Wednesday, December 26, 2012

HOT: ANGKARA AMANAT KAFIRKAN SESAMA ISLAM, HADI AWANG HILANG ENTAH KE MANA!!

Ketika pelbagai pihak termasuk beberapa orang bekas ahli Pas mendesak agar Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya yang mengkafirkan UMNO pada tahun 1981, Presiden Pas itu masih lagi membisu.

Setelah hampir dua minggu, Abdul Hadi masih tidak memberikan sebarang reaksi tentang isu itu dan menurut sumber, ketika ini Presiden Pas itu berada di luar negara atas urusan tertentu dan tidak diketahui bila akan pulang ke tanah air.

"Tok Guru Haji Hadi kini berada di luar negara, kalau tak silap di rantau Afrika dan saya tak pasti bila beliau akan balik ke Malaysia, mungkin lama lagi baru balik," kata sumber itu ketika dihubungi di sini hari ini.

Ditanya mengenai Amanat Haji Hadi yang kewujudannya telah mencetuskan konflik serta persengketaan berpanjangan di kalangan umat Islam khususnya antara pengikut Pas dan ahli UMNO, sumber itu menyifatkannya ia 'isu lama'.

Sumber itu menyatakan demikian sebaik diminta mengulas pelbagai reaksi daripada bekas ahli Pas yang membongkar ketaksuban kepada Amanat Haji Hadi itu sehingga membawa kepada perpecahan dalam kalangan umat Islam khususnya antara ahli Pas dan UMNO.

Selain itu, pelbagai pihak turut tampil mendesak agar Presiden Pas itu menarik balik amanatnya itu demi kekuatan ummah dan perpaduan orang Melayu.

Bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail mendedahkan mengenai puluhan ribu ahli dan pengikut Pas dikesan masih berpegang teguh kepada Amanat Haji Hadi yang sehingga kini menganggap orang UMNO kafir.

Malah, Zainon yang juga dikenali sebagai C.N. Al-Afghani menegaskan, beliau tidak akan mendiamkan diri dalam membongkar kepincangan politik Pas biarpun diugut kehilangan kawan.

Sebaliknya, beliau yang menghasilkan buku Kafirkah Aku? berikrar akan terus berjuang memastikan Abdul Hadi menarik balik Amanat Haji Hadi pada 1981 yang memberi gambaran bahawa UMNO kafir.

Zainon seterusnya berharap agar Abdul Hadi sedar mengenai kesan perpecahan akibat amanat itu cukup besar antaranya berlaku Peristiwa Memali, solat dua imam dan bercerai-berai.

GR kata: Parti Ajaran Sesat

Tuesday, December 25, 2012

FOTO: POK NIK MESTI BENGANG BILA TENGOK STATEMENT USTAZ NIE!!


Kata-kata seorang Ustaz yang lebih arif tentang ilmu agama memberikan pendapat yang bernas kerana sayangkan agama, bangsa dan negara dari tergadai. Rakyat Malaysia seharusnya berfikir dengan baik, apakah mahu nasib rakyat di Malaysia khususnya bangsa Melayu menjadi seperti di Singapura??

Mereka yang tidak berfikir panjang saja yang terpedaya dengan omong kosong dari puak Pakatan Haprak nie. Mereka jugalah yang tidak mencari fakta-fakta yang benar terus terpedaya dengan arus pembohongan Pakatan Haprak seperti apa yang telah terjadi di Singapura.

Pembaca yang budiman, lihatlah sendiri perkara-perkara yang timbul selama ini. Apakah Islam itu akan terbela jika Pakatan Haprak memerintah negara ini? Apakah tidak akan timbul isu perkauman jika Pakatan Haprak memerintah negara ini? Tepuk dada tanyalah hati.....


GR kata: DAP pun nak jadi Ostad jugakkan...itu pasal PAS tak berani nak bersuara!!

WAHH...SEKSINYA ARTIS NIE! 'LURAH DENDAM' KER TUE??


Wahhhh...bukan main lagi pelakon popular Nabila Huda nie yer. Bila posenya di dalam bilik persalinanya sebelum meneruskan sesi set filem terbarunya.

Ini bukanlah pose yang candid, tapi untuk koleksi fesyen Alia Bastamam, Evening Cruise 2012/2013. Memang sesuai sangat dengan penampilan Nabila, apabila konsep seksi memang menjadi pilihan trend masa kini berbanding menutup aurat.


