Sunday, October 30, 2011

PANAS: NIK AZIZ KATA DAP DAN SYAITAN SAMA AJE!!!


Kepada penyokong PAS dan pembaca sekalian, penulis cuma ingin mengingatkan apa yang telah terkeluar dari MULUT Nik Aziz menyatakan kerjasama dengan DAP samalah bekerjasama dengan SYAITAN...

Lihatlah gambar GR kongsikan di atas dan nilaikanlah sendiri...

Ternyata PAS sudah tergelincir jauh dari asas perjuangan mereka...Cubalah pembaca semua fikir secara logik, kalau bukan kuasa dan politik adakah Nik Aziz sanggup bekerjasama dengan DAP yang disamakan dengan SYAITAN... Fikir-fikirkanlah!!!


Sedarlah wahai PAS... Islam itu agama yang suci!!!

Pendapat Anda Mengenai Orang Islam BerTatoo??


GR terpanggil untuk menulis tentang isu berTatoo ini sebab GR melihat trend berTatoo ini orang Islam sendiri sudah berani melakukan pada tubuh badan mereka...Pada mereka berTatoo ini mungkin dikatakan "Up To Date" dari segi berfesyen dan mengikuti peredaran zaman...


Sebelum itu GR mahu pandangan pembaca mengenai orang Islam berTatoo ini. Apakah hukumnya dan apa pandangan pembaca mengenai seorang wanita Islam berTatoo di punggung dan bahagian badan yang lain manakala si lelaki berTatoo di bahu, tangan dan bahagian anggota badan yang lain??

Sebenarnya GR faham Tatoo adalah haram di sisi Islam, untuk pengetahuan pembaca, tatoo itu terdiri daripada pelbagai jenis contohnya tatoo berunsur agama, tatoo berunsur sihir, tatoo berunsur tradisi, tatoo berunsur perhiasan atau kecantikan .Menghilangkan tatoo sehingga memerlukan perbelanjaan yang begitu tinggi dan juga mendatangkan pelbagai kesan, jika para doktor bersetuju menghilangkan tatoo tersebut maka bolehlah dibuang. Bagi mereka yang memeluk Islam dan tatoonya itu ada sebelum dia memeluk Islam tidak mengapa dan niat suci dia memeluk Islam itu diterima Allah SWT. Jika berkemampuan nanti eloklah dibuang tatoo tersebut.

Bagaimana pula bagi orang yang sememangnya dilahirkan dalam beragama Islam membuat tatoo pada diri mereka?? Ingatlah wahai orang Islam, perubahan yang dibuat pada anggota badan kita yang bukan dalam keadaan asal tidak akan diterima Allah SWT. Na'uzubillah....

Fasha Sanda Bertudung???


Fasha Sanda bertudung! Maria Tunku Sabri bertudung! itulah realiti di Negeri Kelantan. Program Karnival JOM HEBOH sudah menggegar di Kelantan, artis perempuan yang tidak pernah nampak pakai tudung mereka bertudung dan semoga berkekalan lah hendaknya..

Ramai lagi artis perempuan yang hadir disana bagi memeriahkan lagi karnival tersebut tapi nak buat macam mana meleleh peluh pakai tudung yang mana tak pernah pakai tudung tue. Itulah tanggungjawab bagi orang Islam menutup aurat dengan sempurna...

JOM HEBOH: Akhirnya....


Jom jom jom...JOM HEBOH telah pun berakhir malam tadi... GR ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri akhirnya JOM HEBOH ke Kelantan juga walaupun sebelum ini kerajaan negeri tidak membenarkan sebarang bentuk hiburan yang boleh melalaikan diadakan di Kelantan. Terkejut juga Kerajaan Negeri Kelantan membenarkan Program JOM HEBOH diadakan di negeri Che Siti Wan Kembang nie.. Adakah Pak-pak Haji & Lebai sudah nampak kesannya kepada rakyat khususnya di Kelantan yang sebelum ini mereka kata program seperti ini boleh memudaratkan rakyat Kelantan. Personaliti-personaliti TV3 yang terlibat pun manis dengan bertudung dan menutup aurat mereka..

Sememangnya kerajaan negeri yang ditadbir PAS tidak konsisten dalam menangani isu seperti jika ianya dikaitkan dengan kekurangan hiburan untuk rakyat berhibur secara santai bukan hanya menghadkan hiburan sehingga rakyat ditidakkan kehidupan bersosialnya.



Sudah pasti rakyat gembira dengan tindakkan PAS membenarkan Program JOM HEBOH diadakan di Kelantan. Jangan takut..jika hiburan itu keterlaluan serta mendatangkan kelalaian kawallah supaya program itu dibuat dengan kesesuaian setempat. Lihatlah program ini telah mendapat sambutan yang sangat baik diberikan oleh rakyat Kelantan... TAHNIAH TV3!!!


Bersosialah sikit Pak Haji Lebai...rehatkan minda & akal fikiran...jangan serius sangat..hehe

PANAS!!! Sakit bang..Mari Sini Abang!!


Sedap!!! Best!!! Layan!!! AHhhhhh... Terkejut GR bila dengar data statistik peningkatan rumah urut di Selangor yang sekarang ini ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Pada tahun 2008 sebanyak 800 buah rumah urut ada di Selangor dan sehingga tahun 2011 difahamkan ada 7000 (TUJUH RIBU) buah rumah urut telah wujud di Selangor sekarang ini...Wahhhh...macam cendawan tumbuh. Betul ker statistik nie?? Inikah Negeri Kebajikan yang dimaksudkan dan diwar2kan oleh Pakatan Rakyat selama nie?? Info KLIK SINI

Persoalannya...Kenapa begitu banyak sekali pertumbuhan rumah urut nie?? Rakyat Selangor banyak yang sakit2 badan ker?? Atau pun kebanyakkan rakyat Selangor suka dibuai "KESEDAPAN"? Rumah-rumah urut nie semua ada LESEN untuk beroperasi ke?? Pekerja rumah urut semua ada permit ker?? Jawab skit wahai MB Selangor dan sekutu2nya...


GR difahamkan di Shah Alam sekarang nie sudah wujud rumah urut..Lihatlah gambar di atas..lokasinya di Seksyen 23.. Bukankah Shah Alam sejak dari dulu merupakan sebuah bandaraya yang tidak ada unsur-unsur kemaksiatan..jangankan pusat karaoke, panggung wayang pun tak der di Bandar Shah Alam...MP Shah Alam buat ape di parlimen anda tue, goyang kaki tido ker?? Inikah dia Negeri Kebajikan yang dipejuangkan oleh Pakatan Rakyat...Lebih2 lagi puak-puak PAS, bagi ceramah di surau & masjid kutuk sesama Islam pada hal mereka sendiri yang menjerumuskan diri mereka ke arah maksiat...

Siapa yang harus dipersalahkan?? Dulu tuduh UMNO...sekarang..Apa Pun Tak Boleh!!!

Sayangi Selangor Yakini BN

Artikel pelbagai