Thursday, December 6, 2012
SIRI PEMBONGKARAN: MISI ANWAR JAHANAMKAN NEGARA!!
Kesilapan Mahathir yang paling besar ialah perlantikan Anwar sebagai Menteri Kewangan untuk menggantikan Tun Daim Zainuddin. Ini kementerian penting yang perlu dipimpin oleh seorang yang benar-benar berpengalaman di bidang ekonomi dan kewangan ataupun perdagangan.
Tentulah tidak wajar seorang yang berkelulusan B.A dalam bidang kebudayaan Melayu yang tidak pernah terlibat dalam dunia korporat dan tidak mempunyai pengalaman langsung di bidang ekonomi menjadi menteri kewangan.
Tapi Mahathir terlalu sayangkan Anwar di waktu itu hingga tidak nampak langsung kelemahan dan kecacatan Anwar. Dia juga pernah menjadi seorang yang taksub terhadap Anwar pada suatu ketika dahulu. Anwar menggunakan kesempatan sebagai Menteri Kewangan untuk meluaskan sokongan para pemimpin bahagian dan juga kalangan korporat terhadapnya melalui pemberian pink forms, saham-saham Bumiputera sebanyak 30% kepada kroni-kroninya dan menggunakan kuasa dan pengaruhnya untuk mendapatkan berbagai kemudahan dan projek-projek besar untuk orang-orangnya.
Boleh dikatakan Anwar menjadi lebih perkasa dalam politik dan juga dipandang lebih mulia dan hebat setelah dia menjadi Menteri Kewangan. Boleh dikatakan politik wang yang diheboh-hebohkan dalam persidangan UMNO beberapa tahun yang lalu adalah berpunca dari kroni-kroni Anwar yang menabur berjuta-juta ringgit untuk membeli undi dan kedudukan dari para perwakilan sekalian. Banyak para perwakilan UMNO tahu hal ini dan juga para pemerhati politik sekalian.
Skandal kewangan yang paling besar ialah kerugian Bank Negara sebanyak lebih dari RM10 bilion akibat pembabi dalam forex (tukaran wang asing). Dikatakan hanya seorang pegawai tinggi yang berpengalaman diberi kuasa untuk membeli dan menjual forex. Dikatakan juga pegawai tersebut kononnya mendabik dada bahawa dia juga seorang pakar dalam bidang perbankan Islam. Anwar dikatakan sangat tertarik dengan ilmu perbankan Islam dari pegawai tersebut.
Oleh sebab Anwar kurang arif tentang forex, tidak seperti Tun Daim dan Tengku Razaleigh yang pernah menjadi Menteri Kewangan sebelum Anwar, maka dia tidak meneliti secara serius pembabitan Bank Negara dalam mainan forex tersebut yang dianggap terlalu tinggi dan membahayakan kepentingan negara. Dia hanya menerima nasihat dari Bank Negara dan tidak bertindak tegas sebagai Menteri Kewangan untuk menilai semula pembabitan wang rakyat dan negara yang terlalu banyak untuk bisnes forex. Pada mulanya dikatakan cuma “rugi atas kertas” tetapi sebaliknya memang benar negara kita kerugian lebih dari RM10 bilion akibat ketiadaan pengawasan yang teliti Menteri Kewangan.
Kesilapan besar terletak pada Anwar sebagai Menteri Kewangan. Di negara lain seperti Jepun dan Korea Selatan skandal kewangan tersebut dianggap sebagai kesalahan Menteri Kewangan. Dia mesti meletak jawatan tanpa disuruh berbuat demikian. Tapi Anwar tidak sanggup meletak jawatan, yang terpaksa meletak jawatan akibat skandal tersebut ialah bekas Gavernor Bank Negara, Tan Sri Jaafar Hussein (allahyarham) dan pegawai yang kononnya dianggap pakar perbankan Islam dan forex. Kini dikatakan pakar forex tersebut diambil semula berkhidmat dengan Bank Negara.
