Di sini GR kongsikan bersama beberapa penjelasan yang di'SPIN' oleh Pakatan Rakyat yang Kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh menyelam...Pembaca yang budiman baca dan nilaikan...1. Walaupun sudah banyak penjelasan di dada akhbar, majalah dan blog-blog pertahanan tempatan, GR perhatikan masih ada lagi pembaca yang percaya bulat-bulat bahawa kapal selam pertama negara iaitu KD Tunku Abdul Rahman dari jenis Scorpene telah rosak dan tidak dapat menyelam.2. Lebih buruk lagi apabila ada yang menyangka bahawa kapal selam tersebut merupakan bahan terpakai dari Tentera Laut Peranchis sedangkan Malaysia telah menghabiskan wang sebanyak RM7.7 bilion untuk membeli dua buah kapal selam terbaru dan tercanggih di rantau ini. Sejumlah RM359 juta lagi dihabiskan untuk membeli kapal selam terpakai dari jenis Agosta.3. Orang ramai diprogram untuk percaya serta yakin bahawa kapal selam TLDM tidak dapat menyelam dan sedang mengalami kerosakkan besar.4. Mereka juga dipaksa tanpa sedar bahawa pembelian kapal-kapal selam ini melibatkan isu pembunuhan seorang wanita, bagaimanapun kebanyakkan tuduhan dibuat tanpa asas, bukti dan sekadar cakap-cakap. Ia melibatkan beberapa orang individu yang bukan dalam lingkungan Kementerian Pertahanan Malaysia.5. Hanya mempunyai kenalan seorang atau dua pegawai tentera, ramai sekali muncul sebagai penganalisis ketenteraan tidak bertauliah berdasarkan maklumat yang longgar dan “hear say”.6. Bukan saya hendak menyalahkan pembaca sekalian, tetapi itulah senario politik di Malaysia, di mana persepsi memainkan peranan yang penting sedangkan parti-parti politik yang bertelagah ini sebenarnya tidak memberi manfaat yang berguna kepada rakyat kecuali kesedaran dan minat yang terlebih-lebih kepada perkhabaran angin.- MASALAH KAPAL SELAM TIDAK BOLEH MENYELAM -7. Kapal selam yang dikatakan bermasalah iaitu KD Tunku Abdul Rahman telah selamat tiba pada Sept 2009 dan terus menjalani beberapa ujian laut tropika selepas itu sehinggalah kapal itu didakwa tidak boleh menyelam oleh sekelian jentera propaganda parti-parti politik ini.8. Sebenarnya sebelum dan selepas menerima kapal selam itu, TLDM secara intensif telah pun menguji aset perang negara ini mengikuti piawaian dan standard antarabangsa termasuklah ujian Final Sea Acceptance Trial selama 10 hari yang memaksa kapal selam tersebut membuat selaman ke dasar yang paling dalam (sejauh mana kedalaman itu tidaklah boleh saya dedahkan di sini kerana ia mengandungi maklumat sulit ketenteraan).9. Ujian ke atas kapal selam terbabit bukan sekadar dibuat di Lautan Atlantik tetapi juga dilakukan di Lautan Mediterranean, Laut Merah, Laut Hindi dan Laut China Selatan (kawasan di mana kerosakan pertama dikesan).10. Untuk maklumat para pembaca sekalian, sehingga ke Mac 2010, anak-anak kapal selam dan KD Tunku Abdul Rahman telah membuat selaman dan pelayaran di dasar laut selama 31 hari dari 43 hari (tempoh perjalanan kapal dari Peranchis ke Lumut).11. Ini bermakna sejumlah 72 peratus pelayaran kapal itu dilakukan di bawah permukaan laut dan ini sekaligus menyangkal tuduhan kononnya kapal selam itu dibawa pulang secara berlayar di atas permukaan.12. Perkataan “Tidak Boleh Menyelam” ini sebenarnya muncul dari langkah berjaga-jaga yang diambil oleh TLDM apabila masalah teknikal dikesan berlaku di atas kapal.13. KD Tunku Abdul Rahman sebenarnya boleh menyelam tetapi arahan telah dikeluarkan oleh pihak tertinggi TLDM supaya kapal selam itu dilarang membuat selaman sehingga masalah kerosakkan dibaiki oleh pihak pembekal iaitu DCN International.14. Untuk pengetahuan pembaca, aset kerajaan tersebut dilindungi oleh perjanjian dalam kontrak yang ditandatangani di antara TLDM, DCN dan IZAR.15. Proses pembelian aset ketenteraan sama sahaja dengan kontrak saudara pembaca ketika memberi kereta atau rumah kecuali ada sedikit perbezaa, setiap aset yang dibeli mempunyai jaminan pengedar untuk beberapa tahun dan jangan lupa bahawa kerajaan Malaysia adalah negara pengguna.16. Sehingga ke hari ini, aset strategik yang termahal milik negara ialah kapal selam dan kos penyelenggarannya sahaja menelan belanja sehingga RM270 juta setahun.