Saturday, April 13, 2013

EKSKLUSIF: CALON PAS TITIWANGSA CEROBOH PDM BN MINTAK NYAWA DAN SIMPATI! #PRU13


Baru tadi GR terima berita dari rakan yang berasal dari Titiwangsa memberitahu perkara sebenar yang terjadi di PDM BN Titiwangsa hari ini. Belum pun penamaan calon, Ahmad Zamri B. Asa'ad Khuzaimi mula berkempen secara murahan.

Sebelum itu, rakyat Titiwangsa kenalkah  siapa Ahmad Zamri ini? Apa sumbangan beliau untuk masyarakat di Titiwangsa? Kita semua sedia maklum, sejak PRU12 lagi kerusi yang disandang oleh Allahyarhamah Lolo beliau tidak pernah memberikan apa-apa sumbangan kepada Titiwangsa.

Mereka hanya sajikan masyarakat Titiwangsa dengan 'menu' ceramah-ceramah yang menipu rakyat dan maki hamun kerajaan. Adakah dengan cara ini sudah cukup untuk rakyat yang memerlukan perkhidmatan Wakil Rakyat di tempat mereka?


Apakah hukumnya dalam Islam, jika kita masuk rumah orang tanpa beri salam atau pun tanpa diundang? Kiranya main terjah jerk tanpa meminta keizinan tuan rumah tersebut? Sebagai contoh, jika ada majlis kahwin dan sebagainya, kita tidak diundang tapi kita masuk dengan muka tak malu makan di kenduri tersebut. Puak PAS tentu tahu hukumnya bukan, korangkan 'lebih arif' tentang hukum hakam Islam nie...Tolong jawab boleh tak??

Korang tengok FB Ahmad Zamri, kononya tidak mahu benci membenci dalam kempen PRU13 ini. Kenapa perlu menipu rakyat dengan laporan yang tidak benar. Kenapa yang ceritakan hal sebenar bagaimana beliau masuk ke dalam PDM Titiwangsa ni??

Al kisah sebenar, PDM Titiwangsa ini sentiasa ditutup dan dikunci. Bila ada keperluan dan urusan baru tempat ini dibuka. Sdr Ahmad Zamri ini dengan selamba masuk tanpa meminta izin dan sebenarnya berlaku sedikit kacau bilau yang sengaja beliau adakan. Dengan menunjukkan gambar kononnya kempen beliau bersih adalah PENIPU. Beliau juga ketika masuk tanpa izin bercakap kata-kata yang kurang sopan kepada petugas-petugas BN dengan tujuan supaya mereka ini membenci kerajaan dan terutama sekali BN Titiwangsa.

Pintu berkunci dan macam mana boleh masuk?? Korang tengok sendiri dan fikirkanlah sendiri. Belum penamaan calon dah mula kempen kotor puak PAS nie. Isle la kononnya....


GR yakin banyak lagi kempen-kempen kotor puak-puak Pakatan menjelang hari pembuangan undi. Rakyat jangan mudah terpengaruh. Berita GR terima dari PKR pusat di Tropicana, pengundi akan diberikan sejumlah wang RM 1,000 untuk mengundi Pakatan Haprak. Jangan gadaikan masa depan negara kerana wang. Dah menyesal nanti tak ada gunanya.


GR kata: Calon PAS Titiwangsa ni ada al kisah disebaliknya yang rakyat tak tahu lagi. Tunggu pendedahannya nanti....

SAYA LAH INDIVIDU DALAM VIDEO TERSEBUT, SAYA NAK LETAK JAWATAN - MUSTAFA ALI #GE13


Berita tergempar GR terima, Setiausaha Agung PAS umumkan perletakan jawatan beliau dan mengaku akan kesalahan beliau buat selama ini. Adakah ini benar terjadi dalam pakatan haprak atau ianya hanya sandiwara politik mereka untuk meraih simpati undi rakyat pada 5 Mei 2013 ini?

Pada rakyat Malaysia usah terpedaya dengan lakonan politik mereka. Kita semua sedia maklum, mereka hanya berselindung dengan nama Pakatan, hakikat sebenarnya mereka tidak boleh berpakat dalam apa jua sekali pun.

PAS tidak boleh membuat sebarang keputusan kerana takut akan kehilangan kerusi yang mereka pegang selama ini dan mahukan kerusi untuk bertanding PRU13 ini. Jika benar STOPA telah insaf, baguslah...kembalilah ke pangkal jalan sebelum terlambat. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali hari ini mengumumkan perletakan jawatan beliau berkuatkuasa serta merta.

Tindakan ini dilakukan beliau ekoran penyebaran meluas video seks beliau dengan seorang pelacur dari timur tengah di salah sebuah hotel di ibu kota.

"Saya akui yang saya merupakan pelaku dalam klip video tersebut dan kejadian tersebut berlaku 2 tahun yang lepas dan saya ingin tegaskan, perlakuan saya tidak menggambarkan perjuangan PAS kerana ia adalah kesilapan peribadi saya".

Menjawab soalan wartawan, adakah kejadian ini didalangi pihak tertentu yang mahu menjatuhkan beliau, Mustafa menegaskan yang beliau tidak suka membuat tuduhan dan jika terbukti ada dalang disebalik kejadian ini, beliau akan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

GR kata: Jangan insaf ni wayang kulit dah la yer..Pok Nik kan boleh ampunkan dosa. PAS dah sesat!!

VIDEO TUT TUT MUSTAFA ALI NAK LAWAN ANWAR, UMNO JUGAK YANG SALAH?


Belum pun habis siri pendedahan video Anwar Ibrahim 'bermesra' dengan seorang lelaki di bilik sebuah hotel seperti yang tersebar di al, kini timbul pula satu lagi klip video adegan seks yang berjaya dirakam secara curi melibatkan seorang lagi pemimpin Pakatan Haprak.

Menurut beberapa maklumat yang GR terima memberitahu bahawa penyebaran foto-foto dan video yang melibatkan Setiausaha Agung PAS ini didalangi oleh kumpulan 'parasit' yang telah lama bersarang dalam PAS seperti yang pernah disebut oleh Datuk Hassan Ali.

Menurut maklumat dari bebearapa buah blog juga ada memberitahu dua orang anggota AMK kini telah ditahan dan disoal siasat oleh pihak polis atas dakwaan kerana menyebarkan bahan lucah yang membabitkan seorang lelaki menyerupai Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali dengan seorang wanita warga asing.

Sejak tersiar dan tersebarnya foto-foto aksi berahi seorang lelaki tua yang menyerupai Setiausaha Agung PAS itu bersama pasangan wanita warga asing telah membuatkan seluruh penyokong Pakatan Pembangkang terutama sekali dari PAS tergamam dan terus membisu apabila ditanya tentang kebenaran dan keaslian video serta foto-foto tersebut.

Bala apakah yang sedang melanda Pakatan Haprak sekarang? Dengan terdedahnya beberapa skandal seks yang melibatkan pemimpin Pembangkang disaat pilihanraya hampir tiba sudah pasti sedikit sebanyak akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap moral serta kewibawaan meraka dalam mentadbir negara kelak.

Masih belum terlambat buat kita selaku rakyat Malaysia apatah lagi yang beragama Islam ini tanya pada diri sendiri, adakah pemimpin seperti yang kita mahukan. Tepuk dada tanya iman masing-masing.

Walaupun ramai rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan pendedahan video ini, fikirkanlah bukan keaiban yang kita ingin tunjukkan tapi fikirkan sedalam-dalamnya demi masa depan kita semua. Jika sebelum ini PAS mengatakan mereka perjuangan Islam yang sebenar, nampaknya dah kena batang hidung mereka sendiri.

Dalam pakatan haprak sendiri yang tidak bersefahaman kerana perebutan kuasa. Jika mereka pakatan yang benar perjuangkan nasib rakyat tapi logo parti mereka bersatu sendiri pun tak ada. Apa citer beb??


GR kata: Tak payah layan video diaorang, yang penting keluar mengundi 5 Mei nanti. Undilah BN!!

Friday, April 12, 2013

HOT: UST HARON DIN ISYTIHAR KELUAR PAS, MINTA RAKYAT BERI SOKONGAN PENUH PADA PM NAJIB! #GE13


Pengumuman Tergempar : "Tuan Guru Dato Dr Haron Din mengisyihar untuk keluar dari Pas berkuatkuasa hari ini. Menurutnya perjuangan Pas sudah jauh menyimpang, tidak releven serta melanggar etika dan tata sulila Islam. Sehubungan dengan itu Markas Pas seluruh Negara akan dibukarkan.

Tuan Guru Dr Harun Din juga menyeru agar semua penyokong PAS agar kembali pada Islam dan menyokong kerajaan di bawah Pimpinan YAB Perdana Menteri"

Nota : Perjuangan untuk wujudkan FIKRAH ISLAMIYAH hendaklah dari luar tong sampah. PAS ibarat tong sampah dipenuhi najis. Perjuangan Dr Haron Din sewajarnya dari dalam Kerajaan. Kembalilah sebelum terlewat!

