Monday, December 24, 2012

Anwar Makin Pening Dengan Kehendak Anak Muda!!

Pengundi muda yang menjadi tonggak untuk menjayakan matlamat negara maju menjelang tahun 2020 kini semakin memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, mereka menunjukkan keyakinan terhadap kemampuan UMNO dan BN untuk terus menerajui negara ini dengan jaminan nasib pelbagai kaum dibela agar terus mengecap masa depan yang lebih baik.

Katanya, melalui proses transformasi yang digerakkan oleh kerajaan BN demi untuk kesejahteraan menyeluruh rakyat dapat dilihat melalui pelbagai pelaksanaan dan diterjemahkan melalui Bajet 2013 yang meliputi kepentingan semua golongan.

"Bila dah dekat-dekat pilihan raya ni, nampaknya gelombang kesedaran itu sudah dapat kita rasakan, saya ucap syabas kepada orang-orang muda," katanya yang merujuk kepada ramai bilangan anak muda setempat yang menyambut ketibaannya.

Timbalan Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini berkata demikian ketika berucap dalam majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Kampung Pulau Bahagia Manir di sini, hari ini.

Kira-kira 10,000 orang hadir pada majlis itu. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Yang Dipertua dewan Undangan Negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dan para pemimpin negeri serta setempat.

Menurut Muhyiddin, BN akan terus memastikan tidak akan ada kumpulan rakyat sama ada di Semenanjung, Sabah mahupun Sarawak yang tertinggal daripada perhatian kerajaan jika BN kekal terus diberi kepercayaan untuk kekal memerintah.

GR kata: Golongan anak muda pelapis negara...

HOT: NGA KOR MING DAH KANTOI, MAIN UGUT-UGUT PLAK!!


Sememangnya diketaui umum, pendedahan yang telah dibuat oleh rakan blogger GR iaitu Pisau.Net mengenai tanah seluas 10,526 ekar telah pun disogok oleh PAS kepada puak-puak DAP ni. Ini adalah disebabkan kerana gilakan jawatan sebagai MB Perak ketika mereka memenangi negeri tersebut pada PRU 12 yang lalu.

Disebabkan telah mendapat liputan meluas dan yang penting rakyat mengetaui agenda jahat mereka ni, si pengecut Nga Kor Ming sudah main kotor. ADUN Sg Rapat, Datuk Hamidah Osman telah menerima sms ugutan dan Nga Kor Ming nie berkenaan isu tanah bernilai RM 30 juta di Kelantan. Wowwwww...banyak tu!!

SMSnya berbunyi "Ketika saya di dewan makan, Kor Ming datang ke meja saya sambil menunjukkan jari-jarinya dan berkata: you reveal, watch out. I will go after you (kamu dedahkan, jaga-jaga. Saya akan cari kamu).

Syabas dah tahniah GR ucapkan pada Datuk Hamidah Osman dengan tindakan berani ini demi memberikan maklumat yang sebenar untuk pengetahuan rakyat khususnya. Teruskan usahan murni ini, jangan takut pada mereka yang nak menjahanamkan negara. Teruskan jua perjuangan murni ini demi agama, bangsa dan negara. Isu gadaikan tanah bukan boleh dibuat main kerana boleh merosakan negara, rakyat akan hidup merempat.

Kata-kata berani dan penuh semangat dari Datuk Hamidah Osman :

“Saya akan terus bongkar apa mereka buat,” tegas Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamidah Osman ketika membuat laporan polis terhadap ugutan diterima daripada Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming.

Menurutnya, laporan polis dibuat bagi mendapatkan perlindungan pihak berkuasa kerana bimbang keselamatannya dan keluarga.

Beliau berkata, ugutan diterimanya itu berikutan pendedahan pemilikan tanah di Gua Musang oleh sebuah syarikat yang mempunyai pegangan saham milik Kor Ming dan Adun Sitiawan, Ngeh Koo Ham.

“Saya melihat apa yang berlaku semalam (kelmarin) mengenai tuduhan terhadap Speaker Dun, Datuk R Ganesan berkaitan VCD seks, maka hari ini saya terpaksa membuat laporan polis untuk melindungi diri dan keluarga saya daripada sebarang kemungkinan.

