Monday, December 17, 2012

TERKINI: HEROIN IMPIAN ILLYANA SELAMAT LAHIRKAN BABY GIRL


Nur Lydia Ibtisam personaliti tv, host, pelakon dan penyanyi yang popular dengan drama bersiri Impian Illyana Sunsilk dan Dunia Anita telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada jam 6.30 pagi tadi.

GR mendapat khabar berita gembira ini melalui kiriman sms dari suami beliau sendiri yang juga merupakan producer drama dan filem.


Anak perempuan mereka selamat dilahirkan di Hospital Shah Alam dengan berat 2.15kg. Kini Lydia Ibtisam popular sebagai pengacara Chop di TV9, producer dan penulis skrip serta pencipta lagu. Single terbaru beliau bertajuk Dalam Diam.


GR kata: Tak sabar nak tengok baby...Tahniah!!

"ALA NAMPAK TUTTT SIKIT JER PUN" - ARTIS EHEM EHEM


Luas sangat leher baju tapi 'aset' celebriti terkenal ini nampak jugak. Walaupun perkara ini terjadi pada celebriti di Hollywood, LeAnn Rimes tetap mengalami saat yang memalukan. Pokoknya ada perasaan malu ker? Tapi masih berpakaian macam ni. Hi hi hi

Celebriti terkenal ini berpakaian begini dalam salah satu program kebajikan di Los Angeles yang menampakkan puting payu daranya sedikit terkeluar kerana mengenakan kolar baju yang agak luas.


Macam mana pula dengan aksi pemimpin di atas yer? Nampak habis bogel satu badan. Kelakuan terkutuk yang sememangnya beliau suka bila orang menontonnya. Tak kisah apa orang kata yang penting cita-cita untuk gadaikan maruah negara tercapai.

Fikir-fikirkanlah...nak seorang pemimpin negara yang macam ni ker???


GR kata: Anwar pun nak jadi celebriti terkenal jugakkan..???

Sunday, December 16, 2012

BN GUNAKAN FORMULA DARI RAKYAT UNTUK #PRU13! @Zahid_Hamidi @Najib_Razak

Barisan Nasional (BN) mungkin menggunakan formula 50 peratus calon muka baharu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, suntikan muka baharu itu penting memandangkan negara hanya mempunyai tempoh lapan tahun untuk mencapai status negara maju.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan menjelaskan, dalam setiap pilihan raya sebelum ini, BN akan meletakkan sekitar 30 hingga 40 peratus muka baharu kerana mahu memastikan calon-calon yang berada di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN) mampu bersaing dengan situasi semasa.

"Namun, jumlah muka baharu itu perlu diseimbangkan dengan muka-muka lama kerana tidak semua mereka dapat memberi perkhidmatan lebih baik berbanding muka lama," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kementerian Pertahanan, di sini semalam.

Beliau mengulas ruangan Cuit tulisan Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan Rabu lalu, berhubung formula 80 peratus muka baharu dan 20 peratus muka lama yang akan digunakan BN dalam pilihan raya akan datang.

Ahmad Zahid menjelaskan, BN tidak akan menjurus ke arah formula 80 peratus dan 20 peratus tersebut kerana melihat keseimbangan antara muka baharu dan lama itu boleh memberi kesinambungan tugas yang cemerlang kepada parti berkenaan.

Katanya, pembangkang mungkin mahu mengemukakan calon-calon baharu yang lebih berkelayakan tetapi calon-calon tersebut tidak semestinya boleh mendekati rakyat.

"Kita melihat bukan sekadar muka baharu atau berkelulusan lebih tinggi, tetapi kita juga mahu melihat mereka mendekati akar umbi untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat," katanya.

Mengulas dakwaan golongan lama atau 'warlords' dalam UMNO tidak akan memberi ruang kepada muka-muka baharu, Ahmad Zahid menjelaskan, parti-parti pembangkang sebenarnya mempunyai budaya itu yang mana ramai dalam kalangan mereka tidak mampu berkhidmat dengan cara yang sepatutnya.

Tambah beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN juga lebih mengetahui melalui maklum balas tentang personaliti bakal calon dan kawasan yang boleh dimenangi atau sebaliknya.

GR kata: Calon mestilah dari kalangan yang senang dihati rakyat....

