Thursday, October 27, 2011

Kakitangan Awam WAJIB Undi Kerajaan!!!


GR terpanggil untuk menulis perkara ini sebab dalam sektor awam kira-kira seramai 1.2 juta kakitangan telah berkhidmat di bawah perkhidmatan Kerajaan. Setiap tahun kita selalu lihat penambahan pengambilan penjawat awam sentiasa ditingkatkan dari segi pengambilan kakitangan baru mahu pun menambah baikkan mutu kualiti perkhidmatan yang sediaada.

Kerajaan telah memberikan bermacam-macam insentif kepada kakitangannya bagi melancarkan perkhidmatan yang ingin diberikan kepada masyarakat dan negara. Antaranya penyelarasan gaji mengikut kelayakan, kenaikan gaji, pemberian BONUS, cuti bersalin, kemudahan kuarters, elaun perubatan, skim pencen dan banyak lagi kalau disebutkan satu persatu tak akan habis. Jadi kepada kakitangan awam mereka harus bersyukur kerana mempunyai kerajaan yang sangat prihatin walaupun masih terdengar suara ketidakpuasan hati dikalangan mereka namun kerajaan berusaha untuk memperbaiki kelemahan bagi kebajikan kakitangannya..

Angka kakitangan kerajaan yang bertambah setiap tahun bukan penentu untuk dijadikan kayu pengukur dengan menyokong dasar kerajaan sepenuhnya. Walaupun mereka tahu sebagai kakitangan kerajaan semestinya harus taat dan setia kepada kerajaan namun persekitaran politik yang membuat sokongan mereka semakin terhakis...

Ingin baca selanjutnya... Sila KLIK DI SINI

No comments:

Artikel pelbagai