dan hujah yang paling kuat melainkan al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu, apa saja hukum, pendapat dan fakta yang berkaitan agama mesti didirikan di atas dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Mana-mana pendapat atau fakta yang dikaitkan dengan agama, tetapi tidak dibuktikan dengan hujah al-Quran dan al-Sunnah, maka ianya tidak boleh disandarkan kepada agama, walaupun yang memberi pendapat dan fakta tersebut memakai pelbagai gelaran agama.

Biarpun yang memberi pendapat tersebut ustaz, tok guru, kadi hatta mufti, maka pendapatnya berhak untuk dinilai dan ditolak sekiranya tidak menepati al-Quran dan al-Sunnah.

Panduan al-Quran, al-Sunnah

Al-Quran dan al-Sunnah telah menggariskan beberapa panduan umum dalam kita menerima dan menilai sesuatu fakta khasnya yang berkaitan agama dan berkenaan perkara lain secara umumnya.

Antaranya ialah seperti di dalam ayat berikut: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”. (Surah al-Hujurat:6)

Oleh itu, bertitik tolak dari ayat ini, ahli sunnah wal jamaah menjadikan konsep al-tathabbut (mencari kepastian di dalam sesuatu perkara) sebagai asas utama dalam menilai sesuatu maklumat atau pun dalam menghukum orang lain.

Hal ini bertujuan agar kita tidak melakukan tokok tambah di dalam urusan agama; dan agar kita tidak menghukum orang lain secara zalim, tanpa bersandarkan fakta yang benar.

Imam al-Tabari ketika mentafsirkan ayat ini menjelaskan: “Apabila datang kepada kamu orang fasiq dengan sesuatu berita maka hendaklah kamu selidiki kesahihannya, pastikannya dan jangan tergesa-gesa dalam menerimanya.

Ini agar kamu tidak menuduh sesuatu kesalahan ke atas golongan yang tidak bersalah disebabkan kejahilan kamu”.(Al-Tabari, Tafsir al-Tabari: taqrib wa tahzib (Damsyik: Dar al-Qalam), 7/33).

Maka dapat difahami bahawa sesiapa yang telah nyata dan pasti kefasiqannya, maklumat yang disampaikannya perlu ditolak. Al-Qadhi Abu Bakr ibn al-‘Arabi berkata: “Sesiapa yang pasti kefasiqannya maka batallah perkataannya (hilang kredibilti) di dalam menyampaikan berita.

Ini adalah ijma’. Sebabnya adalah berita itu suatu amanah dan kefasiqan pula adalah sebab yang membatalkannya al-‘Arabi, Ahkam al-Quran (Bierut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah), 4/147).

Prinsip lain yang diajarkan oleh al-Quran ialah seperti yang dinyatakan di dalam ayat berikut: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada ALLAH SWT; Sesungguhnya ALLAH SWT Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”. (Surah al-Hujurat: 12)

Dari ayat ini pula al-Quran mengajarkan bahawa, adalah menjadi kesalahan jika kita membuat hukuman berdasarkan sangkaan semata-mata. Oleh itu, untuk mengelakkan kita terjatuh di dalam kesalahan ini, maka konsep al-tathabbut merupakan langkah pertama yang mesti dilaksanakan.

Al-Sunnah juga telah memberikan beberapa panduan asas dalam kita memberikan pendapat, menerima atau menilai sesuatu fakta berkaitan agama. Antaranya Rasulullah memberikan amaran keras dan janji neraka bagi sesiapa yang menyandarkan kepada Baginda apa-apa yang tidak dikatakan Baginda. Perbuatan ini merupakan pendustaan terhadap agama dengan menyandarkannya kepada Rasulullah.

Sekali gus ia dikira melakukan pendustaan dengan menggunakan nama Rasulullah, dan ia merupakan jenayah di dalam agama yang amat besar. Maka, memang layak mereka ini dijanjikan neraka.

“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siapkanlah tempat duduknya di dalam api neraka”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).

Di dalam hadis lain, Rasulullah SAW melarang kita untuk menyampaikan semua cerita yang kita dengar tanpa diselidiki terlebih dahulu. Bahkan, perbuatan seperti ini termasuk sebahagian daripada pendustaan. “Cukuplah seseorang itu berdusta dengan dia menceritakan setiap apa yang dia dengar”. (Riwayat Muslim)

Tidak taklid buta, ikut dalil

Sering kali disebutkan bahawa agama Islam tertegak di atas dalil dan hujah yang sahih. Kita boleh mendengar tentang agama ini daripada siapa sahaja kerana hari ini ramai orang dari pelbagai profesion suka untuk bercakap tentang agama. Tetapi biar siapa pun yang bercakap, biar siapa pun yang mengulas, namun yang kita terima, pegang dan amalkan ialah percakapan yang disertai dengan dalil yang sahih.

