Saturday, December 29, 2012

RAHSIA HUDUD PAS YANG KITA SEMUA PERLU TAHU!!



Isu hudud yang telah lama disimpan oleh PAS kerana takutkan DAP tiba-tiba terlepas semula, gara-gara kenyataan Pok Nik berpuncanya dari bilangan pesakit Aids yang paling tinggi di Malaysia di catatkan di negeri Kelantan.

Pok Nik salahkan Tun Dr Mahathir kerana tidak dapat melaksanakan hudud di Kelantan. Katanya jika ditanya oleh Allah S.W.T kenapa tidak laksanakan hudud , dia akan jawab kerana Tun Dr Mahathir tak benarkan.

Peliknya, Pok Nik sering menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai contoh dalam usaha dia mengembangkan politik PAS. Malah sampai satu tahap untuk menghalalkan dia mencarut satu masa dulu, dia kata Nabi S.A.W pun mencarut. Astagfirullah Hal'azim...

Nabi Muhammad S.A.W menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam usaha menyebarkan syiar Islam. Pernahkah korang semua dengar dari mana-mana ustaz atau mana-mana hadis yang mengatakan Baginda S.A.W putus asa dan mengambil jalan mudah dengan menyalahkan Abu Lahab atau Abu Jahal sebagai halangan untuk Baginda S.A.W menyebarkan Islam sekiranya ditanya Allah S.W.T? Ada tak??

Untuk pengetahuan kita semua, Baginda S.A.W tidak pernah putus asa dalam menyebarkan syiar Islam. Pelbagai rintangan yang Baginda S.A.W hadapi dalam usaha mengembangkan Islam. Sirah Nabi S.A.W ini juga diajar ketika di sekolah lagi kan.

Pok Nik baru sekali hadapi rintangan dalam usaha untuk menjalankan hukum hudud, terus kecewa dan akan jawab dengan Allah itu salah Tun Dr Mahathir. Pok Nik takutkan Tun M dari takutkan Allah S.W.T, ulama' apa macam ni. Kita semua pun tahu Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya.

Daripada dulu lagi kita dah kata, PAS tidak pernah serius untuk jalankan hudud. Hudud hanya dieksploitasi oleh mereka untuk keuntungan politik.

Sekiranya PAS benar-benar serius untuk laksanakan hudud sila bawa usul ke Parlimen agar Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan undang-undang jenayah dipinda bagi membolehkan kuasa diturunkan kepada negeri-negeri.

Pada masa sekarang kuasa yang melibatkan undang-undang jenayah terletak di bawah Kerajaan Persekutuan. Belum ada mana-mana negeri yang mempunyai kuasa tersebut di negara ini. Negeri-negeri hanya ada kuasa melibatkan syariah. Manakala hudud pula ada melibatkan jenayah seperti mencuri, merompak, bunuh dan jenayah-jenayah lain.

Setakat DUN Kelantan yang meluluskan hudud ianya tidak membawa apa-apa makna selagi Perlembagaan Persekutuan tidak dipinda untuk memberi kuasa kepada negeri menjalankan sendiri undang-undang jenayah.

Cara yang betul adalah selepas diluluskan oleh DUN Kelantan , Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dari PAS perlu mengemukakan usul kepada Parlimen agar Perlembagaan Persekutuan dipinda. Pernahkah korang semua dengar atau lihat ahli-ahli Dewan Rakyat dan Negara dari PAS bawa usul berkenaan dalam Parlimen ?

Apa yang PAS Kelantan lakukan dulu adalah mereka serahkan draf yang telah diluluskan oleh DUN Kelantan kepada Tun Dr Mahathir. Sudah tentulah jawabnya tak boleh dan kena tolak. Bukannya Tun Dr Mahathir yang ada kuasa mutlak untuk meluluskannya. Ianya kuasa ahli-ahli Dewan Rakyat dan Negara kerana melibatkan Perlembagaan Persekutuan.

Jika ianya tidak melibatkan kuasa ahli-ahli dewan, sudah tentulah hudud yang digubal oleh PAS di peringkat negeri Kelantan tidak perlu diluluskan di DUN Kelantan. Di peringkat negeri pun Nik Aziz tak boleh pakai kuasa dia seorang diri nak luluskan hudud sehingga terpaksa bawa ke dalam DUN, begitulah juga diperingkat persekutuan, bukannya kuasa PM seorang diri.

Sebab itu kita kata PAS tidak serius untuk laksanakan hudud. Cara yang dia buat pun dah tak betul kerana dia mahu perkara itu ditolak dan akhirnya dapatlah dijadikan modal politik mereka.

Sekarang jika PAS benar-benar serius untuk laksanakan hudud sila minta ahli-ahli parlimen mereka bawa usul untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan undang-undang jenayah supaya kuasa tersebut diberikan kepada Kerajaan Kelantan.

PAS ada lebih 20 orang ahli mereka dalam Dewan Rakyat termasuklah presiden dan dua orang naib presiden mereka yang boleh bawa usul berkenaan. Jangan asyik memalu tong kosong di luar sini, masuk dalam dewan dan buktikan keseriusan untuk laksanakan hudud.

