Friday, May 9, 2014

KENAPA BUKU THE ORIGIN OF SPECIES VERSI ENGLISH TAK DIHARAMKAN? @KDNPUTRAJAYA @Zahid_Hamidi


Nampaknya masih ada pihak media yang cuba untuk memusingkan fakta asalkan cerita mereka 'laku' untuk dibaca walaupun kadang-kadang tiada fakta yang menarik.

Free Malaysia Today sudah kita ketahui kerja-kerja mereka, kononya untuk berlaku adil pada semua pihak, kadang-kadang 'ampu melangit' pada pihak kerajaan dan kadang-kadang menghentam.

Tapi bila dikaji kebanyakkan mereka lebih mengampukan pihak yang tak bertanggungjawab. Bila GR terbaca artikel di FMT yang cuba spin mengharaman buku THE ORIGIN OF SPECIES ini, lawak pun ada. Dengan hanya memetik dari kenyataan MP dari pembangkang, terus dijadikan cerita lawak hari ini.

Selidik la dulu, jangan nak hentam keromo saja bro. GR telah dapatkan penjelasan sebenar mengenai isu ini dan korang nilailah sendiri. Jangan jadi macam manusia yang tak der otak, percaya bulat-bulat bila terbaca satu isu.

1. Saya terpanggil untuk memberi respons balas mengenai laporan di laman sesawang Free Malaysia Today yang mempersoalkan mengapa Kementerian Dalam Negeri  tidak mengharamkan Buku “The Origin of Species” versi Bahasa Inggeris sedangkan buku terjemahannya dalam bahasa Melayu telah disekat di Malaysia.

2. Sekali dengar memang nampak tidak logik dan tidak masuk akal kerana jenis bukunya sama tetapi buku asal dibenarkan manakala terjemahannya pula disekat.


3. Sebenarnya, isu ini timbul bertitik tolak daripada pertanyaan dari Zairil Khir Johari, Ahli Parlimen Bukit Bendera kepada Menteri Dalam Negeri di Dewan Rakyat pada 10 April 2014. 


4. DS Zahid Hamidi telah menjelaskan bahawa penerbitan buku berjudul “The Origin of Species – Asal Usul Spesis” terjemahan F. Susilohardo dan Basuku Hernowo ( diterbitkan di Indonesia) telah dikenakan tindakan di bawah Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 pada 21 Disember 2006 kerana bercanggah dengan pemahaman asas Islam.

5. Dari skrip jawapan ini, saya merasakan ia telah dimanipulasi oleh Free Malaysia Today yang menyatakan bahawa versi Inggeris tidak diharamkan kerana tidak menerima sebarang aduan. Sebenarnya buku The Origin of Species versi asal tidak mengelirukan dan tidak bercanggah dengan nilai-nilai Islam.

6. Ini kerana akibat daripada faktor “over exaggerate” dari penterjemah dalam bahasa Indonesia telah mengelirukan fahaman dari konteks asal penulisan buku tersebut. Oleh yang demikian, KDN menyekat hanya pada buku versi Bahasa Melayu Indonesia yang tersimpang jauh dari makna asal buku tersebut.


7. Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al Quran sentiasa memantau mana-mana buku di pasaran sebagai langkah proaktif dan akan bertindak berdasarkan aduan pembaca sekiranya ia boleh mengelirukan dan menggangu gugat aqidah dan ketenteraman awam.


8. Jadi kepada paparazzi media sosial, janganlah suka memutarbelitkan isu dari hakikat sebenar.


GR kata: Takder cerita, baik keluarkan cerita artis. Lagi ramai orang baca kan!


No comments:

Artikel pelbagai