Monday, September 24, 2012

KENYATAAN INI YANG BUAT NURUL IZZAH CABUT LARI..!!


KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah menyatakan hasratnya untuk bertanding kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum ke-13, kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).
  
Ketua Umno Lembah Pantai itu berkata beliau telahpun memaklumkan perkara tersebut kepada Perdana Menteri.
  
"Saya telah banyak kali memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini, sekiranya saya dicalonkan dalam pilihan raya ke-13 kelak, saya mahu bertanding di Lembah Pantai walaupun ia dikatakan sukar untuk dimenangi, berbanding Putrajaya dan Labuan," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Pencegahan Jenayah anjuran Persatuan Alumni kaum India Universiti Malaya (PANI-UM) dengan kerjasama Persatuan Kemajuan dan Kebajikan Masyarakat Lembah Pantai di Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam di sini, hari ini.
  
Kerusi Lembah Pantai disandang Nurul Izzah Anwar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan mengalahkan Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada pilihan raya umum 2008.

Ditanya mengapa beliau memilih bertanding di Lembah Pantai, Raja Nong Chik berkata beliau menetap di kawasan itu, lebih 25 tahun dan berkhidmat kepada masyarakat setempat dalam apa jua keadaan.
  
"Saya mempunyai banyak pengalaman dalam menyelesaikan pelbagai masalah dan isu-isu berkaitan masyarakat setempat dan bukannya seperti beberapa anggota politik lain yang hanya aktif ketika musim pilihan raya sahaja.
  
"Sudah tiba masanya untuk saya berkhidmat sebagai wakil rakyat dan benar-benar membuat kerja untuk warga Lembah Pantai. Bagaimanapun, saya akur sekiranya pucuk pimpinan memilih calon lain untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai," katanya.
  
Mengenai Program Pencegahan Jenayah anjuran PANI-UM itu, beliau mahu penduduk setempat dan persatuan penduduk bekerjasama dengan pihak polis dalam menangani kejadian jenayah, di sekitar Lembah Pantai.
  
Katanya penduduk perlu berperanan mencegah jenayah dan mengamalkan langkah keselamatan bagi mengelak diri menjadi mangsa serta melaporkan sebarang aktiviti jenayah, termasuk penagihan dadah atau mencuri kenderaan. - Bernama


GR kata: Orang lain jadi MP orang lain buat kerja, senangkan MP pakatan pembangkang nie!!

PERINGATAN TUN M YANG RAKYAT HARUS TAHU!!



GR kata: Tukar kerajaan bukan macam tukar lampin baby. Usah percaya Janji Manis pakatan pembangkang yang hanya mahu hancurkan negara....

#PRKampus: #proMenipu KECUT TENGOK CALON PENGGERAK MAHASISWA UM!


Mahasiswa Universiti Malaya korang seharusnya berfikir dan menilai calon-calon yang akan memimpin korang pada pilihanraya kampus kali ini.

Apa yang GR pasti calon-calon dari pro-Menipu sudah pasti tidak layak kerana mereka bukan membawa suara mahasiswa tetapi hanya membawa suara dari pakatan pembangkang.





GR kata: Pemimpin yang baik akan membawa suara mahasiswa dan membela nasib dan kebajikan mahasiswa.

Sunday, September 23, 2012

PENDUDUK KG BAGAN SG BURONG BERSYUKUR DAN GEMBIRA, KENAPA??


Kegembiraan yang tak terhingga hanya mampu dilafazkan oleh penduduk Kampung Bagan Sg Burong, Bagan Datoh. Ini adalah kerana masalah yang mereka alami selama ini dipandang serius oleh pihak Kerajaan.

Rata-rata penduduk di kawasan Kg Bagan Sg Burong ini adalah dari kalangan nelayan. Punca pendapatan mereka adalah dari hasil laut dan kawasan sekitarnya. Masalah yang mereka alami selama ini adalah hakisan ombak di jeti kampung dan juga kawasan berdekatannya. Hakisan ombak ini boleh mendatangkan bahaya pada masyarakat di kawasan Kg. Bagan Sg Burong tersebut.


