Showing posts with label Chegubard. Show all posts
Showing posts with label Chegubard. Show all posts

Friday, March 9, 2012

GEMPAR: @chegubard Kena UGUT Sampai Terkencing?? Malunya..

Seorang ketua pemuda UMNO bahagian merangkap Timbalan Pengerusi Unit Media Baru (UMB) telah membuat satu ugutan terbuka terhadap Chegubard. Ia berikutan ceramah A.B.U yang akan disampaikan oleh Chegubard pada 9 Mac ini di sebuah lokasi pertindihan tiga parlimen iaitu kawasan Sri Rampai. Parlimen yang terlibat ialah Setiawangsa, Titiwangsa dan Wangsa Maju.


Ugutan Razlan berbunyi "Jangan salahkan Umno kalau tak balik Rembau", berbunyi seolah satu ugutan pukul/culik/bunuh sekiranya Chegubard meneruskan ceramah pada 9 Mac nanti. Ugutan ini juga merupakan satu usaha untuk menghalang Chegubard menyampaikan ceramah yang mendedahkan hubungan dagang Malaysia-Israel termasuklah pendedahan perniagaan minyak sawit secara terus ke Israel.


UMNO cuba mengepung maklumat dan kebenaran daripada sampai terus kepada rakyat. Pendekatan samseng berbentuk ugutan digunakan dan ia bukan dihambur oleh ahli biasa tetapi seorang ketua pemuda Umno yang juga memegang jawatan utama sebuah badan yang direstu oleh Umno sendiri iaitu Unit Media Baru. Jelas menunjukkan Umno panik dan terpaksa menggunakan pelbagai kekerasan dengan matlamat pihak polis menghentikan majlis penerangan yang berlangsung.

 Inilah Si Chegubard, program syok sendiri beliau. He he he

 Sumber: Suara Razlan

GR kata: Sudah-sudahla tu Chegubard...hang dah tak laku, perabeh boreh ajo!!!

Friday, February 17, 2012

TERKINI: Adakah Banner Ini Disebabkan #AsalBukanUmno Di BTR - @Chegubard Tolong Jawab??



Pembaca lihat gambar di atas, GR ingin berterima kasih kepada sahabat blogger Keris 7 Lok dengan gambar yang banner tersebut. Banner-banner ini semuanya di kawasan sekitar Bandar Tun Razak kerana difahamkan malam ini @Chegubard dan sekutunya akan melancarkan #AsalBukanUmno di Tmn Bukit Anggerik @ METBA di Bandar Tun Razak. Budak hinggusan @AdamAdli pun ada jugak..He he he






GR kata: Dengar cerita banner-banner ni semua puak-puak PKR sendiri yang buat, sebab depa tak suka dengan Chegubard ni. Betul ker???

Artikel pelbagai