Monday, December 31, 2012

AMANAT HADI: Radio Dan TV Bukan Tempat Sebar 'Fatwa Politik' - @Zahid_Hamidi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang digesa menggunakan sebaik-baiknya peluang ke udara di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) bagi memperjelas amanatnya pada 1981 yang dikatakan mengkafirkan Umno.

Menggesa demikian, Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata isu (amanat) itu telah mengakibatkan perpecahan di kalangan masyarakat Islam di negara ini.

Beliau menyifatkan amanat itu sebagai 'fatwa politik'.

"Ia pendapat politik yang harus dibayar harganya dengan mahal kerana apa yang berlaku dengan masyarakat Islam di beberapa kawasan seperti perpecahan dalam keluarga dan masalah dalam komuniti.

"Perkara ini perlu diperbetulkan," kata Ahmad Zahid mengulas keputusan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim memberi peluang kepada Abdul Hadi untuk membuat penjelasan menerusi RTM.

Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2 di sini, Ahad.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM)berada dalam keadaan siap siaga sepanjang musim tengkujuh bagi membantu mangsa banjir di Pantai Timur.

"ATM turut menempatkan pasukan perubatan di kawasan memerlukan sebagai bantuan tambahan kepada Kementerian Kesihatan," katanya.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata ATM juga sedia mencurah tenaga untuk membaiki rumah mangsa banjir yang rosak akibat bencana alam itu.

"Kami tidak mempunyai peruntukan untuk membeli bahan-bahan bagi kerja membaik pulih tetapi kita akan bantu daripada segi tenaga kerja," tambahnya. - BERNAMA

GR kata: Hadi oh Hadi! Sudah jatuh ditimpa tangga jangan pula ada drama filem pulak lepas ni yer...

GAMBAR-GAMBAR YANG BUAT ANWAR BERBULU BILA TENGOK!!



Sememangnya GR ingin naikkan sekali lagi gambar-gambar menarik Perdana Menteri yang kita kasihi dan sayangi Dato Seri Najib Tun Razak.

Lihat gambar-gambar di atas, inilah sikap seorang pemimpin yang sempoi bila ingin bersama dengan rakyat. Tak kira apa cara dan keadaan sekali pun. Turun padang makan, duduk semeja bersama rakyat dan tiada sebarang protokol yang DS Najib Razak inginkan.

Anak kecil yang kita kira masih kecil pun bijak menilai dan sayang pada pemimpin No.1 negara kita. Anak kecil ini tunjukkan teladan yang sangat baik pada generasi muda yang bakal menempuh alam pembesaran meraka.


GR kata: Turun padang mendampingi hati rakyat bukannya tabur fitnah dan penipuan pada rakyatkan.

#MogokLapar: Apa Sebenarnya Yang "TERSIRAT" Disebalik Demo Bodoh Ini?

Inilah bila orang kata mereka ini BODOH, tau pulak mereka marahkan. Tapi inilah kenyataan yang sebenarnya...ternyata mereka ini BODOH dan TAKDER OTAK!!

Apa lagi yang pemimpin Pakatan Haprak gunakan mereka-mereka ini. Kononnya berdemo selama 100 jam, 'Mogok Lapar' sebagai memprotes tentang Isu Lynas yang sebagai kita maklum...mahkamah sudah pun membuat keputusan kilang Lynas boleh beroperasi dan bebas dari sebarang musibat.

Mereka kata 'Mogok Lapar' tapi gambar yang GR perolehi dari portal Mynewshub ni apa yer? Orang ke jin yang makan tu ye...atau pun saka pencacai Pakatan Haprak yang tengah makan tu? Gaya kita lihat kebulur habis tu. Kah kah kah kah....

Sudah-sudahla tu wahai Pakatan Haprak, jangan asyik kerjanya MENIPU rakyat saja. Terima sajalah hakikat dan keputusan mahkamah tu macam mana korang terima keputusan mahkamah pasal kes liwat Anwar Ibrahim (bapak korang tu) yer.

Fahamkan dulu maksud dan istilah 'Mogok Lapar' tu ye sebelum nak buat demo tu ye. Pakai otak dulu dan jangan gunakan rakyat yang tak tau apa-apa macam kat Dataran Merdeka sekarang. Lebih baik korang baik rumah saja wahai amoi-amoi2 dan apek-apek semua. Rumah makan lagi sedap maaa, tak payah sorok-sorok ini macam maaa. Betul kan?? Hi hi hi...


GR kata: Manusia akan mati x makan dan minum selama 2 hari. Lebih dari tu jawabnya kubur kata mari. 100 jam brapa hari tu...sendiri mau ingatlah yer!!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, December 30, 2012

Kalimah ALLAH: Guan Eng Sengaja Timbulkan Sentimen Perkauman!

Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid mahu semua pihak terutamanya orang bukan Islam berhenti membuat sebarang kenyataan atau desakan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Beliau berkata, pengunaan kalimah Allah telah difatwakan haram serta dilarang digunakan oleh bukan Islam seperti yang termaktub dalam Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) yang diwartakan sejak 1988.

Malah katanya, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Ketua Agama Islam Negeri sebelum ini turut menitahkan pengunaan kalimah Allah oleh mana-mana agama selain Islam adalah haram.