Begitulah sumber yang diperolehi oleh AKjr... Mungkin ada kebenarannya, apabila SU Agong PAS sendiri sudah membelakangkan Islam dan menjadi duri dalam daging kepada PAS. PAS hari ini bukan macam Pas dulu, ia telah terpesong dek kerana berkawan dengan DAP dan PKR. - KC


GR kata: Inilah ulama' yang betul perjuangkan Islam, bukan macam Pok Nik yang bertopengkan syaitan!!

VIDEO: ORANG UMNO SOLAT TAK ADA PAHALA, BACA HIDUP DACING!


Perhatikan pada minit 1.06 bagaimana dia kata tuhan (Allah) menyumpah “tuhan kata menate ni”. Yang membawa maksud tuhan memaki orang UMNO, binatang ni kata Allah tapi tak terima aku.

Korang tau kan Ustaz Budak ni pernah mengangkat Nik Aziz sebagai Nabi, dengan selamba pukul canang sana sini dalam ceramahnya menyesatkan pemikiran umat Islam. Orang yang tidak menerima perjuangan PAS dikatanya kafir. Orang yang tidak seiring dengan apa yang dibawa oleh PAS dikatanya kafir.

Orang yang tidak menyokong PAS, dikatanya kafir. Islam yang sebenarnya hanya dalam PAS. Inilah pemikiran pencacai PAS, Islam diperlekehkan demi kepentingan peribadi mereka. Kalau Islam yang sebenar hanya dalam PAS, kenapa PAS bersekongkol dengan DAP dan PKR?

Mengkafirkan orang lain menyebabkan totok khawarij menghalalkan darah penyokong UMNO, maka jihad fisabililah adalah salah satu perjuangan khawarij  kononnya untuk menentang golongan kafir..

Ustaz budak ni kata orang UMNO solat mesti baca “Hidup Melayu” dan apabila rukuk kata “Hidup Dacing"....




GR kata: Siapa yang Islam...siapa yang kafir? Korang fikirlah sendiri....

#PRU13: KEMPEN TERAKHIR PAS, ANWAR TAK LAYAK JADI PM SEBAB DIA 'TAK SUCI'!


Ramai pemimpin PAS yang berlatar belakang agama rata-ratanya sudah hilang kepercayaan kepada Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim berikutan keraguan masing-masing atas faktor isu moral dan
kerendahan moral yang menyelubungi sisi gelap kehidupan peribadi Anwar.

Golongan ini termasuklah sebahagian besar ahli Majlis Syura Ulama PAS yang berkongsi pendapat bahawa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri seandainya PR berjaya menguasai Kerajaan Pusat kelak, disebabkan pertimbangan berkaitan moral dan akhlak.

Sebaliknya mereka bersepakat hanya Presiden PAS, Abdul Hadi Awang adalah satu-satunya calon yang sesuai. Kecuali hanya Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja yang masih meyakini Anwar disebabkan faktor dipengaruhi oleh golongan Anwarinas dalam PAS yang mempunyai hubungan rapat dengan Mursyidul Am PAS itu.

Sementara itu, satu sumber PAS menyatakan Ketua Umum PKR itu telah dinasihatkan supaya mengurangkan penglibatannya dalam program anjuran PAS terutama sekali solat hajat, munajat dan sebagainya.

Nasihat berupa larangan penuh diplomasi itu tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk mengurangkan kesan mudarat dari terpalit kepada PAS berikutan sikap liberal Anwar yang berkeras menyokong penggunaan kalimah Allah S.W.T dalam kitab Bible oleh penganut Kristian. Sebab itu sejak akhir-akhir ini amat jarang sekali Anwar berpeluang memberi tazkirah di masjid atau surau yang ahli jawatankuasanya terdiri dari kalangan penggerak akar umbi PAS, sebaliknya pemimpin utama PKR itu lebih banyak berceramah di pentas PKR atau DAP.

Cuma sesekali sahaja Anwar dapat berceramah di pentas PAS itu pun sekiranya ia merupakan anjuran pemimpin PAS pro Anwarinas dan sekali sekala terpaksa menggagahkan kaki berlakon mesra sepentas dengan Presiden PAS. Senario ini dipercayai ada kaitan rapat dengan pendirian pemimpin-pemimpin PAS yang menguasai Majlis Syura Ulama parti itu yang semakin merenggangkan
hubungan mereka dengan Anwar.

Malah arahan dalam juga sudah dikeluarkan meminta supaya lidah rasmi PAS, Harakah mengurangkan penampilan Anwar dalam akhbar itu, dengan demikian PAS percaya pendekatan ini akan mengekang ketaksuban penyokong kepada Anwar, sekaligus mengurangkan pengaruhnya di kalangan ahli dan penyokong PAS.

Namun untuk melihat PAS menyuarakan larangan secara terbuka tentunya tidak sama sekali memandangkan PAS sendiri dalam keadaan tersepit bila mana sebahagian pemimpinnya dari golongan Anwarinas masih menguasai sebahagian besar kepimpinan PAS di peringkat Pusat. Anwar dipercayai menyedari keadaan ini tapi sedaya mungkin beliau masih cuba menaruh keyakinan para penyokongnya dalam PAS mampu berbuat sesuatu bagi menaikkan semula imejnya dikalangan
penyokong dan pemimpin PAS.

Menjelang PRU 13 akan lebih banyak konflik kepentingan dan kepercayaan antara PAS dan PKR akan terdedah kepada umum, tak mustahil selepas PRU 13 lebih banyak konflik akan muncul dan Pakatan Rakyat (PR) bakal berkubur sebagaimana lain-lain kerjasama sebelum ini.


GR kata: Macam ni dah berebut itu ini...macam manelah nak tadbir negara. jawabnya HANCUR!!

Thursday, April 11, 2013

HOT: GAMBAR MUSTAPHA ALI KANTOI??

Tak sangka macam ni rupanya perangai orang PAS. Tuduh orang UMNO/BN perangai macam-macam...sekarang korang tengoklah sendiri pada gambar yang GR dapat dari orang PAS sendiri.

GR tak mahu kata apa-apa..korang tengok sendiri dan bagilah ape-ape pandangan pun.

Hebat perangai orang PAS ni..kata perjuangkan Islam. Perangai depa baik takder sekecil dosa pun yang mereka buat. Gambar ini menceritakan segala-galanya.

Tunggu dan lihat malam nanti pendedahan penuh gambar ini akan dikeluarkan. Apa orang PAS nak kata yang kononnya mereka baik dari segala MAKSIAT!!


GR kata: Kawan baik Bang Non rupanya...Anwarinas!! Kita tunggu ini malam...Jeng jeng jeng!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

GEMPAR: ANWAR JUMPA PM NAJIB RAZAK SECARA SULIT MINTA NYAWA?? #GE13


Pilihanraya Umum 2013 semakin hampir, disaat ini juga rakyat Malaysia mahu lihat siapakah calon pemimpin yang mereka akan angkat berikan mandat untuk berkhidmat untuk mereka dan negara.

Dalam urusan pemilihan calon kali ini membawa impak yang besar dalam sejarah politik negara. PM Najib Razak telah buat yang terbaik demi mendengar suara rakyat yang mahukan Transformasi yang berjaya.

Pemilihan calon dalam Pakatan Haprak masih tak jumpa jalan penyelesaiannya. Perebutan kuasa masih menjadi-jadi. Siapa yang pandai bodek Bang Non dan kem pada Azmin Ali dialah yang akan dipilih sebagai calon. Soal dapat kepercayaan itu nombor dua, yang penting menang.

Anwar pula sekarang makin pening kepala, calon yang dipertandingkan ramai yang membantah. Itu baru dalam pakatan haprak belum rakyat Malaysia yang tentukan lagi. Sumber dalam PKR Pusat beritahu GR, mereka dah bosan dengan percaturan Anwar yang lebihkan pada Azmin Ali. Diaorang dah bosan nak buat kerja untuk Anwar yang lebihkan kuasa dari kehendak rakyat.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Gombak yang diketuai Timbalan Presiden, Azmin Ali kini tempang selepas sebanyak 250 ahlinya bertindak keluar daripada parti itu.

Tindakan itu diketuai oleh Timbalan Ketua Cabang PKR Gombak, Abu Bakar Ninggal dan ahli jawatankuasanya, Mazlan Abdul Rashid.

Serentak itu, mereka juga menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar selepas hilang kepercayaan terhadap PKR khususnya Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin.

Abu Bakar ketika ditemui berkata, PKR jauh tersasar daripada perjuangan memartabat bangsa, agama dan negara kerana Anwar serta Azmin dilihat meletakkan kepentingan peribadi melebihi segalanya selain turut diselubungi masalah moral kronik.

