Sunday, March 18, 2012
PANAS: @rafiziramli CURI NASI BAGI TETAMU MAKAN??
Pembaca lihatlah keratan akhbar di atas, GR mahu Rafizi Ramli menjawab kesahihan hal di atas. Pendapat GR ia mencalar imejnya selaku Pengarah Strategi PKR yang sedang sibuk mencari bukti perbelanjaan kos pertunangan anak gadis PM Najib yang menggunakan dana kerajaan. Ternyata kerja BODOH yang sedang dilakukan oleh Rafizi Ramli.
Alahai Rafizi, takkan pemimpin Pakatan Rakyat nak curi nasi bagi tetamu makan. Bikin malu lah. Apa hukumnya mengenai perkara di atas?? Ostad-ostad PAS tolong jawab...
GR sarankan Rafizi jawab perkara di atas dahulu, jangan sibuk nak fitnah YAB PM. Perbaiki dulu diri dan parti hangpa tu dulu. FITNAH ITU LEBIH BURUK DARI MEMBUNUH!!!
GR kata: Sia-sia jer jadi Pengarah Strategi PKR....
Saturday, March 17, 2012
PANAS: Anwar Sanggup Buang Islam Demi Tawan Putrajaya!!
Apakah Anwar ini ejen Yahudi?? Apakah dalam perjuangkan sebenarnya dengan 'berTUANkan' Yahudi hasrat untuk menawan Putrajaya Anwar akan berjaya??
Kita semua tahu dengan usaha Anwar selama ini menanamkan dalam minda masyarakat di Malaysia bahawa Barisan Nasional (BN) semua parti yang kolap. Yang buruk semuanya UMNO/BN walaupun perkara yang dilemparkan fitnah semata-mata. Rakyat sudah muak sama sekali dengan kelentong sana sini Anwar Ibrahim.
Sedarlah wahai pembaca sekalian, fikirkanlah secara matang. Wajarkah seorang muslim boleh menyokong apa yang dibuat oleh Israel (Yahudi). Sudah terang-terangan sejak zaman Nabi lagi, Yahudi ini musuh Islam yang jati. Kenapa perlu disokong apa yang mereka lakukan pada umat Islam?? Renung-renungkanlah....
Info dari blog K-MPM :
Masjidil Al-Aqsa akan dirobohkan oleh mereka semata-mata untuk membina semula Haikal Sulaiman III atau kuil Sulaiman. Sebenarnya di situ dipercayai tertanam begitu banyak kitab-kitab sihir kuno Mesir yang dikatakan mampu untuk menyeru Dewa atau Nabi yang terakhir mereka yang nanti-nantikan untuk menjadi Raja dan pemimpin mereka, tentu anda tahu siapa sudah pastilah Dajjal Al-Masih.
GR kata: Renung-renungkan supaya jangan kita menyesal suatu hari nanti....
Pelancaran Jentera UMNO WP @MuhyiddinYassin @RajaNongChik
Ayuhhhhh...kepada semua ahli-ahli UMNO W.Persekutuan dan orang ramai tidak kira yang tua dan orang muda yang masih lagi mempunyai rasa kasih dan sayang terhadap agama, bangsa, negara dan perjuangan untuk merampas kembali parlimen-parlimen di Kuala Lumpur ke tangan BN
Marilah sama-sama untuk hadir ke program Pelancaran Jentera UMNO Wilayah Persekutuan pada 18 Mac 2012 (ahad ini) di Stadium Titiwangsa bermula jam 8.00 pagi.
Jom ramai-ramai kita gegarkan Stadium Titiwangsa pada pagi Ahad ini dan kita dengar apa amanat yang ingin disampaikan oleh YAB TPM.
GR kata: BN Pilihan Orang Muda
Awat @fuziah99 TAKUT Sangat Berdebat Dengan @tilianker #LYNAS ??
