Saturday, February 22, 2014
HINA NABI DI FACEBOOK, TAU PULAK TAKUT! TUTUP ACCOUNT BUKA YANG BARU! @dsjamilkhir @PDRMsia @Zahid_Hamidi
Bila dah buat salah kenalah berani tanggung betul tak? Tak kiralah kesalahan yang kita buat tu hanya suka-suka atau pun dalam keadaan tertekan. Yang penting bila jatuh hukum salah, kenalah tanggung apa akibatnya.
Tak kira siapa pemiliknya, jika benar berani ingin perjuangkan agama yang baru dia anuti kenapa perlu tutup account lama iaitu "Murtad di Pantai Timur".
Tutup yang lama, digantikan dengan yang baru. Kenapa takut dikenakan tindakan undang-undang ker? Pandai pula takut dengan balasan di dunia, balasan di akhirat tak takut ker??
Ini FB page yang baru budak nie buka - "Murtads In Kelantan" https://www.facebook.com/pages/Murtads-in-Kelantan-MIK/1405895249667626
Apa yang GR baca dalam page ini, ada yang mengatakan pemiliknya duduk di luar negara. GR yakin rakyat Malaysia mahukan tindakan yang tegas diambil pada mereka yang menghina Islam.
Tak kira kaum dan bangsa jangan pilih bulu...sebab kalau pilih bulu nanti ramai yang pijak kepala. Islam adalah agama yang suci bukannya senang lenang untuk dihina.
Walaupun kita menghadapi tekanan hidup sekali pun, bukan cara dengan MURTAD dan menghina Islam dan Allah Yang Maha Esa. Fikir-fikirkanlah....
GR kata: Ketika masalah datang, Allah S.W.T tidak meminta kita memikirkan jalan keluar sehingga penat, Allah S.W.T hanya meminta kita sabar dan solat mohon petunjuk dariNYA.
HINA NABI DI FACEBOOK, SAMPAI BILA ISLAM DIPERMAINKAN MACAM NIE! @dsjamilkhir @PDRMsia
Betul kata orang "Dulu masa kecil cerdik, bila besar jadi bangang". Apa nak jadi semakin hari umat Islam dipesongkan akidah mereka kerana terpedaya dengan dakyah agama lain. Adakah mereka sedar dengan menjadi murtad bertukar agama dapat menyelesaikan masalah mereka, boleh memberikan kesenangan kekal abadi pada mereka??
Mungkin benar masalah yang dihadapi di dunia boleh selesai tapi masalah di alam kubur di akhirat adakah boleh selesai begitu saja? GR lihat sudah menjadi trend zaman ini Islam dihina macam tiada jalan penyelesaiannya.
Apakah pihak berkuasa dari pihak jabatan agama tiada sebarang undang-undang yang boleh dikenakan pada mereka ini? Apakah dengan cadangan tubuhkan Polis dalam bidang syariah dapat membantu pihak jabatan agama mengambil tindakan yang sewajarnya pada mereka berkelakuan seperti di atas.
Adakah umat Islam sekarang sedar dengan maksud tiada paksaan dalam Islam? Adakah umat Islam yang sememangnya lahir sebagai Islam boleh menukar agama dengan sesuka hati. Adakah mereka ini tau dengan dosa pahala yang mereka dapat dan hukuman yang akan diterima mereka balasan dari Allah S.W.T.
Selain mendakwa dirinya kafir kerana sudah murtad, pemilik sebuah akaun Facebook (FB) dikenali sebagai Murtads in Pantai Timur (MPT) turut biadab apabila mengatakan Allah SWT tidak wujud serta mengeji Nabi Muhammad SAW.
Itu antara pos pengendali FB berkenaan yang mendapat kecaman hebat orang ramai yang mahu laman itu segera ditutup, namun tidak diendahkan pemiliknya malah mencabar pihak terbabit melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa serta akhbar termasuk Harian Metro.