"Kepercayaan saya terhadap PKR, Azmin dan Anwar semakin terhakis sejak beberapa tahun lalu rentetan pelbagai isu yang menyelubungi parti ini. PKR tidak lagi membela bangsa, agama dan negara tetapi hanya ghairah mahu menabalkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

"Apatah lagi Anwar dan Azmin juga diselubungi masalah moral. Jadi kami melihat hanya UMNO dapat membela nasib bangsa setelah kami membandingkan apa yang berlaku di Selangor," katanya dalam Majlis Pengisytiharan Keluar PKR di Batu 10, Gombak di sini malam tadi.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Gombak, Rahim Kamaruddin, Penyelaras Barisan Nasional Gombak Setia, Datuk Said Anuar Said Ahmad serta gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI).

Dalam pada itu, Noh berkata, siri pengisytiharan keluar parti oleh pemimpin PKR sama ada mereka yang terbabit sebagai pengasas atau ahli di peringkat akar-umbi harus membuka mata rakyat bahawa parti pembangkang tidak layak dipilih mentadbir Selangor apatah lagi negara.

Menjadikan kes penindasan terhadap Majlis Amanah Mara (Mara) sebagai contoh, beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, kerajaan PKR Selangor mentadbir secara zalim kerana bertindak meraih keuntungan atas kesusahan rakyat.

"Apabila sekolah Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kubu terbakar dan pelajar mereka diletakkan sementara di bangunan milik kerajaan negeri, kerajaan Selangor mengenakan sewa sehingga RM723,000 untuk tempoh tiga bulan. Anak-anak yang belajar di MRSM ini siapa?

"Apa salahnya kita bagi percuma kepada pelajar-pelajar ini menumpang tidur, mandi dan belajar, tetapi kerajaan PKR Selangor melihat nilai kemanusiaan itu dari sudut keuntungan kerana negeri ini ditadbir seperti sebuah syarikat," katanya.


GR kata: Last minit Bang Non akan BELI calon BN untuk sabotaj parti...jaga-jaga!!

#ManifestoBN vs #ManifestoPR....SIAPA TIRU SIAPA HAA??


1. Pertama sekali saya memohon maaf kerana lewat mengeluarkan artikel ini oleh kerana kesibukan bersama program-program ayahanda Tun Mahathir dua tiga hari ini.

2. Saya hanya ketawa apabila melihat mereka melompat-lompat menyatakan BN tiru PR dalam manifesto.

3. Bila PR keluarkan manifesto mereka, jadi lebih mudah kepada BN untuk counter-back . Itu namanya strategi. Najib Razak memang bijak. Hehehe

4. Sebelum ini memang ada beberapa kenyataan MiTi untuk turunkan harga kereta menjelang 2015 selepas perbincangan dengan beberapa syarikat pengeluar kereta.

5. Buat masa ini syarikat pengeluar kereta seperti proton dan perodua hanya memberi diskaun, tawar skim graduan dan sebagainya.

6. Aku Janji BN baru-baru ini dibentangkan oleh Pengerusi BN menyatakan kerajaan akan mengkaji semula dasar automotif negara untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat 20-30% .

7. Memang ramai tidak bersetuju dengan persetujuan AFTA dalam dasar itu ketika zaman Pak Lah menjadi PM apabila untuk 'open market' kita kepada luar sedangkan negara kita sahaja dalam Asia Tenggara yang mengeluarkan kereta sendiri sedangkan di beberapa negara lain terutama di Korea Selatan tidak open market kereta kerana nak menjaga kereta mereka. Malaysia masih belum bersedia untuk menyertai AFTA (akan dibincangkan lain kali, kerana ini hanya selingan) dan melalui AFTA pun harga akan semakin turun kerana persaingan dan permintaan.

8. BN tak tiru PR sebab PR nak hapuskan cukai, tapi bn hanya turunkan. Malah kalau BN nak hapuskan cukai saya sendiri akan kecam BN kerana akan mengheret negara di "ambang kehancuran".

9. Penurunan pun hanya antara 20-30% dari duti
kalau sekarang duti bernilain RM 20,000... maka penurunan 20-30% hanyalah diantara 4,000 - 6,000.\

10. kenyataan rafizi dlm poster jawapan beliau kpd SSTDM mengenai profit yg tinggi kerana monopoli pemegang AP juga adalah salah sbb kereta yang dipasang di malaysia dan asean tidak memerlukan ap kereta seperti civic, camry, myvi, tidak memerlukan AP.

11. Dalam keadilan daily, dia pun tulis 90% kenderaan tak perlukan AP. so, macam mana nak dapat duit dari lelongan AP ?

12. Mengenai formula pengiraan Rafizi saya telah bentangkan malah penipuan dalam harga kereta sebelum dan selepas cukai pun saya dah lawan balik.

13. Yang duk kata BN tiru PR, diminta untuk pergi Kursus Bahasa Melayu mengenai dan bezakan HAPUS dan KURANGKAN ;) - Saya Sayang Tun M


GR kata: Awat la Rafizi ni bebai sangat??

Wednesday, April 10, 2013

HOT: ULAMA TERDAHULU BONGKAR SIAPA SEBENARNYA NIK AZIZ!


1. Arwarh Tok Guru Haji Lah ( Pondok Lubuk Tapah ) semasa hayatnya pernah memberitahu kepada seorang Tok Guru pondok Berangan, bernama Haji Yaakob ( iaitu ayah kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang ) supaya mengawasi Nik Aziz. Katanya ‘ mu tengok molek sikit ajiz ni dia kuat berpolitik dan tak sempat mengaji dengan mendalam. Pengikut dia ramai dan kalau dia sesat maka sesatlah semua yang memujanya sebagai tok guru ’. Memang benar perkara itu telah berlaku dan telah banyak perkataan dia menyesatkan orang ramai seperti mengatakan sanggup berkawan dengan syaitan, Tuhan gedebe, Tuhan mencarut dan sebagainya. Jelas bahawa Tok Guru pondok yang sangat dihormati seperti Tuan Guru Haji Lah ( Allahyarham) sendiri yang dikenali umum sebagai alim ulamak terbilang di Kelanta sendiri, tidak yakin dengan keilmuan Nik Aziz dan sudah nampak bagaimana dia akan merosakkan agama dengan menggunakan ilmu agamanya demi untuk kepentingan politik yang sedikit lagi sempit.

2. Semasa BN memerintah hanya patung Buddha yang berbaring sahaja yang dibina, tidak begitu besar atau tinggi menjulang hingga melebihi ketinggian mana-mana masjid di Kelantan. Namun Nik Aziz sepanjang 19 tahun berkuasa beliau telah membenarkan patung Buddha yang besar melebihi masjid di Tawang dan beberapa tempat lain lagi di Kelantan. Jelas sensiviti beliau terhadap agama tidak melambangkan dengan gelarannya sebagai Mursyidul Am PAS.

3. Nik Aziz juga telah bermurah hati menderma kepada Tokong Siam dengan memberi dana berjumlah RM60,000 dengan dibawa oleh Exco Kelantan iaitu Anuar Tan secara senyap. Pemberian kali pertama sebanyak RM30 ribu ringgit dan kali kedua sebanyak RM 30 ribu ringgit. Sedangkan Nik Aziz tidak pula bermurah hati untuk memberi dana yang besar kepada masjid-masjid bahkan beliau sendiri tidak pernah membina masjid sepanjang 19 tahun menjadi MB yang juga pada masa yang sama menjadi Mursyidul Am kepada PAS. Wat tersebut telah dirasmikan pada 12 Jun 2009.

4. Pernah ketika melawat Pondok Berangan milik Tok Guru Hj Yaakob ( ayah Timbalan Menteri Besar Kelantan ) di Tumpat, yang bersebelahan dengan Wat Maiswankiri ( atau dikenali sebagai Ketik Tengah), Nik Aziz hanya menderma RM50 sahaja kepada pondok tersebut tetapi memberi RM1900 kepada wat Maiswankiri. Perkara ini didedahkan sendiri oleh orang pondok yang membuka peti tabung selepas beliau meninggalkan pondok tersebut dan juga diceritakan oleh petugas Wat Maiswankiri. Ia adalah bukti kukuh bagaimana sikap Nik Aziz terhadap institusi agama berbanding ketika menyumbang kepada sebuah rumah ibadat masyarakat Siam. Jelas sekali bahawa demi kepentingan politik Nik Aziz sanggup melebihkan sumbangannya kepada sebuah Wat Siam dari member derma kepada sebuah pondok pengajian agama yang menjadi kilang melahirkan ulama rabbani. Sekali lagi beliau tidak layak digelar Mursyidul Am PAS atau dipanggil Tok Guru.

