Thursday, December 22, 2011

PANAS: ADAM ADLI KER NIE...???




GR bukan nak tuduh atau pun fitnah cuma rasa confused dengan gambar-gambar di atas, apa persamaan yang terdapat dengan Si Adam Adli nie...??? Pembaca nak tau jawapannya..??

Jawapannya kalau GR cakap nanti dikatanya fitnah...so pembaca bacalah di sini tentang kebenarannya...


p/s: Daripada Abdur Rahman Bin Sa’id Al-Khudry, daripada bapanya. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Tidak boleh seseorang lelaki memandang kepada aurat seseorang lelaki selainnya, dan tidak boleh juga seorang wanita memandang kepada aurat wanita selainnya, dan tidak boleh seseorang lelaki itu bergesel-gesel dengan seseorang lelaki lain di dalam selimut yang sama, dan begitu juga tidak boleh seseorang wanita bergesel-gesel dengan seorang wanita lain di dalam satu selimut “- Hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim (Kitab Al-Haidh)...Renung-renungkan...

PANAS: DIANA DAN FARID CAKAP SOAL KAHWIN..??


Sudah hampir tiga tahun pasangan kekasih, Farid Kamil dan Diana Danielle berpacaran. Walaupun hubungan cinta mereka pernah putus sekejap satu ketika dulu, namun cinta pasangan pelakon ini kembali bertaut semula sekitar bulan Mei lalu apabila Diana mengesahkannya sendiri di laman Twitter miliknya.

GUA berpeluang bertemu dengan pasangan ini ketika sidang media filem terbaru mereka, ‘Hantu Gangster’ di Taman Pengkalan Batu, Klang, petang semalam. Bukan main romantik lagi mereka berdua apabila datang bersama dengan satu kenderaan.

Namun, ketika tiba di lokasi, pasangan ini cuba untuk tidak duduk bersama-sama al-maklumlah terdapat ramai pihak media di sana. Malah, ketika sesi bergambar beramai-ramai dengan pelakon lain serta pengarah pun, Diana menolak untuk duduk bersebelahan dengan Farid.

Ini belum lagi diminta untuk mengambil gambar berdua, lagilah mereka tidak mahu. GUA sempat mengusik mereka berdua bila nak melangkah ke peringkat seterusnya, Farid memberitahu, “Kami menunggu seru ke arah kebaikan. InsyaAllah, kita tunggu dan lihat saja. Ada juga perbincangan yang terperinci tentang perkara itu, tapi bila tarikhnya, tak diketahui lagi.”

Bagi Diana pula, “Setakat ini hubungan kami berdua okay. Tidak dinafikan kami ada bercakap mengenai perkahwinan tetapi bercakap tak sama dan berbeza sekali dengan merealisasikannya. Lagipun, saya baru 20 tahun, untuk pikul tanggungjawab isteri itu, saya kena pastikan yang saya sudah betul-betul bersedia. Malah, salah satu sebab perkara ini agak lambat sikit sebab saya merancang untuk menyambung pelajaran dulu.”


p/s: GR doakan semoga cepat-cepatlah mereka mendirikan masjid...jangan lupa jemput makan nasi minyak yer.. ;)

PERGHHH...FERRARI LIMOUSINE!??


Pembaca pernah melihat kereta Ferrari Limousine..? Gambar di atas ialah kereta Ferrari 360 Modena Limousine.

Kereta Ferrari ini telah diubahsuai untuk membawa 8 orang penumpang di Knightbridge, London sempena musim Krismas akan datang.

Ingin melihat klip video Ferrari ini, klik di sini

UPDATE: NIK AZIZ NAZAK DI WAD!!!


Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, ICU Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, pagi tadi akibat diserang sakit jantung.

Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob, Datuk Nik Aziz dikejarkan dengan ambulans ke hospital jam 6.30 pagi.

Antara yang melawat Datuk Nik Aziz petang tadi, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid .

Turut menziarahi, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan. - Bernama

GR rasa sudah tiba masanya beliau berehat dari arena politik...


Patutlah semenjak dua tiga hari ni tiada khabar berita dari Nik Ajis... terutama pasal kemelut dalaman PAS sekarang.. Khabarnya beliau dimasukan dalam wad sejak 19 Disember 2011.

Sumber: Pisau

GR kata doakan semoga Nik Ajis cepat sembuh...

Wednesday, December 21, 2011

INFO: DUIT MALAYSIA YANG BARU AKAN DATANG!!!

Link
Gambar di atas ialah note duit Malaysia yang baru ditunjukkan oleh pegawai Bank Negara Malaysia (BNM). Mungkin akan dikeluarkan pada pertengahan tahun 2012. - Sumber: Sinar Harian

Note duit yang baru akan dikeluarkan ialah RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 & RM100. Duitnya besor-besor so kita pun kenalah pakai wallet yang besor jugak...He he he



Koleksi duit Malaysia yang lama boleh tengok di sini

Artikel pelbagai