Wednesday, July 25, 2012

VIDEO HANGAT: KAHWIN MUDA UMUR 16, 14 TAHUN, BIAQ BETUL?



Sekarang ini, video satu majlis perkahwinan pasangan muda yang hanya dikenali sebagai Syafiq, 16, dan Yana, 14, tersebar meluas di ruang internet terutamanya di laman You Tube.

Pasangan muda itu telah mengadakan majlis persandingan mereka pada awal bulan lalu, 8 Julai dengan meriah sekali. Lumrah apabila majlis perkahwinan dilakukan, sememangnya menjadi meriah dengan kehadiran para tetamu yang mengenali pasangan pengantin dan keluarga mereka sendiri.

Video perkahwinan mereka memang mencetuskan fenomena kepada semua orang. Video itu baru sahaja dimuat naik ke laman You Tube pada 11 Julai lepas tetapi sudah pun menerima kunjungan sebanyak 192,285 dari penonton.

Ramai yang melontarkan pandangan atau komen mereka terhadap perkahwinan muda antara Syafiq dan Yana. Ada yang memuji kerana mereka sudah pun memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri di usia yang masih lagi terlalu muda memandangkan mereka masing-masing masih lagi bersekolah.

Ada yang mengatakan tindakan mereka mebina rumah tangga di usia yang masih awal itu dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat. Namun, ada juga beberapa orang yang memberikan pandangan negatif berhubung perkahwinan antara Syafiq dan Yana.

Mereka menimbulkan persoalan seperti, layakkah Syafiq yang baru sahaja berusia 16 tahun untuk menjadi suami? Mampukah dia untuk memberi nafkah dari segi zahir seperti wang perbelanjaan, permintaan Yana? Apakah mereka mampu untuk menjadi ibu dan bapa di usia muda?

Itu antara komen-komen yang diberikan kepada pasangan kahwin muda itu. Apa-apa pun, mereka sudah pun selamat bernikah dan melayari alam rumah tangga mereka. Tidak usahlah kalau nak dibangkitkan isu layak atau tidak keinginan mereka untuk mendirikan rumah tangga.

Di dalam Islam sendiri, Islam sememangnya menggalakkan penganutnya untuk mendirikan rumah tangga di usia muda.

“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.

Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan berkahwina muda dapat mengelakkan diri dari di goda dengan segala macam godaan syaitan yang memungkinkan diri kita melakukan maksiat.

Sekali lagi, semua keputusan sama ada kita ingin berkahwin di usia muda atau tua, itu semua terpulang kepada diri sendiri. Tak perlu melakukan sesuatu mengikut cakap seseorang, tetapi, fikirlah untuk kebaikan diri sendiri.

Mengapa berkahwin muda?

Manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan.

Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya.

Jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram.

“Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui.” Yaasin: 36. - mynewshub

Lihat video di bawah :




GR kata: Kahwin muda?? Ape pendapat korang?

Tuesday, July 24, 2012

PANAS: ASYIK KANTOI JER KETUA PEMUDA PAS NIE! @razlanrafii @Tantawi100


Apa kes dengan Ketua Pemuda PAS, si Nasrudin Hassan ni? Dalam debat "PRU 13 Orang Muda Pilih Siapa" itu pun masih nak menipu ker? Bukankah debat diadakan untuk mencari jalan penyelesaian sesuatu isu yang dibincangkan. Tapi kenapa si @Tantawi100 ni boleh bagi fakta yang tak betul mengenai Hudud, sedangkan Karpal Singh tidak pernah pun menyokong jika PAS mahu laksanakan Hudud jika Pakatan Haprak menang PRU 13 nanti.

Pembaca baca kenyataan akhbar oleh Ketua Pemuda Seputeh, Sdr Razlan Rafii mengenai PEMBOHONGAN besar yang dilakukan oleh Ketua Pemuda PAS ini semata-mata ingin mendapat sokongan rakyat. Baca juga kenyataan Karpal Singh di bawah :
Perbahasan pada hari Khamis, bertajuk "PRU13: Orang Muda Pilih Siapa", telah dianjurkan oleh akhbar tabloid, Sinar Harian.