5. Ada juga info memberitahu bahawa anak saudara Nik Aziz yang belajar di Mesir terpaksa membuat kumpulan Nasyid bernama As Sof untuk membiayai pengajiannya. Bagaimana seorang Mursyidul Am bertaraf Menteri Besar yang mendapat gaji yang lumayan tidak pula memberi bantuan bulananan kepada anak saudaranya sendiri. Bukti bahawa Nik Aziz tidak fikirkan kebajikan rakyat hatta anak saudaranya sendiri dibiarkan sedemikian rupa. Apakah ini rupa sebenar Mursyidul Am PAS ?

6. Nik Aziz juga pernah ditentang hebat oleh seorang anak Tuan Guru Hj Abd Rahman ( Wakaf Bharu) bernama Hj Din ekoran fatwanya menghalalkan tupai dimakan dan mengatakan seluar pendek boleh dipakai oleh orang lelaki. Ekoran kes tersebut maka Hj Din anak kepada Tuan Guru Hj Abd Rahman sendiri telah pergi ke rumah beliau untuk berbahas dengan membawa kitab Faridah Faraid namun tidak dilayan oleh Nik Aziz. Perkara ini sudah diketahui oleh pelajar pondok bahkan oleh ahli PAS sendiri tetapi didiamkan kerana takut dikutuk oleh fanatik PAS yang lain yang sudah tentu tidak akan menerima kritikan sebegini kepada tok guru mereka. Sedangkan ia membuktikan Nik Aziz tidak layak menjadi seorang Mursyidul Am bagi sebuah parti politik yang ingin memperjuangkan Islam.

7. Selain itu, Nik Aziz juga gagal dalam mentarbiah adik beradik keluarga bininya ( Tuan Sabariah) kerana isu harta pusaka. Pergaduhan telah berlaku dalam keluarga Tuan Muda selepas kematiannya dan tidak wajarlah diperincikan di sini kisah tersebut. Cuma ia telah diketahui ramai dan ia menjadi bukti bahawa Nik Aziz gagal menjadi seorang ulama bertaraf Mursyidul Am kerana tidak dapat mendidik keluarganya sendiri dari pihak isterinya untuk menjadi seorang umat Islam yang baik. Tidak peliklah jika di Kelantan tempoh hari tidak sampai seminggu ada dua kes bayi dibuang di dua buah masjid di sana. Apakah ahli PAS akan terus menerima dan mempertahankan Mursyidul Am seperti beliau?

8. Adik isteri beliau bernama Tuan Mat juga pernah ditahan ISA kerana menjadi tekong darat membawa masuk warga asing dari Bangladesh dan pernah ditahan ISA selama dua tahun. Pendedahan ini juga membuktikan bagaimana seorang Tok Guru bertaraf Mursyidul Am gagal dalam membawa perjuangan Islamnya untuk dihayati oleh keluarganya sendiri. Hingga Tuan Mat ini juga dapat membina rumah besar di tepi sungai Kemumin hasil dari kegiatan membawa warga asing masuk ke Malaysia. Tindakan yang tidak ubah sebagai pengkhianat bangsa ini didiamkan sahaja oleh Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan walhal ia bercanggah dengan agama dan undang-undang Negara kita. Apakah beliau masih relevan untuk terus menjadi Mursyidul Am PAS ? Ahli-ahli PAS perlu memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya. Elok jika semasa Mesyuarat Khas PAS tidak lama lagi, usul memecat Nik Aziz harus dibawa kepada perwakilan.

9. Pernah beliau juga menolak gambar-gambar digantung di rumah dan tidak akan menghadiri majlis yang dibuat di rumah yang ada gambar manusia digantung. Namun sekarang gambar beliau sendiri yang begitu besar telah dipamerkan di tepi jalan. Ini menandakan beliau sering berfatwa yang tidak diamalkan oleh dirinya sendiri. Inilah jenis Mursyidul Am yang disukai oleh geng Erdogan yang cakapnya tidak serupa bikin dan bersifat ‘halal untukku dan haram untukmu.’

10. Nik Aziz juga pernah mengatakan Akademi Fantasia sebagai setan. Namun mengalu-alukan kehadiran Mawi ke sana yang pernah menjadi Juara AF. Begitu juga beliau turut bertemu dengan artis-artis lain seperti Maya Karin, Siti Nurhaliza dan terbaru artis kumpulan rock bernama Amy Search. Pendek kata Nik Aziz menelan kata-kata beliau sendiri dan sering berubah mengikut masa dan ‘nafsu’ nya sendiri.

11. Nik Aziz juga pernah menolak menghadiri kenduri kahwin anak Dato Asri ( bekas Presiden PAS ) kerana tidak setuju dengan persembahan Orkes Suraya sedangkan ia sebuah kumpulan nasyid. Alasannya suara wanita adalah aurat. Malang sekali hari ini persembahan dikir barat wanita telah dibenarkan dan qariah Kelantan telah dianaktirikan dari menjadi wakil Kelantan untuk pertandingan Musabaqah Al Quran. Adakah ini Islam yang diamalkan oleh Mursyidul Am PAS selama ini selari dengan Islam yang sebenar ? Fikir-fikirkanlah wahai saudara/I sekelian.

12. Nik Aziz juga tidak pernah membuat sebarang majlis Maulidur Rasul sepanjang pemerintahannya dan mengatakan ia sebagai bidaah. Sedangkan majlis menyambut kelahiran Sultan Kelantan dan Hari Merdeka dibuat dengan gilang-gemilang sekali. Jelas bagi umat Islam ahli Sunnah Wal Jamaah tidak dapat menerima pemikiran ‘kaum muda’ ala wahabi ini. Kerana alas an beliau ialah Maulidur Rasul menyerupai perbuatan agama Yahudi dan Nasrani. Memang benarlah bahawa Nik Aziz tidak layak menjadi Mursyidul Am yang boleh membawa fahaman Sunnah yang sebenar.

13. Satu ketika dahulu isu kroni yang melibatkan perlantikan Menantu beliau menjadi Pengerusi Perbadanan Menteri Besar juga telah kecoh di Negara kita. Akhirnya beliau telah mengatakan ia turut diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Adakah ‘kroni’ yang dikatakan dibuat oleh Nabi itu sama dengan kroni yang kita faham. Jelas sekali nama baik Rasulullah telah dimain-mainkan oleh lidah bercabang Nik Aziz ini… Memang sesuailah jika ahli-ahli PAS di seluruh Negara perlu menolak Nik Aziz dari terus merosakkan PAS dengan fatwa karutnya sebagai Mursyidul Am PAS.

14. Sepanjang menjadi Menteri Besar Nik Aziz telah ‘berjaya’ membiarkan sebuah Tokong Besar dan Tinggi melebihi Masjid Tawang di Bachok. Beliau yang gigih berusaha untuk mendapat sokongan hebat masyarakat Siam di sana dengan pendirian politiknya yang begitu obsess untuk mendapat undi dari mereka. Namun ia satu lagi bukti bagaimana Nik Aziz telah bertindak keterlaluan hingga member kebenaran sebuah Tokong/ Wat Siam begitu besar dibina di Kelantan. BN tidak pernah bertindak seperti yang dibuat oleh Mursyidul Am PAS ini dan sewajarnya Nik Aziz ini boleh digelar Mursyidul Am Siam sahaja oleh rakyat Kelantan.

15. Sepanjang menjadi MB juga Nik Aziz telah menjual Ladang Sungai Terah, Perdana Resort dan Hotel Perdana yang diasaskan oleh Kerajaan Kelantan pimpinan Barisan Nasional sebelum itu. Maka apakah lagi harapan rakyat Kelantan kepada beliau jika satu persatu aset Kerajaan Negeri Kelantan dijual kepada orang lain?


GR kata: Dendam kesumat Nik Aziz yang makan diri sendiri....

#PRU13: BEREBUT NAK JADI CALON, PAKATAN YANG GILA KUASA! TAHNIAH!!


Persaingan telah bermula tetapi isu perebutan kerusi yang berterusan menyebabkan keadaan semakin panas.

Strategi Pakatan Rakyat menamakan calon-calon dalam cara berperingkat pada program jelajah di seluruh negara menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli, dengan sesetengah daripada mereka mengancam untuk berpaling tadah.

Masalah timbul akibat perebutan untuk kerusi boleh dilihat di Johor, Terengganu. Pulau Pinang, Perlis, Negeri Sembilan dan Sabah.

Di Johor, isu ini lebih kepada pencalonan ketua PKR negeri, Datuk Chua Jui Meng akhirnya diselesaikan selepas beberapa minggu spekulasi mengenainya berikutan pengumuman Penasihat DAP Lim Kit Siang akan bertanding di parlimen Gelang Patah yang beliau telah melobinya.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan membuat lebih banyak pengumuman mengenai kerusi parti itu yang akan bertanding di Johor pada minggu ini, dengan semua mata tertumpu di parlimen Bakri dan Kulai.