- KEMENTAH TIDAK KAWAL MAKLUMAT -17. GR berharap supaya pembaca sekalian terutama di kalangan pelajar untuk mengambil inisiatif mengkaji sesuatu perkara dengan dalam sebelum membuat keputusan untuk menerima maklumat secara total. Dalam kemudahan internet hari ini, tidak ada sebab anda ketinggalan dalam arus teknologi maklumat.18. GR sendiri mempunyai laporan kapal selam Scorpene milik TLDM setebal beratus-ratus muka surat tetapi tidak ada yang menarik untuk dipaparkan, masalah yang berlaku pun kecil sahaja tetapi telah diperbesarkan sehingga ke persada antarabangsa.19. Masalah juga melanda kapal selam Singapura dan Indonesia tetapi maklumat seperti ini tidak pernah sampai ke tangan orang awam kecuali dalam rangkaian mereka yang terlibat dengan perisikan serta kontrak perkapalan sahaja.20. Dalam senario Malaysia, GR melihat Kementerian Pertahanan agak linear dan longgar terhadap pengaliran maklumat ketenteraan pada masyarakat awam berbanding Indonesia dan Singapura.21. Perkara ini diakui oleh sahabat-sahabat GR dari Singapura yang menyatakan bahawa media negara ini bebas mencungkil maklumat ketenteraan berbanding Singapura yang seboleh-bolehnya akan mengawal maklumat militari republik itu secara ketat.- LANGKAH TLDM TEPAT -22. Langkah TLDM untuk tidak membenarkan kapal selam miliknya yang mengalami kerosakan mekanikal adalah sangat tepat dan merupakan satu prosedur yang biasa.23. Sekali lagi GR ingatkan, kerosakkan tidak ada kaitan dengan masalah rasuah atau pembinaan yang sub standard oleh DCN dari Peranchis.24. Mana mungkin sebuah syarikat perkapalan terkemuka seperti DCN mahu membina sebuah kapal selam yang sub standard untuk pelanggannya kerana ini sebenarnya memberi risiko kepada nama baik syarikat itu.25. Walaupun ada pilihan yang lebih murah dari Russia misalnya seperti kapal selam Kilo dan Amur tetapi reputasi negara besar itu sebagai pembina kapal selam sebenarnya sudah cacat sedikit kerana rekod-rekod kerosakan dan kemalangan yang dialami oleh kapal selam miliknya.26. Selain dari tenggelamnya kapal selam Kursk pada tahun 2000, kapal selam Russia dari jenis Akula pada tahun 2008 ditimpa petaka apabila berlaku kebocoran gas sehingga menyebabkan hilang 20 nyawa dalam insiden yang berlaku di Laut Jepun.27. Insiden itu berlaku semasa kapal selam terbabit yang mahu dijual kepada India sedang menjalankan UJIAN PELAYARAN dan gas yang bocor sebenarnya datang dari SISTEM PEMADAM API.28. Jika kita lihat dalam insiden kapal selam Akula ini, sekecil masalah seperti kebocoran gas pemadam api telah menyebabkan kehilangan nyawa dan risiko seperti inilah yang menyebabkan TLDM tidak membenarkan kapal selam Scorpene menyelam walaupun kerosakan mekanikalnya kecil.29. GR berharap penjelasan ini mampu mencerahkan minda pembaca mengenai kapal selam pertama milik negara kita dan tidak perlu membuat komentar sehingga memalukan ibu pertiwi kita dalam forum antarabangsa mahupun milik jiran.Sumber: AnakSeberangp/s: Orang luar tidak tahu apa itu UMNO, sebaliknya yang dimaki dan dicerca adalah negara kita, ibu pertiwi kita, MALAYSIA.
Pembaca lihatlah gambar di atas dengan kecanggihan teknologi di zaman sekarang, bagaimana software untuk mengedit gambar boleh digunakan untuk membogelkan diri kita.
Di sini GR ingin kongsikan bersama pembaca sekalian kecanggihan teknologi yang ada pada zaman sekarang. Kita pun tahu di luar sana memang ramai 'pakar-pakar' yang power giler boleh membuat sesuatu tanpa kita sangka.
GR ingin menasihati kepada kaum wanita janganlah upload gambar di Facebook atau mana-mana laman sosial dengan gambar penuh seperti gambar di atas. Ambillah gambar mulai dari paras atas dada. Dan juga, kalau boleh jangan pakai baju putih kerana editor akan lebih senang untuk mengedit gambar anda.
