Thursday, March 15, 2012

PANAS: Saya Suka Burukkan Nama Malaysia?? @anwaribrahim


Semalam dikhabarkan Pak Anwar dikatakan akan memberi ucaptama di 20th Public Relations World Congress di Dubai.

Apa agaknya yang diucapkan oleh beliau pada Congress tersebut yer??


Pada pandangan GR, masyarakat di Malaysia sudah tahu apa yang diucapkan oleh Pak Anwar. Dengan apa yang dilihat sebelum ini tidak mustahil di Dubai juga beliau akan memburuk-burukkan nama baik Malaysia di mata dunia. Inikah sikap yang perlu ada pada seorang pemimpin?? Berangan nak jadi PM tapi fitnah sana sini nama baik Malaysia pada pemimpin dunia yang lain.

GR sharekan di sini kiriman emel yang diterima oleh rakan blog YY :
Apparently Anwar Ibrahim is giving the keynote address at 10.30am tomorrow (Wednesday 14th Mar) in Dubai.

We can already guess what he will say, right? He will spin a tragic story about Malaysia, like he always does. It’s the only thing he does.

Is this what will happen, while PM is delivering prosperity, democracy, and security for all Malaysians? While the government leader is working to build a nation, the opposition leader is talking to tear it down? While PM is walking the talk, the Oppo leader is talking the …

Can you imagine the things he will say??

“Malaysian government does not allow media freedom” (eventhough pro-opposition voices are everywhere online)

“Malaysian government cracks down on protests and public demonstrations” (who cares if the last few demos have been permitted by authorities)

“Najib is afraid of debating with me” (urm… because talk is cheap and action speaks louder than words?)

When will his spinning stop???     

We, the people, must stop him, by telling the world the truth.

    - Let the world see him for who he really is, a spinner, not a leader.

    - Show the world what wild tales he has spun and the reveal the TRUTH behind them.

    - Show the world what a real leader does, by showing what PM Najib has been working hard for, what Anwar is incapable of doing.

Spread the word!!

GR kata: Inikah manusia yang korang nak sangat jadikan dia sebagai seorang pemimpin negara?? Fikir-fikirkanlah sebelum terlambat....

TERKINI: Staff Shangri-La Dibayar @rafiziramli Dah KANTOI?? @NajibRazak

Hiasan ker??

Pada pendapat GR, pekerja Shangri-La Hotel yang bersekongkol dengan Rafizi Ramli perlu DIPECAT!!

Ini pandangan GR mengenai fitnah paling BANGANG oleh Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR ada memperolehi bukti berkaitan majlis pertunangan anak PM apabila beliau dikatakan ada mempunyai salinan invoice berkenaan bayaran majlis tersebut yang kononnya dibayar oleh Pejabat PM (PMO) menggunakan wang rakyat. Fitnah paling BODOH yang pernah GR lihat oleh puak-puak PKR ni. Belajar tinggi-tinggi tapi otak kat bontot!!!

Jika kita lihat cubaan kali ini yang dibuat oleh pakar pengarah strategi PKR untuk mengaibkan Perdana Menteri lebih kurang sama dengan cara yang digunakan terhadap DS Shahrizat Jalil mengenai NFC tapi ternyata GAGAL. Nampak gayanya makan diri sendiri.

Persoalannya sekarang, bagaimanakah Si Rafizi kononnya ada maklumat tersebut kalau beliau tidak membayar seseorang untuk mendapatkan salinan tersebut?? Salinan yang dikeluarkan sebelum ini ternyata tidak menunjukkan bayaran majlis pertunangan tersebut dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO). Lagi satu, wajarkah dalam sistem pentadbiran perniagaan terutama hotel boleh dengan sewenang-wenangnya membocorkan maklumat pelanggan kepada umum. Mohon pihak Shangri-La ambil tindakan sewajarnya kepada pekerja yang terbabit...

Terkini, rakan GR blog K-MPM telah mendapat maklumat dari sumber dalaman PKR bahawa Rafizi Ramli telah membayar puluhan ribu ringgit kepada salah seorang pekerja Shangri-La kononnya memberi beliau maklumat yang tepat mengenai majlis pertunangan anak PM tersebut. Tapi Rafizi GAGAL untuk kemukakan bukti invoice kononnya dibayar oleh PMO. Alahai Rafizi janganlah tunjuk lagi keBODOHan hangpa tu lagi....

Yang peliknya macam mana pekerja terbabit berkuasa menyimpan invoice tersebut tanpa pihak hotel ketahui dan berada ditangannya, GR tidak beragak-agak untuk mendedahkan siapa pekerja yang menyalurkan maklumat kepada Rafizi mulut longkang ni.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, jika kita sebagai seorang bapa dan mampu menyara keluarga dari segi pendapatan kita. Takkan kita tidak boleh berbelanja lebih untuk majlis anak sendiri tidak kira pertunangan atau perkahwinan demi menggembirakan hati anak kita. Kalau dah mampu apa salahnya kan?? So pembaca yang budiman fikir-fikirkanlah....

