Thursday, December 27, 2012

AMANAT HADI: Pok Nik Sanggup 'Berparang' Demi Kesesatan Umat Islam!!

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak tunduk dengan desakan pelbagai pihak supaya menarik balik amanat yang dibuatnya pada 1981.

Nik Abdul Aziz sebaliknya meminta Abdul Hadi bertemu dan berhujah dengan pihak yang mendesaknya menarik balik amanat yang dibuatnya itu.

"Agama ini bukan hak Haji Hadi seorang, agama ini hak semua, maka kerana apa pihak berkenaan tidak mahu berdepan dengan Haji Hadi, kerana apa, takut?

"Ajar puak penakut ini, takut tidak dapat duit, biar Haji Hadi tegap dengan keputusan dia," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan banjir di sekitar Rantau Panjang di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan pelbagai pihak supaya Abdul Hadi menarik balik amanatnya yang mengkafirkan UMNO yang dibuat pada 1981.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan tokoh ilmuwan Islam, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid meminta Abdul Hadi tidak terus membisu terhadap isu tersebut kerana perlu tampil memberikan penjelasan sesuai dengan prinsip Islam.

Bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail sebelum ini turut mendedahkan puluhan ribu ahli dan pengikut Pas dikesan masih berpegang teguh kepada Amanat Haji Hadi yang sehingga kini menganggap orang UMNO kafir.

Sementara itu, hasrat wartawan mendapatkan reaksi Nik Abdul Aziz berhubung kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahu kalimat Allah digunakan dalam kitab Injil dan beberapa isu lain tidak kesampaian apabila dihalang pegawainya.

GR kata: Pok Nik dan Guan Eng duduk sama 'Pondok'....sebab tu otak mereng!

ISU TANAH KELANTAN: SUA MB KELANTAN KANTOI BODOH TAK TAHU BACA SURAT MENYURAT!!


Kisah Isu Tanah Kelantan ini masih menjadi perbualan hangat baik di media sosial hinggalah dibibir rakyat Malaysia. Puak DAP dan PAS sudah mengelabah sardin sebab kegiatan haram mereka selama ini telah terbongkar.

Sidang Akhbar di Pejabat MB Kelantan melalui Setia Usaha Akhbar (SUA) Menteri Besar Ahmad Fadhli Shaari pada 21/12/2012, berhubung pajakan tanah seluas 10,526 ekar yang diambilalih oleh pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming melalui syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd (UPSB). Petikan tersebut boleh baca di HarakahDaily.

Apa yang menariknya di sini Pok Nik cuba mengalihkan pemikiran rakyat dengan memutarbelitkan bukti yang sebenar dan cuba mengaitkan Dato' Dr. Awang Adek yang ketika proses SUAP ini dilakukan beliau menjawat jawatan Timb Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia ketika itu.

Persoalannya sekarang melalui surat di atas, adakah surat tersebut menunjukkan pertukaran hak milik tanah seluas 10,526 hektar kepada Upaya Padu Plantation Sdn Bhd? Berdasarkan carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), 40% atau RM15 juta saham Upaya Padu Plantation Sdn Bhd dimiliki oleh Ngeh Koo Ham, dan 51% atau RM16 juta dimilik oleh syarikat Efektif Kirana. Dan 99% saham syarikat Efektif Kirana pula dimiliki oleh Ngeh Koo Ham juga.

Justeru, secara dasarnya, Upaya Padu Plantation adalah hampir 100% milik Ngeh Koo Ham. Ngeh Koo Ham juga telah pun mengaku bahawa beliau adalah pemilik syarikat tersebut walaupun sebelum ini cuba sedaya upaya menipu dan menafikan segala-galanya.

Isu ini sebenarnya tidaklah sesukar mana untuk difahami apatah lagi apabila Setiausaha Akhbar Nik Aziz sendiri, iaitu Ahmad Fadhli Shaari mengakui kerajaan negeri telah menawarkan kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, surat yang tertera di atas hanya menyatakan Kerajaan Pusat tiada halangan dan bukannya satu surat kelulusan, dan seharusnya disokong bila tanah tersebut sudah diluluskan oleh Kerajaan Negeri melalui YIK. Surat Sokongan tersebut telah dikeluarkan oleh Kementerian Perusahaan Perladangan 12 Oktober 2005 kerana Kerajaan fikirkan untuk kemajuan dan pembangunan negeri Kelantan. Ianya juga sudah lama diluluskan oleh  Yayasan Islam Kelantan (YIK) sejak tahun 2000, maka tidak ada satu sebab sokongan tidak dapat diberikan kepada Upaya Padu Plantation Sdn Bhd.


