Monday, August 27, 2012

RAKYAT JADI MANGSA #JanjiDitaburi ANWAR DAN SEKUTUNYA SEJAK 2008 LAGI! @Zahid_Hamidi


Inilah yang dikatakan parti yang kononnya terbentuk dari suara seluruh rakyat Malaysia. Tapi yang menjadi mangsa rakyat Malaysia itu sendiri. Apakah mereka ini layak digelar pemerintah untuk mentadbir negara ini?? Pelbagai janji yang diberikan pada sejak dulu lagi dan pada PRU 12 kenapa masih tidak ditunaikan??

Pembaca lihat gambar di atas, itu adalah salah satu #JanjiDitaburi oleh Pakatan Haprak pada rakyat di Selangor. Kenapa sehingga sekarang masih tidak ditunaikan? Air percuma untuk rakyat Selangor, kenapa tidak ditunaikan malah masalah air di Selangor menjadi di tahap yang kritikal. Mereka ini masih boleh dengan selamba mengatakan masalah yang terjadi ini adalah semua salah UMNO. Inikah yang dijadikan contoh pada rakyat...kata mereka la!!

Jika ingin disenaraikan segala #JanjiDitaburi oleh Pakatan Haprak ini dari kesemua negeri yang mereka tadbir sekarang ini terlalu banyak. Yang menjadi mangsa adalah rakyat itu sendiri kerana merekalah yang memberi mandat kepada sesebuah parti politik itu untuk mentadbir tapi yang mereka dapat apa?? Janji-janji manis yang diharapkan TIDAK DITUNAIKAN.

Pembaca yang budiman kaji dan fikirkanlah sendiri inikah parti yang membela rakyat. Senang lenang melibatkan rakyat Malaysia yang kononnya menyokong mereka sepenuhnya dan membenci Kerajaan yang mentadbir sekarang. Ini baru #JanjiDitaburi yang diberikan....macam mana pula dengan berapa kerap mereka turun padang bertemu rakyat, mendengar sendiri masalah rakyat dan menyelesaikan masalah rakyat. Fikir-fikirkanlah yang terbaik demi masa depan negara dan anak cucu cicit kita....

Baca kenyataan di bawah :


JOHOR BAHARU – Parti pembangkang hanya melaksanakan kira-kira 15 peratus daripada manifestonya pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 berbanding Barisan Nasional (BN) yang telah menunaikan sebahagian besar manifesto parti itu hingga hari ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hasil kajian tersebut sekaligus membuktikan bahawa BN merupakan sebuah kerajaan yang berupaya menunaikan janji kepada rakyat manakala parti pembangkang pula adalah sebuah parti yang gagal melunaskan kebanyakan janji mereka.

“Parti pembangkang gagal melaksanakan 85 peratus daripada manifesto pilihan rayanya sejak 2008 dan ini menunjukkan mereka hanya pandai berjanji.

“Ini membuktikan kerajaan BN menepati janji dengan melaksanakan perkara yang terkandung dalam manifesto pilihan rayanya,” katanya pada majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pulai di sini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, kejayaan kerajaan BN menunaikan janji yang dibuat itu membuktikan kebenaran slogan yang digunakan oleh BN iaitu “Janji Ditepati’.

Justeru, katanya, beliau berharap rakyat Malaysia tidak digula-gulakan dengan pelbagai janji-janji manis yang dibuat oleh parti pembangkang menjelang PRU Ke-13. - Bernama


GR kata: Kalau omong kosong...puak pembangkang ini memang cukup terer!!

VIDEO PANAS: LOKASI SUSPEK BAKAR AWEK KANTOI SUDAH!



Selepas 10 hari diburu, seorang remaja lelaki yang disyaki membakar teman wanitanya, Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, sehingga menyebabkan mangsa koma akhirnya ditahan di Setapak Jaya, di sini awal kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek, Mohd. Amir Mohd. Anuar (gambar), 18, ditahan bersama seorang wanita di sebuah rumah di situ. Katanya, kedua-duanya ditahan reman sehingga 28 Ogos ini untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, menurut sumber, turut ditahan enam orang termasuk empat wanita yang berusia 16 hingga 46 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

“Polis turut ditunjukkan lokasi tempat kejadian dan menemui topi keledar, cebisan pakaian dan rambut mangsa,” katanya.

Dalam kejadian 13 Ogos lalu, suspek telah menyimbah petrol ke tubuh gadis remaja itu sebelum bertindak membakar mangsa di kawasan semak ketika mereka keluar bersahur bersama kira-kira pukul 3.15 pagi.

Akibatnya, mangsa dilaporkan terbakar 25 peratus di muka, dada dan tangan dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur. - Sumber

Sunday, August 26, 2012

BANGANG! ABANG ADIK KANTOI BEROMEN DI HOTEL!


