Monday, July 23, 2012

PERGHHH...AL-FADHIL IMAM ANWAR IBRAHIM BAGI PERUTUSAN RAMADHAN!


Siapa kata perutusan video hanya boleh dilakukan oleh YAB Perdana Menteri saja? Al-Fadhil Imam Anwar Ibrahim juga bolehla. Inilah dia seorang manusia yang perasan dirinya terbaik antara yang terbaik yang ada di Malaysia, sanggup buat apa saja untuk meraih undi rakyat. Bila kita amati betul-betul perutusan, apakah Anwar benar-benar faham teks yang dibaca? Nampak macam gugup pun adakan?? Tak percaya tengok video di bawah :



Boleh percaya ker video ini Imam Anwar Ibrahim? Bukankah Imam Anwar sendiri beritahu video adalah besi dan tidak boleh dipercayai sumber yang kita dapati. So video di atas ni macam mana pulak Pak Anwar??

GR kesian tengok Pak Anwar ni, sebab apa panggil Pak Anwar sebab beliau TAK LAYAK digelar Al-Fadhil Imam Anwar Ibrahim seperti yang diagung-agungkan oleh puak-puak pakatan Haprak. GR juga kesian tengok Pak Anwar sebab bila lihat muka beliau dalam video ni tak ada nur (cahaya) langsung terpancar diwajah dia...betul tak?? Kenapa yer?? Dosa-dosa lepas dah bertaubat ker? Atau pun TAUbuat??

Apa pun pada pembaca yang budiman, lihat video ni ok tapi jangan TERPEDAYA dengan 'wayang' Pak Anwar Ibrahim ni...yang sanggup buat apa saja untuk mencapai kepentingan peribadi beliau.

Lihat juga DI SINI


GR kata: Dah macam Mohon Besar Raja-raja pulak GR tengok....encem tuueee!! Haha haha....

EDISI ILMIAH: HAYATILAH PENGERTIAN DAN GANJARAN RAMADHAN


Ganjaran Puasa Ramadhan

Hadith Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya: ”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah S.W.T berkata: "Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.” - Riwayat Bukhari & Muslim

Huraian Pengajaran Hadis:

i) Puasa merupakan perkara ‘dharuriah’ dalam agama di mana sesiapa yang mengingkari wajibnya puasa maka ia menjadi kufur, manakala sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur syarie, hendaklah ia dihukum.

ii) Puasa memaksa kita meninggalkan nafsu syahwat walaupun pada perkara yang telah dihalalkan untuk melakukannya (sebelum Ramadhan). Dengan itu puasa sebenarnya dikatakan sebagai pendidik untuk kita menjadi lebih tegas, berdisiplin dan sabar dalam berhadapan dengan sebarang godaan sepanjang Ramadhan berlangsung.

iii) Bulan Ramadhan dikenali juga sebagai bulan prestasi, di mana Allah memberikan kesempatan kepada orang-orang yang beriman untuk memperbaiki darjatnya di sisi Allah S.W.T bahkan di bulan ini semua aktiviti yang harus di sisi syarak dikira sebagai suatu ibadah kepada Allah S.W.T.

iv) Puasa yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata akan bernilai sepuluh kebajikan (atau lebih). Oleh itu orang yang puasa di bulan Ramadhan dan diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal dinilai sama dengan puasa sepanjang tahun. Hal demikian disebutkan dalam hadis Rasulullah S.A.W.

v) Ramadhan adalah bulan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti yang dilakukan oleh para salafus-soleh. Dengan itu kita hendaklah benar-benar berusaha agar tidak ada waktu berlalu tanpa amal soleh sepanjang Ramadhan ini kerana bulan Ramadhan adalah bulan permohonan, munajat, hidayah dan meraih petunjuk kebenaran daripada Allah S.W.T.


GR kata: Selamat menjalani ibadah Puasa pada seluruh umat Islam...

Sunday, July 22, 2012

HANGAT: MALAYSIA ADA BANDAR SEKS? DI MANA TUE??


Daerah Puchong di Selangor yang selama ini terkenal sebagai pusat pengeluar pelbagai barang industri kini bertukar imej sebagai bandar yang menyediakan khidmat urut dan seks secara berleluasa.

Tinjauan Kosmo di kawasan tersebut baru-baru ini menimbulkan kejutan apabila jumlah pusat urut dan seks bukannya seberkurangan sebaliknya bertambah kepada sekurang-kurangnya 40 buah.

Bagi sesiapa yang sekali-sekala berkunjung ke Puchong pada waktu malam pasti terkejut dengan gemerlapan lampu-lampu neon menerangi unit-unit kedai yang dijadikan pusat seks.


Dipendekkan kata, kewujudan pusat urut seks di sekitar bandar ini sejak empat tahun lalu menukar imejnya seakan-akan Hatyai di Thailand yang terkenal dengan tawaran khidmat seks.

Lebih memburukkan keadaan, bisnes haram itu bukan sahaja semakin berkembang malah menyaingi kepesatan aktiviti perniagaan komersial yang terdapat di situ. - Kosmo


GR kata: Pakatan Haprak maukan macam-macam ada di Selangor...inilah jadinye. Baguskan??

GEMPAR: VIDEO KONTROVERSI @fahmiapexs AKHIRNYA TERSEBAR?


Apa lagi yang tak kena dengan penjaga gol kebangsaan kita ni, dari masa ke semasa ada saja kontroversi melanda beliau. Rasa-rasa GR kisah yang dulu masih belum reda lagikan? Sekarang ni muncul pula kontroversi yang baru.

