Monday, October 8, 2012

FOTO: APA RAHSIA DISEBALIK SURAT AWEK @Khalid_Ibrahim NIE..??



Cuba pembaca lihat dengan teliti surat dari Exco Selangor YB Elizabeth Wong ini. Penyerahan tanah milik Yayasan Selangor boleh dibuat macam tu saja atas arahan Exco?? Siapa lagi yang berkuasa..?? MB Selangor atau pun Exco Selangor yang rata-rata dikalangan besarnya DAP.

MB Selangor kecut telur ker?? GR masih tidak pasti atas kebenaran kisah sebenar mengenai surat di atas. Apa yang ingin GR sampaikan ialah cuba korang lihat cop tanda SelangorShines kenapa tanda bintang 3?? Ternyata puak DAP ini adalah didalangi KOMUNIS. Mohon jawab yer wahai aweks Khalid Gagap...!!!


GR kata: DAP memerintah?? Negara bakal dijajah sekali lagi...betul tak??

APA PUNYA PUSING NIE KAK JAH OI..?? #PRMenipu


Bahang pilihanraya ke 13 semakin hari semakin hangat diperkatakan. Bukan itu saja, malah ada yang sudah pun gilakan sangat kuasa..sudah pun mempunyai kabinet bayangan. Apakah ini yang mereka inginkan selama ini?? Ternyata apa yang mereka mahukan hanyalah kuasa, bukannya perkhidmatan yang baik mereka ingin berikan kepada rakyat Malaysia.

Sejak beberapa minggu yang lepas, GR pasti ramai dikalangan pembaca yang sudah mengetahui senarai kabinet bayangan yang pakatan pembangkang ini. Apa yang menarik perhatian GR di sini yang ingin dikongsikan bersama seluruh rakyat Malaysia, cuba lihat pentadbiran mereka di negeri-negeri seperti Selangor, P.Pinang, Kedah dan Kelantan. Nasib apa yang menimpa rakyat di negeri tersebut? Apakah segala janji yang ditaburi pada mereka pada PRU 12 ditunaikan? Berapa banyak omong kosong yang rakyat dapat?? Korang fikirkanlah sendiri yer....

Dalam istilah kabinet bayangan ini kenapa Kak Jijah isteri pada Anwar Ibrahim ini cuba nak putar alam. Senarai menteri bayangan tidak sama dengan kabinet bayangan?? Bukankah dalam sistem pentadbiran sesebuah negara menteri itu di dalam kabinet. Nampak sangat sistem pentadbiran bayangan pakatan pembangkang hanyalah sistem BAYANGAN GURAUAN semata-mata. Mereka hanya mahukan kuasa demi kepentingan peribadi mereka saja. Nasib rakyat langsung TIDAK DIBELA.

Jika kita lihat dalam senarai kabinet bayangan pakatan pembangkang itu sendiri semuanya dikalangan kroni Anwar Ibrahim sendiri. Perlukah ada Timb. Perdana Menteri seramai 3 orang?? Perlukah anak beranak juga dalam menjawat jawatan dalam kabinet bayangan?? Dan yang paling PENTING....perlukah seorang Perdana Menteri itu dikalangan mereka yang mempunyai ciri-ciri seorang yang GayBoy, kaki betina, LGBT dan paling teruk sekali KAKI RASUAH yang melampau...KAKI SAKAU duit rakyat!! Buktinya..?? Pembaca lihatlah sendiri kemewahan yang beliau nikmati sekarang...Renung-renungkanlah!!!


GR kata: Kesian Kak Jah hanya jadi patung pada Anwar....

