Showing posts with label Karpal Singh. Show all posts
Showing posts with label Karpal Singh. Show all posts
Thursday, February 21, 2013
"Karpal, Lu Jangan POYO Sangat La.."
Pertelagahan antara pemimpin Pas dengan Karpal Singh terus memuncak apabila Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mahu Pengerusi DAP itu menjaga mulut dan belajar duduk diam serta tidak ghairah menyuruh pihak lain menerima saranannya.
Menurut Mohd. Amar, pemimpin senior DAP tersebut tidak sepatutnya memperkecilkan peranan Majlis Syura Ulama Pas kerana bagi parti itu, majlis tersebut adalah badan tertinggi yang mana keputusannya melangkaui semua urusan parti.
Beliau dengan nada tegas berkata, semua ahli Pas akan patuh dan menyokong keputusan Majlis Syura Ulama biarpun DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganggap itu hanya komponen kecil dalam parti itu.
Saya mahu nasihatkan Karpal, belajar duduk diam, jangan gatal mahu bercakap semua perkara, jangan cakap banyak.
Jangan hanya pandai suruh kami hormat pandangan dia, sedangkan dia sendiri tidak mahu hormat keputusan Majlis Syura Ulama kami, orang lain pandang badan ini kecil tetapi bagi kami (ahli Pas) Majlis Syura Ulama adalah yang tertinggi.
Apabila Majlis Syura Ulama sudah membuat keputusan, semua tindakan dan keputusan awal dikira terbatal dan kami sebagai ahli Pas wajib patuh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Karpal yang mahu semua pihak termasuk ahli serta Majlis Syura Ulama Pas menghormati pendirian pakatan pembangkang berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam pada mesyuarat 8 Januari lalu yang dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Karpal dilaporkan berkata, pakatan pembangkang berpegang teguh dengan keputusan kalimah Allah boleh digunakan bukan Islam dengan syarat tidak disalahgunakan meskipun Majlis Syura Ulama membuat keputusan berbeza selepas itu.
GR kata: Perjuangan DAP nak hapuskan Islam di Malaysia. AWAS!!
Sunday, January 27, 2013
TERKINI: Nik Aziz Jadi Plural, Sambut Thaipusam Di Penang!!
Apa punya mengong la PAS ni, OLAMAK yang disanjung mereka perangai macam ni. Orang sambut Maulidur Rasul dia kata meniru budaya Kristian.
Sambut happy birthday potong kek ni jugak yang Nik Aziz melonjak keriangan. Budaya ni boleh pulak ye wahai Nik Aziz??
Ketika ini Nik Aziz berada di Penang dan kebetulan duduk sama hotel dengan GR. Rakyat Kelantan merana hidup melarat, Menteri Besarnya boleh pula sambut Thaipusam di Penang bersama Karpal Singh. Perjuangan Islam PAS hanya dimulut saja.
Malam ni juga Nik Aziz bagi ceramah di surau berhampiran dengan hotel yang didudukinya di Bkt Jambul. GR dengar ceramah beliau macam biasa yang keluar 'Fatwa Politik' dan maki hamun fitnah Kerajaan dan pemimpin BN. Dalam rumah Allah S.W.T pun nak cerita politik tak ada rase hormat langsung. Bosan dengar, kacau mood orang nak bercuti jer!!
Maklumat dari sumber dalaman DAP Penang bagitau ceramah malam ni bukan pihak AJK surau tersebut yang menjemput Nik Aziz tetapi yang jemput ADUN Sri Delima.
Kalau korang nak tau, ADUN inilah yang merosakkan Kg Buah Pala dan kebetulan Kg Buah Pala berada di kawasannya. YB Rayer PERNAH MENGGELARKAN orang Melayu P.Pinang sebagai penyokong MONYET semasa demo bantahan terhadap Guan Eng kerana memanjat pagar.
GR kata: Pemimpin bersuka ria, puak PAS diperbodohkan...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Subscribe to:
Posts (Atom)

