Showing posts with label LIMA2013 Langkawi. Show all posts
Showing posts with label LIMA2013 Langkawi. Show all posts

Sunday, March 31, 2013

VIDEO: BONGKAR APA SEBENARNYA DISEBALIK #LIMA13 YANG TAK DIKETAHUI?


LIMA2013 telah melabuhkan tirainya semalam dengan beribu kenangan manis yang tak dapat dilupakan. Ianya akan menjadi lipatan sejarah di mana penglibatan yang sangat tinggi dari mereka yang mengambil bahagian dalam LIMA2013 kali ini.

Apa yang GR lihat, bilangan pengunjung juga bertambah jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang lepas. Dengan pelbagai aktiviti menarik dan luar biasa yang menjadi tarikan baru untuk pengunjung datang ke LIMA2013 kali ini.

Dalam pada itu ada mulut-mulut yang mengatakan penganjuran LIMA2013 kali ini membazir duit rakyat. Kasihan atau sebaliknya bila mendengar kata-kata dari masyarakat dari Langkawi ini. Ada betulnya pun ye jugak.




GR kata: Payah nak cakap dengan manusia yang tak reti bersyukur ni....

#LIMA13 CATAT SEJARAH TAMBAH PENDAPATAN NEGARA, BERI 50 RIBU PELUANG PEKERJAAN!

Perbezaan yang sangat ketara jika kita fikir sejenak dan membuat perbandingan antara BN dan Pakatan Haprak. Antara langit dan bumi, betul tak? Kita lihat sekarang pakatan haprak sedang giat sibuk menabur fitnah dan cerita dongeng bahawa Kerajaan yang sedia ada adalah sebuah Kerajaan yang korupsi di bawah pemerintahan YAB Perdana Menteri DS Najib Razak.

Walaupun apa saja perkara baik yang dilakukan oleh Kerajaan, ada saja pihak yang tak bertanggungjawab menabur fitnah dan sebagainya tidak menjadi halangan untuk Kerajaan menambahkan pendapatan negara sekaligus kestabilan ekonomi negara bertambah baik.

Kejayaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan Malaysia menganjurkan LIMA'13 di Langkawi satu impak yang sangat besar ertinya bukan sahaja kepada Dunia tetapi juga meenjadi kebanggaan kepada kita rakyat Malaysia. Golongan usahawan yang terlibat dalam LIMA'13 boleh mencari ruang dan peluang untuk memperkenalkan bidang yang mereka ceburi dalam industri teknologi ketenteraan.

Sepanjang penganjuran LIMA'13, penganjur berjaya menarik  226 syarikat tempatan yang mewakili 52 peratus sementara bakinya 48 peratus mewakili 207 syarikat dari luar negara. Penipuan dan teknik kotor yang dimainkan oleh pakatan haprak mengatakan penganjuran LIMA'13 tidak dapat sambutan dan menghabiskan duit rakyat nampaknya semua itu meleset.

Sambutan LIMA'13 kali ini sangat menggalakkan dari rakyat yang hadir bila pameran bermula dan berakhir semalam. Ramai yang memberikan feedback yang sangat baik dan bangga Kerajaan berjaya mengandurkan pameran bertaraf dunia.

Dalam pada itu juga, Malaysian Defence and Security Technology Park(MDSTP) dilihat bakal merancakkan industri pertahanan negara. Secara tidak langsung negara bukan saja menjadi negara pengguna sebaliknya terbabit secara langsung dalam menghasilkan senjata.

MDSTP baru baru ini berjaya menarik pelabur dari Itali, Alenia Aermacchi S.p.A, AgustaWestland S.p.A, Whitehead Alenia Sistemi Subacquei (WASS), Whitehead Alenia Sistemi Subacquei (WASS), Selex Galileo S.p.A, Selex Sistemi Integrati S.p.A., Sitt Liguria Technological District S.c.p.a dan Telespazio S.p.A.

MDSTP yang terletak di Sungkai, Perak merupakan syarikat kerjasama antara Kementerian Pertahanan dengan sebuah syarikat tempatan, Masterplan Consulting Sdn. Bhd. (MCSB).


MDSTP merupakan sebuah taman teknologi yang kos pembangunan keseluruhannya bernilai RM15 bilion dan mempunyai keunikan tersendiri apabila ia direkodkan sebagai hab industri pertahanan dan keselamatan terbesar negara dan yang pertama di rantau Asia.

MDSTP membabitkan industri avionik dan aeroangkasa, automotif, maritim, senjata, teknologi maklumat dan komunikasi serta pengguna biasa yang memberi sokongan kepada industri pertahanan.

Kemudahan yang akan dibangunkan termasuk pusat pendidikan, pejabat, pusat komersial, kemudahan sokongan, pusat penginapan serta taman rekreasi yang dirancang akan memberi keseimbangan kepada MDSTP.

MDSTP juga akan menyediakan kemudahan bertaraf dunia dan serba moden termasuk pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta kemudahan keselamatan siber bagi memenuhi keperluan syarikat-syarikat industri pertahanan terbabit.

MDSTP dijangka menarik pelaburan baru ke negara ini berjumlah kira-kira RM4 bilion dan menawarkan 50,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang di sekitar Sungkai sepanjang tempoh pembangunannya selama 12 tahun.

Ucapan tahniah GR ucapakan kepada Dato' Ahmad Faris dan Y.M Datin Raja Azlina di atas kejayaan MDSTP dan majlis perjanjian MoU/MoU ini.


GR kata: BN buat kerja untuk rakyat, pakatan buat kerja bagi air liur pada rakyat!

Saturday, March 30, 2013

KOLEKSI FOTO MENARIK SEKITAR #LIMA2013 #LIMA13 @Zahid_Hamidi


Pengalaman yang tidak dapat GR lupakan kerana pertama kalinya dapat hadir dan melihat sendiri suasana Pameran LIMA'13 yang saban tahun diadakan di negara kita Langkawi, Malaysia. Penglibatan dari luar negara untuk kali ini sangat menakjubkan kerana pertambahan yang sangat baik.

Mereka rata-ratanya memperlihatkan sistem keselamatan dan ketenteraan yang ada untuk dipertontonkan kepada umum. Tidak kurang hebatnya negara kita Malaysia mempunyai sistem ketenteraan yang sangat baik setanding dengan negara luar.

Tahniah GR ucapkan kepada penganjur LIMA'13 dan Menteri Pertahanan Malaysia, DS Zahid Hamidi kerana sekali berjaya menganjurkan program terbesar ini. Dengan LIMA'13 dapat menjana pendapat negara dan rakyat serta mengharumkan lagi nama Malaysia di mata dunia.

GR sediakan beberapa koleksi menarik LIMA'13 untuk tatapan pembaca semua.















GR kata: Tahniah PM! Tahniah Menteri Pertahanan! Tahniah penganjur! Apa pun LIMA'13 memang best!!

Artikel pelbagai