Saturday, April 20, 2013

UPDATE #PRU13: PEMBANGKANG DI BAGAN DATOK HILANG ENTAH KE MANA!


Penamaan calon hari ini menunjukkan satu lawan satu antara DS Zahid Hamidi dan Madhi Hassan di Bagan Datok. Menjadi persoalan GR hari ini, di manakah penyokong pakatan haprak di Bagan Datok. Perarakan jentera semasa penamaan calon korang tengoklah sendiri gambar di atas...buat edit tau. He he he

Ternyata rakyat Bagan Datok kenal siapa pemimpin yang selama ini memberi perkhidmatan terbaik pada mereka. Rakyat Bagan Datok tak mahu tukar pemimpin yang sebaik DS Zahid Hamidi.

Laluan mudah untuk DS Zahid Hamidi di Bagan Datok pada PRU13 ini. Rakyat Bagan Datok memang buat pilihan yang bijak sebab mereka tak mahu pemimpin MALAS macam pakatan haprak.

Ramai ni jer ke pencacai Pakatan Bagan Datok...


Sokongan hebat jentera BN Bagan Datok


BAGAN DATOH 20 April - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dicabar calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Madhi Hasan dalam pertandingan satu lawan satu di Parlimen Bagan Datoh pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

Ahmad Zahid, yang menyandang kerusi itu sejak 1995 mengemukakan kertas pencalonannya pada pukul 9.10 pagi diikuti oleh Madhi enam minit kemudian di Dewan Sekolah Menengah Sains Teluk Intan di sini.

Turut mengemukakan borang pencalonan ialah calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya, yang akan dicabar Mohd. Misbahul Munir Masduki daripada Pas.

Calon BN yang turut mengemukakan borang pencalonannya ialah muka baharu daripada MIC, R. Supramaniam, yang akan berhadapan pertandingan tiga penjuru dengan calon Parti Berjasa, Azhari Abdullah dan seorang calon bebas, Mat Sidi Hashim.

Pada pilihan raya umum lalu, Ahmad Zahid, 60, yang juga Ketua UMNO Bahagian Bagan Datoh menewaskan calon yang sama dengan majoriti 2,692 undi. - UTUSAN ONLINE


GR kata: SU PAS Rungkup arah puak PAS Bagan Datok bagi sokongan penuh pada Zahid Hamidi PRU13 nie!

UPDATE #PRU13: KHALID IBRAHIM TAKUT TURUN KE BDR TUN RAZAK UNTUK PENAMAAN CALON!


Pagi tadi selesai sudah penamaan calon PRU13 untuk Parlimen Bdr Tun Razak. Kejutan di Bdr Tun Razak pertandingan empat penjuru apabila dua calon Bebas iaitu Mokhtar Salahuddin, 64, dan Mohd. Sukeri Abdul Samad, 40, tampil membuat kejutan dengan menyerahkan kertas penamaan pencalonan di Dewan Mustika, Institut Latihan DBKL pada 9.15 pagi tadi.

Calon Barisan Nasional (BN), Tan Kok Eng 33, serta wakil kepada Tan Sri Abdul Khalid dari PKR.


Lebih hebat lagi, Khalid Ibrahim kurang ajar dengan hanya menghantar wakil untuk penamaan calon di Parlimen Bdr Tun Razak. Nampaknya beliau sudah menjangkakan akan kalah teruk dengan calon muda BN yang berjanji akan berkhidmat lebih kuat dan rajin berbanding Khalid Ibrahim yang PEMALAS.

Lihat sekitar gambar semasa penamaan calon tadi :






GR kata: Khalid Gagap lebihkan Port Klang dari Bdr Tun Razak. Rakyat BTR tak faham bahasa lagi tak tau lah.

PERHATIAN!! WAR ROOM DAP ARAH CETUS RUSUHAN, PAKAI BAJU 1MALAYSIA BAKAR BENDERA DAP! #PRU13 #GE13


Berita terbaru fresh dari War Room DAP dipetik dari rakan blogger Pisau. Esok penamaan calon DAP arahkan jenteranya untuk melakukan provokasi melampau tahap rusuhan untuk mengelirukan rakyat dan kononnya provokasi melampau ini didalangi oleh UMNO/BN.

Berita yang baru saja diterima ini arahan daripada war room DAP untuk adakan operasi khas gangster.

Ahli DAP mesti pakai baju 1Malaysia dan mereka diarahkan berlagak seperti gengster dan pergi di sekitar Georgetown,Timur Laut dan Barat Daya untuk menurunkan bendera DAP.

Sumber dalaman DAP berkata operasi ini akan dilakukan seperti pihak berkuasa dan selepas itu akan ada satu sidang akhbar oleh pemimpin DAP untuk menuduh BN mengunakan kongsi gelap untuk menurunkan bendera DAP dan menakutkan pengundi-pengundi cina. Secara langsung tindakan ini akan membangkitkan kebencian masyarakat cina kepada BN pada PRU13 nanti.