 PETALING JAYA – Lakonan drama sepasang kekasih berusia 26 dan 28 tahun yang menyamar sebagai adik-beradik bagi mengelak dicekup berkhalwat terbongkar apabila wanita itu ketakutan selepas digertak mengenai balasan orang yang berzina ketika di akhirat.

Mereka ditahan selepas didapati berdua-duaan di sebuah hotel bajet di Taman Medan dalam operasi cegah maksiat Ahli Jawatankuasa dan Pemuda Masjid Nurul Ehsan dengan kerjasama polis awal pagi semalam.

Pasangan itu mengambil kesempatan mengaku sebagai adik-beradik selepas pemeriksaan pada MyKad mendapati kedua-duanya mempunyai nama bapa yang sama namun berbeza alamat tempat tinggalnya.

Pihak masjid yakin sesuatu yang tidak kena berikutan pasangan itu memberi alasan tidur di situ kerana berpindah rumah, malah ketika pintu bilik dibuka si perempuan masih berselimut di atas katil dan hanya memakai pakaian dalam selain mengakui sering melakukan hubungan seks di situ.

Dalam serbuan di hotel yang sama juga, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang ditahan bersama kekasihnya merayu meminta dilepaskan atas alasan ibunya mengenali imam yang terlibat dalam operasi. - SH


GR kata: Macam ni punya orang pun ada ka??

ANTARA #JanjiDitepati DAN #JanjiDitaburi, RAKYAT FIKIR YANG TERBAIK - @NajibRazak


PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad meminta rakyat supaya tidak membuat 'perubahan' yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada mereka. Bukan semua perubahan membawa kepada sesuatu yang baik, kata Najib sambil mengingatkan supaya rakyat tidak menukarkan sesuatu yang mereka boleh bergantung harapan daripada memberi kepada pihak lain yang ternyata belum terbukti rekod perkhidmatannya.

"Kita mestilah berpegang kepada sesuatu yang kita tahu, InsyaAllah kita (kerajaan BN) akan membawa kepada keadaan yang lebih baik pada masa akan datang," kata Najib ketika berucap pada majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dihoskan beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar dekat sini, Ahad.

Najib mengingatkan rakyat supaya jangan mudah termakan janji manis pembangkang yang ternyata gagal mentadbir empat buah negeri yang dimenangi selepas pilihan raya umum 2008. Katanya tidak semua perubahan yang dijanjikan akan memberi kebaikan kepada rakyat namun kerajaan pimpinan BN sejak era Tunku Abdul Rahman telah membawa pelbagai perubahan yang kini dinikmati oleh rakyat.

"Kita tak boleh tukar kerajaan sebab (semata-mata) sudah sampai masa kita (perlu) buat perubahan, tapi (sebaliknya) kita (BN) bukan nak bawa perubahan tapi nak sesuatu yang lebih baik.

"Tidak semestinya (semua) perubahan itu membawa kepada kebaikan ada juga membawa kepada sesuatu yang tidak dijangka malah lebih buruk dari apa yang kita kecapi hari ini," katanya.

Kerajaan BN sekarang meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin-pemimpin sebelum ini dalam usaha menambah nilai dan membina perubahan yang lebih baik untuk mencapai Wawasan 2020. Beliau berkata negara maju pun jika tidak ditadbir dengan baik dan gagal membina kekayaan baru ia juga akan runtuh dan menyebabkan ekonomi negara mereka gawat seperti yang berlaku di beberapa negara Eropah yang mengalami masalah pengangguran dan kemelesetan ekonomi.

"Hakikatnya kita tak boleh terima bantuan demi bantuan tanpa memikirkan macam mana nak mencipta dan menjana kekayaan, negara yang bagi bantuan tanpa jana pndapatan baru, ekonomi negara akan menghadapi masalah," katanya.

Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah adalah di antara lebih 70,000 tetamu menghadiri majlis rumah terbuka Perdana Menteri itu. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan barisan kepimpinan negeri. - BERNAMA


GR kata: Rakyat bersatu bersama ke arah pembangunan negara maju....

Published with Blogger-droid v2.0.6

DONG ZONG MELAMPAU, NAK BOLOT SEMUANYA PULAK!!


Setiap kali menjelang PRU di negara ini, pelbagai tuntutan dikemukakan kepada kerajaan oleh kaum minoriti melalui parti politik dan NGO mereka, termasuk yg paling lantang, Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong).

Sebagai contoh, Dong Zong menuntut hak mendirikan sekolah menengah dan kolej menggunakan bahasa ibunda mereka atau independent high school setelah gagal dalam tuntutan untuk mendirikan sebuah universiti menggunakan bahasa pengantar Mandarin beberapa tahun lalu.