Polemik mengenai kalimah Allah perlu dihentikan kerana Sultan Selangor telah menitahkan isu tersebut tidak lagi perlu dibangkitkan, jadi mengapa masih lagi dijadikan bahan perbincangan sehingga kini.

Dalam Bible terdapat konsep tuhan bapa, tuhan anak dan roh kudus. Dilihat daripada konsep itu, ia adalah jauh berbeza serta bercanggah dalam Islam yang mana Allah itu adalah Yang Maha Esa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam perutusan sempena Hari Krismas baru-baru ini, yang mendesak kerajaan Pusat membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam Bible versi bahasa Melayu seperti yang diamalkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu.

Mengulas lanjut, Mohd. Tamyes berkata, umat Islam perlu menghayati surah al-Ikhlas yang menerangkan keesaan Allah dalam membuat pertimbangan berhubung isu tersebut.

Katanya, surah itu menyatakan tuhan ialah Allah Yang Maha Esa yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

Tambah beliau, surah itu turut menyatakan Allah tiada beranak, tidak pula diberanakkan dan tidak ada sesiapa pun yang serupa dengan-Nya.

Sehubungan itu, jika nama Allah dibenarkan dalam Bible versi bahasa Melayu, akan menimbulkan kekeliruan sama ada kalimah Allah tersebut merujuk Tuhan Yang Maha Esa atau tuhan yang mempunyai anak.

Kewujudan salah interpretasi terhadap kalimah Allah perlu dielakkan umat Islam, sebaik-baiknya isu kalimah Allah tidak ditimbulkan lagi mana-mana pihak demi memelihara akidah umat Islam serta menjaga keharmonian beragama setiap rakyat termasuklah di Selangor," katanya.

Beliau menambah, larangan penggunaan kalimah Allah telah diputuskan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada Mei 2008 diikuti Jawatankuasa Fatwa negeri Selangor pada 10 Jun tahun sama.

Katanya, larangan itu memutuskan lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama selain Islam.

GR kata: DAP memang mahu hancurkan Islam...inilah sekutu Yahudi di Malaysia!!

'AMANAT HADI': RTM Beri Peluang Secara Live, Hadi Awang Boleh Jawab Ikhlas Ker??

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan diberi peluang memberi penjelasan mengenai amanatnya yang mengkafirkan Umno pada 1981, di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, Abdul Hadi perlu memohon kepada kementerian mengenai saluran yang dipilihnya untuk memberi penjelasan itu.

"Pihak RTM boleh siarkan kenyataannya sekiranya kandungannya sesuai dan ada nilai berita. Tetapi pada masa yang sama, Abdul Hadi perlu memberi peluang kepada pihak lain memberi pandangan mereka kerana amanatnya ini telah dibuat pada 1981," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan raptai sambutan Rumah Terbuka Malaysia Krismas dan sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka di sini, Sabtu.

Sambutan itu dijadual diadakan pada 31 Disember.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas, Datuk Fuad Hassan, Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Norhyati Ismail dan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Datuk Norliza Rofli.

Rais berkata, pandangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan mufti perlu diambil kira untuk mengetahui status amanat itu yang mengkafirkan Umno daripada sudut akidah.

Presiden PAS itu pada Sabtu berkata, beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.

Ditanya mengenai masalah masalah talian telefon mudah alih yang tiba-tiba terputus akibat masalah teknikal, Rais berkata, ia bukan kesalahan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Katanya, syarikat telekomunikasi harus memberi penjelasan lengkap kepada pengguna mengenai masalah itu dan menyatakan jumlah talian terputus dialami pengguna telefon bimbit pada setiap bulan.

"SKMM boleh mengambil tindakan undang-undang sekiranya syarikat telekomunikasi masih gagal mengatasi masalah tersebut," katanya.

Minggu lepas, media melaporkan mengenai masalah talian telefon mudah alih terputus yang semakin teruk di negara ini.

Sehubungan itu, Ketua Pegawai Pembangunan Industri dan Sumber Perancangan SKMM, Datuk Ali Hanafiah telah memberi amaran dan berkata SKMM tidak teragak-agak mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mengikut kesalahan-kesalahan yang dilakukan.

Berhubung cadangan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin supaya kerajaan tidak meletakkan had pada harga telefon pintar 3G bagi membolehkan orang ramai mendapatkan rebat sebanyak RM200, Rais berkata, beliau akan membawa perkara itu ke Kabinet pada 2 Januari depan.

Mengenai persiapan Rumah Terbuka Malaysia Krismas dan sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka, Rais berkata, beliau berpuas hati dengan raptai pada Sabtu yang lancar.

Beliau berkata, Dataran Merdeka dipilih untuk majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas, sambutan Tahun Baru 2013 serta acara Larian Tahun Baru 1Malaysia pada31 Disember ini kerana ia adalah lokasi bersejarah untuk negara.

"Sambutan Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baru diadakan serentak kali ini untuk memberi kelainan dan menyemarakkan semangat perpaduan semua kaum di Malaysia selari dengan gagasan 1Malaysia," katanya.

Beliau berkata, Ketua Paderi Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam turut dijemput untuk mewakili masyarakat Kristian pada rumah terbuka itu. - BERNAMA

GR kata: Wayang Hadi Awang pun macam Anwar jugakkan...

Artikel pelbagai