“Selepas pendedahan skandal tanah itu mereka (Kor Ming dan Koo Ham) kelihatan gelisah dan tak ceria sepanjang Sidang DUN. Jadi saya takut mereka boleh mengada-adakan perkara yang tidak wujud,” katanya kepada media di Balai Polis Kampung Rapat, semalam.

Mengenai ugutan diterimanya daripada Kor Ming, katanya, ia berlaku pada Khamis, jam 3 petang ketika minum di dewan makan Sidang Dun.

Hamidah berkata, Kor Ming datang kepadanya dan mengeluarkan perkataan, ‘you reveal and watch out, I’ll go after you’ dengan muka yang marah dan geram.

“Ugutan tidak patahkan semangat saya dan saya akan bongkar siapa mereka kepada rakyat, kerana mereka perlihatkan diri mereka seolah-olah suci.

“Mereka patut nafikan ia bukan putar belit keadaan. Saya cabar mereka buat kenyataan menafikan penglibatan syarikat mereka itu,” katanya.



GR kata: Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah!!!

EKSKLUSIF: ESOK BLOGGER PRO-BN DEDAHKAN KELAKUAN SEBENAR RAFIZI RAMLI TERHADAP DIRINYA!!


GR masih berminat menceritakan perihal tentang Pengarah Strategi PKR nie...siapa lagi kalau bukan Rafizi Ramli. Sebelum ini GR ada dedahkan kenapa blogger Pro-BN tersebut hilang entah ke mana. Pada Rafizi, lu dah baca habis pun artikel GR tu ker? Sampai tak boleh menilai langsung yer...pendek betul fikiran lu yer bro. Hi hi hi

Maklumat yang baru GR terima dari blogger Pro-BN tersebut esok tepat jam 9.00 pagi beliau akan dedahkan perkara sebenar apa yang Rafizi Ramli ini telah lakukan. Kelakuan Rafizi yang sebenar yang ramai rakyat diluar sana tak tahu menahukan. Lebih-lebih lagi rakyat dari kawasan Pandan....bukan apa GR dengar dari sumber dalam PKR, Rafizi nie akan dicalonkan di sana PRU 13 nanti. Layak ker dia nak jadi pemimpin???

Apa pun GR tak nak ulas panjang perkara ini....eloklah sekiranya kita semua nantikan pendedahan dari blogger Pro-BN tu esok pagi yer. Pada Rafizi tembelang anda sudah semakin hari semakin pecah. Sampai lubang cacing pun akan didedahkan. Jangan lari pi oversea lagi yer....PRU 13 dah dekat kan??


Gambar di atas sedikit gambaran yang akan didedahkan oleh Blogger Pro-BN terbabit. Pada pembaca sekalian esok jangan lupa baca KL CHRONICLE untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi antara blogger tersebut dan Rafizi Ramli.


GR kata: Tungggguuuuuuuu jam 9.00 pagi esok

Sunday, December 23, 2012

TERKINI: 2.3 Juta Rakyat Mohon #BR1M 2.0

Lebih 2.3 juta permohonan bagi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 diterima setakat 17 Disember lepas, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, daripada jumlah itu lebih 1.6 juta permohonan adalah daripada individu bujang dan lebih 720,000 permohonan daripada isi rumah.

Katanya, 54 peratus permohonan itu dibuat secara manual manakala selebihnya dibuat secara online.

"Kita akan membuat pembayaran pada suku tahun pertama (2013), jadi untuk pembayaran tersebut, kita minta kepada mereka yang masih belum mendaftar agar mendaftar sebelum 31 Dis kerana permohonan ini perlu diproses supaya mereka dapat bayaran bila kita mula buat pembayaran.

"Kalau dia lewat, dia akan dapat lewat. Mereka boleh daftar secara online atau manual supaya apabila kita buat pembayaran pada suku pertama nanti, yang dah daftar semua akan dapat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Usahawan SME Bank di sini, Sabtu.

