Saturday, October 22, 2011

Pak Anwar mengAMUK???


Hehehee...GR nak gelak guling2 dulu.. Korang mesti nak tau sebab ape GR gelakkan?? pasal Pak Anwar nie lah... Ceritanya di tempat beliau sendiri Parlimen Permatang Pauh..kubu kuat tue... ;)

Semalam selepas solat Jumaat, Pak Anwar telah mengadakan perjumpaan dengan penduduk Permatang Janggus di Dewan Orang Ramai, Batu 5. Program dijadualkan bermula pada 2.30 petang sebaik sahaja selesai solat Jumaat tetapi tunggu punya tunggu berapa kerat jer penduduk yang datang. Korang tengok sendirilah Pak Anwar yang dikatakan hebat berbicara dan menunaikan "janji", penduduk di parlimen sendiri pun dah muak dengan kata2 beliau..


Apa lagi...mengamuk la Pak Anwar pada orang yang menganjurkan program ini...malu beb.. Ahli parlimen turun kawasan bercakap dengan kerusi dan tiang yang ada di dewan tersebut, mau tak bengang. Penganjur pun apa lagi pegilah cari makcik2 yang duduk di kawasan tersebut. Janji penuh sikit dewan tu... Hahahaha

PANAS: MB PERAK GENTEL ABOB PUNYA???


Apa punya Yakpurr lah puak Pakatan Rakyat nie...dorang bangga dapat lahirkan blogger2 yang tak taulah akai letak kat pungkuk agaknya... Ada ke patut depa tuduh MB Perak cabul kehormatan budak sekolah... Cuba la korang tengok gambor tue betul2... Gentel ke idak???

Kot iye pun nak serang balik cerita anak VVIP Pakatan di Penang tempoh hari carilah yang munasabah skit...

Adoiiiii rakyat bukan bodoh wahai blogger2 Pakatan oiiii!!!

Nak tau lebih lanjut KLIK SINI

14,000 Hadir Himpunan Sejuta Ummat!!!


Hampir 14,000 umat Islam hadir di Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) di Stadium Shah Alam petang ini...TAHNIAH!!!

Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Hassan Ali dan Mufti Perak Tan Sri Dr Haji Harussani bin Haji Zakaria dan beberapa lagi orang kenamaan telah hadir sebagai tanda sokongan pada himpunan ini.

Perhimpunan ini diadakan bagi membincangkan isu khusus mengenai murtad di kalangan umat Islam di Malaysia dan khasnya di Selangor baru-baru ini.



Dr Hassan Ali membuktikan bahawa pendirian politik bukanlah agama untuk dianuti.. "tak boleh taksub dengan fahaman politik!!!"

Nilai "BODY" hanya RM 5 ???


KUANTAN: Hanya bermodalkan satu tin gam berharga tidak sampai RM5, mana-mana lelaki boleh menikmati tubuh seorang gadis berusia 16 tahun yang sering berkeliaran di bandar ini dengan tujuan mahu mencari sesiapa yang boleh membekalkan bahan mengkhayalkan itu kepadanya.

Bukan setakat ringan-ringan, malah gadis yang sering dilihat mundar-mandir di Jalan Pasar dan Medan Warisan di sini, mudah dibawa ke mana saja termasuk ke ranjang asalkan ketagihannya terhadap gam dapat dihilangkan.

Berikutan ‘populariti’ gadis itu yang digelar ‘Minah Gam Ringan-Ringan’ oleh orang ramai yang mengenalinya, wartawan Harian Metro melakukan penyamaran dan berjaya berbual-bual dengannya.

Agak mengejutkan apabila mendapati dia bukanlah selekeh seperti digambarkan, malah mempunyai wajah agak menawan serta pandai bergaya, sekali gus langsung tidak menggambarkan dirinya penagih gam tegar.

Dalam perbualan dengan gadis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Alia, dia mengaku tidak kisah dibawa ke mana saja asal diberi satu tin gam untuk melepaskan ketagihan manakala bayaran sekadar RM50 memadai jika ingin menidurinya.

“Kebiasaannya lelaki mengajak saya ke pusat karaoke di sekitar bandar ini kerana di situ agak selamat serta lebih terlindung daripada pandangan orang ramai.

“Tapi kalau di karaoke cuma boleh ringan-ringan sajalah, nak lebih daripada itu kenalah bayar tip sikit dan carilah tempat lebih sesuai,” katanya selamba.



Apabila ditanya mengenai latar belakang termasuk keluarga serta persekolahannya, Alia enggan menjawab dan mula menunjukkan rasa kurang senang, namun Harian Metro difahamkan dia sudah berhenti sekolah sejak ibu bapanya bercerai.

Ditanya sejak bila dia mula menagih gam, Alia cuma menggeleng-gelengkan kepala, namun memberitahu dia melakukan perkara itu hanya sekadar suka-suka.

Siapakah yg ingin dipersalahkan dalam hal nie? Ibu bapa atau pun diri sendiri?? Di manakah hilangnya maruah diri??? - renung2kan lah...

P/S: Kalau puak PAS sah2 kata nie pun salah UMNO...hehe

Friday, October 21, 2011

Muamar Gaddafi mati dibunuh???


Inilah gambar yang menunjukkan bahawa pemimpin Libya, Muammar Gaddafi telah dibunuh.
Muamar Gaddafi terbunuh dalam pertempuran dengan rejim yang menumbangkan pemerintahan pemimpin berkenaan secara pemberontakan.

Rakaman dari handphone pula dikeluarkan tidak lama selepas berita penangkapan itu berlaku, muncul gambar yang menunjukkan kepala Gaddafi dalam keadaan berdarah.



Muamar Gaddafi telah ditembak mati kerana dia cuba melarikan diri, manakala sumber lain berkata Muamar Gaddafi telah ditembak diperutnya dan juga ditembak dikepalanya.

Innalillahwainnailaihiroj'iun...

Artikel pelbagai