Sunday, December 4, 2011

GEMPAR: ITU BUKAN SAYA - MUSA HASSAN!!!


Sebenarnya, kisah Syella Kamaruddin berkahwin yang heboh diperkatakan sepatutnya tidak memerlukan perbincangan panjang lebar lagi.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa sudah pun menyatakan bukan dia orangnya di dalam foto perkahwinan Syella Kamaruddin.

Kenyataan Tan Sri Musa di Utusan:
KUALA LUMPUR 2 Dis. - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dalam beberapa blog kebelakangan ini bahawa beliau mendirikan rumahtangga dengan seorang penyanyi, Syella Kamaruddin baru-baru ini.

Menurut Musa, apa yang disiarkan dalam beberapa laman blog termasuk dakwaan beliau membelanjakan sejumlah RM15 juta untuk majlis perkahwinan itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan dirinya. Ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini, Musa, 60, berkata, segala apa yang ditulis dalam blog-blog itu kononnya beliau merupakan suami kepada Syella adalah fitnah.

"Itu bukan saya. Saya tidak terlibat dalam perkahwinan itu dan untuk makluman semua, saya masih mempunyai seorang sahaja isteri iaitu Puan Sri Juriah Ahmad. Janganlah ada yang cuba hendak fitnah saya.

"Jika betullah, majlis itu menelan belanja RM15 juta, saya pun hendak punya wang sebanyak itu. Cuma saya kasihan dengan pasangan pengantin itu (Syella dan suaminya) kerana mereka yang berkahwin, saya pula yang dapat nama," katanya sambil mengakui tidak mengenali penyanyi itu.

Beberapa keping gambar perkahwinan Syella atau nama sebenarnya Nurshid'la Ahmad Kamaruddin, 26, dengan pasangannya tersiar dalam beberapa laman blog sejak kebelakangan ini.

Antara maklumat yang disiarkan dalam blog itu adalah belanja majlis perkahwinan tersebut dianggarkan sebanyak RM15 juta, selain Syella menerima hadiah banglo bernilai RM5 juta, kereta Audi R8 berharga RM800,000, wang hantaran RM111,111, mas kahwin RM1,000, telefon bimbit, set mandian, alat solek, al-Quran, sejadah, telekung dan tasbih.

Berikutan tersiarnya gambar majlis persandingan itu, beberapa komen antara lain turut menghina bekas Ketua Polis Negara itu.

Musa dalam pada itu berkata, beliau akan menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penulis blog yang menyebarkan fitnah tersebut.

Sementara itu, Syella gagal dihubungi untuk mendapatkan komennya berhubung isu ini. Bagaimanapun, dalam laporan perkahwinannya yang disiarkan dalam majalah URTV keluaran 1 Disember ini, Syella mengesahkan majlis pernikahan itu berlangsung pada 11 hingga 13 November lalu di ibu negara.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Menangis Dalam Hujan itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti suaminya sebaliknya memaklumkan kepada wartawan URTV, suaminya itu bukan seperti dihebohkan di Internet.

p/s: Puak Pakatan nie...orang yang dh pencen pun diaorang nak tabur fitnah...ooopppsss lupa nama pun Pakatan Rakyat...kaki Fitnah dan Penipu!!!

PANAS: JUE AZIZ SOKONG UMNO..??

Semalam selesai sudah Perhimpunan Agung UMNO 2011, suka duka dan gelak tawa riang dijadikan seribu satu kenangan buat semua perwakilan yang bersidang. Apa yang penting, semboyan perang telah dibunyikan, jentera siap siaga untuk berperang, ikrar 'Aku Janji' telah dilafazkan... Hanya tinggal tunggu arahan 'Panglima Perang' saja...Bila?? GR pun tak tahu...



Kalau sebelum ini kita dikejutkan oleh sokongan pelakon terkenal Lisa Surihani yang mengakui tertarik dengan program yang dilakukan oleh Puteri Umno untuk membela nasib generasi muda wanita dan hari ini UMNO terus diterima oleh rakan-rakan artis yang lain.

Dan kali ini Jue Aziz seorang pelakon muda yang cantik dan berbakat besar mengakui menyokong UMNO kerana terpikat dengan cara parti ini membela nasib rakyat. Beliau juga mendoakan agar UMNO terus mentadbir negara dengan baik serta menguruskan ekonomi dengan baik dan golongan artis seperti beliau akan terus mendapat rahmat rezeki dari kemajuan ekonomi negara.

