Thursday, July 26, 2012

NAK BUKA POSER FREE TAK? NAK DUIT RAYA TAK?? @abd_rahman38



Kepada seluruh penduduk Parlimen Sabak Bernam diJEMPUT ke Majlis Berbuka Puasa Parlimen Sabak Bernam bersama Ahli Parlimen Sabak Bernam YB Datuk Abd Rahman Bakri pada 27 Julai 2012 (Jumaat) bermula jam 5.30 petang dan 3 Ogos 2012 (Jumaat) jam 5.30 petang. 

Majlis Berbuka Puasa diadakan di Pejabat Parlimen BNO dan Masjid Badlishah, Parit 6.

Pada 1 September 2012, Majlis Rumah Terbuka Parlimen Sabak Bernam dan DUN Sg Air Tawar diadakan di Dewan Seri Nakhoda BNO.


SEMUA HADIRIN PENDUDUK SABAK BERNAM DAN KAWASAN SEKITARNYA DIJEMPUT HADIR !!!

SIAPA KATA UMNO PARTI KOMUNIS?? @Zahid_Hamidi @NajibRazak

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menolak dakwaan kononnya UMNO mempunyai hubungan dengan pihak komunis.

Beliau berkata, UMNO dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.

"Apa buktinya? Dalam sejarah parti UMNO, parti ini anti Parti Komunis Malaya. Jangan buat cerita mengarut," katanya ketika diminta mengulas laporan portal media, Free Malaysia Today (FMT) yang mendakwa kononnya UMNO menjalinkan hubungan dengan pihak komunis.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-20 Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF) di Seri Kembangan di sini.

Dalam laporan FMT semalam, Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyifatkan kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M) Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd. Sofian Md. Makinuddin sebagai usaha UMNO dan Barisan Nasional (BN) menggunakan kaedah zaman Perang Dingin.

Mohd. Sofian sebelum ini dilaporkan mendakwa Jemaah Islamiah cuba meresapi PAS dan elemen komunis cuba meresapi DAP. - BERNAMA

Inilah fitnah FMT yang tidak berasas langung, bila dah tak ada modal apa lagi fitnah dan menipu menjadi makanan sebati dalam hidup mereka. Ada saja fitnah dan penipuan yang dibuat oleh mereka pada parti keramat UMNO/BN. Pada mereka apa yang dibuat oleh UMNO/BN semuanya tidak betul dan apa yang mereka buat semuanya betul belaka. FMT ni adik beradik dengan pakatan haprak memang camtue kan...

Terbaru fitnah dan penipuan dari FMT yang mengatakan UMNO mempunyai hubungan baik dengan komunis. Ini semua TIDAK BENAR. Jangan main hentam keromo kalau tak der bukti yang sah. GR terangkan sedikit sejarah UMNO, baca di bawah :
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Tulisan Jawi: ڤرتوبوهن كبڠسأن ملايو برساتو, Inggeris: United Malay National Organisation; biasa dikenali sebagai UMNO atau PEKEMBAR [perlu rujukan] adalah parti politik terbesar di Malaysia dan merupakan pengasas dan tulang belakang pakatan Barisan Nasional yang telah memerintah Malaysia tanpa putus sejak merdeka lagi.

UMNO dianggap sebagai parti penjaga nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu. Menurut perlembagaan parti ini, asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara. Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.

GR dapati dari blog Tukang Lawan pencacai pembangkang menunjukkan bukti gambar dari zaman Tun Abdul Razak yang menyatakan itu adalah UMNO ada hubungan dengan pihak komunis. BODOH juga diaorang ni kan...sejarah dari dahulu lagi Malaysia mempunyai hubungan baik dengan China dari segi rakan niaga dan juga diplomatik. Kalau tidak macam mana hasil negara boleh bertambah dari segi barangan Malaysia yang dieksport ke luar negara terutama sekali di China.



GR ingin nyatakan pada blog Tukang Lawan dan pencacai-pencacai Pakatan Haprak, janganlah jadi BODOH memberikan fakta yang TIDAK munasabah langsung. Macam mana pula dengan PKR dan PAS yang terang-terang bersekongkol dengan DAP yang semua rakyat Malaysia tahu punca tercetusnya peristiwa 13 MEI dahulu dari pihak mana??