HOT: BDR TUN RAZAK AKAN JADI KUBUR PADA PKR! @rizalmanmokhtar @umbkl #BN4WP


Nampaknya Anwar Ibrahim, Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya tidak akan tidur lena ini kerana kubu kuat yang mereka katakan baru-baru ini bakal diKUBURkan sendiri oleh rakyat Bdr Tun Razak. Ini jelas menunjukkan semua lapisan masyarakat di Bdr Tun Razak terutama sekali dari kalangan anak muda MENYESAL dengan undian mereka pada PRU 12 yang lepas. Apa yang mereka inginkan perubahan nampaknya jauhnya lebih buruk dari pemerintahan yang sebelum ini.

Di mana Khalid Ibrahim ketika rakyat memerlukan beliau? Di manakah bantuan diperlukan rakyat ketika mereka memerlukan beliau? Di manakah pembangunan yang baik untuk rakyat di Bdr Tun Razak? Yang penting sekali Khalid Ibrahim anak jati Bdr Tun Razak atau tidak??

Semalam anak muda di Bdr Tun Razak telah menunjukkan petanda bahawa mereka akan berjuang habis-habisan dan akan membantu untuk kembalikan UMNO/BN menjadi pemimpin mereka di Bdr Tun Razak. Sokongan yang sangat menakjubkan diberikan oleh golongan anak muda semalam mereka turut serta dalam Pelancaran Jentera Gerak Gempur & Poster Barisan Nasional peringkat Parlimen Bdr Tun Razak.


Pelancaran majlis tersebut telah dirasmkikan sendiri oleh Ketua Pemuda UMNO Bdr Tun Razak, Datuk Rizalman Dato' Mokhtar merangkap Ketua Pemuda UMNO WP juga selaku Pengerusi Jenteri BN Bdr Tun Razak.

Apa yang diharapkan Pemuda BN Bdr Tun Razak harus memastikan sokongan anak muda di kawasan Bdr Tun Razak tetap pada BN inilah kerana kita tidak boleh biarkan negara ditadbir oleh pihak-pihak yang bermasalah. Mereka juga tidak mahu PAS menjadi pemerintah kerana mereka hanya tahu mempersendakan agama dan menjadikan agama sebagai gula-gula politik mereka.


3 saranan yang diberikan oleh Datuk Rizalman dalam masa 100 hari :

1. Haruslah lupakan masalah dan sengketa yang dihadapi baik dalam parti kerana perkara yang penting adalah untuk kembalikan BN bertapak di bumi Bdr Tun Razak.

2. Jentera Gerak Gempur perlulah jumpa dengan golongan anak muda di kawasan masing-masing, yakinkan mereka kekalkan pemerintahan YAB Perdana Menteri sekarang kerana banyak Transformasi Negara bakal dilaksanakan pada masa depan.

3. Siapa saja calon yang dicalonkan bawah BN di Bdr Tun Razak harus diberikan sokongan tanpa berbelah bagi.


GR lihat semangan yang diberikan sangat baik pada pelancaran semalam. Seramai lebih 400 orang anak muda yang turun dengan rela hati untuk bersama BN kembalikan bertapak di bumi Bdr Tun Razak. Pada Khalid Ibrahim dan AMK Bdr Tun Razak jangan mimpi di siang hari yer...cakap sana sini saja pandai tapi yang buat kerja di Bdr Tun Razak hanya UMNO/BN.


GR kata: PKR Bdr Tun Razak goyang kaki saja pandai kan...Hi hi hi

PANAS: BAS PLKN DIGUNAKAN OLEH DAP! KP PLKN SALAHGUNA KUASA!?


Gambar di atas inilah BUKTI bas Pusat Latihan Khidmat Negara diberikan kepada puak DAP yang dijadikan sebagai transportation mereka dalam Kongres DAP di P.Pinang. Persoalannya kenapa diberikan kebenaran pada puak-puak DAP ni??

Ketua Pengarah PLKN perlu jawab perkara ini. Dalam hal perundangan Kerajaan, aset hak milik Kerajaan TIDAK BOLEH DIGUNAKAN untuk tujuan politik sama sekali. Inikan pula pada parti pembangkang. Bukti gambar bas ini ada udang sebalik mee...apa yang KP PLKN cuba lakukan.

GR juga mendesak agar KP PLKN agar jawab tentang perkara ini. Sumber juga mengatakan KP PLKN ada bersama beberapa pemimpin DAP di P.Pinang sebelum Kongres DAP ini bermula. Bikin apa tu?? GR juga desak jika terdapat kesalahan ini, perkhidmatan bas PLKN ini hendaklah DIBERHENTIKAN serta merta kontrak mereka. MOHON JAWAB SEGERA!!!

Baca cerita selanjutnya DI SINI


GR kata: KP PLKN amik 'percent' ker jumpa pemimpin DAP kat hotel tu??

Artikel pelbagai