Pasukan ATM Masih Ada Peluang Ke Final! #GoATM @Zahid_Hamidi @shahrulyahya



PENGENDALI Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan ternyata berpuas hati dengan kejayaan mengikat Lions XII 1-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Jalan Besar, Singapura malam kelmarin.
Satnianathan menganggap ATM telah mempamerkan persembahan cemerlang meskipun mengakui barisan pemainnya mengalami kesukaran beraksi di atas padang rumput tiruan.
ATM membuka tirai jaringan menerusi penyerang import, Marlon Alex James pada minit ke-52 sebelum Muhammad Safuwan meledak gol penyamaan buat Lions XII sepuluh minit sebelum perlawanan berakhir.
"Mana-mana pasukan di dalam dunia ini tidak akan mampu beraksi dengan baik sekiranya hanya diberikan peluang sekali untuk mencuba (padang rumput tiruan).
"Tetapi saya sangat kagum dengan semangat pemain-pemain saya sehingga berjaya mendapat pulang satu gol di tempat lawan.
"Itulah paling mustahak dan pada saya, kami sudah berjaya pada peringkat separuh akhir pertama," kata Sathianathan kepada Kosmo! Ahad semalam.
Sathianathan memberitahu, pasukannya kini berada di landasan yang terbaik dalam usaha untuk melayakkan diri ke pentas final Piala Malaysia.
Bagaimanapun, Sathianathan enggan anak-anak buahnya terlalu selesa dengan keputusan itu sambil menyifatkan tugas mereka hanya akan selesai di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Khamis ini.
Katanya, kepulangan Zaquan Adha Abdul Radzak selepas menjalani penggantungan satu perlawanan bakal memperkuatkan cabaran ATM bagi menghadapi aksi separuh akhir kedua itu nanti.
"Peluang kami cerah (untuk mara ke final). Satu gol di tempat lawan sangat penting bagi kami.
"Namun, saya tidak mahu mereka alpa atau mendabik dada di atas kejayaan itu kerana kami masih memiliki 90 minit lagi untuk merealisasikan hasrat kami untuk melangkah ke final.
"Jadi sekali lagi saya mahu para pemain ATM memberikan tumpuan 100 peratus pada aksi separuh akhir kedua nanti," katanya.
GR kata: Teruskan usaha harumkan nama ATM cipta sejarah....
Sent from Samsung tablet

Sunday, October 7, 2012

#PRU13: PM @NajibRazak HARAPKAN MANDAT BESAR DARI RAKYAT!

Keputusan PRU13 bantu capai visi bentuk negara maju menjelang 2020: PM
Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berharap beliau akan diberikan mandat yang besar pada pilihan raya umum akan datang untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.
Perdana Menteri berkata, tempoh lima tahun akan datang amat penting bagi kerajaan untuk menunaikan janji dan komitmen yang dibuat oleh pemimpin terdahulu kepada negara.
"Saya ingin mendapat mandat besar, kerana bagi mencapai visi kami menjadi sebuah negara maju menjelang 2020, tempoh lima tahun akan datang ini akan menjadi sangat penting. Sangat penting kerana anda bercakap mengenai pusingan akhir.
"Anda bercakap mengenai bahagian terakhir ini dan ia adalah bahagian paling penting kerana kami benar-benar perlu untuk melaksanakannya," katanya bercakap dalam satu temu bual dengan 'CNBC Conversation' yang dihoskan pengacara terkenal Martin Soong yang disiarkan melalui Astro CNBC (Saluran 518) semalam.
Najib berkata demikian sebagai menjawab soalan betapa pentingnya pilihan raya umum akan datang baginya dan kepentingan bagi mendapat mandat semula, terutama bagi mentransformasi Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.
Katanya, transformasi adalah komitmen tegas yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada awal 90-an dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi melaksanakan sebahagian daripadanya, dan kini giliran beliau untuk menunaikannya.
Menjawab satu soalan, Najib, yang juga Menteri Kewangan, bersetuju bahawa mencapai pertumbuhan ekonomi yang lestari dan inklusif tanpa menjejaskan terlalu banyak landskap politik adalah satu daripada cabaran untuk menjadi sebuah negara maju.
Agih hasil pendapatan
Bagaimanapun, beliau menegaskan kunci untuk menjadikan masyarakat lebih saksama adalah dengan mendapatkan pertumbuhan bagi mengagihkan semula hasil pendapatan itu kembali kepada rakyat.
Dalam temu bual setengah jam itu, Najib berkata usaha (untuk menjana pertumbuhan) itu dapat dilaksanakan dan jumlah itu kelihatan lebih positif, terutama dengan penyertaan Bumiputera.
"...tapi ia bukan hanya mengenai jumlah ekuiti. Kita juga perlu memastikan bahawa ada pengagihan pendapatan yang adil antara pelbagai tahap pendapatan dalam negara ini," katanya.
Najib berkata, Malaysia sedang menuju ke arah pengamalan demokrasi yang lebih matang dan bertenaga dengan kerajaan mengambil langkah sewajarnya bagi membenarkan rakyat menggunakan hak asasi mereka dalam konteks perundangan negara.
Menjawab berapa siri bantahan terhadap kerajaan dan penurunan penarafan populariti beliau dan keanggotaan Barisan Nasional (BN) baru-baru ini, Perdana Menteri berkata Malaysia tiada beza dengan negara lain.
Janji kepada rakyat
"Anda tahu, demokrasi turut berlaku di Amerika, Eropah, Jepun, Korea, mahupun di Hong Kong. Adakah ia sesuatu yang luar biasa?. Ia bukan.
"Pada hakikatnya, transformasi politik adalah sebahagian daripada janji saya kepada rakyat bahawa kita sedang bergerak ke arah demokrasi yang lebih matang dan bertenaga," katanya.
Perdana Menteri memetik penggantian Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) 1960 dengan Akta Perhimpunan Aman sebagai salah satu langkah kerajaan untuk menyatakan kepada rakyat bahawa mereka mempunyai hak untuk meluahkan pendapat masing-masing. - BERNAMA