Jelas di sini menunjukkan Pok Nik dan DAP cuba untuk 'coverline' dengan cuba mengalirkan perhatian rakyat dengan menuduh UMNO/BN bersekongkol dalam kes 'suapan' Tanah Kelantan ini. Pembaca lihat dua surat yang GR sertakan di atas, jelas terbukti surat yang berlainan. SUA MB Kelantan pun jenis seorang yang tak tahu menahu jenis surat sokongan dan juga surat tukar hak milik agaknya. GR sarankan perlu belajar lebih tinggi lagi kerana tak layak nak pegang jawatan SUA MB kalau perkara simple begini pun tak tahu jugak.

Jelas kebodohan tahap maksimum puak PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan di dalam menjawab isu pemajakan tanah berkenaan. Kerajaan PAS Kelantan telah meluluskan pajakan untuk Tanam Sawit dan Getah (Komoditi Perladangan) pada 25 Ogos 2005. Surat sokongan bukan boleh dibawa dan ada kuasa untuk dijadikan sebagai surat pertukaran hak milik tanah. Rakyat harus sedar penipuan Pakatan Haprak bakal membawa kehancuran pada negara. Takkan rakyat Malaysia semua nak duduk bawah jambatan kot??


GR kata: Pihak berkuasa harus siasat jangan senyap jerk makan gaji buta....


PART 3: RAFIZI BAKAL DILUCUTKAN ANWAR KERANA TINDAKAN BODOHNYA YANG MAKAN DIRI SENDIRI!!


GR ingin mohon maaf sebab agak lama sikit untuk menceritakan perkara sebenar apa sebenarnya yang Pengarah Strategi PKR nie dah buat pada rakyat Malaysia khususnya. Walaupun kes tersebut telah pun disabitkan ke mahkamah tapi tidak semestinya individu yang dikaitkan dalam isu NFC ini terlibat sama walhal beliau sebagai Menteri dan Ahli Parlimen ketika itu.

Sebelum ini pun ramai rakan blogger yang memainkan isu ini untuk menerangkan perkara yang sebenar dan tidak muda terpengaruh dengan fitnah dan penipuan yang dibuat oleh Rafizi Ramli selama ini. Minggu lepas GR ada mengeluarkan pendedahan eksklusif oleh blogger KL Chronicle keadaannya sebenarnya status isu NFC ini. Tapi Rafizi Ramli ini meroyan lebih menuduh GR memfitnah beliau dengan mengatakan dia ada hubungan GAY. Lawak la lu ni bro...nak kata tak ada otak dulu kerja sampai Petronas, gaji pun besorkan. Hi hi hi

Pendedahan yang dibuat adalah untuk rakyat menilai sendiri fakta serta bukti mana yang benar dan salah. Rakyat sendir yang berhak untuk menilainya bukan dengan terus mempercayai apa yang dikeluarkan oleh Rafizi ini betul belaka. Seperti dalam isu NFC ini, Laporan Audit Negara juga mengatakan tiada sebarang penyelewengan pun untuk dikaitkan dalam isu ini.


i. Perkara yang menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dijalankan oleh JAN ialah pencapaian projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) sejak penubuhannya pada tahun 2006 dan bukannya National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) sebagai sebuah syarikat.

ii. NFCorp adalah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share bernilai RM1. Manakala modal berbayar berjumlah RM1.11 juta telah disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn. Bhd.


iii. Jika dibaca keseluruhan LKAN 2010 itu, tidak ada pun disebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir, ‘in a mess’ atau pun penyelewengan. Perkataan ini digunakan oleh pihak-pihak lain di luar kawalan Jabatan Audit Negara. Perkara ini telah saya jelaskan dalam kenyataan akhbar saya pada 25 Januari 2012.



Lihat di atas, sedikit Laporan Audit Negara yang disahkan sendiri oleh Tan Sri Ambrin Buang mengenai isu NFC ini. GR yakin sebelum ini pun Rafizi meroyan, katanya pihak NFC tak telus kerana memberikan maklumat pada blogger BN ini untuk diberitahu perkara yang sebenar. Dia lupa ker, dokumen yang beliau dapat selama ini bukan dari orang dalam NFC jugak ker...tapi telah diputarbelitkan untuk rakyat percaya ada penyelewengan dan isu ini.

Begitu juga dengan kes penipuan yang Rafizi buat mengenai majlis pertunangan anak perempuan YAB Perdana Menteri. Salinan sebutharga majlis tersebut, mana dia dapat kalau dia tak BAYAR macai-macai dalam Shangrila Hotel tu untuk dibawa keluar. Akhirnya kes tersebut kantoi Rafizi menipu kerana memfitnah YAB Perdana Menteri. Inilah perangai puak Pakatan yang akal mereka letaknya di punggung.