Petikan kata-kata Nasrudin dari perdebatan dibaca sebagai berikut: "Saya ingin bertanya kepada rakan saya Fathul Bari kini saya mengenai Karpal Singh ... dia (Fathul) berkata Karpal Singh berkata," ... mayat saya "apabila idea untuk melaksanakan hudud datang kira-kira 10 tahun yang lalu ... Walau bagaimanapun, seperti Fathul berkata, ia adalah 10 tahun yang lalu.

Kini, selepas konvensyen Pakatan Rakyat baru-baru ini di Pulau Pinang, Karpal berkata selepas dia telah berkawan dengan Pas, isu hudud akan dibincangkan lagi. ini bermakna bahawa terdapat beberapa jenis persefahaman (antara Pas dan DAP) tentang undang-undang.. seterusnya

Karpal Singh pernah menyatakan jika PAS mahu laksanakan Hudud di Malaysia 'Langkah Mayat Saya Dahulu', bila Ust Fathul Bari memberikan kenyataan sahih ini Ketua Pemuda PAS terus membidas kononya UFB seorang yang tidak up to date dari segi fakta. Kenyataan Karpal Singh 10 tahun yang lepas tak boleh dikira pakai. Tapi lain pulak Karpal Singh cakap, mana satu yang betul ek? Adoiii...lawak la puak PAS ni..Haha haha haha

Lihat video di bawah :



Amacam Ketua Pemuda PAS? Dalam masa yang sama bukan menyampaikan dakwah tapi menyampaikan PENIPUAN demi penipuan kepada rakyat Malaysia. Itu baru betulkan. Pada pembaca yang budiman, fikir-fikirkanlah yer apa yang baik dan buruk tentang perjuangan PAS yang sebenar. Bukan Islam yang menjadi keutamaan mereka tapi kegilaan politik yang membuatkan mereka gila kuasa...


GR kata: Siapa lagi yang pertahankan Islam kalau bukan umat Islam itu sendiri. Renung-renungkan....

PANAS: ARTIS POPULAR BANGGA SAMBUT PUASA DALAM CLUB?

Gambar hiasan

Dan, kita ada gossip pertama untuk bulan Ramadhan yang mulia ini. Ini akibatnya kalau diri terlalu bangga dengan perbuatan konon urban & menjaja cerita sana sini.

Dunia hiburan Malaysia bukan besar mana, kalau diri sendiri membuka cerita kepada teman teman rapat, lambat laun akan sampai juga ke pengetahuan kami yang dahagakan gossip.

Khabarnya, malam Jumaat yang lalu ketika ramai bersedia untuk berpuasa esok hari’nya, aktress popular bertubuh genit ini tidak segan silu hadir ke sebuah kelab hiburan.

Hadir bersama teman lelaki yang sehingga kini masih di’nafikan kewujudan’nya, aktress popular ini seakan tidak peduli dengan mata yang memandang akan kehadiran mereka di’situ.

Hanya pulang sekitar jam 3.00 pagi, selebriti ini bukan sekadar ‘bersahur’ di kelab berkenaan tetapi bangga menjaja kisah beliau yang ‘menyambut’ Ramadhan di’sana.

Sumber kami yang mendengar sendiri cerita dari selebriti ini kata’nya naik meluat dengan perangai bangga diri tidak bertempat selebriti ini dan meminta kami menegur apa patut. Siapalah diri kami untuk menegur ‘kan?

Masing masing sudah memasuki umur yang mampu berfikir sendiri akan buruk baik sesuatu tindakan. Cuma, kalau belum terlambat ingin kami nasihatkan jangan sambut Aidilfitri di kelab, tidak manis. - RotiKaya


GR kata: Siapakah gerangan artis tersebut? Jeng jeng jeng....Macam artis baru nak 'up' jer?