GR menyeru agar jentera BN bersiap sedia akan provokasi dan kerja kotor pakatan haprak. Tujuan mereka adalah untuk menakutkan pengundi dan juga menimbulkan kekacauan. Gaya gangster ini puak pakatan haprak juga diberitahu akan membuat dibeberapa kawasan panas parlimen-parlimen yang panas.


GR kata: Sebarkan dan jangan terpedaya dengan provokasi samseng puak pakatan haprak!

Friday, April 19, 2013

TERKINI #PRU13: ANWAR TAK NAK SPONSOR PUNCA MAHASEWEL SMM TARIK DIRI LAWAN @NajibRazak DI PEKAN!

Akta AUKU yang telah dipinda oleh Kerajaan membolehkan mahasiswa di IPTA/IPTS berpolitik. Malah mereka juga dikatakan boleh mempunyai jawatan dalam parti politik yang mereka ceburi.

Tujuan AUKU dipinda adalah untuk golongan muda terutama mahasiswa berpolitik secara bijak, bukannya berpolitik mengikut hawa nafsu dan menyebelahi pihak yang tak bertanggungjawab. Golongan muda adalah pelapis dan pemangkin negara demi membantu memajukan negara lebih maju pada masa depan.

Disebabkan terlalu taksub dan dijadikan kambing hitam pakatan haprak, segelintir mahasewel buat perkara yang tak mendatangkan faedah. Nak mansuhkan PTPTN, berdemo haram sana sini tanpa arah tujuan, hakikat sebenarnya mereka ini tak berfikir secara matang dan tak melihat sejarah sebenar.

Ingin bertanding PRU13 boleh tak jadi masalah. Persoalannya mana datang dana untuk mereka bertanding, bukankah ingin bertanding memerlukan wang deposit yang telah ditetapkan oleh pihak SPR. Lawak GR lihat mahasewel yang jadi kambing hitam Anwar, disuruh lawan PM Najib di Pekan. Kononya dapat sokongan hebat dari rakyat tapi sebenarnya HABUK PUN TAK ADA!

Baca lagi di bawah:

Petaling Jaya: Pelajar jurusan sains politik Universiti Malaya (UM), Mohamed Bukhairy Sofian, 23, menarik diri daripada menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen Pekan.

Bukhairy yang mewakili Gerakan Mahasiswa PRU-13 (GM13) mengumumkan keputusan itu awal pagi Jumaat dengan memberitahu pemimpin Pakatan Rakyat telah meluluskan manifesto Mahasiswa.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjanji untuk melaksanakan manifesto itu sekiranya Pakatan berjaya membentuk kerajaan Persekutuan.

"Bukhairy ingin bertanding di Pekan kerana pada awalnya Pakatan tidak memberi maklum balas mengenai manifesto itu," kata Safwan.

Kumpulan mahasiswa itu kini akan memberikan sokongan kepada Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa yang akan bertanding di Pekan.


GR kata: Mahasewel bertanding guna air liur, makan minum pun mintak mak bapak lagi. Ada hati nak jadi Ahli Parlimen. Haktuihhhhh!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

#PRU13: PUNCA SEBENAR PAS KELUAR BN TAHUN 1978, KENAPA TAK DEDAHKAN PADA RAKYAT?


PAS KELUAR BN

Antara punca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah di dalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.

Yang tidak diceritakan oleh PAS:

1.Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.

2. Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

3. Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketika itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato’ Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.

4. Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato’ Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO.

5. Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato’Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.

6. Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama’ Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.

7. Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978. Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.

8. Tumbangnya Dato’ Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

9. Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.

10. Pada November 1977, Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

11. Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.

12. Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama’ Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.

13. Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat.

14. Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.

15. Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO.

16.Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

17. Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.

18. Pada PRK Mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.

Sumber: AnakSeberang

#PRU13: BAKAR BENDERA, KEMPEN HUSAM NAK 'BUNUH' ORANG DI PUTRAJAYA!


Panas..panas...panas...PAS Putrajaya naik minyak? mengamuk? Beginikah etika kepimpinan PAS mengajar anak buah dan penyokong mereka?? Bakar Bendera BN?

Kejadian berlaku sekelip mata. Anggaran waktu kejadian ialah waktu tengah hari. Ketika Pemuda UMNO Putrajaya sedang sibuk mengedar risalah kepada penduduk di sekitar Apartment Presint 9, Fasa 12, ketika itulah puak² fanatik hamPAS 'menyerang' BN Putrajaya dengan membakar bendera gergasi BN yang digantung di pesisir jalan berdekatan Sek Keb P8 (2) serta berhampiran rumah teres P8.