Berdasarkan pemerhatian Harian Metro, laman memperjuangkan murtad di negeri Darul Naim, Darul Iman dan Darul Makmur sebagai motonya, baru dimulakan pada 12 Februari lalu dan sehingga kini sudah mengumpul lebih 2,000 ‘likes’.
Malah dalam satu pos, pemilik akaun terbabit turut menyatakan ‘Majulah Murtad untuk Pantai Timur’ dan mendakwa penganut agama Islam adalah bodoh.
Hampir keseluruhan pos pemilik FB biadab itu adalah provokasi kepada umat Islam dan menggunakan loghat Pantai Timur dalam tulisannya.
Pemerhatian juga mendapati, pemilik FB berkenaan mendakwa dia adalah anak jati Kelantan dan sudah murtad serta memperkenalkan diri sebagai Che Awe Donde atau Pok Nik.
Katanya, memandangkan usia sudah meningkat dan tua selain mempunyai ilmu tinggi, dia sedar Islam yang dianuti selama ini sebenarnya adalah agama palsu. Pemilik FB berkenaan turut mendakwa semakin tinggi belajar mengenai agama, baru diketahui Islam adalah agama bodoh dan dia kini berjuang untuk murtad.
Menurutnya, dia akan berjuang menyedarkan masyarakat Islam bahawa agama rekaan Nabi Muhammad (dipanggilnya Muhammad babi) akan dihapuskan dari muka bumi Kelantan, lapor Hmetro.
Bangga sangat ker menjadi kafir? Bangga sangat ker bantuan yang diberikan oleh pendakwah yahudi kristian dan agama lain berikan pada mereka yang keluar dari Islam? Bantuan yang mereka berikan boleh janjikan Syurga bila dah mati nanti ker?
Semua pihak harus memain peranan penting dalam perkara ini. Jika pihak berkuasa tidak boleh mengambil tindakan sewajarnya, kita sebagai umat Islam harus memberikan dakwah Islam pada mereka ini. Apa yang penting taati perintah Allah S.W.T, ikutilah sunnah Nabi Muhammad S.A.W pasti kita berjaya dunia akhirat.
GR kata: Kehidupan dunia hanyalah sementara, kehidupan akhirat kekal abadi.
Thursday, February 20, 2014
BN KEKAL MILIK BAGAN DATOH! PKR PUSING FAKTA UNTUK 'CUCI' FIKIRAN RAKYAT! @Zahid_Hamidi
PRU13 telah lama selesai, tapi masih ada pihak yang cuba untuk mencemari pilihan yang telah dibuat rakyat. Kenapa masih tidak boleh terima qada dan qadar yang telah Allah S.W.T tetapkan?
Apakah pilihan yang dibuat rakyat semuanya tak boleh diterima pakai? Adakah dengan semua memberikan untuk pada pakatan pembangkang, itulah yang dinamakan keadilan?
Berapa banyak kita lihat sekarang ini adalah musim kes yang melibatkan pempetisyen yang cuba menolak keputusan pilihanraya? Kenapa negeri-negeri yang dimenangi oleh pakatan pembangkang tidak mula mereka bising dengan keputusan yang dibuat oleh rakyat?
Setahu GR, dalam kes petisyen Bagan Datoh ini mana mungkin seorang individu atau beberapa kerat manusia mempertikaikan keputusan pilihanraya sedangkan yang membabitkan puluhan ribu orang. Adalah tidak adil jika keputusan pilihanraya dibatalkan hanya kerana protes dari seorang pengundi.
Pelikkan? Sedangkan kes ini telah pun disebut di Mahkamah Ipoh dengan keputusan yang sama BN kekal milik Bagan Datoh. Adakah ada pihak yang cuba untuk menjatuhkan krebiliti DS Zahid Hamidi yang begitu komited dalam amanah yang dipertanggungjawabkan pada beliau?