Oleh sebab dia tidak menguasai bidang ekonomi dengan baik, tanpa latar belakang dunia korporat atau pun mempunyai asas yang kukuh di bidang ekonomi maka dia terpaksa mendengar nasihat dari pihak Bank Negara dan juga pegawai-pegawai tertentu di kementeriannya dan bertindak mengikut nasihat para pegawai sahaja. Sebaik-baiknya seorang Menteri Kewangan mestilah tahu dengan agak mendalam persoalan dan masalah kewangan, mempunyai pengetahuan ekonomi yang memuaskan supaya dia dapat mengemukakan idea-idea yang kreatif dan dinamik untuk dijadikan pedoman dalam perancangan kewangan negara.
Malangnya Anwar bukan Daim atau pun Tengku Razaleigh yang luas pengalaman di bidang ekonomi dan kewangan yang memungkinkan mereka merancang dengan berkesan kewangan dan ekonomi negara.
Memetik buku tulisan Yahaya Ismail bertajuk “62 Dalil Mengapa Reformasi Anwar Gagal”, Penerbitan Usaha Teguh Sdn Bhd, Petaling Jaya, 1999. Kegagalan Anwar ini merupakan juga salah satu kegagalan agenda yang dibuat oleh barat untuk melumpuhkan sistem kewangan Malaysia pada masa itu dan membolehkan IMF menapak untuk meguasai ekonomi didalam negara ini.
Serangan mata wang yang berlaku di Malaysia adalah serangan terancang dibuat oleh Yahudi diketuai oleh Soros untuk menumbangkan kerajaan Malaysia dalam ekonomi di mana akan disarankan untuk mendapat bantuan IMF dan Bank Dunia. Sejarah Indonesia sepatutnya menjadi pengajaran buat kita sebagai rakyat Malaysia dalam hal ini.
GR kata: Negara jahanam, rakyat merana jika Pakatan perintah. Hancuss!!!
Wednesday, December 5, 2012
NEGARA HANCUR JIKA PEMBANGKANG MEMERINTAH! RAKYAT PERLU BIJAK!
Tokoh pemimpin negara Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat, negara akan mengalami kehancuran dan kecelaruan jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, hal ini kerana kerajaan yang akan dibentuk oleh pembangkang merupakan kerajaan campuran daripada tiga parti yang tidak mempunyai matlamat dan hala tuju sama.
Beliau menarik perhatian keinginan Pas untuk menjadikan Malaysia negara Islam ditentang oleh DAP manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertindak sebagai orang tengah hanya mensasarkan kemenangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Keadaan ini memang bahaya, kadang-kadang apabila kita berada dalam keadaan selamat, kita tidak fikir akan jadi tidak selamat, kita selamat sebab memilih pemerintah yang prihatin.
"Ini terpulang kepada rakyat, namun ada yang mengundi mengikut emosi dan taksub walaupun pemimpin jelas menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan Islam.
"Apabila rakyat tidak menggunakan pemikiran dan mengundi semata-mata kerana perasaan, besar kemungkinan negara kita akan hancur. Sebab itu kita lihat banyak negara tidak dapat laksanakan cara-cara demokrasi kerana ketaksuban kepada pemimpin, bukan untuk membangunkan negara," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama Pembinaan Negara Bangsa pada Seminar Ketahanan Nasional 3 - Mengekalkan Kedaulatan Negara di Puteri Resort, Ayer Keroh di sini hari ini.
Seminar tiga hari bermula semalam itu dianjurkan oleh Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia.
Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.
Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, rakyat kini mula sedar bahawa pada pilihan raya lalu, mereka membuat pilihan berdasarkan rasa marah kepada sesuatu.
"Faktor ini telah pun mereka ketepikan, kita patut rapatkan kembali barisan supaya dapat dirikan sebuah kerajaan yang kuat iaitu mendapat kemenangan dua pertiga," katanya.
Sementara itu dalam ucaptamanya, Dr. Mahathir berkata, Malaysia tidak perlu mengikut konsep Negara Bangsa seperti kebanyakan negara lain kerana terikat dengan masalah kaum yang tidak mahu mengetepikan identiti asal mereka.
Kata beliau, Malaysia lebih liberal dan bertimbang rasa kerana membenarkan kaum lain mengamalkan agama, budaya dan bahasa ibunda masing-masing.
