Wednesday, March 14, 2012

PANAS: @rafiziramli PITAM Dengan Kenyataan Ini!!


Hotel Shangri-la Kuala Lumpur menafikan kos katering bagi majlis pertunangan anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa ditanggung oleh Jabatan Perdana Menteri.

Sebaliknya menurut pengurusan hotel itu hari ini, pembayaran dibuat oleh Najib sendiri.

Kenyataan itu sekali gus menafikan tuduhan Jingga 13 dan PKR sebelum ini, mendakwa Pejabat Perdana Menteri menanggung kos RM409,767.

Menurut kenyataan itu, Hotel Shangri-la Kuala Lumpur ada menerima pengesahan tempahan katering di luar pada 2 Jun 2011 bagi satu majlis di Seri Perdana Putrajaya yang dijadualkan berlangsung pada 17 Jun 2011.

"Adalah menjadi prosuder biasa setiap tempahan yang dibuat hendaklah disahkan. Bagi majlis ini, ia disahkan pada empat hari sebelumnya iaitu 13 Jun. "Majlis berkenaan adalah pada 17 Jun dan pembayaran keseluruhannya dibuat oleh perdana menteri pada 30 Jun, bukannya dibuat melalui Pejabat Perdana Menteri," kata kenyataan itu.

Sebelum ini, Najib menafikan majlis pertunangan anak perempuannya itu bersama warga Khazakhstan, Daniar Nazabayev menggunakan duit kerajaan.

Katanya, perbelanjaan pertunangan anak perempuannya tidak ditanggung oleh Pejabat Perdana Menteri sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak,” kata mesej menerusi Twitter di bawah akaun Pejabat Akhbar Perdana Menteri (Msia PM Press Office).

Mesej susulan pula menyebut, “Pejabat Perdana Menteri akan mengeluarkan satu kenyataan berkenaan dakwaan dalam waktu terdekat.”

Semalam, Jingga 13 meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat berhubung isu tersebut. - SH


GR kata: Lepas ni apa pulak Si Mulut Longkang ni nak fitnah lagi yer?? Orang bodoh sombong memang ler macam ni!! FITNAH LEBIH KEJAM DARI MEMBUNUH...

SEBAB TAK DAPAT DUIT, ADIK NADIRAH JADI MANGSA MANUSIA KEJAM!!

Al Fatihah buat Adik Nadirah...Semoga beliau ditempatkan di Syurga Allah S.W.T

Inilah sikap manusia yang lebih teruk dari binatang. Sanggup buat apa saja untuk mendapatkan wang. Mereka ini boleh kita kategorikan manusia yang takder otak. GR berasa sangat sedih pada apa yang menimpa adik si kecil ini. Manusia yang tidak berdosa diperlakukan begitu kejam. Oleh sebab wang yang tidak seberapa si pembunuh yang lebih kejam dari binatang sanggup membakar sampai hangus adik si kecil ini. Pada si pembunuh meh sini GR bakar tangan ko sikit bagi rasa macam mana nak?? BODOH BANGANG!!! BAPAK SEGALA SYAITAN PADA SI PEMBUNUH!!!


Polis Johor mahu mendapatkan kerjasama rakan mereka dari Kelantan untuk "mencekup" seorang wanita yang menghubungi ibu kanak-kanak Nurul Nadhirah Abdullah, yang diculik dan semalam disahkan dibakar, dengan menelefon dan menghantar SMS berbaur ugutan meminta wang tebusan.


Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff di sini, hari ini. Ibu mangsa, Roselyn Alan, 25, dilaporkan menerima panggilan dan SMS daripada seorang wanita tidak dikenali dari Kelantan, semalam. Mohd Mokhtar berkata, pihaknya telah berhubung dengan polis negeri itu bagi membantu menyiasat kes tersebut.


"Kita minta bantuan polis Kelantan untuk cekup individu itu, kesan dia dan bawak dia ke Johor," katanya.


Roselyn sebelum ini dilaporkan menerima panggilan telefon dan SMS daripada seorang yang tidak dikenali mengugut untuk membunuh Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sebanyak RM30,000. Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai dekat sini pada Khamis lalu sebagai Nurul Nadhirah setelah mendapat keputusan hasil ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia.


Nurul Nadhirah hilang pada 1 Mac lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan kediamannya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengunjungi keluarga Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam Pasir Gudang di sini hari ini.