Di Terengganu, pengumuman ketua PKR negeri, Azan Ismail pada Rabu lepas bahawa parti itu akan bertanding di 11 negeri dan tiga kerusi Parlimen telah disangkal oleh Pesuruhjaya PAS, Abdul Wahid Endut.

Abdul Wahid pada hari berikutnya berkata PAS akan bertanding tujuh daripada lapan kerusi parlimen, meninggalkan hanya satu kepada PKR, menyebabkan Azan tidak berpuas hati.

Azan, yang merupakan Ahli Parlimen Indera Mahkota mungkin akan ke Kemaman, menunjukkan bahawa beliau berusaha untuk lebih kerusi bagi PKR, khususnya di kawasan parlimen Setiu atau Kuala Nerus.

Di Pulau Pinang, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Rawa berkata, calon PAS akan bertanding Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Achehi.

Ini disangkal oleh Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abdul Kassim.

Di Perlis, PKR dan PAS merebut kerusi Kangar, secara tradisinya ditandingi oleh PKR.

Pengerusi Negeri PKR, Mohd Faisol Abd Rahman berkata, beliau kecewa bahawa Pesuruhjaya PAS Perlis Hashim Jassin baru-baru ini mengumumkan Baharuddin Ahmad sebagai calon bagi kerusi itu.

Mohd Faisol berkata, PKR tidak akan memberi laluan kepada DAP bagi majoriti Cina kerusi DUN Indera Kayangan.

Di Sabah, kepimpinan Pakatan sedang cuba untuk berbincang bagi berkongsi kerusi dengan sekutunya Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pakatan Perubahan Sabah (PPS).

Dalam apa yang dilihat sebagai langkah awal begitu mengejutkan, Ketua PKR Tuaran, Ansari Abdullah pada Khamis lalu mengumumkan bahawa beliau akan bertanding di Tuaran yang bertentangan dengan kenyataan Anwar yang akan mengumumkan Ketua APS Datuk Seri Wilfred Bumburing sebagai calon bagi kerusi itu.

Ansari mempertahankan tuntutan beliau, termasuk enam kerusi lain untuk PKR, dengan ancaman bahawa beliau akan bertanding sebagai calon bebas sekiranya permintaan itu tidak dipenuhi.

Sejak pelancaran manifesto pada 25 Februari, majlis kepimpinan Pakatan Rakyat berulang kali memberi jaminan bahawa peruntukan kerusi Parlimen telah dimuktamadkan dengan hanya perubahan kecil yang dibuat.

Majlis menyatakan bahawa PAS akan bertanding di 76 kerusi, 96 untuk PKR (untuk dikongsi bersama dengan sekutu-sekutunya APS dan PPS) dan DAP (50 kerusi).

Bagaimanapun, pada Rabu lepas, majlis itu gagal untuk mengumumkan senarai calon akhir walaupun banyak yang menantikannya.

Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shahrin, yang mengintai tiket PKR, meletakkan ia dalam konteks.

"Sebelum Mac 2008, Pakatan mencari untuk calon yang cukup. Ia berbeza sekarang kerana terdapat banyak yang menunggu dalam barisan untuk mengisi borang pencalonan," katanya.

Pada Ahad lepas, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengakui bahawa kelewatan dalam mengumumkan senarai calon akhir telah membawa kepada perselisihan faham dalaman.

Penganalisis politik, Khoo Kay Peng berkata, masalah telah masalah pada peringkat awal yang dihadapi oleh parti pembangkang adalah sesuatu yang tidak matang.

"Mereka (Pakatan) perlu memperlihatkan untuk bekerja bersama-sama tetapi perbincangan mereka adalah mengenai untuk rundingan kerusi dan bukannya peruntukan kerusi," katanya.


GR kata: Macam nie nak memimpin negara, semua gila kuasa...gilo betul!!

TERKINI #PRU13 #GE13: Penamaan Calon 20 April 2013...Rakyat MENGUNDI 5 Mei 2013


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan bahawa tarikh penamaan calon bagi PRU13 ialah pada 20 April 2013. Manakala tarikh mengundi adalah dua minggu dari tarikh penamaan calon. Ini bermakna seluruh rakyat Malaysia akan keluar mengundi pada 5 May 2013.

Hari mengundi awal pada 30 April 2013. Hari berkempen ditetapkan 16 hari.

Rakyat Malaysia diseru agar menggunakan hak masing-masing dengan betul. Ini kerana sebarang kesilapan memilih parti-parti politik menyebabkan rakyat perlu menunggu 5 tahun lagi untuk membetulkan kesilapan.

Rakyat juga perlu berfikir dengan bijak dalam berdepan dengan isu-isu semasa yang dicanang dalam media sama ada media elektronik, cetak atau media sosial.

Jangan menggadaikan masa depan negara dan keluarga dan ada sikap 'try and error' dalam membuat keputusan. Pilihan anda akan menentukan sama ada negara akan terus maju atau mundur setapak kebelakang.


GR kata: Rakyat tunaikan kewajiban dan buat pilihan yang bijak demi masa depan agama, bangsa dan negara.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BERSIH 4.0 GAGAL, AMBIGA LARI HILANG ENTAH KE MANA!


Mungkin ramai yang tidak perasan, di sebalik kejayaan BERSIH 1.0, 2.0 dan 3.0, nama Ambiga semakin tenggelam dalam percaturan calon PRU ke 13 akan datang ini. Bayangkan, seorang yang mampu bawa rakyat ke jalanan, diketepikan dari senarai pencalonan, kerana dia bukan di dalam hierarki politik.

Janji Anwar sewaktu Bersih 2.0, Ambiga akan ditampilkan sebagai calon ‘URBAN dan WAJIB MENANG’ PKR pada kali ini. DAP juga ada keinginan nak bawa Ambiga bertanding menggunakan tiket DAP.

Nampaknya, sampai sekarang, Ambiga masih diketepikan. Ini yang buat Jawatankuasa Bersih naik angin. Suka-suka mengenepikan orang.

Soalnya, apakah BERSIH 4.0 boleh mendatangkan dividen politik pada ketika ini? Apakah implikasinya?

Setakat ini, BERSIH 4.0 yang dijadualkan  malam ini tidak mendapat sambutan langsung. Modal yang biasanya masuk daripada PKR pun tak masuk kali ini. Dana antarabangsa pun tak masuk.

Nampak sangat kegagalan BERSIH 4.0 kerana kegagalan Ambiga SECURE dana yang diperlukan. Nak belanja RM5 juta sebelum PRU adalah sesuatu yang perlukan kelulusan jawatankuasa tertinggi parti. - GA


GR kata: Good bye Ambiga....

TASHA SHILA BERSAYANG-SAYANG DENGAN PLAYER SELANGOR?


Peminat bola sepak tempatan pastinya mengenali pemain pasukan Selangor, Mahali Jasuli yang kini semakin menunjukkan taring acapkali beraksi dalam pasukan kebangsaan.

Nama Mahali juga terus disebut tatkala dia muncul dalam program MeleTop di Astro Ria, baru-baru ini dengan menyatakan hasrat bakal memilih Tasha Shilla sebagai isteri seandainya diberikan pilihan wanita di kalangan artis tempatan.

Pemilihan Mahali untuk menyunting pelakon cantik itu sebagai isteri, nampaknya tidak bertepuk sebelah tangan.

Ini kerana Tasha Shilla sudah mula berani mendedahkan hubungannya dengan Mahali dengan sering menghantarkan mesej menerusi laman Twitter dengan menggelarkan Mahali dengan nama Sayang.

Menjawab persoalan ini, Mahali sebolehnya tidak mahu perkara berkaitan dirinya dan Tasha menjadi kecoh.

Bagaimanapun, Mahali yang peramah orangnya itu tidak menolak bahawa dia sedang berkawan dengan pelakon cantik.

"Saya dengan Tasha masih berkawan. Belum sampai ke tahap bercinta atau lebih serius. Terus-terang, saya sudah kenal dia sejak November tahun lalu. Hubungan kami lebih kurang lima bulan.

"Sebelum ini, saya pernah mengatakan kepada media bahawa saya amat meminati Tasha.

"Selepas itu, peminat Tasha telah mencari saya dan menjemput saya menghadiri jamuan hari lahirnya.

"Dari situlah kami mula berkenalan dan berkawan. Kiranya kami berkenalan apabila peminat Shila yang kenalkan kami," katanya kepada murai.com.my.

Menjelaskan mengenai panggilan Sayang yang diberikan Tasha terhadap dirinya, Mahali merasakan panggilan tersebut tidak salah diberikan kepada seorang kawan.

"Sekarang ini, kami jarang berjumpa kerana masing-masing sangat sibuk. Namun, kami sering bertanya khabar dengan menghantar mesej.

"Semasa diwawancara dalam program MeleTop, saya sudah pun berkawan dengan Tasha.