Bila GR tanya Jue semalam adakah beliau menyokong UMNO, ini jawapan ringkas dari beliau :

“Saya tidak nafikan bahawa saya menyokong pemerintahan yang ada (UMNO) dan saya tidak nafikan mungkin suatu hari nanti saya akan berkecimpung dalam bidang politik."

Terima kasih Jue sebab berikan pengakuan ikhlas ini... ;)

Pesan Jue semalam: Jangan lupa datang tengok Teater Semerah Padi lakonan beliau bermula dari 22 - 31 Disember 2011, waktunya 3.00 ptg / 8.30 mlm di Istana Budaya.

p/s: Kpd semua supportlah hasil karya bangsa Melayu, kalau bukan kita yg support siapa lagi...

#PAUMNO: PUTERI MAHUKAN POLITIK COOL!!!


Perhimpunan Agung UMNO 2011 telah melabuhkan tirainya semalam tetapi GR terpanggil dan tertarik dengan topik yang dibahaskan oleh wakil Puteri UMNO pada 2 hari lepas. Di mana Puteri UMNO mencadangkan supaya peremajaan dan penjenamaan semula parti dilakukan dengan menilai semula program UMNO agar ia bersesuaian dengan citarasa golongan muda.

Wakil Puteri UMNO, Wan Salwati Abdullah berkata usaha itu perlu kerana golongan muda boleh memberi nafas baru kepada UMNO untuk memastikan ia terus hidup subur bagi meneruskan perjuangannya.


"Untuk memenangi hati generasi muda, UMNO perlu menyusun langkah lebih berkesan, setiap program hendaklah berdasarkan citarasa mereka supaya terus bersama dan menyertai kita,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 kali ini.

"Zaman sekarang adalah zaman menyanjung pemimpin yang dilabelkan cool apabila meluangkan masa bermain futsal dengan generasi muda dan bukan lagi zaman untuk terus mengherdik, mencaci dan hanya tahu melihat kesilapan golongan muda,”

"Kalau Perdana Menteri yang sibuk dengan tugas boleh meluangkan masa bersama menonton perlawanan bola sepak, kenapa tidak kaedah sama direalisasikan semua pemimpin di peringkat negeri, bahagian atau cawangan,” katanya.

Zaman sekarang untuk menghimpunkan ramai orang untuk sesebuah program tidak boleh digunapakai lagi kerana zaman telah berubah. Sekarang ialah zaman di mana rakyat ingin 'berjabat salam' dengan pemimpin untuk mereka berbincang, mengadu masalah serta menyuarakan pendapat mereka di alam maya seperti di Facebook atau pun Twitter kerana dengan cara ini mereka akan rasa hati mereka lebih dekat dengan pemimpin.


p/s: BN Pilihan Orang Muda

#PAUMNO 11: UCAPAN BAHAS KP WP!!!


Semalam di Perhimpunan Agung UMNO 2011 perbahasan disebelah pagi ucapan perbahasan dari Ketua Pemuda W.Persekutuan Sdr Rizalman Dato' Mokhtar. Beliau mewakili W.Persekutuan bagi membahas usul Agama, Pendidikan dan Sosial yang dibentangkan oleh perwakilan dari Kedah.

Beliau berpendapat ketiga-tiga isu ini berkait rapat serta berpautan antara satu sama lain. Ianya sentiasa dekat dihati rakyat kerana ia akan menentukan corak dan hala tuju kehidupan individu, masyarakat dan negara. Kegagalan mengurus isu ini dengan baik akan menimbulkan kecelaruan dan kemudaratan kepada masyarakat dan seterusnya memberi kesan yang buruk pada negara.

Beliau juga bersetuju dengan konsep Wassatiyah iaitu kesederhanaan, keadilan dan keseimbangan dalam semua aspek. Pelbagai pendekatan telah dibuat bagi mendaulatkan agama Islam serta memperkasakan pendidikan dan ianya dilakukan selaras dengan peruntukan perlembagaan persekutuan.

Beliau juga memberitahu bahawa PAS sudah tidak relevan lagi dalam memperjuangkan Islam kerana mereka sebenarnya hanya menjadi 'balaci' kepada DAP dan malangnya puak pandai dan cerdik agama dalam PAS tidak berani bersuara.