Oleh itu, setiap orang berhak untuk kita nilai, terima dan tolak pendapatnya kecuali kata-kata Rasulullah yang sahih. Jangan latih diri kita hanya mengikut sahaja secara membabi buta, tetapi sentiasalah bertanya mana dalil dan juga fakta. Agama ini bukan milik datuk nenek kita, tapi milik Yang Maha Mencipta. Jangan pekakkan telinga, bukalah mata, untuk melihat kebenaran yang nyata.

Manusia diciptakan adalah untuk mengabdikan diri padaNya semata-mata. Pengabdian ini mestilah ditunaikan sepertimana yang dikehendaki oleh Yang Maha Mencipta. Tiada siapa di kalangan manusia ini mengetahui apakah dan bagaimanakah kehendak ALLAH SWT terhadap makhluknya, kecuali seorang manusia biasa yang disampaikan wahyu kepadanya, Muhammad SAW. Tiada jalan lain untuk memenuhi kehendak Ilahi kecuali hanya dengan mengikuti jejak langkah Nabi ini.

Rasulullah telah pun wafat. Apa yang ditinggalkan hanyalah al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan syariat. Kewafatan Baginda bukti bahawa telah sempurna agama ini untuk ikutan umat. Usah berdalih lagi, hanya patuh dan juga taat. Nilailah setiap fakta supaya kita tidak menjadi penyebar dusta...

Wallahualam bissawaf'.


GR kata: Semoga dapat ikhtibar, sampaikan dan amalkan.

PENA TELAH DIANGKAT, DAKWAT TELAH KERING...SEGALANYA TELAH TERSURAT!!


Hanya pada 6 Mei 2013 lepas baru kita semua tahu Allah SWT telah pilih dan takdirkan DS Najib jadi PM untuk tempoh 5 tahun lagi, Anwar jadi ketua pembangkang, Nik Aziz tak jadi MB Kelantan. Hj Hadi tak jadi MB Terengganu, Nizar maintain pembangkang di Perak.

Ustaz Azizan tak jadi MB Kedah, Husam Musa tak jadi MP Putrajaya dan hilang exco Kelantan, semua telah tersurat. Di kalam Loh Mahfuz telah tercatat segala-galanya.

Allah SWT telah menyiapkan kalam Loh Mahfuz 1000 tahun sebelum Nabi Adam a.s diciptakan. Allah SWT berfirman yang bermaksud "tidak ada sehelai daun pun yang jatuh berguguran dan tidak ada setitik embun yang berjatuhan di waktu malam, melainkan dengan kehendakNya belaka” perjalanan hidup semua makhluk telah siap diatur oleh Allah SWT dan tercatat di sana.

Segala yang berlaku adalah kehendaknya dan setiap yang berlaku samaada kepada orang lain atau pun kepada diri sendiri pasti ada hikmahnya.

Cuma kita makhluk yang lemah tidak mampu mengetahui apa hikmah disebalik tiap kejadian yang berlaku, kecuali apabila tiba masanya. Namun kita selaku hamba perlu berusaha dan berdoa agar mendapat yang terbaik dari Allah SWT.

Namun apabila Allah SWT telah membuat keputusan kita wajib akur, patuh dan redha walaupun tidak memenuhi hasrat kita.

Kita wajib tingkatkan usaha namun tindak tanduk kita hendaklah mengikut lunas undang-undang dan tidak menyusahkan sesama ummah dan tidak menambah kerosakan.



HOT: NAK COVERLINE PASAL INSIDEN 13 MEI, ANAK BEKAS TPM SANGGUP JADI BALACI KIT SIANG..!!


Hari ini 13 Mei 2013 merupakan tarikh yang tidak boleh rakyat Malaysia lupakan, peristiwa hitam melanda negara pada tarikh ini. Ramai rakyat Malaysia yang merasai bagaimana peritnya insiden hitam ini berlaku terutama sekali ibu bapa kita. Negara Malaysia diisytihar darurat atas sebab rusuhan kaum yang dicetuskan oleh sebuah parti yang berdendam dengan bangsa Melayu.