Apa pun yang dilakukan oleh Nabila Huda sudah pasti beliau sendiri mengetahuinya. Setiap batas manusia yang diajar oleh Islam kita semua ketahui. GR doakan semoga anak Amy Search ini akan terus cemerlang dalam apa jua bidang yang beliau ceburi. Rezeki yang datang bergolek adalah anugerah dari Allah S.W.T yang harus kita syukuri.


GR kata: Suka tengok Julia...lakonan mantap gitu. Hi hi hi

ANGKARA HADI AWANG, REZEKI ALLAH SWT PUN DIKATANYA HARAM!!


Ketaksuban kepada Amanat Haji Hadi menyebabkan sebahagian ahli Pas mengelak daripada mengambil lauk daging sewaktu menghadiri kenduri ahli dan penyokong UMNO kerana percaya sembelihan mereka tidak sah dan haram dimakan.

Perkara itu didedahkan bekas ahli Pas dari Kampung Bukit Payong Hulu Besut, Mat Ali Mat Resat, 62, yang turut menjelaskan, mereka juga seboleh-bolehnya cuba mengelak menghadiri kenduri dan menziarahi jenazah ahli dan penyokong UMNO dan jika terpaksa melakukannya hanya kerana mahu mengambil hati.

"Pendek kata kalau orang lain hadir ke satu-satu majlis kenduri mereka akan menikmati juadah yang disediakan dengan berselera, tetapi bagi kami hanya makan sambal cili dan acar timun. Kemudian balik makan di rumah atau di kedai," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mat Ali menyingkap pengalaman silamnya sewaktu mengulas pendedahan bekas penyokong tegar Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali C.N. Al-Afghani masih ramai yang berpegang kuat dengan Amanat Haji Hadi sehingga kini.

Bagaimanapun kata Mat Ali, apa yang pelik ialah apabila berada di luar kampung atau dalam perjalanan, soal siapa yang menyembelih dan siapa yang menyediakan hidangan atau juadah dan di masjid mana perlu singgah tidak timbul lagi.

Katanya, jika terpaksa ke masjid berdekatan, ramai ahli dan penyokong Pas hanya hadir solat Jumaat apabila giliran imam daripada orang Pas sendiri, tetapi akan memulaukannya apabila giliran imam dalam kalangan penyokong UMNO.

"Inilah perkara yang pelik tetapi menyesatkan yang berlaku kerana kami percaya dan berpegang teguh kepada Amanat Haji Hadi yang sampai sekarang masih menjadi ikutan ramai ahli dan penyokong tegar Pas,'' ujarnya.

Malah, Mat Ali yang percaya dengan pendedahan Zainon itu berkata, kesediaannya untuk ditemu ramah Utusan Malaysia juga akan memarakkan kebencian pengikut Pas terhadapnya. Katanya, setelah lebih 30 tahun berada dalam Pas akhirnya dia mengambil keputusan keluar dan menyertai UMNO pada 2004 apabila melihat Pas semakin terpesong setelah bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

"Kalau sebelum ini UMNO dianggap kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC, tetapi nampaknya tidak demikian apabila Pas bekerjasama dengan kedua-dua parti yang diterajui oleh ramai kalangan bukan Islam.

"Pas nampaknya masih sanggup bekerjasama walaupun dihina oleh DAP yang jelas menolak hukum hudud dan negara Islam, tetapi perkara ini masih tidak disedari oleh ahli dan penyokong yang seolah-olah seperti patung sahaja," jelasnya.


GR kata: Allah S.W.T berikan pada seluruh hambanya sama rata...yg halal tetap halal, yang haram tetap haram.

Monday, December 24, 2012

Salah Ker Ucapkan Perayaan Pada Kawan-Kawan Yang Sambut Krismas??

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007 telah membincangkan Hukum Orang Islam Mengucapkan Tahniah Dan Ucapan Selamat Bersempena Perayaan Agama Bukan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.
    
2. Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.
    
3. Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

GR kata: Selamat menyambut Krismas pada rakyat Malaysia yang menyambutnya. Ucapan yang diberikan jangan diselangi dengan perbuatan keagamaan tersebut kerana itu dilarang dalam Islam.

Artikel pelbagai