Banyak kes petisyen pilihanraya tidak berjaya kerana bantahan yang dibuat amat lemah dan apatah lagi sesetangah pempetisyen sendiri ada yang dibayar oleh pihak pakatan pembangkang. Ada juga kes pempetisyen sendiri tidak tahu menahu apa yang dibantah.
Paling menarik pempetisyen sendiri seorang yang tak pernah turun padang setiap kali beliau bertanding di Bagan Datoh. Nak menang tapi tak buat kerja, macam mana rakyat nak bagi undi pada beliau...betul tak??
Tahniah GR ucapkan pada DS Zahid Hamidi di atas kemenangan hari ini. Kemenangan ini juga telah membuktikan pakatan pembangkang cuba MELACUR demokrasi yang kononnya mereka perjuangkan tapi ternyata mereka GAGAL.
Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan kerusi Parlimen Bagan Datoh, Perak selepas Mahkamah Pilihan Raya
membenarkan bantahan awal penyandangnya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen pilihan raya yang difailkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Hakim Datuk Hasnah Mohammed Hashim membuat keputusan itu selepas membatalkan petisyen yang difailkan calon PKR, Madhi Hassan dan pengundi Azmi Sulaiman yang memohon keputusan pilihan raya umum ke-13 itu diisytiharkan batal dan tidak sah.
Mahkamah turut mengarahkan setiap pempetisyen membayar kos sebanyak RM25,000 kepada Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri.
Dalam penghakimannya, Hasnah berkata kedua-dua pempetisyen itu tidak mempunyai fakta yang mencukupi untuk menyokong dakwaan yang mengaitkan Ahmad Zahid terlibat dalam melakukan rasuah dan menyalahi undang-undang.
Beliau berkata mahkamah mendapati kedua-dua petisyen yang difailkan itu adalah bersifat pramatang, cacat dan tidak sah.
"Ahmad Zahid masih belum dinamakan sebagai calon pada 19 April tahun lepas, ketika dakwaan rasuah itu dibuat kerana apa juga yang berlaku sebelum penamaan calon tidak boleh dikaitkan dengan pemberian rasuah," katanya.
Hasnah berkata dakwaan Madhi bahawa Ahmad Zahid melakukan rasuah dengan memberikan wang tunai RM100 dan lima kampit beras dengan cetakan logo BN melalui seorang yang dikenali sebagai R. Supramaniam kepada seorang bernama Mustofa Saifudin yang merupakan pemilih berdaftar di kawasan itu, dilihat tidak mempunyai fakta yang mencukupi untuk menyokong dakwaan tersebut.
"Siapakah R. Supramaniam? "Adakah beliau ejen kepada responden (Ahmad Zahid). Tidak dinyatakan sama ada Supramaniam dilantik sebagai ejen untuk membuktikan dakwaan amalan rasuah itu," katanya.
Hasnah berkata mahkamah juga menyedari bahawa Supramaniam adalah calon BN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Hutan Melintang, Perak.
"Adalah penting untuk menjelaskan hubungan dengan Supramaniam dan sama ada Mustofa dipengaruhi oleh rasuah itu untuk mengundinya (Ahmad Zahid)," katanya.
Hasnah berkata rasuah adalah dakwaan serius yang perlu dibuktikan melampaui keraguan munasabah.
Mengenai dakwaan Azmi bahawa Ahmad Zahid telah melantik 24,000 petugas dengan bayaran wang tunai dan pemberian beras bagi bertugas di pilihan raya Bagan Datoh, katanya pempetisyen gagal mengenal pasti petugas yang dimaksudkan dan gagal menunjukkan hubungan antara petugas itu dengan Ahmad Zahid.
Sementara itu, Madhi, yang diwakili peguam Edmund Bon ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata beliau dan Azmi akan berbincang dengan peguam mereka sama ada untuk membuat rayuan berhubung keputusan itu dan mereka mempunyai 14 hari untuk berbuat demikian.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid tidak hadir pada prosiding hari ini dan diwakili barisan peguam yang diketuai Datuk Mohd Hafarizam Harun.