Monday, July 23, 2012

#KrisisAirSelangor: SIAPA SEBENARNYA YANG BERKUASA??

Sepanjang tempoh beberapa minggu ini, kerajaan Selangor di bawah pimpinan Khalid Ibrahim memberikan bayangan bahawa masalah air di Selangor adalah disebabkan oleh SYABAS, catuan air disebabkan oleh SYABAS, pendek kata SYABAS salah, kerajaan Selangor tak salah. Boleh macam tu pulak yer?? Kalau pentadbiran negeri bermasalah nak salahkan siapa? Rakyat ker?? Senang betul jawapan pakatan Haprak ni kan....

Tapi hari ini cerita sudah tukar jadi lain, macam cerita wayang gambar pun ada gak....Kerajaan Selangor secara tiba-tiba jadi begitu berkuasa dalam masalah air ini, bukan SYABAS lagi dah. Terlalu berkuasa kerajaan Selangor itu sehingga ke tahap boleh mengarahkan SYABAS buat itu, jangan buat ini dan apa segala yang lain. Siapa yang menguruskan pentadbiran air sebenarnya nie??

GR difahamkan sekarang nie SYABAS dilarang keluar notis catuan air yang dah dikeluarkan sebelum ini, hanya kerajaan Selangor saja yang boleh. Kenapa boleh jadi macam tu? Pihak mana yang sebenarnya yang kawal tentang masalah air ni??

Soalan GR senang saja, mana perginya ‘kuasa’ kerajaan Selangor, dah hilang ker? Kalau dikira banyak statement Khalid Ibrahim sepanjang perkembangan beberapa minggu ini, kelihatannya kerajaan negeri macam ‘hopeless’, tidak terdaya berbuat apa sebab semuanya berkenaan air ini diuruskan oleh SYABAS.

Kita tengok apa dah jadi sekarang? Semua orang tahu bahawa Kerajaan Selangor memegang 30% saham dalam SYABAS, menjadikannya pemegang saham terbesar, tapi tak nampak macam pemegang saham terbesar pun, sehinggalah hari ini. Jadi pemegang saham yang hanya nak kaut UNTUNG ker??

GR ingin nyatakan di sini, sebelum ini Khalid Ibrahim kata SYABAS gagal, sebenarnya itu adalah kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Haprak ini yang gagal. Khalid kata SYABAS sabotaj, sebenarnya Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Haprak yang sabotaj. Akhir sekali, bila Khalid Ibrahim kata SYABAS gagal, kerajaan Pakatan Haprak inilah sebenarnya yang gagal!! Sebabnya mudah, SYABAS adalah dimiliki antaranya oleh Kerajaan Selangor sendiri!!

Kesian GR lihat, begitu mudah puak-puak Pakatan Haprak ini diperdayakan. Mereka percaya bulat-bulat cakap Khalid Ibrahim yang kerajaan negeri tak salah, SYABAS yang salah. Tapi sekarang kita tahu kerajaan Selangor sebenarnya yang SALAH.

Hakikatnya, SYABAS hanya satu dari beberapa komponen berkaitan air di Selangor. Masih ada ABBAS, Puncak Niaga dan SPLASH, disamping SYABAS...setiap satunya ada fungsi masing-masing. Agak-agak orang Selangor dan puak-puak Pakatan Haprak percaya terus ker dengan apa yang disampaikan oleh Khalid Ibrahim atau sebaliknya...

Agak-agak rakyat Selangor dan puak-puak Pakatan Haprak tahu tak SYABAS takde kaitan dengan empangan penuh ke kering? Bidang kuasa SYABAS hanya pada air yang terawat, bukan air yang belum dirawat, dalam empangan tu air belum dirawat? Jadi si bodoh mana yang tunjuk gambar empangan penuh dan kemudian menyalahkan SYABAS kerana air dicatu? Macam mana tu Khalid Gagap, boleh tolong jawab tak??
Sekali lagi Khalid Ibrahim berjaya menipu seluruh rakyat Selangor, si bebal puak Pakatan Haprak pun ternganga ditipu hidup-hidup...BANGANG!!!