Bagaimanapun, Ahmad Husni berkata, tarikh tutup permohonan BR1M 2.0 yang bermula 1 November lepas belum ditetapkan.

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Penerangan, agensi-agensi kerajaan atau dimuat turun atau diisi secara online melalui laman sesawang LHDNM: www.hasil.gov.my.

Katanya, bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Tahun lepas, seramai 4.2 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion. - BERNAMA

GR kata: Terima kasih YAB Perdana Menteri dan Kerajaan...

HOT: @KhalidSamad JADI PARTNER RONNIE LIEW BUKA DISCO DI SHAH ALAM!!


Selepas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan kewujudan kelab malam beroperasi di kawasannya dua hari lepas, namun semalam beliau menukar kenyataan mengesahkan kewujudannya yang beroperasi secara haram.

Menurutnya, berdasarkan mesyuarat dengan bahagian perlesenan dan penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Khamis, pihaknya mendapati kelab malam berkenaan menyalahgunakan lesen bagi tujuan itu, di mana lesen kafeteria ditukar menjadi kelab malam dan menjual arak tetapi tidak memohon lesen bagi penjualan minuman keras itu.

“Saya diberitahu oleh MBSA, mereka telah mengeluarkan saman dan mengarahkan pemilik premis menghentikan sebarang aktiviti hiburan dan pertunjukan (floor show) dan diarahkan beroperasi sebagai kafeteria.

“Berikutan itu saya telah meminta MBSA supaya mengarahkan agar premis berkenaan menghentikan operasi mereka (kelab malam) dengan serta-merta,” katanya pada sidang media di pejabat beliau, Jumaat.

Dalam pada itu, beliau turut meminta Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan memperjelaskan kenapa kelab malam itu TIDAK DIARAHKAN penutupan, disita dan dirampas peralatan serta minuman keras mereka.

“Datuk Bandar perlu menzahirkan secara profesional tanpa mencampurkan kepentingan politik,” katanya.

Ditanya sama ada Khalid akan mengambil tindakan sekiranya tiada tindakan tegas serta merta, beliau berkata, peluang akan diberikan seluas-luasnya kepada Datuk Bandar dan MBSA tanpa campur tangan pihaknya.

“Saya tidak akan ambil apa-apa tindakan cuma mendesak supaya kelab malam itu dihentikan serta-merta,” katanya.

Pada 19 Disember lalu, Khalid seperti dilaporkan mole.my menafikan dakwaan sebuah kelab malam bakal dibuka di Shah Alam.

Khalid diminta memberi komen dakwaan blog khairulryezal yang mendedahkan sebuah kelab malam pertama bertempat di Setia Alam atau lebih khusus di Setia Avenue 2, Jalan Setia Prima S, Setia Alam, 40170 Shah Alam, telah dibuka.

“Shah Alam sebelum 2008, terkenal dengan bandar bercirikan keIslamannya. Jangan kata Kelab Malam, pusat snooker dan panggung wayang jangan harap dapat didirikan di bandar ini. Dengan kewujudan pemerintahan baru, Pakatan Haram telah berjaya mewujudkan bukan sahaja Kelab Malam, malah rumah-rumah tumpangan dan hotel-hotel murah yang dikhuatiri menempatkan aktiviti-aktiviti maksiat berleluasa seperti cendawan selepas hujan.

“”Grand Opening” atau pembukaan besar-besaran akan diadakan pada 12.12.2012, satu tarikh keramat bagi penduduk Shah Alam. Voyage Shah Alam di dalam laman sosial Facebook nya juga menjanjikan “Draught Beer” yang paling berpatutan dari segi harga!

“Adalah diharapkan Menteri Besar Selangor tidak melepaskan peluang untuk merasmikan hari bersejarah ini. Hidup PR! Hidup PR! Hidup PR!,” dedah blog itu. - AIDC


GR kata: Berani ker Khalid Samad dan Khalid Gagap nak sound Ronnie Liew suruh tutup disco tu? Rumah urut pun depa yang selalu pergi...ape cite!!

Artikel pelbagai