Pada 23 Dis tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memerintahkan petisyen pilihan raya yang difailkan oleh dua pempetisyen itu diremit semula ke Mahkamah Pilihan Raya untuk mendengar merit kes itu selepas membenarkan rayuan petisyen pilihan raya yang difailkan PKR.
PKR memfailkan rayuan itu di Mahkamah Persekutuan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya di Ipoh menolak petisyen pilihan raya itu.
Ahmad Zahid memperoleh majoriti 2,108 undi mengalahkan Madhi pada pilihan raya umum lepas. - BERNAMA
GR kata: Mahdi kecoh-kecoh tapi diri sendiri kena tendang ke Manjong ape citer? Lagi mau duduk Bagan Datoh ka??
ORANG DULU KAHWIN SETIA HINGGA AKHIR HAYAT! ORANG SEKARANG KAHWIN SUKA PULA BERCERAI!
Apa nak jadi zaman sekarang kan? Suka-suka kahwin suka-suka cerai kan. Adakah dengan penceraian ini mereka hanya fikirkan tentang 'sedap' mereka sendiri dan tidak memikirkan tentang soal anak-anak mereka bila besar kelak?
Perkahwinan adalah perkara yang dituntut dalam Islam, tujuannya mesti ramai yang tahu kan. Bukan dengan hanya tujuan membina masjid tapi dalam soal persefahaman antara suami isteri itu yang lebih ditekankan.
GR ingin kongsikan sebab kenapa orang dulu kahwin kurang bercerai berbeza dengan pasangan sekarang. Sama-samalah kita fikirkan....
Salah satu sebab zaman ini berlaku banyak penceraian bermula dari 100 tahun dulu. Ketika kaum isteri hanya sebagai suri rumah dan Sang Suami mencari nafkah menyebabkan isteri terlampau bergantung kepada suaminya walaupun suaminya seorang yang bengis, tak romantik, tak hensem, boroi, tak tahan lama dan macam-macam lagi. Mereka kekal dalam perkahwinan sehingga mati. Selepas kematian salah seorangnya, yang ditinggal akan merindu sampai mati. Tapi ramai juga yang BAIK-BAIK berbanding yang jahat.
Dari kes nenek moyang kita yang tertindas dengan karaktor atuk-atuk kita yang bengis dan jahat itu menurunkan pesanan kepada ibu dan nenek kita agar perempuan menyediakan persiapan sekiranya berlaku perceraian dan tidak mudah ditindas suami.
Lalu generasi berikutnya memberi pendidikan tinggi kepada anak-anak mereka dan menggesa anak-anak mereka turut bekerja membuat simpanan sebanyak mungkin sebagai persiapan jika diceraikan oleh suami.
Kesan sosiologi, ramai (bukan semua) isteri yang ketahanannya tidak sehebat nenek moyang kita dahulu. Dari kes mahkamah syariah, ada yang disebabkan suami suka picit ubat gigi dari bawah dan isteri suka picit dari atas menyebabkan pergaduhan dan penceraian. Isteri tak perlu risau apa-apa. Simpanan dah ada, kerjaya dah tinggi, anak pun dah ada. Apa perlu risau hidup tiada suami? Pantang suami tegas sikit pun ada yang nak minta cerai.
Ini fenomena yang berlaku. Truth fact yang pahit untuk ditelan. Jika awak dalam sebuah bot kecil meredah lautan. Ada masa lautan tenang, ada masa ia bergelora. Jika awak dah siapkan sampan kedua semasa awak menaiki sampan suami awak, nanti bila laut gelora sikit awak dengan mudah akan lompat dalam sampan sendiri dan bawa haluan sendiri.
Perceraian banyak berlaku pada zaman ini kerana semakin kurang kebergantungan isteri terhadap suaminya. Belum kahwin dan buat persiapan perceraian, bagaimana perkahwinan nak kekal lama. Tak salah buat persiapan sekiranya suami meninggal tetapi buatlah persiapan itu BERSAMA SUAMI bukan sendiri-sendiri secara peribadi. Awak pun tak tahu, suami atau awak yang mati dulu.