GR rasa cukup setakat ini GR ulas pasal krisis air di Selangor ni. Ada lagi kisah dan tindakan penyelewengan yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor ini, akan GR ulas di artikel seterusnya. Cuma GR ingin tahu mana perginya 5 consultant yang dilantik oleh Kerajaan Selangor untuk membantu menguruskan air di Selangor? Mana perginya syarikat-syarikat ini?? Tak cukup ker dengan syarikat-syarikat di atas diberikan kerja tapi masih jadi masalah...yang jadi mangsa RAKYAT!! Fikir-fikirkanlah yer....


GR kata: Consultant yang bagi endorsement air Selangor sampai 2019 tu mana pergi, Dah lari ke? Takkan dah kaya hilang terus kot?? Teruk betul Pakatan Haprak ni sakau duit rakyat....

PANAS: GUAN ENG KENCING SAPA LAGI NIE??


Apa lagi yang tak kena dengan pentadbiran Ketua Menteri P.Pinang ni?? Bukankah apa yang dikatakan oleh semua pemimpin dan puak pakatan Haprak, pentadbiran mereka adalah yang terbaik di dunia. Semua janji-janji yang diberikan pada rakyat semuanya BERESSS. Betul ker?? Ada puak-puak tegar pakatan Haprak boleh sahkan perkara ni tak??

Terbaru, GR difahamkan janji-janji manis yang diberikan pada PRU-12 masih tidak DITUNAIKAN oleh pakatan Haprak pada rakyat Pulau Pinang. Golongan yang GR maksudkan ialah Ima-imam masjid di Pulau Pinang. Pada PRU-12 mereka ini diJANJIkan dengan elaun yang cukup menarik akan diberikan pada mereka. Tapi sehingga adakah mereka sudah menerima elaun tersebut atau tidak...kisah lanjut baca di bawah :

BUKIT MERTAJAM 21 Julai - Kerajaan DAP Pulau Pinang diminta menunaikan janji yang dibuat ketika kempen Pilihan Raya Umum 2008 iaitu untuk menaikkan elaun para imam masjid daerah daripada RM500 kepada RM1,000 sebulan.

Ketika membuat gesaan itu, Pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid Padang Lalang di sini, Abu Osman Sirun, 59, berkata, pada masa itu Lim Guan Eng yang kini Ketua Menteri telah berjanji menaikkan elaun iman masjid daerah kepada RM1,000 setiap seorang, jika pakatan pembangkang memerintah negeri ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, sampai sekarang janji untuk menaikkan kadar elaun berkenaan tidak ditunaikan.

“Saya mendengar keluhan daripada 12 iman masjid daerah yang masih tidak menikmati kenaikan elaun tersebut dan ini membuktikan Kerajaan DAP Pulau Pinang berbohong.

‘‘Janji yang mereka buat hanyalah sekadar janji manis sahaja untuk meraih undi," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di Permatang Rawa di sini hari ini.

Mengikut perkiraan, jika kerajaan DAP Pulau Pinang mahu membayar kenaikan yang dijanjikan, mereka perlu melunaskan tunggakan berjumlah RM318,000.

Abu Osman berkata, para imam terbabit telah mengemukakan rayuan mereka kepada Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Kassim dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, namun sehingga sekarang tidak mendapat jawapan.

Beliau mendesak pemimpin Islam terutama daripada PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mentadbir negeri ini bersama DAP supaya tidak berdiam diri dalam menyelesaikan masalah itu.
- Utusan


GR kata: Janji Pakatan ni macam makan gula-gulakan..bila ada salah macam biasalah alasan depa. Macam ni ker pemerintahan yang baik untuk rakyat??

Artikel pelbagai