Thursday, February 27, 2014

TAK JADI MB SELANGOR LEPAS NIE PUN TAK PER, @Khalid_Ibrahim DAH TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB PADA RAKYAT! @NajibRazak


Alhamdulillah akhirnya bakal selesai kemelut yang dihadapi rakyat selama ini. Masalah air, ianya adalah masalah paling utama pada kita semua. Setiap urusan harian kita memerlukan air, nak ada tenaga pun kena minum air betul tak? Sumber air yang diperolehi haruslah bersih kan...

Ramai yang kata inilah sejarah telah tercipta....ketepikan perbezaan politik demi kesejahteraan rakyat. Pada yang macai-macai tue korang nak balun Khalid Gagap lantak korang. GR anggap korang lagi bodoh dari MB Selangor nie. Korang hanya pandai cakap mulut jer, perjuangkan hak rakyat. Tapi hakikatnya habuk pun takder.

Tindakan berani Khalid Gagap terbuka hati bekerjasama dengan BN harus diberikan pujian. Pada pemimpin pembangkang yang duk sibuk tabur fitnah tu, elok korang diam. Segagap-gagap Khalid ni pun, akhirnya dia sahut cabaran demi kesejahteraan rakyat. Bukannya asyik nak salahkan UMNO/BN dalam semua hal. Tahniah GR ucapkan pada MB Selangor nie.

Kerajaan Persekutuan dan Selangor pada Rabu menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menstrukturkan semula industri air di Selangor.

Langkah berkenaan juga dilihat sebagai membuka laluan kepada pelaksanaan Loji Air Langat 2 (Langat 2) yang tertangguh sejak 2010. MoU tersebut ditandatangani di bangunan Perdana Putra di sini.

Kerajaan Persekutuan diwakili Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sementara Selangor diwakili Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Majlis berkenaan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kerajaan Selangor Laksana Tiga Tanggungjawab Utama Sementara Langat 2 Siap 
Kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan tiga tanggungjawab utama bagi memastikan bekalan air bersih mencukupi sementara menunggu Loji Rawatan Air Langat 2 siap dibina termasuk menjalankan program mitigasi dengan peruntukan RM900 juta daripada Kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata selain program itu, kerajaan negeri akan memulakan projek 'Hybrid Off River Augmentation System' (Horas) di Sungai Selangor yang mampu membekalkan air bersih antara 600 hingga 700 juta liter sehari (MLD) atau tiga bilion liter pada 2050.

"Majlis pecah tanah projek ini akan diadakan dalam tempoh dua minggu daripada sekarang. Selain itu, kerajaan negeri juga akan menurunkan peratusan air tidak berhasil (NRW) dari 33 peratus kepada tahap yang lebih rendah dalam tempoh enam bulan," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor pada Rabu menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang telah berlanjutan sejak 2008.

Melalui MoU itu, kerajaan negeri akan mengeluarkan kebenaran untuk merancang pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) berkuat kuasa hari ini dan memastikan semua kelulusan dan kebenaran berkaitan pembangunan projek LRAL2 diluluskan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh MoU ditandatangani.

Sebagai tambahan, Kerajaan Persekutuan bersedia menyuntik dana tambahan untuk membantu kerajaan negeri mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air dan seterusnya membenarkannya menguruskan perkhidmatan bekalan air di Selangor melalui sebuah syarikat milik kerajaan negeri.

MoU itu juga membenarkan kerajaan negeri untuk mengemukakan tawaran kepada syarikat-syarikat konsesi air iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABAAS).

Abdul Khalid berkata pengambilalihan empat syarikat konsesi berkenaan dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan dan keempat-empat syarikat itu akan diletakkan di bawah satu syarikat konsortium air di bawah Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) iaitu syarikat milik penuh kerajaan negeri.

"Pengambilalihan ini akan melibatkan pengambilalihan pegangan ekuiti serta tangggungjawab dan tidak melibatkan pemberhentian kakitangan bukan pengurusan.

"KDEB akan membayar RM9.65 bilion kepada pemegang saham empat syarikat konsesi terbabit manakala Kerajaan Persekutuan menyuntik RM2 bilion untuk membantu kerajaan negeri dalam urusan pengambialihan saham," katanya.

Abdul Khalid dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili atas kerjasama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Beliau berkata MoU itu tepat pada masanya ketika rakyat bergelut dengan krisis bekalan air.

"Ini jelas membuktikan industri air perlu distruktur semula supaya perkhidmatannya lebih cekap dan mampan dengan kadar tarif air yang munasabah," katanya. - BERNAMA


 GR kata: Elok dari dulu lagi Khalid jangan layan cakap Anwar, bukan dia pun Boss negeri Selangor.

No comments:

Artikel pelbagai