Sama dengan cerita ini, Tareq Ibn Ziyad yang belayar merentas laut Mediterranean menuju ke selatan Sepanyol untuk bertempur dengan tentera Spain membakar kapal kesemuanya selepas selamat mendarat di pantai. Balatentera hanya ada 1 jalan untuk kembali bertemu isteri dan anak-anak di seberang sana…iaitu dengan memenangi peperangan. MEREKA MENANG kerana tiada jalan untuk berpatah balik.
Isteri dulu sangat bergantung kepada suami dan takut diceraikan. Isteri sekarang tak takut suami dan tak kisah diceraikan. Jalan dari kita di Loh Mahfuz sampai ke akhirat nanti semuanya ialah JALAN SEHALA. Jika awak rasa perkahwinan ini jalan yang boleh u-turn, memang anda akan buat u-turn.
GR kata: Ikutilah sunnah Rasulullah S.A.W dan taati perintah Allah S.W.T pasti kita berjaya dunia akhirat.
Tuesday, February 18, 2014
TAHNIAH PASUKAN STING! SIAPA KATA POLIS TIDUR, TAK PANDAI BUAT KERJA? @PDRMsia @Zahid_Hamidi @KBAB51
Tahniah, terbaik GR ucapkan pada pasukan STING...baru saja ditubuh telah menunjukkan hasilnya yang sungguh baik. Rakyat berterima kasih pada pasukan Polis dan Menteri KDN, DS Zahid Hamidi di atas idea beliau lah gejala pengedaran dadah dan dibanteras dengan jayanya.
Ini menunjukkan kesungguhan KDN dalam menjaga keselamatan negara dan rakyat khususnya. Siapa kata menteri Zahid nie tidor yer?? Nampak sangat mereka ini buta.
Walhal tokan-tokan besar sekarang nie dah tak tentu arah sebab business mereka semakin hari tak boleh cari makan.
Gejala dadah ini dah lama di negara kita dan seharusnya semua pihak harus bekerjasama dengan pihak Polis demi memastikan gejala ini dapat dibendung.
Pasukan Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) melumpuhkan satu lagi sindiket dadah didalangi warga Iran selepas menyerbu sebuah makmal memproses syabu di Ampang Putra, di sini, semalam.
Berikutan itu, pasukan berkenaan menahan lima warga Iran dan dua rakyat tempatan dipercayai terbabit dengan kegiatan itu. Turut dirampas, kira-kira lima kilogram (kg) syabu kristal.Kejayaan STING dipuji
Kejayaan STING mendapat penghargaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman sosial rasminya, Twitter, sejurus sindiket pengedaran dan pemprosesan dadah yang berpusat di Ampang Putra itu tumpas.
“Syabas STING berjaya lagi tumpas sindiket pengedar syabu dari Iran. Tumpas juga makmal proses syabu di Ampang Putra.
“Lima warga Iran, dua orang tempatan dicekup, lebih lima kg syabu kristal dirampas. Kegiatan mereka di Cyberjaya, Ampang dan Sungai Besi ‘crippled’ (lumpuh),” katanya menerusi Twitter berkenaan.
Bagaimanapun, satu sidang media khas mengenai kejayaan ini akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, Selasa ini.
Khamis lalu, STING menumpaskan sindiket dadah jenis heroin yang didalangi ahli kumpulan kongsi gelap 36 di Batu Caves.
Dalam serbuan itu, dua lelaki ditahan dalam sebuah kondominium yang diubah suai menjadi makmal memproses dadah selain merampas heroin dianggarkan bernilai RM500,000.
GR kata: STING terbaik. Teruskan jangan kasi chan langsung!!
Subscribe to:
Posts (Atom)