Kenapa susah sangat YB Fuziah Thoron ni menyahut cabaran debat dari YB Dato' Ti Lian Ker?? Adakah beliau merasakan akan kalah teruk 'ditempeleng' oleh Dato' Ti Lian Ker mengenai isu LYNAS ini?? Pada pendapat GR, isu Lynas ini jika dia menyahut cabaran tersebut akan memakan dirinya sendiri. Betul tak YB Fuziah?? Hi hi hi
Pertelingkahan antara mereka berdua ini sudah tiada jalan penyelesaian. Dari twitter sehinggalah cuba untuk dibuat debat secara rasmi. Tapi pelbagai dolak-dalih yang dibuat oleh YB Fuziah ini. Sekejap nak buat live di Tv lepas tu tak jadi pula. Nak buat secara rakaman, lepas tu tak jadi lagi. Aduhai YB, janganla pusing-pusing cakap manyak pening wooooooo....
Blogger Keris7Lok cuba untuk merealisasikan debat antara mereka berdua dan cuba sedaya upaya debat antara mereka berjaya dijalankan mengenai isu LYNAS.
Lihat di bawah apa kata Keris7Lok :
Sejauh manakah isu LYNAS ini telah dipolitikkan? Apakah YB Fuziah Salleh seorang wakil rakyat yang berwibawa dan ikhlas untuk rakyat? Lihat video di atas dan jika YB Fuziah mahu membantah kata-kata tersebut. Sila hubungi Keris supaya kita boleh mengadakan debat berbentuk forum di Kuala Lumpur. Kena berani sahut cabaran kalau pandai membuat tuduhan!!!
GR kata: Kak G apa tunggu lagi?? Jangan sibuk pandai berdemo saja yer....
Labels:
LYNAS
Friday, March 16, 2012
TERKINI: Pekerja Shangri-La @rafiziramli RASUAH Dikenalpasti?? @NajibRazak
Nampaknya makin tak senang dudukla nampaknya Pengarah Strategi PKR ni. Umpan yang dibuat akhirnya makan diri sendiri. Mana mau lari bro...Fitnah itukan lebih teruk dari membunuh. Dikhabarkan pekerja Hotel Shangri-La yang bersubahat dengan Rafizi sedia untuk tampil bantu menerangkan perkara yang sebenar. Amacam En Rafizi???
Baca pendedahan di bawah:
Terkejut dan rasa gelisah beliau melihat beberapa artikel penulis sebelum ini yang mengaitkan penglibatan seorang wanita yang bekerja di Hotel Shangri-la dalam menyalurkan maklumat berbayar kepada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, semalam wanita terbabit sedia tampil berjumpa dan memberi maklumat siapa sebenarnya yang mengarahkan beliau berbuat demikian.
Sebelum ini penulis berjanji tidak teragak-agak akan menyiarkan nama,gambar dan sedikit butiran peribadi wanita terbabit jika Rafizi dapat mengemukakan dokumen yang sahih tentang penglibatan pembayaran kos perbelanjaan majlis pertunangan anak gadis Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak menggunakan wang kerajaan dan pembayaran itu dibuat melalui Pejabat Perdana Menteri (PMO) sendiri.
Wanita yang mendakwa dirinya sebagai pekerja tetap Hotel Shangri-La, rasa amat terkejut bila mana cerita berkenaan dirinya akan tersebar kerana dakwa beliau, pihak yang beliau subahat dalam menyalurkan maklumat tersebut berjanji tidak mendedahkan identitinya sebaik dokumen Banquet Event Order (BEO) diserahkan kepada pihak rafizi.
Atas rasa tanggungjawab dan kesilapan besar yang beliau lakukan kerana telah mencalarkan imej keluarga dan nama baik Perdana Menteri Malaysia, beliau sanggup berjumpa dengan penulis dan rakan blogger yang bersama penulis untuk mendedahkan nama siapa yang mengarahkan beliau mendedahkan maklumat pelanggan terbabit dan berapa jumlah wang yang diterimanya??.
Nampaknya rafizi, cerita ini sudah masuk ke fasa paling besar kerana penulis dan beberapa rakan blogger yang lain akan mendedahkan rancangan jahat kamu dan dalam masa yang sama biar rakyat melihat kamulah pembawa fitnah yang maha besar.
Baca juga di sini
GR kata: Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Tak gitu En Rafizi???
Subscribe to:
Posts (Atom)