Sambil menyifatkan individu yang terlibat dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak itu sebagai penjenayah kejam, berhati binatang dan tidak berperikemanusian menyiksa insan kerdil yang tidak berdosa, beliau menegaskan suspek yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin. Katanya, tiga daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan ice manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi.

Tempat adik Nadirah dibakar sampai hangus


GR kata: Al Fatihah dan salam takziah pada keluarga adik Nadirah. Cari pembunuh sampai lobang cacing...

Tuesday, March 13, 2012

Inikah Pemimpin Yang Korang Sanjung Sangat???


Seperti kita semua sedia maklum, semalam pembukaan sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara oleh DYMM Yang Dipertuan Agong di Parlimen. Sidang Dewan ini dikatakan yang terakhir sebelum Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13 namun amat mengecewakan ada pemimpin yang tidak mengenakan pakaian rasmi ketika menghadiri majlis tersebut. Biadap sungguh!!!


MP Kuala Selangor pun tak ada adab, rugi sungguh rakyat K.Selangor jadikan beliau MP. Pak Anwar jangan cakapla kan. Dia ni mana reti adab pun.. Dia kan 'Imam Mahdi'.. MP Pakatan Rakyat memang tak boleh pakai!!!


GR kata: Pemimpin yang macam ini ker kita perlukan untuk memimpin dan membantu rakyat?? Perkara yang kecil macam ni pun boleh buat BANGANG, inikan pula nak berkhidmat untuk rakyat. Fikir-fikirlah wahai pembaca yang budiman.

Monday, March 12, 2012

AL FATIHAH BUAT ADIK NADIRAH


Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Roslan Zainuddin hari ini mengesahkan mayat rentung ditemui di Nusa Damai, dekat Seri Alam pada 8 Mac lalu sebagai kanak-kanak malang yang dilaporkan hilang sebelum ini iaitu Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang.

Beliau berkata, hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap mayat berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia pada Isnin mengesahkannya.

"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Menurutnya, walaupun siasatan awal mendapati mayat rentung itu milik manusia dewasa, namun hasil ujian DNA yang dikeluarkan itu mendapati ia adalah milik Dirang yang dilaporkan hilang sejak 1 Mac.

Katanya, faktor keadaan mayat yang rentung teruk juga menyebabkan pengecaman sukar dilakukan oleh pihaknya. Perkembangan terbaru itu sekaligus menamatkan misteri kehilangan Nurul Nadhirah yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam.

Berikutan itu satu pasukan siasatan khas telah ditubuhkan dengan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Amer Awal dan dibantu pasukan dari Bukit Aman bagi menyelesaikan kes itu.

Kes itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk pihak swasta dan orang perseorang yang turut sama membantu mencari dengan mengedarkan poster mengenai kehilangan mangsa. Hasil siasatan sebelum ini, katanya polis telah menahan empat suspek termasuk bapa kandung mangsa dan jirannya bagi membantu siasatan berhubung kehilangan kanak-kanak itu.

Roslan berkata, berikutan hasil ujian itu, polis kini menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang. Menurutnya, tempoh tahanan reman keempat-empat suspek akan dilanjutkan bagi membantu siasatan. - Bernama


GR kata: Al Fatihah...Kepada si pembunuh adik ini, korang akan terima juga azabnya nanti!!

Tahniah Malek Noor Bergelar Suami Orang


Hanya dengan sekali lafaz, bekas ahli bina badan negara Datuk Malek Noor akhirnya selamat bergelar suami kepada Pakar Pediatrik, Dr Wan Asma Wan Ismail.

Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Wan Ismail Wan Ahmad,87, di kondominium, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini kira-kira pukul 11 pagi, Isnin.

Dr Wan Asma,52, bertugas di Hospital KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu manakala Malek atau nama sebenarnya Abdul Malek Mohamaed Noor,56, kelihatan berseri-seri dengan pakaian sedondon berwarna putih gading.

Menariknya pada perkahwinan tersebut pengantin lelaki hanya memberikan senaskhah al-Quran sebagai mas kahwin tanpa wang hantaran disertai lima dulang hantaran berbalas sembilan daripada pengantin perempuan.


GR kata: Doakan semoga mereka berdua berkekalan hingga akhir hayat...

Artikel pelbagai