Sumber: AnakSeberang
p/s: Jaga-jagalah apabila kita mengupload gambar di laman sosial. Berkongsilah mana yang perlu...
Gempar dunia glamour apabila foto artis Indonesia Julia Perez dan Wulan 'bercium mulut' tersebar di Internet..Yang menariknya apabila ditanya, Wulan telah menafi perbuatan tersebut. Alasan yang diberikan "Jelas-jelas itu bukan aku..aku tidak pernah punya rambut begitu"..dan Julia Perez pula tidak memberi sebarang komen sehingga hari ini...Walaupun ramai yang mengatakan itu Wulan dan Julia Perez dalam gambar tersebut, tetapi tuan punya badan tetap menafikan perkara tersebut dengan memberi pelbagai alasan.....
Ini mengingatkan GR kembali kisah 'Video Seks Pak Anwar bersama China Doll'...Walaupun pakar telah mengesahkan 99.9% pelakon dalam video seks tersebut mirip Anwar Ibrahim, tetapi Pak Anwar tetap menafikan perkara itu dengan memberi 1001 alasan... Hmmm, entahlah...!!!
Dulu orang kata kalau tunjuk gambar bukan bukti sebenar, super impose lah, ape-apelah..macam2 lagi lah... Sekarang bukti video dah keluar pun tak nak mengaku lagi ka...Kalau video disuper impose jugak ker Pak Anwar?? Pembaca yang budiman nilaikan sendiri...!!!
p/s: Sila baca Berita Minggu m/s 34, Amerika Dalang pemusnah dunia -- Dana USD100M untuk jatuhkan Kerajaan melalui NED dan IRI. Difahamkan Pak Anwar termasuk dalam golongan yang menerima dana tersebut.
Di sini GR senarai beberapa perkara mengenai MB Selangor yang tak perlu disebut namanya semua orang sudah mengenali beliau. Pembaca baca dan nilaikan...1. Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, 61, mantan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Guthrie Bhd. dan CEO PNB kini diperkudakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai calon dalam Pilihanraya Kecil Ijok 28 April.2. Khalid, merupakan Pengerusi PKR Selangor bukanlah seorang yang baru dalam arena politik. Beliau pernah bertanding dalam UMNO Bahagian Kuala Selangor pertengahan 90an dahulu untuk merebut Ketua Bahagian tetapi gagal.3. Khalid kini sinonim dengan golongan kecewa dalam politik, mencari sekutu bersama Anwar Ibrahim dan mereka yang senasib seperti Dato’ Kamarul Bahrin dan Dato’ Nalla Karupan.4. Selepas PNB, Khalid menjadi Pengerusi Kumpulan Guthrie Bhd. dan pembelian-oleh-pengurusan (MBO 5% saham Guthrie pada nilai asas (par). Ini bermakna, Khalid dibenarnya mengambil alih saham Guthrie bernilai pasaran RM 50 juta tanpa membayarnya (dibiayai penuh pihak ketiga) dan diberikan moratorium untuk opsyen lain.5. Apa yang dinikmati oleh Khalid lebih banyak dari personaliti personaliti lain yang menjadi tunggak perintis PNB seperti Tan Sri Mohd. Desa Pachi dan Allahyarham Tun Ismail Mohd. Ali.6. Peluang mendapat kekayaan ini tidak termasuk saham saham terbitan syarikat syarikat yang ingin disenaraikan diBursa Malaysia (masa itu KLSE). yang diperuntukan sebagai penglibatan pelabur / pemegang saham Bumiputra. Khalid dikatakan menguruskan agar sebahagian dari saham yang diperuntukan untuk Bumiputra (selebih dari yang mana diambil (subscribe) PNB) di’faraid’kan (private placement) kepada dirinya (melalui wakil wakil tertentu), termasuk menguruskan pembiayaanya sekali.7. Khalid berpeluang menjadi jutawan kaya dari seorang pengurus professional yang hanya makan gaji dengan sebuah agensi Kerajaan. Kekayaan ini menyebabkan Khalid mampu menyediakan rumah umpama istana tiga tingkat di Jalan Setia Bistari 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur ini. Rumah yang berharga berjuta Ringgit ini, sebahagian besarnya dibuat dengan kayu cengal, merbau dan keras yang lain, yang diukir secara teliti dengan tangan oleh tukang tukang mahir yang didatangkan khas dari Terengganu.8. Di Guthrie:- Khalid menguasai Guthrie sebagai pemegang saham minoriti, (ketika itu nilai pasaran saham terbitan dan berbayar berjumlah melebihi RM 1 billion), tetapi kerana kesefahaman PNB membelakangi beliau sebagai Pengerusi Eksekutif, Khalid berlagak umpama ‘tuan punya’ Kumpulan Guthrie dan seolah olah berkuasa mutlak.9. Khalid seorang pemimpin yang “bongkak dan angkuh”. Keangkuhan pengurusan beliau terserlah apabila beliau membuat banyak keputusan sendiri, tanpa mendapat persetujuan Lembaga Pengarah Kumpulan Guthrie, termasuk untuk keputusan keputusan strategik. Ini menimbulkan kemarahan dan perasaan tidak senang pengurusan tertinggi diperingkat PNB. Namun begitu, tiada tindakan diambil kerana Khalid dilihat sebagai ‘orang Anwar Ibrahim’ (masa