"Rasanya tidak salah kalau Tasha panggil saya dengan panggilan Sayang walaupun hubungan kami hanya sebagai kawan," ujarnya.

Apa sekalipun, Mahali memohon kerjasama dari semua pihak supaya tidak melebih-lebihkan perhubungan mereka.

Permintaan ini dibuat berdasarkan komitmen kerjayanya yang memaksa diri beliau lebih fokus terhadap sukan bola sepak tempatan.


GR kata: Player bola sekarang pun dah macam artis...glamor tu!!

TIAN CHUA ELOK MAMPUS..HIDUP PUN MENYUSAHKAN ORANG JER!! #GE13


Mungkin ramai pembaca yang menyokong tajuk aritikel GR kali ini. Pada yang taksub dengan pakatan ini lantak dema la yer. GR nak cakap bukannya dari sudut politik tapi atas dasar pemikiran waras kita semua.

Beberapa hari yang lepas, GR ada menulis pada pemimpin PKR yang bahlol nie. Boleh baca DI SINI

Ramai pencacai pakatan yang kata artikel yang GR keluarkan kelmarin menipu berkenaan ceramah Naib Presiden PKR nie. Cakaplah nak cakap apa pun...pencacai pakatan sememangnya tak boleh terima kenyataan. Di mana ada kebenaran masa itu jugalah mereka umpama cacing kepanasan. Diri mereka sudah sebati dengan penipuan, cacian dan fitnah sana sini.

Korang tengok sendiri gambar yang GR kongsikan kali ini. Tian Chua lebih rela MATI dari hidup kerana selalu menyusahkan rakyat. Kalau nak dilihat apa pengorbanan yang dibuat oleh rakyat di Parlimen Batu, hanya mimpi indah la jawabnya.





Bercakap di hadapan hanya 60 orang duk merepek tak tentu pasal apa citer YB? Difahamkan mereka yang hadir dari orang luar bukannya dari rakyat Batu sendiri. Ceramah pun main import eksport ka YB. Orang dah meluat dengan provokasi hang tu baik berhenti jelah dari dunia politik. Nasib baik la tak kena baling telur ke simbah air itu pun dah kira nasib.

Baru-baru ini juga Tian Chua menyatakan beliau dihalau dan tak dibenarkan masuk ke Sabah. Dah la menipu kantoi lagi pulak tu.


Telah kelihatan beberapa hari ini sejak Tian Chua tidak dibenarkan masuk ke Sabah, cybertroopers pembangkang menyebarkan gambar (atas) yang mengatakan Tian Chua telah dikasari dan diusung keluar dengan begitu teruk sekali dari Lapangan Terbang Kota Kinabalu.




Sebenarnya ia merupakan foto ketika insiden ketika dia ditangkap kerana menceroboh kawasan Parlimen ketika Bersih 2.0 yang menyaksikan insiden dia gigit tangan polis (gambar di atas).

Inilah standard pemimpin pakatan haprak, mereka tidak mempunyai ciri seorang pemimpin. Pemikiran mereka mengalah budak sekolah tadika, budak pun lagi pandai fikir dari diaorang nie. Inilah yang Anwar sanjung tinggi sebab pemikiran dia pun tahap bontot dia jugak....jenis manusia yang tak der otak. Pemimpin macam ni elok mati...ada kat negara pun menyusahkan jer. Betul tak??


GR kata: Habuan tampar untuk tampar Tian Chua ni ada lagi tak??

Tuesday, April 9, 2013

PM @NajibRazak JANGAN DENGAR ORANG YANG SIBUK NAK JADI BOSSS..! RAKYAT TAK MAHU CALON PAYUNG TERJUN! @MuhyiddinYassin @Zahid_Hamidi @ZambryAbdKadir


Desas desus pemilihan calon untuk PRU13 semakin hari semakin hangat. Baik dalam BN dan juga pakatan Haprak. Rakyat Malaysia ternanti-nanti siapakah wakil rakyat yang mereka boleh ketengahkan untuk membawa suara mereka pada pucuk pimpinan Kerajaan yang akan memerintah nanti.

Sudah pasti peristiwa pahit PRU12 tidak akan berulang lagi. Disebabkan marah, kecewa dengan Kerajaan yang memerintah ketika itu rakyat membuat keputusan untuk beralih undi. Pada mereka nasib mereka akan menjadi cerah tetapi malang tak berbau. Memberi mandat kepada pakatan haprak terus membawa bala bencana kepada rakyat. Lihat apa sudah jadi pada Selangor, Perak, P.Pinang, Kedah dan Kelantan...rakyat mereka masih tertipu dengan janji yang pakatan haprak taburi. Tepuk dada tanyalah hati....

Untuk PRU13 kali ini GR masih ingat kata-kata PM Najib di Stadium Putra Bkt Jalil malam tu, SOKONGLAH PASUKAN SAYA! Apa maknanya itu? Kepada pemimpin-pemimpin BN yang lain seharusnya memberi sokongan penuh kepada PM Najib yang sejak 2009 kerja keras nak cuci taik yang bersepah pada tahun 2008.

Senarai calon pastinya sudah ada, hanya menunggu masa untuk diumumkan sahaja. Pastinya PM Najib telah meneliti sehabis baik dengan menyeluruh calon-calon yang bakal mewakili BN dalam PRU13 kali ini.

Senang cakap ini bukan masanya untuk melobi dan membodek PM Najib dan pucuk pimpinan tertinggi BN. Fikirkan masa depan rakyat bukannya sibuk fikir nak merebut jawatan...senang cite GILA KUASA. Nak itu semua boleh keluar dan join pakatan haprak yang terang-terang mereka semua gila kuasa.

Apa yang GR dapat maklumat dari orang-orang kuat BN, mereka mengeluh masih ada pemimpin yang cuba nak buat palat. Yang busuk nama nanti PM Najib dan BN. Diaorang nie semua confident 100% BN menang PRU13 ni. Yang buat kerja orang lain ikhlas demi kemenangan...orang lain pulak sibuk MELOBI, MEMBODEK SANA SINI.


Kepada mamat berbaju putih, inilah dia yang sibuk nak jadi CALON PAYUNG TERJUN. Sibuk tengah melobi dan membodek PM Najib supaya namanya melekat sebagai calon PRU13. Apa yang GR tahu, mamat yang memang jawatan besar dalam GLC ni nak bertanding di Perak. Gunakan kabel beliau yang memang jawatan sebagai Menteri Kewangan 2. Gunakan orang kuat PM untuk buat palat pada PM! Nak bertanding di Johor, mengaku orang Johor....nak bertanding di Perak, mengaku orang Perak. Tak cukup lagi ker jadi BOSS GLC tu Datuk!!



Pada PM Najib dan pucuk pimpinan Barisan Nasional, mohon dan doa dari seluruh rakyat Malaysia jangan mudah terpedaya dengan cara lobi sana sini dan bodek sana sini. GR masih ingat PM Najib cakap "Saya sanggup hilang kawan demi memberikan yang terbaik untuk rakyat". Harap PM Najib kotakan cakap-cakap tersebut demi kemakmuran rakyat dan negara. Jangan peristiwa hitam 2008 berulang kembali. Ingat!! BN bukan macam pakatan haprak yang sibuk berebut kuasa!!

Nak tahu siapa Menteri Kewangan 2 yang cuba buat palat tu...baca DI SINI


GR kata: Rakyat mahu calon yang depa kenal dan boleh buat kerja untuk rakyat....bukan calon lompat sana sini!!!

RAKYAT MALAYSIA HARUS TOLAK MEREKA KE DALAM KUBUR #PRU13 INI!


Demi masa depan agama, bangsa dan negara Malaysia, kita semua harus tolak Pakatan Haprak pada PRU13 ini.

Kalau korang nak Malaysia ini kekal sebagai negara Islam buatlah keputusan yang bijak.

Kalau korang nak Malaysia ini kekal aman, buatlah keputusan yang bijak.

Kalau korang nak Malaysia ini bukan negara yang amalkan budaya songsang, buatlah keputusan yang bijak.

Kalau korang nak Malaysia ini takkan jadi negara bankrap buatlah keputusan yang bijak.

KALAU KORANG TAK NAK MALAYSIA NI ADA PERDANA MENTERI YANG KAKI SONTOT SEMUA LUBANG, BUATLAH KEPUTUSAN YANG BIJAK!!

NIK AZIZ MAKIN DISAMPUK SYAITAN, KERAJAAN BUAT MASJID PUN HARAM!


Setelah menuduh sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa, UMNO membuat masjid bukan kerana Islam sebaliknya mahu menjadi kontraktor.

Malah, Menteri Besar Kelantan itu berkata, program-program berkaitan Islam yang dilakukan UMNO juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam."Di Kelantan ini banyak mana projek-projek Kerajaan Pusat buat, sepatah pun tidak memberitahu harga sebenar.