Sent from Samsung tablet

Senarai Pemenang Anugerah Blokbuster 2011! Tahniah...!!!


SHAH ALAM: Filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof membawa tuah buat pengarahnya apabila diangkat sebagai Filem Terhebat Anugerah Blokbuster 2011 yang diadakan di Stadium Malawati, di sini, Ahad malam. Kemenangan itu membolehkan KL Gangster membawa pulang trofi serta wang tunai keseluruhan berjumlah RM15,000.

Selain Filem Terhebat, KL Gangster turut memenangi bagi kategori Filem Aksi Terhebat dan Tuan Director Terhebat. Dalam pada Itu, filem Khurafat yang juga merupakan karya Syamsul turut menang bagi kategori Filem Takut Terhebat. Kemenangan KL Gangster sekaligus menewaskan saingan terdekatnya iaitu filem Hantu Bonceng yang memenangi anugerah Filem Kelakar Terhebat dan Hero Terhebat (Zizan Razak).

Anugerah Blockbuster 2011 yang baru pertama kali diperkenalkan ini akan menjadi acara tahunan yang bertujuan memartabatkan filem-filem serta penggiat seni tempatan. Filem yang bertanding dalam Anugerah Blockbuster 2011 adalah karya yang ditayangkan bermula 1 Januari 2011 sehinggalah 31 Disember 2011. Sebanyak 16 kategori yang melibatkan hampir 40 pencalonan (bagi setiap kategori) diperkenalkan menggunakan 100 peratus undian daripada orang ramai.

Sementara itu, anugerah yang bertemakan 'Letusan Blok Warna' disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria pada pukul 9 malam. Pengacara Zizan Razak, Lisa Surihani dan Afdlin Shauki diberi tanggungjawab mengendalikan anugerah tersebut.

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Blokbuster 2011:

Anugerah Filem Paling Hebat-KL Gangster
Anugerah Tuan Direktor Terhebat- Syamsul Yusof – KL Gangster
Anugerah Direktor Baru Terhebat- M Suurya – Sumpahan Puaka
Anugerah Filem Aksi Terhebat- KL Gangster
Anugerah Filem Kelakar Terhebat- Hantu Bonceng
Anugerah Filem Takut Terhebat- Khurafat
Anugerah Drama Muzikal Terhebat- Nur Kasih The Movie
Anugerah Hero Terhebat- Zizan Razak – Hantu Bonceng
Anugerah Heroin Terhebat- Yana Samsudin – Bini-Biniku Gangster
Anugerah Watak Penyangak Terhebat- Fikri Bakar – Klip 3GP
Anugerah Lagu Filem Terhebat- Ombak Rindu
Anugerah Hero Baru Terhebat- Shahir (Karak)
Anugerah Heroin Baru Terhebat - Tasha Shilla – Ratu The Movie
Anugerah PFM- Syamsul Yusof
Anugerah Astro First Terhebat- Kongsi


GR kata: Tahniah kepada semua pemenang...tahniah juga pada artis yang suka 'tayang-tayang...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Artikel pelbagai