GR kata: 1Malaysia Tolak Fitnah
PANAS: DEEPAK KANTOI! AGENDA JAHAT ANWAR FITNAH PM @NajibRazak TERBONGKAR!
"Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua" peribahasa ini cukup jelas apa saja yang Anwar buat untuk memburukkan pemimpin dan kerajaan terutama YAB Perdana Menteri tak der hasil. GR yakin Allah S.W.T sentiasa memelihara hambanya yang taat dan memikul tanggungjawab dengan amanah apatah lagi amanah yang sangat berat iaitu menjadi pemimpin negara.
Kalau kita lihat sejak dari dulu lagi ada saja isu-isu yang direka cipta oleh puak pembangkang ni untuk menjatuhkan kerajaan. Mereka juga cuba menghasut pemikiran rakyat dengan menanamkan sentiment buruk supaya rakyat membenci kepimpinan Kerajaan sekarang terutama sekali Perdana Menteri yang kita sayangi.
Isu-isu BODOH yang mereka cipta itu akhirnya kena pada batang hidung mereka sendiri. Contoh Scorpene kononnya Malaysia tak layak untuk ada kapal selam. Rasuah dan macam-macam lagi tapi akhirnya kerajaan Perancis beritahu TIADA SEBARANG PENDAKWAAN dibuat ke atas Kerajaan Malaysia terhadap isu ini.
Semakin hari Anwar sudah hilang taringnya. Populariti beliau jatuh teruk, ini kerana rakyat sudah pandai menilai yang mana kaca dan yang mana permata. Terbaru, Anwar cuba untuk menghidupkan pemikiran buruk rakyat terhadap kerajaan. Entah dari mana datang pula hero tamil yang kononnya akan menamatkan riwayat YAB Perdana Menteri. Tapi GR tengok macam Anwar yang akan tamat riwayat kesan degilnya. Macam mana tu Bang Non??
Lihat perbezaan 2 video di bawah untuk pembaca yang budiman menilai sendiri skrip yang Anwar telah aturkan :
GR kata: Kesian tengok manusia yang educated DIPERBODOHKAN macam kambing jer dengan Anwar hanya semata-mata kerana duit. BENGONG!!
HEBAT OSTAJAH CELOP PAS NIE! MUKA CANTIK TAPI MULUT MACAM....
Ini masalahnya kalau orang kata artis dah tak laku. Macam-macam perkara beliau sanggup buat untuk menaikkan popularitinya walaupun dari segi zahirnya perwatakan beliau yang baik hakikat sebenarnya tidak mengambarkan diri beliau sendiri.
Inilah yang diajar dalam PAS. Dalam mazhab mana Islam mengajar seseorang yang ingin berubah ke arah kebaikan tapi sebaliknya busuk dari pandangan mata masyarakat. GR nak tanyalah pada Ostajah Abby ni FITNAH ITU LEBIH KEJI DARI MEMBUNUH, BETUL TAK?? Tolong jawab....
Apa yang ingin GR beritahu di sini, Ostajah ini dah meroyan tahap gaban. Menyebarkan fitnah yang belum tahu kesasihannya. Janganlah jadi macam Pok Nik main hentam keromo, dosa pahala jatuh pada tangga ke-2. Lihat di bawah :
GR bukan ingin menyebelahi mana-mana pihak tapi sebagai seorang manusia yang matang kita tidak boleh menetapkan sesuatu perkara tersebut betul atau tidak tanpa ada sebarang bukti. Dengar desas desus itu bukan jatuh Fitnah ker?? Tak takut dosa ker wahai Ostajah Abby...pakai tudung tu dan niat untuk berubah buat lah yang terbaik. Bukan buat kerana nak tunjuk-tunjuk dan nak nama saja. Buat malu la weiiii....
GR kata: Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China....
Tuesday, December 4, 2012
FOTO: ANWAR DAN KAWAN-KAWANNYA ADA MISI JAHANAMKAN NEGARA!!
GR kata: Kalau semuanya tak adil, habis siapa yang adil? Pemikiran macam budak tak der otak la puak Pakatan ni...