Pembaca ingin tahu lebih lanjut, lihat video di bawah :





GR kata: Jangan mare yer...Ini sambungan dari video part 1 sebelum ni. Hihi hihi

EDISI SENTAP: LAYAK KER NIK AZIZ DIGELAR ULAMA'!? MENGONG PUNYA PAS!


MARAH sungguh kepimpinan dan ahli-ahli PAS bila Nik Aziz dituding sebagai Bapak Kafir oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor malah mereka menganggap kenyataan tersebut adalah satu penghinaan kepada Nik Aziz yang mereka panggil dan dendangkan sebagai Tok Guru itu.

Bertempik menggila kalangan mereka termasuklah Dewan Ulamak PAS Kelantan yang turut mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menyegerakan fatwa khas berhubung tuduhan tersebut kononnya bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai kerana kenyataan tesebut menghina ulamak,itu kata mereka.

Ulamakkah Nik Aziz ini? Penanda aras mana yang digunakan untuk mengangkat Nik Aziz itu sebagai seorang ulamak hingga tidak boleh dihina, diusik dan disentuh langsung sedangkan selama ini perkataan kafir sudah jadi makanan harian serta pakain Nik Aziz yang akan mengkafirkan sesiapa sahaja yang menentang beliau ataupun yang tidak menyokong parti PAS.

Apakah Nik Aziz sahaja yang boleh menuduh orang lain kafir? Mustahak sangatkah Majlis Fatwa Kebangsaan untuk bersidang sedangkan Nik Aziz sendiri menghina serta mencerca majlis tersebut atau Nik Aziz mahu memperalatkan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk kepentingan politik PAS menjelang PUR13 nanti.

Nik Aziz sudak terlalu bodoh,tidak tahu membezakan manusia dengan syaitan, sudah buta mata hati untu menilai yang mana pemimpin bermoral dan tidak bermoral malah tindakan Nik Aziz yang menyokong gerakan-gerakan kafir yang menghina agama juga boleh disifatkan bahawa Nik aziz telah mengkafrikan dirinya sendiri.

Sudah berapa ramai orang yang dikafirkan oleh Nik Aziz malah berjuta ahli UMNO dikafirkan Nik Aziz kerana menyokong parti ini dan Nik Aziz juga turut celupar apabila mengeluarkan kenyataan sesiapa sahaja yang menyokong UMNO akan masuk neraka dan PAS menjanjikan syurga sedangkan semua orang tahu hanya Dajjal yang menjanjikan syurga ini.

Nik Aziz rasa sakit bila dituduh sebagai Bapak Kafir dan Dewan Ulamak PAS Kelantan rasa sakit bila Tok Guru mereka dilabelkan Bapak Kafir oleh Tan Sri Rahim Noor dan tahukah mereka ini bahawa berjuta lagi yang menanggung rasa yang sama bila Nik Aziz tanpa segan silu, tanpa rasa bersalah menuding orang lain sebagai kafir, iblis dan setan.

Tak reti beza Islam dan kafir..Yang menentang Islam dijulang,dipuja.. Sami Buddha ke?

Selama ini tidak ada orang yang berani secara terbuka menggelarkan Nik Aziz sebagai Bapak Kafir dan sebagai bekas Ketua Polis Negara yang mempunyai berbagai-bagai maklumat serta boleh akses beberapa perkara sulit, Tan Sri Rahim Noor dengan begitu berani serta yakin menobatkan Nik Aziz sebagai Bapak Kafir.

Nik Aziz dalam usia yang sedang menunggu mati ini yang mulutnya harus digunakan untuk membutirkan wirid serta zikir tetapi masih memilih untuk memaki hamun sesiapa sahaja yang tidak sealiran politik dengannya dan ludah beliau selama ini menimpa mukanya sendiri.

Dalam saat kubur kata mari,rumah kata pergi ini Nik Azik masih enggan bertaubat dan masih menyokong segala usaha perpecahan dalam masyarakat,menyokong perbalahan kaum dan paling malang sekali bila beliau terus mempertahankan tindakan kafir-kafir dalam pakatan pembangkang menghina agama,bangsa dan negara.

Baik Nik Aziz ataupun Dewan Ulamak PAS Kelantan.mereka tidak perlu merasa syugul kerana inilah pembalasan terhadap keceluparan dan kemajalan pimpinan Nik Aziz selama ini malah Rahim Noor dapat menghidu belang pembohongan dan penipuan agama yang Nik Aziz lakukan selama ini.

Mengheret dua tiga kerat anak-anak muda yang belum habis belajar Feqah dan Tauhid berdemontrasi di depan pejabat NST di Bangsar sekali lagi mencerminkan sikap tidak sekolah anak-anak muda yang buta mata hati dengan perjuangan PAS serta Nik Aziz ini.

Nik Aziz perlu muhasabah diri dan mencari sebab mengapa beliau digelarkan Bapak Kafir sedangkan pemimpin lain diberikan gelaran yang baik-baik seperti Bapa Kemerdekaan,Bapa Perpaduan dan sebagainya tetapi beliau digelarkan dengan gelaran sedemikan hina dan Nik Aziz masih bernasib baik kerana tidak ada lagi orang menggelarkan beliau sebagai dajjal akhir zaman.


GR kata: Jangan terlampau taksub kelak merana diri...Fikir-fikirkanlah!

Artikel pelbagai