Kisah sama KLIK DI SINI

GR kata: Tunggu pendedahan KEBODOHAN Rafizi Ramli seterusnya....

Khas Buat Ostad PAS Yang Tonggang Terbalikkan HALAL-HARAM!!


Tolong sebarkan pada kawan-kawan agar berhati hati dalam memilih makanan. Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..

Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi.

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork: Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar:Babi liar.

5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.


GR kata: Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati. Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.

Wednesday, March 14, 2012

Kak Jat Undur Jawatan, Blogger 'Hebat' Tak Buat Kerja Ker??


Pengunduran Kak Jat di dalam pentadbiran kerajaan adalah langkah bijak, imej kerajaan dipelihara dari korupsi pemimpinnya dan membuktikan kerajaan tidak akan simpan pemimpin yang ada hubungkait dengan sebarang skandal yang boleh menjatuhkan reputasi Kerajaan.

Memang benar Kak Jat tidak boleh disabitkan dengan kegagalan NFC tetapi dakwaan pecah amanah terhadap suami dan anaknya di dalam NFC membuktikan tempias akan terkena batang hidung Kak Jat juga. Betul tak??

Lebih panas lagi, pengunduran Kak Jat di dalam kerajaan memberi tekanan juga kepada hasil kerja blogger 'hebat' yang dilihat gagal mempertahankan tuan yang memberi uncang emas supaya menutup ruang kegagalan melibatkan NFC. Apa macam tu? Dengan tindakan mereka ini sebenarnya yang mencalitkan taik pada imej Kerajaan itu sendiri. Apabila menerima tugasan bukankah perlu diselesaikan sehabis baik??

Menjadi persoalan sekarang kenapa Kak Jat terpedaya dengan nasihat dari blogger 'hebat' terbabit sedangkan beliau tahu akhirnya beliau akan tertipu jua nanti dengan apa yang dijanjikan oleh blogger 'hebat' ni. Pembaca lihatlah sendiri apa sudah jadi???

Baca juga kisah sama Klik Di Sini


GR kata: Berhati-hatilah wahai pemimpin UMNO/BN sekalian. Berurusanlah dengan mereka-mereka yang betul ingin membantu anda, bukannya nak untung jerk..Fikir-fikirkanlah!!!

TERKINI: ANWAR DAH READY PRU-13! INI DUITNYA!!


BONGKAR!! Patutlah Anwar dah confident sangat untuk PRU-13 nanti, sebab funder-funder dah bantu untuk capaikan cita-cita busuk beliau nak jadi PM Malaysia. Alamatnya tergadailah negara Malaysia yang kita cintai ni.

Jom baca pendedahan dari blog PerdanaHitam di bawah:



Rupa-rupanya kempen pilihanraya PKR adalah hasil dana Yahudi! Pendedahan terbaru ini dinyatakan oleh DS Mohd Zin Mohamed.

PH berharap agar rakyat sedar dengan permainan yahudi di dalam PKR. Konrad Adeneur Foundation (KAF) yang berkait rapat dengan Christian Democratic Union of German merupakan antara pertubuhan yang bertanggungjawab menyalurkan dana dan latihan modal insan kepada petugas PKR.

Menurut Mohd Zain lagi, KAF juga membantu PKR menyediakan manual menghadapi pilihan raya menggunakan kaedah menggulingkan kerajaan dengan cara tidak demokratik. KAF merupakan think tank terbesar kepada parti pemerintah di Jerman… KAF juga membantu golongan neo konservatif Yahudi melalui American Jewish Committee (AJC).

“Ini ialah pendekatan yang diambil oleh (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dengan guna bantuan saluran asing yang tidak demokratik untuk bersaing dengan kita. Mereka menggunakan kaedah dengan cara menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemimpin negara…

“Usaha ini sebenarnya bermula selepas PRU pada tahun 2004 bagi menghadapi PRU tahun 2008,” katanya pada sidang media di bangunan Umno Selangor di Shah Alam, hari ini. Turut disertakan salinan dokumen surat-surat yang ditanda tangani oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diedar kepada semua wartawan.

Antara surat yang disertakan ialah surat Anwar kepada bekas Presiden Bank Dunia, Robert Zoellick pada tahun 2007. Selain itu, Mohd Zain berkata, selain KAF, National Democratic Institute for International Affairs (NDI) turut menyediakan manual pilihan raya yang dinamakan ‘Buku panduan perancangan kempen politik’ yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu yang dibuat khusus untuk proses pilihan raya di Malaysia.

Sehubungan itu, Mohd Zain mempersoalkan tujuan NDI menghasilkan buku panduan tersebut dan apakah keperluannya. “Antara kandungan buku panduan itu ialah menyebarkan dakyah bahawa Malaysia ini kononnya tiada kebebasan media, tiada kebebasan beragama. Pihak PKR anggap buku dari NDI ini sebagai kitab mereka untuk hadapi pilihan raya nanti.


GR kata: Ni lah dia manusia gila kuasa..sanggup persetankan diri jadi hamba abdi pada Yahudi sebab berangan 'mat jenin'.

Artikel pelbagai