Untuk pengetahuan pembaca sekalian, hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China telah wujud sejak dari zaman dahulu, bermula ketika Laksamana Cheng Ho melawat Melaka. Hubungan ini semakin berkembang dan dapat dilihat dengan jelas pada masa kini. Buktinya bukan sahaja pada lawatan pembesar serta pemerintah kedua-dua buah negara, tetapi juga dapat dilihat ketika pelanggan membeli barangan di negara China, iaitu apabila peniaga memujuk pembeli dari Malaysia dengan mengatakan bahawa China dan Malaysia mempunyai hubungan yang baik.

Malah ada peniaga yang cuba untuk bertutur dengan menggunakan bahasa Malaysia ketika berurusniaga dengan rakyat Malaysia. Ini menunjukkan bahawa hubungan diplomatik antara kedua-dua negara amat penting bukan sahaja demi keamanan negara, tetapi juga demi untuk memajukan perniagaan serta ekonomi negara masing-masing. So tidak ada sebab nak kata UMNO mempunyai hubungan dengan komunis. Fikir-fikirkanlah...


GR kata: Macam mana dengan Pak Anuwar yang selalu amik China Doll tu, bukan ada hubungan dengan komunis ka?? 

Wednesday, July 25, 2012

BANGANG PUNYA ANAK! BUNUH EMAK SEBAB TAK NAK PUASA!!


TELUK INTAN: Seorang pemuda berusia 19 tahun bertindak biadab dan kejam terhadap ibunya apabila menetak kepala wanita itu dengan parang sebelum mencekik mangsa sekuat hati hanya kerana berang selepas dinasihati supaya berpuasa.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Redang Ponggor, Chenderong Balai di sini, jam 2 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, mangsa berusia 40-an memarahi anak sulungnya itu, seorang penganggur yang enggan berpuasa walaupun sudah banyak kali ditegur.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa yang juga suri rumah menyediakan juadah berbuka puasa di dapur, namun suspek tiba-tiba mengamuk dan mencapai sebilah parang lalu menetak kepala mangsa.

“Mangsa yang terkejut dengan tindakan ganas anaknya itu melarikan diri dengan keluar melalui pintu dapur. Namun, suspek yang masih tidak berpuas hati mengejar ibunya sebelum mencekik leher wanita itu sekuat hati. Mujur adiknya menghalang suspek daripada terus mengganas. - myMetro


GR kata: Makin kurang ajar budak-budak zaman sekarang...Salah siapa??

BERITA BAIK BUAT KAKITANGAN KERAJAAN DI BULAN YANG MULIA! @NajibRazak


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.
Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.
Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.
"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara. - Bernama


GR kata: Terima kasih Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia.

Sent from Samsung tablet

PANAS: NIK AZIZ BERTUKAR MENJADI DEWA 'LORD OF THE RING' KER??


Apa yang boleh kita kategorikan apabila melihat gambar di atas. Apakah Pok Nik sedang memberikan azimat pada budak kecil ini? Atau pun memberi pelindungan pada budak ini...Ianya menjadi 'misteri' dan tanda tanya apa yang sedang dibuat oleh Pok Nik terhadap budak ni. Apakah ini ajaran yang dibawa dalam Islam atau pun ini ajaran sesat dari Pok Nik sendiri. Tepuk dada tanya iman yer Pok ni....

Lihat gambar di bawah :


Cuba lihat gambar di atas, ada tak persamaan cara Kristian dengan apa yang dibuat oleh Pok Nik? Cara yang dibuat lebih kurang samakan....apa pun perbezaan kedua-kedua gambar di atas memberikan pelbagai maksud dan biarlah pembaca dan Ostad-Ostad PAS huraikan. Korang rasa apa yang tersurat dan tersirat disebalik gambar Pok Nik itu hak pemahaman masing-masing. Pok Nik jadi Tok Moh la pulak lepas ni kan...Hi hi hi

Kisah lanjut baca DI SINI


GR kata: Tok Moh kasi jampi serapah...Nang putinag Kui Puti KUi...Keh3

Artikel pelbagai