Tuesday, June 12, 2012

TERKINI: OSMAN KERING MASIH HIDUP!!


Inilah dia bila dunia sudah terlampau canggih dan ke depan. Dengan teknologi yang ada sekarang, dunia IT yang sudah semakin maju...manusia boleh menyampaikan apa saja berita melalui platform yang ada. Benar atau tidak itu perkara yang kedua...Betul tak??

Berita kematian seseorang bukan boleh dibuat mainan, ini sudah berkali-kali jadi dikalangan artis khususnya. Apakah mereka yang menyampaikan berita palsu ini atau pun broadcast message benar-benar ingin mendoakan seseorang itu mati?? Fikir dulu sebelum buat....

GR turut bersimpati dengan berita yang menimpa Abang Osman Kering, pelawak terkenal tanahair. Beliau sebenarnya sekarang berada dalam kritikal di ICU HUKM. Marilah kita semua rakyat Malaysia mendoakan agar beliau tabah hadapi dugaan yang Allah berikan ini dan semoga beliau cepat sembuh.

Pelakon dan pelawak, Osman Kering atau nama sebenarnya Osman kassim, 58, sedang dirawat di Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini, Isnin. Sehingga berita ini ditulis pada pukul 9.40 malam, keadaan Osman berada dalam keadaan kritikal dengan bantuan alat pernafasan.

Anak kedua Osman iaitu Mohd Al Amin, 27, mengesahkan perkara itu dan menolak khabar angin bapanya sudah meninggal dunia sekitar pukul 7 malam Isnin.

"Alhamdulillah, ayah masih hidup dan kini dibawah pemerhatian doktor di wad kecemasan dan akan dibawa ke Unit Penjagaan Rapi (ICU) untuk rawatan selanjutnya," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di HUKM malam Isnin.

Amin menjelaskan, bapanya rebah sekitar pukul 6 petang Isnin di rumah mereka di Bandar Permaisuri, Cheras selepas mengalami batuk berdarah sebanyak dua kali. Dia memberitahu seorang jiran yang datang untuk membantu kemudiannya mengesahkan bapanya telah meninggal dunia pada pukul 6.45 petang sebelum diperiksa sekali lagi oleh adiknya iaitu Nur Ain, 25, yang kebetulan bekerja dalam bidang perubatan.

"Selepas adik periksa nadi ayah, dia memberitahu ayah masih hidup tetapi nadinya lemah dan kami bergegas membawanya ke hospital," katanya.

Tambah Amin, ketika kejadian, ibunya iaitu Che Norhayati Che Omar, 48, berada disisi bapanya bersama seorang lagi adiknya. Dalam pada itu, Amin memberitahu, bapanya memang sudah lama mengalami penyakit batuk kering dan sesak nafas dan keadaannya bertambah teruk sejak akhir-akhir ini. "Doakan ayah saya kembali sihat dan dapat kembali seperti biasa," ujarnya.

GR kata: Doakan semoga Abang Osman Kering cepat sembuh...

No comments:

Artikel pelbagai