Dalam konteks sistem Pembelajaran, beliau mencadangkan agar pihak Kementerian Pelajaran supaya Sekolah Kebangsaan Agama dapat diwujudkan di peringkat Sekolah Rendah bagi memberi pilihan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah sebagai mengimbangi kecenderungan ibu bapa menghantar anak2 ke sekolah agama swasta atau ke sekolah agama yang tidak berdaftar dengan kementerian.

Beliau juga mencadangkan agar Program J QAF ini dapat diperluaskan di peringkat sekolah menengah supaya murid yang terlibat dapat terus diperkasakan dengan pendidikan Islam secara berterusan. Pembentukan generasi celik Quran ini akan dapat memperkukuhkan sistem nilai dan sahsiah di kalangan generasi.

Beliau juga berdoa dan berharap agar pada Perhimpunan Agung Umno tahun depan UMNO/BN sebagai Parti pemerintah dengan majoriti dan kuasa yang lebih besar.

#PAUMNO: AMANAT PM WAJIB DIINGAT DAN DILAKSANAKAN!!!


Perhimpunan Agung UMNO 2011 telah tamat pada petang tadi dengan lancar dan jayanya selepas ucapan penggulungan dan amat dari Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak. Ucapan yang diberikan sangat bersemangat dan bermakna kepada 'Orang UMNO' untuk bekerja lebih kuat lagi bagi memastikan kemenangan besar UMNO/BN pada PRU akan datang.

Dalam ucapan Presiden UMNO, beliau menyifatkan Perhimpunan Agung UMNO 2011 yang berakhir hari ini, mencapai empat objektif yang ditetapkan dan meletakkan anggota parti dalam keadaan siapsiaga untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Objektif pertama ialah beliau mahukan perhimpunan itu menggambarkan UMNO satu parti yang ampuh dan bersatu serta menyakinkan berjuta rakyat dan pengundi bahawa UMNO adalah sebuah keluarga dan sebuah organisasi politik serta teras politik tanah air dalam keadaan kukuh dan padu.

Objektif kedua pula, beliau mahukan perhimpunan itu membuktikan UMNO sebagai sebuah parti bermaruah dan berada dalam tahap kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya.

Objektif ketiga, beliau ingin melalui perhimpunan ini Kerajaan mendapat sokongan gagasan yang telah dibawa untuk membawa perubahan yang besar kepada negara seperti yang telah digagaskan sebagai pelan Transformasi Nasional,” katanya.

Objektif keempat, beliau mahukan perhimpunan itu menjadi pengisian dan memberi isyarat serta mesej yang jelas bahawa 12.4 juta pengundi dan 28 juta rakyatMalaysiaboleh meletakkan keyakinan bahawa UMNO akan membawa negara dan rakyatnya ke arah masa depan yang lebih cemerlang.

#PAUMNO kali ini juga telah mencipta satu sejarah apabila ia diakhiri dengan satu ikrar atau bai’ah yang diketuai oleh Timb Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin bertujuan untuk sumpah setia dan taat kepada parti dan pemimpin.

Beliau berkata jika semua anggota UMNO taat dan setia kepada parti, BN akan menang pada bila-bila masa kerana kekuatan dan perpaduan anggotanya. “Bila balik ke kawasan kelak, janganlah meluat tengok muka Ketua Bahagian dan Ketua Bahagian pun bila tengok muka timbalannya, jangan pula ingat dia nak ambil jawatan Ketua Bahagian,” katanya.

Beliau juga menyarankan agar semua anggota parti haruslah insaf dan sedar bahawa mereka tidak mempunyai pilihan lain kerana jika UMNO tewas dan tersungkur...maruah agama dan bangsa juga turut binasa.

GR masih teringat amanat YAB PM petang tadi: Andainya UMNO tidak kita tatang. Andainya UMNO tidak kita bela. Andainya UMNO kita biarkan. Andainya UMNO sudah tersungkur rebah. Andainya UMNO lenyap. Apakah masih terjunjung Islam yang suci. Apakah masih dipandang mulia orang-orang Melayu. Apakah masih disanjung Raja-raja kita? Ayuh... Ayuhlah bangkitlah... Demi Islam! Demi Melayu! Demi Malaysia! HIDUP UMNO!!!

Artikel pelbagai