Percayalah, jika Nabi S.A.W punya fikiran seperti Nik Aziz tu, nescaya Islam tidak akan berkembang ke seluruh pelusuk nusantara seperti hari ini dan tentunya sehingga hari ini Nik Aziz masih lagi beragama Hindu. Fikir-fikirkanlah....


GR kata: Islam perlu pelihara kerana di situlah kejayaan dunia dan akhirat.

FOTO: MANDAT RAKYAT ADALAH UNTUK KESEJAHTERAAN NEGARA!!



GR kata: Pemimpin yang baik adalah untuk rakyat.


Friday, December 28, 2012

TAHNIAH!! APEX SAH JADI SUAMI ORANG!!


Dengan sekali lafaz, penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat, 23, atau Apek sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar, 21.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Imam Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib di kediaman keluarga Leuniey di Pasir Pekan, di sini, kira-kira pukul 10 pagi Jumaat.

Apek yang mengenakan persalinan baju Melayu berona putih krim itu berkata, dia bersyukur apabila segala perancangan majlis mereka berjalan dengan lancar dan menganggap perkahwinan itu sebagai tanda berakhirnya kontroversi yang membabitkannya dengan Leuniey.

"Alhamdulillah syukur apabila majlis ini berjalan dengan lancar.

"Perkahwinan ini juga menandakan pelbagai isu kontroversi yang membabitkan saya dan Leuniey sudah tamat, " katanya kepada mStar Online selepas majlis pernikahan berlangsung.

Tambah Apek, sebelum ini, pergerakan dia dan Leuniey untuk bertemu agak terbatas lebih-lebih lagi ketika kontroversi panas membabitkan Leuniey kononnya telah menjadi orang ketiga dalam hubungan cinta Apek yang terdahulu.

Oleh kerana itu, kami hanya dating di rumah sahaja dan rumah keluarga kami merupakan tempat rahsia kami untuk bertemu," ujarnya.

Leuniey telah menerima wang hantaran yang juga dijadikan sebagai mas kahwin sebanyak RM19,000 berserta tujuh dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pengantin lelaki. Sebelum majlis pernikahan itu, rombongan pihak lelaki tiba dengan diiringi sepasukan polis trafik sepanjang perjalanan mereka ke kediaman keluarga Leuniey.

Sementara itu, Apek memberitahu, dia dan isterinya itu belum merancang untuk berbulan madu dalam masa terdekat ini, namun masih lagi menganggap perkara itu amat penting sebagai permulaan baru melalui alam berumah tangga.

Rombongan pihak lelaki yang hadir pada majlis tersebut ialah ibu bapa Apek iaitu Che Mat Hussein 58, dan Bidah Ibrahim, 57, serta lima adik-beradiknya. Turut hadir ibu bapa Leuniey iaitu Nazri Adnan, 44, dan Norlaila Abu Bakar,45, serta empat adik-beradiknya yang lain. Majlis pernikahan itu turut dihadiri Timbalan Mufti negeri Kelantan, Datuk Nik Abd Kadir.


GR kata: Semoga Apex dan Leuniey berkekalan hingga akhir hayat

WAJIB BACA: RAKYAT DAN NEGARA BAKAL BERPERANG PRU 13 NANTI, ANGKARA DAP!!


Secara amnya, rakyat Malaysia cukup kenal siapa DAP, PKR dan PAS. Namun, jika kita merasakan yang kita sudah cukup mengenali DAP melalui deskripsi di atas maka, ia agak kurang tepat.

DAP sudah begitu sinonim dengan sikap rasis, chauvinis, kiasu dan memusuhi Islam-Melayu. DAP juga tidak pernah berselindung mengenai agenda mereka untuk menghapuskan Institusi Raja-raja Melayu di mana secara terbuka menolak sebarang darjah kebesaran dari Institusi tersebut. Tindakan itu kita ambil sebagai simbol penolakan total terhadap Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Ini kerana, terdapat satu perkara lagi mengenai DAP yang mana ramai di kalangan masyarakat Malaysia, khasnya orang-orang Melayu masih belum arif atau sedar iaitu mengenai agenda Kristianisasinya.

Yang lebih arif mengenai agenda Kristianisasi DAP ini adalah dari kalangan kaum Cina. Kita lihat bagaimana ceramah-ceramah DAP di hadapan kaum Cina sering meletakkan garis pemisah jelas antara 'orang Melayu-Islam' dan 'orang bukan Melayu dan bukan Islam' dan kemudian menyeru agar 'bukan Melayu dan bukan Islam' agar bersatu-padu, secara tersiratnya, untuk menentang 'Melayu-Islam' (UMNO).

Banyak pendedahan telah pun dibuat, antaranya mesyuarat tertutup DAP yang jelas menyebut agenda menjadikan Malaysia negara Kristian, serta program-program politik yang dihadiri paderi-paderi atau pastor dari serata negeri. Kes-kes murtad yang terdedah juga membuktikan agenda ini benar wujud apabila pemimpin-pemimpin DAP pantas membela pihak gereja dan cuba menutup taktik kotor mereka, sehingga akhirnya berjaya memastikan PAS menyingkirkan Dato’ Dr. Hasan Ali.