Di atas keprihatinan YAB Perdana Menteri DS Najib Tun Razak, kerajaan telah pun memberikan bantuan sebanyak RM 20,000 kepada penduduk Kg. Bagan Sg Burong tersebut pada hari Jumaat yang lepas. Bantuan diberikan ini adalah untuk membeli tayar terpakai digunakan sebagai pencegahan hakisan ombak di kawasan kampung tersebut.


Penyerahan cek bantuan telah disampaikan oleh ahli parlimen Bagan Datoh, YB DS Ahmad Zahid Hamidi kepada Ketua Kampung Bagan Sg. Burong. Mereka berasa sangat gembira dan berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan kerajaan yang sentiasa memandang masalah rakyat serta menunaikan janji yang diberikan pada mereka.

Inilah yang dikatakan Janji Ditepati dan Rakyat Didahulukan. Segala apa yang pihak kerajaan berikan hanyalah untuk kepentingan dan keselesaan untuk rakyat. Rakyatlah yang perlu bijak menilai mana yang baik dan mana yang buruk kerana ini semua adalah masa depan kita semua.


GR kata: Semua lapisan masyarakat dibantu....

Seorang Pakwe Bangga Dengan Aweknya Sendiri!!


PETALING JAYA – Pelakon Sharnaaz Ahmad memuji penyanyi Shila Amzah dan menganggap dia layak diangkat sebagai juara pertandingan Asian Wave 2012 yang berlangsung di Shanghai, China pada malam Khamis lalu. Sharnaaz, 27, berkata, kejayaan tersebut adalah ganjaran Tuhan atas kerja keras Shila selepas 12 tahun bergelar artis serta kesungguhannya membuat persiapan termasuk mempelajari bahasa Mandarin sebelum menyertai pertandingan itu.

“Dia (Shila) memang berhak diangkat sebagai juara pertandingan itu. Saya berbangga kerana usaha dan kerja kerasnya selama ini terbayar dengan kemenangan itu.

“Mungkin ini adalah ganjaran daripada Tuhan untuk dia yang sering dikutuk dan dipertikaikan itu dan ini oleh segelintir pihak di laman Twitter sebelum ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Jumaat.

Sharnaaz berkata, dia yang menerima berita itu daripada panggilan telefon ibu Shila, Fauziah Sarman pada malam Khamis, berharap kejayaan itu akan menjadi motivasi untuk kekasihnya lebih fokus pada bidang nyanyian selepas ini.

“Saya sudah tidak sabar untuk menanti dia pulang ke Malaysia pada 26 September ini. Apa yang saya harapkan kejayaan ini akan membuatkan Shila lebih fokus dan berjaya dalam nyanyian.

“Keberanian dia menyanyi di depan penonton asing dan kesungguhannya sejak dulu lagi begitu membanggakan saya secara peribadi,” katanya.

Mengenai persembahan Shila dalam pertandingan itu yang dimuat naikkan di laman YouTube, Sharnaaz berkata, dia menggemari nyanyian gadis berusia 22 tahun itu ketika menyampaikan lagu Grenade nyanyian asal Bruno Mars.

“Saya kagum dengan persembahan Shila mendendangkan lagu Bruno Mars bertajuk Grenade. Kesungguhannya di atas pentas ketika menyampaikan lagu itu layak dipuji,” katanya.

Pada peringkat akhir Asian Wave 2012 itu, Shila berentap dengan 12 penyanyi termasuklah finalis dari China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan India. Shila yang juga anak kepada penyanyi dan pelakon 80-an, ND Lala berjaya memukau juri dan penonton dengan kekuatan vokalnya mendendangkan lagu Gemilang nyanyian asal Jaclyn Victor, Grenade dan sebuah lagu Mandarin berjudul Zheng Fu (Na Ying).

Pada peringkat awal pertandingan yang berlangsung dari 31 Ogos hingga 6 September lalu, Shila mempersembahkan lagu popular Adele, Set Fire to the Rain dan lagu Mandarin Forever Love (Wang Lee Hom) di samping 30 peserta lain. – MStar


GR kata: Tahniah Shila, harumkan nama negara.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Artikel pelbagai