"Tentu ada benda yang tersembunyi, orang Melayu panggil 'sambil menyelam sambil minum air'. UMNO pula 'sambil menyelam sambil bekwoh' (kenduri). Bukan setakat minum sahaja, makan besar," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melancarkan Projek Pawah Rusa di Kompleks Perkhidmatan Veterinar.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya dalam ceramah di Kampung Jambu yang mendakwa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala kerana mendakwa parti itu menolak dasar Islam.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz menyifatkan manifesto yang diumumkan Barisan Nasional (BN) demi kesejahteraan rakyat malam tadi sebagai mengarut. "Buatlah apa sahaja, asal tolak Islam semuanya mengarut,"

Korang rasa kata-kata Nik Aziz ini ada kewarasannya tak? Kita fikir sejenak, UMNO/BN bina masjid yang menjadi kontraktornya siapa? Apa bodohnya Nik Aziz nie. Menghina rakyat yang cari makan sebagai kontraktor. Salah ker?

Kalau membina masjid ini tidak berlandaskan Islam, PAS yang bersekongkol dengan DAP dan PKR itu berlandaskan Islam ker? Fatwa mana yang Nik Aziz rujuk Kerajaan yang sedia ada sekarang ini menolak Islam. Menolak Islam bereerti Malaysia ini tidak akan jadi negara Islam, tapi kenapa Allah SWT masih pelihara Malaysia ini dari segala bencana yang dahsyat? Fikirkanlah....


GR kata: Nik Aziz dah sewel...

Monday, April 8, 2013

NURUL IZZAH KELUAR FATWA BARU NAK COVERLINE VIDEO 'KOLOM' ANAK BAPAK!


Lama juga GR tak dengar 'keluhan sedap' YB Lembah Pantai ni yer, selepas menjadi ustazah yang mengeluarkan 'fatwa' baru mengenai tiada paksaan dalam Islam. Bila dalam hujahan beliau dipetik dari ulama' tersohor dunia Yusoff Al Qardawi...boleh percaya ker?

GR bukan bermaksud pada kepercayaan pada Ulama' Yusoff Qardawi tapi bila tengok kitab apa yang Nurul Izza pegang sambil dengan selamba kodok keluarkan fatwa. Cakap dengan lantang sambil ulang berkali-kali hukum hakam Islam. Kitab apa tu Nurul Izzah? Kitab Bible ker??

Memang kenalah pepatah Melayu "Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi". Tak ada latar belakang pengajian dalam agama tapi dengan selamba dek jerk cakap pasal hukum hakam Islam. Pada pencacai PAS yang cetek ilmu agama Islam tengok video nie....jangan sibuk nak 4 saksi.



Golongan apakah puak pakatan haprak ini dalam Islam. Bercakap tentang hukum hakam agama dengan tanpa merujuk Al Quran dan Hadith. Hanya petik nama seorang ulama' tapi baru-baru ini ulama tersebut menyokong penuh kepimpinan YAB Perdana Menter DS Najib Razak. Macam mana tu? Adakah Islam di Malaysia ini akan terpelihara jika pakatan haprak memerintah Malaysia....


GR kata: Nurul Izzah nak saman jangan lupa 4 saksi yer. Kih kih kih

HARAPAN KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI BAGAN DATOH - @Zahid_Hamidi #PRU13





GR kata: Menepati Janji Membawa Harapan....

HOT VIDEO: KHAWARIJ PAS MENGAMUK SEBAB KALIMAH ALLAH TAK BOLEH DILACURKAN!


Lihat video yang dipaparkan ini menunjukkan masih ramai khawarij PAS yang macam cacing kepanasan bila kebenaran diperlihatkan di depan mata. Bagi mereka Allah itu boleh dilacurkan dan boleh diguna pakai oleh semua agama lain.

Inilah bila otak dah selalu dibasuh dengan ayat-ayat Syaitan keluar dari mulut Nik Aziz sehinggakan prinsip Islam yang sebenar pun mereka tak tahu. GR rasa elok diaorang ni dihantar balik masuk sekolah untuk mempelajari asas Islam dari mulanya.

Mereka juga selama ini melihat Islam tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya di negara ini sedangkan di dalam perlembagaan telah menetapkan Islam adalah agama persekutuan.

Fakta tidak berbohong, realitinya Islam diberi keutamaan dan diletakkan di tempat yang tinggi berbanding agama lain di negara ini. Dalam Al Quran juga dinyatakan kalimah Allah tidak boleh diguna pakai oleh agama lain, dakwah Islam adalah untuk mentaati perintah Allah SWT dan ikut sunnah Nabi SAW yang membawa kejayaan dunia akhirat. Jika digunakan oleh agama lain adakah dakwah Islam itu tersebar dengan baik atau sebaliknya.

Pluralisme yang dianuti oleh Anwar dan sekarang ini turut dianuti oleh khawarij PAS ternyata begitu menyesatkan. Kebenaran memang pahit tetapi ia adalah ubat untuk memperbetulkan akidah yang umat Islam yang sudah jauh disesatkan oleh fahaman yang dibawa oleh Anwar dan kuncu-kuncunya.



GR kata: Pencacai PAS otak semua dah tepu sebab belajar ilmu songsang. Elok bertaubat sebelum terlambat!!

CERAMAH KEMPEN #PRU13 TIAN CHUA DI BATU DISAMBUT MERIAH GILER BABI BEB!


Si bahlol Tian Chua ni apa yang dia tahu...jadi Ahli Parlimen pun apa yang dibuat oleh rakyat yang memberi mandat kepada dia?? Tahniahlah pada rakyat di Parlimen Batu yang sanjung tinggi pemimpin ini pada PRU12 dan hasilnya korang dapatlah sendiri yer. Padan muka korang....

Apa yang pemimpin PKR bangang nie buat dari dulu sampai sekarang alhamdulillah ramai rakyat buka mata. Sikap Tian Chua ini bukannya memperjuangkan hak rakyat tetapi untuk menjadikan Malaysia ini sebuat negara yang boleh buat apa saja tanpa kira tentang sensitiviti kaum di Malaysia.

Kempen PRU13 Tian Chua yang bermula di Batu untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRU12 mendapat sambutan yang cukup 'BAIK PUNYA' dari rakyat Batu sendiri. Cayalah korang....macam nie lah baru betul dan pada Tian Chua jangan nak perbodohkan rakyat lagi.


Gambar di atas diberikan oleh sumber yang turut sertai ceramah pakatan di Parlimen Batu semalam. Terima kasih GR ucapkan dengan bukti gambar yang diberikan ini. GR diberitahu ceramah Tian Chua semalam hanya dihadiri seramai 60 orang. Mereka yang datang pun bukannya dari masyarakat di kawasan Batu tapi DIIMPORT dari kawasan luar.

Ape citer nie Tian Chua? Kata PKR parti yang diterima oleh rakyat...kenapa boleh jadi ini macam? Pada masyarakat di kawasan Batu, GR ucapkan tahniah kerana telah buka mata di atas kesilapan yang korang buat pada PRU12 dulu. Kalau mahukan perubahan dan masa depan yang terjamin pada masa akan datang....buatlah keputusan yang bijak. Jangan sesal dulu pendapatan, sesal kemudia tiada gunanya.


GR kata: Tian Chua ini elok bagi puak Sulu tembak dia sampai mati!!

Sunday, April 7, 2013

BONGKAR: TUN MAHATHIR MENGAKU TERIMA SURAT 'CINTA' DARI AZIZAH...!!


Misteri sama ada benar atau tidak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pernah menulis surat setebal 18 muka surat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menceritakan tabiat sebenar suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terjawab.

Ini berikutan buat pertama kalinya selepas 15 tahun menyimpan rahsia, Dr. Mahathir dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Malaysia akhirnya mengakui memang benar Wan Azizah menghantar surat tersebut semasa Anwar masih bergelar Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, surat Wan Azizah itu terlalu peribadi dan beliau tidak berhasrat mendedahkan kandungannya kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah terlalu banyak tabiat Anwar didedahkan pengamal media alternatif.

“Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit.

“Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang Wan Azizah kata,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada benar atau tidak Wan Azizah pernah menyerahkan surat rahsia setebal 18 muka surat menceritakan mengenai kisah sebenar suaminya dengan harapan bekas Perdana Menteri itu boleh membantu.

Ditanya mengapa begitu lama menyimpan rahsia tersebut meskipun pelbagai tuduhan keji dilemparkan ekoran tindakannya memecat Anwar, Dr. Mahathir berkata, beliau bukan jenis manusia yang suka memburuk-burukkan pihak tertentu tanpa sebarang asas kukuh.

“Cuma dalam konteks ini, takut orang seperti itu berkuasa saya terpaksa dedahkan tetapi yang lain semua (kandungan surat) yang tidak memberi manfaat, tidak perlu saya dedahkan,” katanya.


GR kata: Kak Jijah dah perangai laki dia, sebab tu diaorang kat rumah buat hal masing-masing...