DAP menyangkal pendedahan ini tetapi lebih banyak mengambil sikap membisu agar perkara ini tidak menjadi besar. GR yakin sikap penakut DAP ini akan membuatkan agenda besar mereka ini masih dalam keadaan selamat. Apatah lagi dengan sikap PAS yang memilih untuk membela DAP dalam kebanyakan isu, termasuk isu murtad, maka DAP yakin mereka tidak perlu bimbangkan sebarang tindak-balas dari pihak Islam.

Benar, selagi Pakatan Haprak terus menjadi pembangkang, dan selagi PAS dan DAP memerlukan satu sama lain untuk menawan Putrajaya, maka agenda kristianisasi DAP mungkin boleh terus-terusan diremehkan oleh PAS dan ditutup oleh DAP dari pandangan ramai.

Walaubagaimanapun, selagi ‘pusat penyebarannya’ iaitu Subang Jaya, Selangor masih berada di bawah kekuasaan Pakatan, yakni DAP, dan selagi sumber kewangan mereka terus bertambah dan semakin kukuh, maka selagi itulah ia akan berkembang di negara ini di mana tidak mustahil akan mencetuskan persengketaan antara agama dan kaum suatu hari nanti.

Atau lebih buruk dan malang bagi Malaysia sekiranya Pakatan Haptak ditakdirkan menang dalam PRU-13. Memandangkan Pakatan mengambil prinsip “menang dahulu fikir kemudian” maka kita boleh menjangkakan kekecohan di dalam parlimen yang berlanjutan dan tiada kesudahan. DAP pastinya konsisten serta tegas ingin membentuk negara sekular manakala PAS pula berdegil ingin menyerapkan Islamisasi di dalam perlembagaan sekular tersebut yang mana pasti dibantah oleh DAP.

Negara akan berada dalam keadaan terumbang-ambing arah tuju selama beberapa lama menyebabkan pelabur menjadi ‘cuak’, dan akhirnya menyebabkan ketidakstabilan ekonomi.

Seterusnya, kita menjangkakan pemimpin PAS mengalah kepada DAP bagi memastikan kedudukan jawatan dan kewangan mereka selamat. Sifat mengalah PAS kemudiannya membangkitkan kemarahan penyokong-penyokong mereka serta semua rakyat yang beragama Islam termasuk yang menyokong UMNO kerana tidak sanggup negara ini menjadi negara sekular.


Hanya dalam masa tidak sampai setahun dari pengambilalihan kuasa, iaitu pada tahun 2014, demonstrasi mula menjadi sesuatu yang rutin dan bertambah buruk seiring dengan kejatuhan ekonomi negara.

Apa yang dijangka berlaku jika Pakatan memerintah ini adalah tidak jauh berbeza dengan keadaan yang membawa kepada keganasan Reformasi di Malaysia. Ini telah pun terjadi di negara-negara jiran kita yang menimbulkan kemarahan rakyat mereka kerana kelemahan pemimpin itu sendiri. Kelemahan dari segi ekomoninya, pembangunananya, pembelaan terhadap rakyatnya dan bermacam lagi yang boleh membuatkan kemarahan rakyat itu sendiri. Akhirnya, apa yang bermula sebagai krisis ekonomi bertukar menjadi penghapusan etnik dan seterusnya ‘perang Islam-Kristian’.

Jika ini berlaku di Malaysia di mana DAP secara dasarnya berdiri atas perjuangan Kristianisasi, maka tidak mustahil apa yang bakal tercetus ialah satu lagi ‘Perang Salib’. Betulkan...kerana mereka tidak mempunyai sebarang matlamat, yang hanya satu untuk merampas Putrajaya.

GR yakin dikalangan puak Pakatan Haprak yang akan mempersoalkan artikel ini sebagai satu imaginasi atau usaha terdesak menakut-nakutkan rakyat dari mengundi mereka. Namun, dengan rekod sedia ada dan pendedahan yang dibuat untuk mencari kebenaran, persoalan mengenai ‘cuba menakut-nakutkan’ tidak harus timbul sama sekali, pembaca sememangnya wajar merasa takut.

Rakyat harus kekalkan kestabilan negara dan kemakmuran yang kita kecami sekarang, tidak perlu mengubahnya harus perelokkan pada yang lebih baik.


GR kata: PAS betul berjuang demi Islam? UMNO itu benar kafir? Fikir-fikirkanlah....

GEMPAR: VIDEO PANAS OSTAJAH @abby_abadi112 TERSEBAR!!







GR kata: Kalau semuanya haram...yang cakap main sedap mulut entah betul ke tak, fitnah sana sini tu tak haram ker Ostajah Abby oi. Padan muka kena sebijik dengan Ustaz Azhar Idrus!! Kih kih kih....

Artikel pelbagai