Artikel kali ini GR tidak bermaksud rasis tapi untuk menyedarkan kita rakyat Malaysia bersyukur dengan kehidupan yang kita kecapi selama ini yang aman damai. GR agak terkejut bila membaca blog Lim Kit Siang dengan paparan video anak kepada bekas TPM Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar menyatakan Lim Kit Siang bukan antara dalang yang terlibat peristiwa hitam 13 Mei 1969. Apakah beliau ini buta sejarah? Jangan kerana kecewa dalam bahagian sendiri sanggup menjatuhkan maruah bangsa sendiri.

Dalam blog Kit Siang, anak bekas TPM ini menyatakan Lim Kit Siang tiada di K.Lumpur semasa pergaduhan kaum pada 13 Mei 1969. Kalau bukan Kit Siang ditangkap di KL, ini gambar siapa??


Mungkin anak bekas TPM ini lupa dengan sejarah atau buat-buat lupa dan GR yakin rakyat Malaysia masih ingat siapakah antara dalang yang terlibat. Ini kata-kata yang dilemparkan oleh Kit Siang dan sehingga hari ini beliau masih TIDAK MOHON MAAF pada rakyat Malaysia.
Laporan MAGERAN, laporan rasmi yang dibentangkan menceritakan tentang peristiwa 13 Mei membawa kepada perisytiharan darurat tersebut adalah kerana kebebasan bersuara yang sudah di luar kawalan.

Tindakan racist yang melampau dan ini antara tindakan yang didalangi oleh Lim Kit Siang dan parti beliau pada masa itu.

Rakyat perlu tahu kata pada tahun 1969 membawa kepada peristiwa 13 Mei. Slogan yang dibawa pada masa itu ialah ‘Malai Si’. ‘Malai Si’ ini maknanya “Mati Melayu”.

Kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” .

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat.

Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis melayu”

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”.

Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, “KL sekarang cina punya”.

Pada 12 Mei Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, “melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.”

Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti Yang Berhormat Ipoh Timur, “Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…”.

Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu… “… semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.”

Pada 12 Mei. Okey nanti kejap lagi. Saya hendak habiskan. Biar dia faham. “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata lancau….!”

Pada 12 Mei Jalan Canvel, “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…”

Pada 12 Mei Jalan Bukit Bintang, “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.”

GR yakin rakyat Malaysia tidak mahu peristiwa seperti ini berlaku lagi, jadi apa yang sudah tertulis dalam sejarah negara tidak perlu diputarbelitkan lagi. Yang bersalah tetap bersalah. Pada Dato' Tamrin jangan gadaikan maruah diri dan nama baik keluarga kamu. Rakyat Malaysia tabik dan hormat dengan perkhidmatan yang telah diberikan oleh Tun Ghafar Baba semasa menjadi TPM.

Beliau  seorang pemimpin yang memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Jangan disebabkan mahukan sesuatu anda sanggup gadaikan maruah bangsa dan jadi balaci pada seorang yang sudah terang-terangan ada muslihat sesuatu disebalik apa yang berlaku. Zaman anda sudah lepas, jangan rosakkan pemikiran anak muda kerana mereka ini pelapis negara.

Lihat video kronologi 13 Mei 1969, sama-sama kita fahamkan dan jadikan iktibar untuk semua...




GR kata: Siapa lagi yang pertahankan agama, bangsa dan negara kalau bukan diri kita sendiri. Fikir-fikirkan....

CORETAN SUASANA SAMBUTAN ULANGTAHUN UMNO KE 67 #UMNO67


Ucapan PM Najib penuh semangat dan terima kasih pada rakyat Malaysia yang masih memberikan mandat pada UMNO/BN pada PRU13.

"Yang mengundi kita ucapkan terima kasih dan yang tidak mengundi, kita tanya adakah mereka akan menyokong kita pada pilihan raya umum akan datang.

"Jangan kita angkuh dan sombong, kita adalah parti yang berjaya kerana rakyat suka, menyokong dan percaya kepada kita. Tidak kira pemimpin besar dan akar umbi mesti ingat bahawa rakyat yang akan menentukan kekuasaan dan kelangsungan parti kita," katanya.


Lihat gambar coretan semasa sambutan UMNO ke 67 yang cukup meriah dan penuh kesyukuran.






GR kata: UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia

Artikel pelbagai