Apa pun baca pendedahan terperinci mengenai KEBENARAN isu NFC ini dengan KLIK SINI


GR kata: Macam ni nak jadi Ahli Parlimen, semuanya kantoi jerk! Tunggu pendedahan apa Rafizi buat di Taiwan beberapa bulan lepas....


Wednesday, December 26, 2012

HOT: RAMAI AHLI PAS JAHIL KERANA 'AMANAT HADI', KESIAHNYA!!


Alhamdulillah pintu taubat masih terbuka. Allah S.W.T telah memberi hidayah pada mereka yang sesat pemikiran mereka kerana terlampau taksub dengan politik.

Perasaan taksub terhadap 'Amanat Hadi' menyebabkan pembayaran zakat fitrah oleh ahli PAS suatu ketika dahulu tidak disempurnakan melalui imam UMNO yang dipertanggungjawabkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kerana mendakwa penyokong UMNO kafir.

Mazhab mana yang Hadi Awang gunakan? Adakah dengan mengkafirkan sesama Islam dalam setiap perkara itu HALAL dalam prinsip PAS? Baik dari segi bantuan, makanan hinggalah perkara wajib yang dituntut oleh Islam pun haram ker jika ianya dijalankan dari bukan PAS??

Gambar di atas ialah bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pasir Puteh di sekitar tahun 2000, Shokri Mohd. Nor, 68, ketika menceritakan perkara itu menyatakan kekesalan di atas keterlanjuran itu sepanjang bergiat aktif sebagai aktivis tegar Pas sejak 40 tahun lalu.

Beliau berkata, ketika aktif dalam perjuangan PAS, bayaran zakat fitrah dilunaskan kepada imam yang menyokong Pas sahaja biarpun di luar mukim selain menunaikan fardu Jumaat di masjid tertentu sahaja. Menurutnya, dia dan sebilangan penyokong PAS turut mengeluarkan zakat fitrah secara terus kepada golongan miskin dalam kalangan penyokong parti itu sahaja.

Tepuk dada tanyalah hati wahai pembaca sekalian. Setiap hamba Allah S.W.T diperintahkan melaksanakanya semua tuntutan Islam adakah berpuak-puak? Dalam Al Quran adakah disebut begitu seperti yang termaktub dalam 'Amanat Hadi'. Sama-samalah kita berdoa agar ramai lagi ahli PAS diberikan petunjuk oleh Allah S.W.T untuk kembali pada landasan Islam yang sebenar.


GR kata: Laksanakan perintah Allah S.W.T dan ikut sunnah Nabi S.A.W pasti bawa kejayaan dunia dan akhirat.

FOTO PANAS: MODEL MALAYSIA BERANI SHOOT GAMBAR BOGEL!!


Dunia hiburan dan dunia modeling memanglah sebuah dunia yang penuh dengan glamor. Ini adalah mungkin kerana mereka yang menceburi bidang ini adalah disebabkan menerima bayaran yang sangat lumayan. Setiap mereka yang menceburi bidang ini adalah kerana bakat mereka yang tersendiri.

Malah ada di antara mereka telah pun mencipta nama dipersada dunia. Di merata-rata tempat ada saja wajah mereka yang menjadi duta dalam iklan yang mereka dipanggil tidak kira dalam dan luar negara. Nama-nama besar modeling seperti Nasha Aziz, Amber Chia dan ramai lagi telah pun berjaya dalam bidang mereka ceburi.

GR tabik spring dengan nama-nama besar model yang telah pun mencipta nama di dalam dan luar negara sekali gus membawa nama Malaysia dipersada dunia. Lebih baiknya mereka bersikap profesional dan faham batas-batas mereka sebagai rakyat dengan budaya ketimurannya, apatah lagi yang beragama Islam.

Terbaru, dua nama model lelaki dan perempuan ini telah pun heboh di dunia maya dengan gambar-gambar separuh bogel mereka telah pun tersebar luar. Lihat gambar di atas, Sofea Putih merupakan anak jati negeri Pahang berposing maut yang boleh mencairkan nafsu lelaki yang melihatnya. Kesahihan gambar-gambar tersebut GR tak boleh nak pastikan, sebab ada beberapa cerita yang didengar katanya Sofea ini bukan perempuan "Tulen".


Apa pun kita doakan pada mereka berdua ini kembali ke jalan yang benar. Banyak sumber lain yang boleh kita dapatkan rezeki dari sumber yang halal. Jangan malukan nama baik kita, keluarga dan juga negara. Pada mereka yang memilih bidang ini buatlah yang terbaik kerana anda sendiri yang boleh menentukan masa depan anda sendiri bukannya orang lain.


GR kata: Jangan suka bogel-bogel macam sorang Ketua Pemimpin tu yer....

Artikel pelbagai