Wednesday, December 21, 2011

HIMPUNAN AMAN SOKONG PM DI KPT

Petang tadi lebih kurang jam 2.30 petang, satu perhimpunan aman yang menyokong pentadbiran pemimpin negara yang kita sanjungi YAB Perdana Menteri DS Najib Tun Razak yang diadakan dihadapan Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya.

Perhimpunan yang dibawa oleh Persatuan Alumni Pemimpin Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) dihadiri oleh kira-kira 1000 orang mahasiswa dari seluruh negara dan perhimpunan ini juga mendapat permit dari pihak POLIS.

Pembaca lihatlah gambar suasana sekitar perhimpunan ASPIRASI di bawah:




Memorandum telah diserahkan sendiri oleh Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) kepada Setiausaha Politik Menteri KPT Haji Khairi Malek. Lagi gambar dan cerita klik di sini


p/s: Mahasiswa perlu tanamkan sikap cintakan negara dalam diri mereka...

VIDEO PANAS: BILLBOARD IKLAN PM DISABOTAJ!!!




Setelah GR melihat video di atas, perbuatan yang dilakukan oleh sekumpulan manusia yang kita pun tidak pasti orang muda atau tua memang satu perbuatan yang kurang ajar. Perbuatan yang tidak menghormati pemimpin negara iaitu Perdana Menteri Malaysia.

Pada pendapat pembaca, adakah perbuatan mereka itu benar-benar seikhlas hati kerana bencikan pemimpin negara kita?? Tentu sekali TIDAK. Jangan sekali-kali ada setengah pihak yang mengatakan perbuatan itu seikhlas hati setulus jiwa..Bullshitttt..!!!

GR ingin menyatakan di sini kepada yang menerima BAYARAN untuk membuat kerja BODOH di atas hentikanlah..Duit yang korang terima boleh menanggung makan minum korang selama sebulan?? setahun?? seumur hidup?? Kenapa tidak sabotaj billboard pemimpin Pakatan Rakyat?? Ada dikalangan mereka juga pemimpin negeri...Sila jawab!!!

Pada pandangan GR perbuatan di atas memang didalangi oleh Pakatan Rakyat...Hanya mereka yang BODOH dan BANGGANG saja yang terpengaruh dengan tipu daya mereka. Taburlah duit lagi sebanyak gunung pun...rakyat Malaysia semua pandai dan boleh menilai mana yang baik dan buruk.

GR juga ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia tentang habis-habisan kepada puak-puak yang ingin menjahanamkan negara dan merosakkan fikiran anak muda kita. Ini soal pemimpin negara dimalukan, ini soal bangsa kita diperkotak katikkan, ini soal agama kita dicabar dan diperlekehkan dan ini soal kedaulatan negara kita yang cuba dihina. Bangkitlah..!!!

VIDEO: PAS TIADA PENDIRIAN - HASSAN ALI!!!











p/s: Teruskan perjuangan Datuk Hassan Ali...Jangan duduk bawah 'ketiak' pemimpin yang hanya berjuang atas kepentingan politik dan peribadi. Dalam hadith ada menyebut kalau kita bekerjasama dengan pihak bukan Islam, kita akan mengikut segala tindak tanduk mereka. Wallahu'alam...

INFO: IFA RAZIAH KENA BARAH PAYU DARA??

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Pelakon dan Penyanyi Ifa Raziah baru-baru ini telah dikejarkan ke Hospital Pantai Bangsar setelah mengalami kesakitan di bahagian payudara beliau.

Mengikut laporan, pihak doktor telah mengenalpasti terdapat beberapa bengkak yang agak keras di bahagian kesakitan yang dialami beliau itu.
Namun, Ifa Raziah ketika dihubungi beberapa media mengesahkan beliau tidak mengalami Kanser Payudara sepertimana yang dikhabarkan beberapa pihak sebelum ini.

Salah seorang peserta Maharaja Lawak Mega dari Kumpulan Syok itu mendakwa, pihak Hospital melaporkan kepada beliau terdapat virus terdapat virus dalam air di bahagian payudara Ifa yang membuatkan bahagian berkenaan keras seperti batu.

"Selepas rawatan ini, doktor telah menasihati agar menjalani pembedahan dalam kadar segera. Sepatutnya Ifa kena buang ketulan membengkak itu dalam masa terdekat. Bagaimanapun disebabkan Ifa sibuk dengan MLM, Ifa ketepikan seketika soal sakit ini. Apa sekalipun, Ifa harap janganlah peminat salah sangka terhadap apa yang diberitahu ini. Ifa bukannya sakit disebabkan mahu membuat pembedahan payudara untuk masukan silikon," kata bealiau menjawab persoalan beberapa wartawan media.


Ifa walaubagaimanapun dinasihatkan berjaga-jaga kerana penyakit kerana arwah Ibu beliau pernah mengalami kanser payudara sebelum menghembuskan nafas terakhir.

"Ianya kerana arwah ibu Ifa memang pernah sakit kanser payudara. Jadi, peluang Ifa diserang kanser itu memang senang disebabkan keturunan yang menderita sakit berkenaan. Ifa berharap, semua mendoakan yang terbaik untuk Ifa. Semoga Ifa boleh teruskan perjuangan dalam MLM dan seterusnya dalam bidang seni.

"Sejujurnya, Ifa bukannya mahu meraih simpati sesiapa. Oleh itu, Ifa sebolehnya tidak mahu kecoh tentang sakit yang Ifa alami ini. Ifa takut, orang ingat Ifa mahu cari publisiti murahan. Ifa dah sakit lebih sebulan iaitu sejak mula-mula Ifa menyertai MLM lagi. Namun, Ifa tahan sakit ini sendiri."

p/s: GR doakan semoga Ifa Raziah cepat sembuh dan tabah hadapi dugaan Allah S.W.T

GEMPAR: AKHIRNYA ARIFF ALFIAN BERSUARA!!??


Ariff Alfian Rosli, bekas pelajar Malaysia jurusan perubatan di Ireland enggan mengulas berita yang dia telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki warga asing.

Arif Alfian yang dihubungi media Ireland, IrishTimes.com, menegaskan bahawa dia masih lagi seorang penganut agama Islam, tidak memeluk mana-mana agama lain dan kekal sebagai seorang muslim sehingga ke akhir hanyatnya.

“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini.

Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia sudah beberapa tahun tidak menghubungi ibubapanya di Malaysia ekoran satu perselisihan faham antara mereka, namun mengaku kerap menghubungi adik beradiknya yang lain.

“Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain,” katanya lagi. Cerita lanjut baca di sini

Pada pendapat GR, jika ada masalah dengan keluarga sekali pun kenapa mesti ditinggalkan tanpa khabar berita?? Arif Alfian tak boleh berfikir ker pengorbanan ibu bapa beliau menyara beliau dari kecil hinggalah belajar diperingkat tertinggi. Pembaca nilailah sendiri apa pendirian Arif Alfian ini benar atau pun tidak??

Masih beragama Islam??? Gila ke apa si Arif nie?? GR nak tanya "Agama Islam membenarkan kita berkahwin sesama sejenis ker?? Boleh jawab tak wahai Arif Alfian...Sedangkan Allah S.W.T memberitahu dalam Al-Quran, Allah S.W.T melaknat kaum Nabi Luth a.s kerana mereka mengamalkan hubungan sejenis serta Allah S.W.T menurunkan azab ke atas mereka...

Fikirkanlah...!!!


p/s: Marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat Allah S.W.T memberikan taufiq dan hidayah kepada Ariff Alfian supaya hatinya terbuka kembali kepada Islam.

Artikel pelbagai