itu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan).10. Guthrie banyak membuat pinjaman dan hutang baru dalam zaman pengurusan Khalid. Projek projek yang dikira sebagai pet project Khalid seperti Bukit Jelutong, Guthrie Corridor dan pembukaan ladang kelapa sawit di Indonesia banyak mendedahkan Guthrie kepada hutang, sehingga melebihi RM 1 billion dan hampir menyamai modal berbayar syarikat. Antaranya, ialah penerbitan kertas kommersial kompliant syariah yang dinamakan ‘Sukuk’, ditaja-urus oleh HSBC Amanah merupakan satu sejarah dalam kewangan Islam diperingkat antarabangsa. Khalid amat berbangga dengan ini dan kerap menengahkan kejayaan ini. Dipercayai ini dilakukan Khalid dengan sengaja agar harga saham Guthrie boleh ditingkatkan dan EPS meningkat. Perancangan Khalid adalah agar beliau boleh mengambil 10% opsyen saham Kumpulan Guthrie dengan nilai par dan kerana saham ini akan di’lonjak’ ketahap harga tinggi, maka beliau boleh mendapat pembiayaan untuk skima yang berkepentingan peribadi ini.11. Malangnya, perancangan ini gagal direalisasikan dan moratorium yang PNB berikan kepada beliau menjadi matang.12. Selepas Anwar tidak lagi berkuasa, ‘perlindungan’ keatas Khalid lenyap. Oleh kerana pengurusan Khalid diGuthrie makin meruncing dan membebankan syarikat dan banyak keputusan unilateral yang dibuat Khalid makin disedari, makan pada tahun 2003, PNB menetapkan Khalid membayar penuh opsyen selebih 5% saham Guthrie yang beliau pada asalnya ingin miliki. Kegagalan ini juga memberikan peluang agar Lembaga Pengarah Guthrie mengundi beliau di’turun’kan dari kedudukan Pengerusi Eksekutif yang sangat berkuasa itu.13. Kini Anwar mengunakan Khalid sebagai kuda tungganganya dalam Pilihanraya Kecil Ijok.14. Ketika kempen pilihanraya kecil DUN Machap, Tan Sri Khalid minum arak dulu sebelum berucap. Tak percaya suruh dia bersumpah. Tanya juga Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Selepas minum arak barulah beliau boleh berceramah dengan baik. Percaya tak ketika berkempen Tan Sri Khalid tak boleh beri salam dengan baik. Malah salam Tian Chua menyebut Assalammualaikum Waramatulllah hi wabarkatuh lebih baik daripada Khalid Ibrahim.
p/s: PKR = Parti Tipu Rakyat

Perkahwinan adalah suatu ibadah dalam Islam. Tapi adakah kita tahu perkahwinan yang disebabkan terjadi atas sebab 'sesuatu' itu SAH disisi Islam atau TIDAK..?? Sesungguhnya permasalahan ini sangat berat...perhatikan soalan dari 1 - 5...Pada hari ini perkahwinan seperti ini memang TERSANGAT biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat-cepat kahwinkan.Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila...
Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. GR kongsikan bersama pembaca di sini kerana ianya amat penting :
Soalan 1: Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?Jawapan 1: Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.Soalan 2: Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?Jawapan 2: Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.Soalan 3: Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3: Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan ayah kepada bayi yang dikandung itu..Soalan 4: Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?Jawapan 4: Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.Soalan 5: Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?Jawapan 5: Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.
Soalan 6: Apakah hak seorang anak luar nikah?Jawapan 6: Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.Soalan 7: Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?Jawapan 7: Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.Soalan 8: Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?Jawapan 8: Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.Soalan 9: Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?Jawapan 9: Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.Kesimpulannya: Ibu bapa, saudara mara, orang kampung, Tok Iman, Tok Bilal dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab dan seksaan samada di dunia atau pun di akhirat... .Tolong jangan abaikan artikel ini. Ia merupakan satu perkara yang pernah terjadi. Fahami dan dalami betul-betul. Bincanglah dengan Imam / Ustaz sekiranya perlu. Mafhumnya: 'Katakanlah sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam'.GR kata: Baca untuk pengetahuan diri sendiri dan pedoman semua. Hidup sebagai seorang yang beragama Islam jangalah terus dalam kejahilan...