Kegagalan tuntutan mereka menubuhkan sebuah universiti sedemikian adalah disebabkan ciri institusi berkenaan bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan, seperti yang diputuskan oleh mahkamah. Namun, sebuah independent high school telah dibenarkan didirikan di Kuantan, Pahang baru-baru ini setelah MCA juga menyokong tuntutan Dong Zong dengan alasan sekolah Cina sedemikian telah wujud di Kuala Lumpur.

Dalam Pilihan Raya DUN Sarawak, kaum minoriti menuntut beberapa kemudahan daripada Kerajaan Negeri Sarawak dan sebahagian tuntutan mereka dipenuhi sebelum pilihan raya berkenaan. Namun mereka memberikan undi mereka kepada DAP, bukan kepada parti-parti politik yg menyertai kerajaan Sarawak.
  • Kaum-kaum minoriti mengemukakan pelbagai tuntutan kepada kerajaan dalam konteks transformasi. Antaranya, kaum India pernah mengemukakan tuntutan berikut:
  • Ditambahkan kouta pengambilan para pelajar India di IPTA.
  • Ditambah kuota biasiswa JPA kepada para pelajar India untuk belajar di Malaysia dan di luar Malaysia.
  • Ditambah kouta kakitangan India dalam perkhidmatan awam di Malaysia.
  • Dibantu dan diberikan peruntukan untuk para peniaga kecil dan sederhana India berniaga di bandar2 di Malaysia.

Berdasarkan sistem demokrasi, jelasnya, setiap rakyat Malaysia berhak mendapat haknya sama ada dia berada dalam kalangan kaum minoriti atau kaum majoriti dan hak tersebut telah ditulis dalam Perlembagaan yg dipersetujui oleh pemimpin Melayu, Cina dan India pada zaman sebelum kemerdekaan dan zaman awal kemerdekaan.

Apa yang mereka setujui dirakamkan dalam Perlembagaan. Mereka layak mendapat hak yang dituliskan dalam perlembagaan itu seperti hak beragama, hak pendidikan agama masing-masing dan hak mendapat pekerjaan pilihan mereka berdasarkan kelulusan dan kehendak mereka. Bagaimanapun, kini kaum minoriti sudah mula mahu menuntut dan mendapatkan hak-hak yang ditulis dalam Perlembagaan Malaysia sebagai hak kaum majoriti.

Mereka perlu sedar dan terima hak-hak yang ditulis dalam Perlembagaan sebagai contoh Askar Melayu Diraja adalah hak kaum Melayu kecuali ia dibubarkan dan nama itu tidak lagi digunakan walaupun ia termaktub dalam Perlembagaan. Tanah Rizab Melayu untuk kaum Melayu, bukan untuk kaum Cina dan India. Kalau semua hak kaum Melayu dituntut oleh kaum India dan Cina dan pemimpin Melayu setuju dengan tuntutan sedemikian, maka apa yang tertulis dalam Perlembagaan hanyalah satu sejarah silam di mana Kerajaan Melayu Melaka jatuh dan hilang selepas ditawan Portugis.

Para pemimpin Malaysia berbangsa Melayu, Cina dan India perlu memahami hak masing-masing seperti yang ditulis dalam Perlembagaan bagi menjamin rakyat kaum majoriti tidak terhapus atau terkurang oleh tuntutan kaum minoriti dalam membina negara Malaysia yang maju, aman dan makmur.

Tindakan Dong Zong mempolitikkan isu pendidikan Cina demi kepentingan diri mereka dan pembangkang sepatutnya DIHENTIKAN serta-merta kerana ia umpama duri dalam daging dalam usaha perpaduan nasional. Rakyat Malaysia dan kerajaan sepatutnya tidak mengendahkan tuntutan melampau mereka kerana ia bertentangan dengan kontrak sosial yang dipersetujui semua kaum sebelum kemerdekaan.

Dong Zong cuba melahirkan suasana atau persepsi seolah-olah pendidikan kaum Cina dianaktirikan oleh kerajaan sedia ada. Mereka mahu pihak lain melihat bahawa perkara asas seperti pendidikan pun disekat oleh kerajaan yang didominasi orang Melayu. Kelakuan sebegini perlu ditangani tegas oleh semua pihak bukan sahaja kerajaan agar integrasi kaum di negara ini bertambah subur. Rakyat Malaysia harus mengutuk pihak yang mempergunakan isu pendidikan dalam membantu pembangkang mendapat undi pada pilihan raya akan datang. Fikir-fikirkanlah.....


GR kata: Dong Zong pun kena gebang dengan Anwar, tunggu jelah bila depa dah sedar nanti.

Artikel pelbagai