HOT: NIK AZIZ JATUH SAKIT KENA SAMPUK SYAITAN!


GR ingin beri sedikit ulasan mengenai kenyataan Nik Aziz baru-baru ini bahawa solat orang UMNO tak dapat disebabkan dasar perjuangan mereka yang menolak Islam.

Ulasan Nik Aziz ini bukanlah merupakan kali yang pertama. Sebelum ini pun sudah banyak fatwa-fatwa beliau yang hampir sama dengan apa yang dikeluarkan dua hari yang lalu. Fatwa yang dikeluaran Nik Aziz juga sebenarnya bukan berlandaskan agama, jika kita tengok ada tak tertulis dalam Al-Quran.

Ramai pihak telah memberikan pandangan mengenai fatwa sedemikian. Rata-ratanya tidak dapat menerima dengan berbagai alasan dan sebahagiannya pula mengutuk fatwa sedemikian kerana dikatakan penentuan sesuatu amalan diterima atau sebaliknya adalah hak mutlak Allah SWT.

GR sebenarnya cenderung melihat fatwa Nik Aziz ini dari sudut membuat perbandingan mengenai dasar melaksanakan Islam samada yang kini dipratikkan oleh PAS atau seperti yang diperjuangkan oleh UMNO.

Setidak-tidaknya bagi UMNO walaupun dikatakan tidak menjadikan Islam sebagai asas perjuangan namun sejak lebih 50 tahun yang lalu Islam dikatakan semakin subur terutama dari segi melahir dan menghidupkan institusi-institusi Islam yang telah memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam termasuk ahli dan penyokong PAS sendiri.

Tetapi, PAS yang sehingga ini masih mengagung-agungkan komitmen mereka melaksanakan Islam atas beberapa sebab belum mampu menzahirkan sesuatu yang konkrit yang dapat dilihat sebagai gambaran mereka benar-benar memperjuang dan mendaulatkan Islam.

Kebersekongkolan PAS bersama DAP dan PKR yang kedua-duanya menolak perlaksanaan Islam secara terbuka dan dengan bongkak mengulang-ulang penentangan terbuka mereka terhadap Islam menjadikan fatwa seperti yang sering dikeluarkan oleh Dato Nik Aziz itu hilang kredibilitinya dan sekadar momok-momokkan sahaja.

PAS sekarang ini bukanlah PAS seperti dahulu. Perjuangan PAS bersama DAP dan PKR dalam Pakatan Haprak bukanlah perjuangan yang meletakkan Islam sebagai asasnya. Dasar perjuangan Pakatan Haprak yang terkandung di dalam Buku Jingga dan Manifesto Pakatan yang dilancarkan baru-baru ini sama sekali tidak meletakkan Islam sebagai dasar yang diperjuangkan.

Sekiranya kaedah yang sama digunakan bahawa kedua-duanya dikatakan menolak dasar Islam, apakah lebihnya PAS dan apakah kurangnya UMNO? Kita lihat kalau solat UMNO tidak mendapat pahala adakah mungkin Allah memberi pahala kepada solat orang PAS yang jelas-jelas menerima dan terus mempertahankan dua rakan politik yang lain khususnya DAP yang tanpa segan silu menolak Islam secara total. Fikirkan....

Bagi GR 'fatwa politik' PAS mungkin relevan sebagai hujah politik diketika PAS berada dizaman awal penubuhannya. Maka sebab itulah tidak hairan kalau pendapat Nik Aziz itu hanya diletakkan ke dalam kategori gula-gula politik sahaja.


GR kata: Nik Aziz ingat-ingatlah sikit waktu mati, takut nanti tak boleh mengucap Syahadah....

RAKYAT SEDIAKAN KAIN KAPAN UNTUK KIT SIANG DI GELANG PATAH! #PRU13

Tanda-tanda awal ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang ditolak oleh para pengundi di Gelang Patah terserlah apabila tidak sampai 100 orang menghadiri ceramah Penasihat DAP di Kampung Pendas, dekat sini malam tadi.

Mungkin sedar kehadirannya tidak mendapat sambutan, Kit Siang yang diumumkan sebagai calon pembangkang di Parlimen Gelang Patah itu hanya sempat berceramah kira-kira lima minit sebelum beredar.

Ceramah itu kemudiannya diteruskan oleh Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Dalam ucapannya, Salahuddin seolah-olah hilang arah kerana asyik bermodalkan mengenai isu pendidikan percuma yang diuar-uarkan pembangkang dalam manifesto mereka.

Bukan itu sahaja, beliau yang dijangka bertanding di Parlimen Pulai itu juga kerap mengulangi isu berbangkit lain bagi memburukkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sedangkan permasalahan tersebut telah pun diselesaikan kerajaan.

Antaranya, termasuk menuduh kerajaan negeri merampas tanah rakyat untuk tujuan pembangunan sedangkan isu itu telahpun diperjelaskan dan melibatkan sedikit sahaja tanah rakyat.

Dia yang sebelum ini banyak menghabiskan masanya di luar Johor termasuk pilihan raya umum 2008 bertanding di Kubang Kerian, Kelantan turut mengulang dakwaan bahawa pakatan pembangkang bukan sebuah parti perkauman.

Sebaliknya, dia menuduh dan menuding jari kepada UMNO sebagai sebagai parti yang memperjuangkan hanya satu-satu kaum sahaja. - UTUSAN ONLINE

GR kata: PR menang rakyat dijamu ceramah jerla jawabnya....

HOT: NURUL IZZAH KANTOI 'MABUK' CAKAP MEREPEK! ANWAR MENGAMUK SAKAN!


Tidak sampai 24 jam berita Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dilaporkan media, anaknya Naib Presiden parti Nurul Izzah Anwar menyangkal kebenaran berita itu.

"Itu hanya cakap-cakap politik," katanya malam tadi, walaupun menyedari berita itu berpunca daripada KeadilanDaily.com yang memetik bapanya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu kepada stesen televisyen Al-Jazeera Rabu lepas.

"Itu kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Keadilan (merujuk kepada KeadilanDaily.com) saja. Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti.

"Saya rasa pengumuman rasmi akan dibuat pada Rabu ini oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau pastinya tahu mengenai persiapan calon," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Chabang Tiga di sini.

Kenyataan Dr. Wan Azizah tidak akan bertanding dimaklumkan Anwar semasa temu bual secara langsung dengan Al-Jazeera pada Rabu, menurut KeadilanDaily.com di www.keadilandaily.com semalam.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali hari ini menegaskan, Dr. Wan Azizah tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum kali ini.

Katanya, Wan Azizah akan menjelajah ke seluruh negara untuk memancing undi kaum wanita.

Dalam pada itu, Nurul Izzah juga tidak percaya Anwar akan beralih angin bertanding di Perak seperti yang dibayangkan bapanya.

"Saya fikir beliau tidak menyatakan yang beliau bersedia bertanding di Perak. Ini spekulasi media dan saya sendiri telah mendapat memorandum daripada warga Permatang Pauh yang meminta beliau (Anwar) kekal di sana.

"Ada satu dimensi sentimental yang amat unik di Permatang Pauh. Ibu saya Wan Azizah telah tiga penggal menjaga kerusi dan berkhidmat di sana dan ternyata permintaan mereka untuk (Anwar) kekal di sana harus diambil kira," katanya.

Anwar menyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas menang pilihan raya kecil yang diadakan pada 26 Ogos 2008 ekoran tindakan Dr Wan Azizah mengosongkan kerusi itu untuk suaminya.

Mengenai pembahagian kerusi PKR dan Pas di Terengganu, Nurul Izzah berkata perkara itu masih dalam perbincangan di peringkat akhir dan akan akan ditentukan dalam sehari dua lagi.

Sementara itu di BUKIT MERTAJAM, Anwar malam ini menamatkan teka teki mengenai kononnya beliau akan berpindah kawasan parlimen apabila mengumumkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU-13.

Dalam ceramah di Padang Awam Taman Pauh, beliau memberi alasan untuk mempertahankan kerusi parlimen itu atas sokongan rakyat di kawasan tersebut.

Katanya, hasrat awal beliau mahu bertanding di Tambun, Perak bagi mengukuhkan pakatan pembangkang di sana, tetapi tidak dapat berbuat demikian berikutan berasa terhutang budi dengan penduduk di Parlimen Permatang Pauh.

"Mengikut perancangan awal memang saya nak bertanding di Tambun tetapi selepas beberapa pertemuan dengan penduduk di Permatang Pauh, mereka mahu saya terus pertahankan kerusi di sini.

"Kerana terhutang budi dan jasa penduduk di sini, saya dengan ini mengumumkan untuk mempertahankan kerusi parlimen ini," katanya. — BERNAMA


GR kata: Macam ni pun tak boleh buat keputusan cam ner nak tadbir negara??

Artikel pelbagai