Kejadian ini juga turut menggemparkan beberapa penduduk berdekatan tetapi nasib baik api yang merebak ini berjaya dikawal.  Sekiranya penduduk tidak perasan, pasti api merebak dengan cepat dan boleh merosakkan harta benda lain dan mungkin kejadian lebih buruk akan berlaku.

Rata-rata penduduk di sini nampaknya semakin berang dan kurang senang dengan cara PAS Putrajaya berkempen dan cara mereka membuat provokasi kepada jentera BN.  Penulis sempat menemubual penduduk(identiti terpaksa dirahsiakan) berkata, "hari penamaa calon belum lagi tetapi penyokong Husam Musa sudah mula mencetuskan kontroversi di Putrajaya.  Beginikah akhlak orang Islam?

Saya juga percaya, penyokong² Husam Musa ini adalah penduduk luar Putrajaya yang mungkin datangnya dari Bangi / Kajang/ Seri Kembangan mahupun Dengkil..Orang Putrajaya tidak buat perkara negatif macam ni" katanya lagi.

Bukti gambar lihat lagi DI SINI


GR kata: Sabtu ni penamaan calon, apa lagi yang Husam akan buat ek?

HOT VIDEO: AKHIRNYA STOPA BERSUMPAH!






GR kata: Stopa oh Stopa jadi balaci pun tak nampak lagi. Budus!!


Thursday, April 18, 2013

#PRU13: MANIFESTO BN WP - JANJI DIKOTA UNTUK WARGA KL


Manifesto Barisan Nasional (BN) W.Persekutuan bertema 'Janji Dikota' dilancarkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Pengerusi BN Wilayah Persekutuan malam tadi menggariskan empat teras menyasar segmen luas dan berbeza dari segi pendapatan, keperluan dan kehendak warga kota.

Manifesto itu akan memastikan tiada keperluan warga kota yang tertinggal dalam arus mengejar pembangunan menuju Wawasan 2020.

Teras pertama ialah Kesejahteraan Warga Kota dan Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar akan dilancar sebagai permulaan di Putrajaya dan seterusnya dilaksana di seluruh Kuala Lumpur.

Teras kedua ialah Objektif Pembangunan Yang Mampan, termasuk merancang dan menerajui Pembangunan Kampung Baru menjadi kawasan warisan yang moden serta berdaya maju selaras dengan kehendak pemilik dan pewaris.

Tiada Warga Kota Yang Tertinggal merupakan teras ketiga manifesto B Nmelalui keutamaan rumah kos rendah kepada pesara askar atau polis, meneruskan dan meluaskan program sumbangan tunai kepada warga emas serta menambah pemberian dana kepada persatuan belia di W.Persekutuan. Teras terakhir ialah Anjakan Ekonomi Warga Kota dengan menjana 600,000 pekerjaan oleh inisiatif Greater KL dan menyediakan sekurang-kurangnya 2,000 peluang penjaja tetap dan 10,000 peluang penjaja sementara.

Berikut ialah kandungan penuh Manifesto BN Wilayah Persekutuan - Kesejahteraan Warga Kota:
  • Menjadikan Wilayah Persekutuan antara 20 bandar raya utama dunia yang paling sesuai dihuni menjelang 2020.
  • Meningkatkan khidmat kutipan dan pemprosesan sisa pepejal.
  • Lebih 35,000 pokok setahun ditanam untuk Penghijauan Bandaraya sejak tahun 2010 dan angka ini akan ditambah dalam tempoh lima tahun akan datang.
  • Sebanyak RM7 juta dana permulaan bagi Skim Keselamatan 1Wilayah Persekutuan bagi membantu penduduk warga kota memerangi jenayah.
  • Memastikan parkir khas untuk wanita diperbanyak di sekitar ibu kota, tujuh peratus dari jumlah parkir di semua bangunan komersil di ibu kota.
  • Meneruskan usaha mengurangkan kadar denggi dan 59.7 peratus berjaya dikurang pada 2011.
  • Melancarkan Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar sebagai permulaan di Putrajaya, dan seterusnya akan dilaksana di seluruh Kuala Lumpur.
  • Menyeragam kadar parkir bagi mengelak bayaran terlalu mahal untuk warga kota.
  • Menambah klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Perpustakaan 1Malaysia di sekitar Wilayah Persekutuan.

GR kata: Nurul Izzah, Tian Chua 'JANJI' apa sebelum untuk orang KL?

MALAYSIA SELAMAT! SIAPA KATA ATM POLIS TAK BUAT KERJA?

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Md. Zin menyifatkan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Ops Daulat merupakan suatu yang tidak diduga.

Namun, katanya, kerjasama itu adalah titik-tolak kepada gabungan operasi yang amat berjaya dan jitu.

"Saya melihat kerjasama dengan PDRM ini amat baik. Kita mengangkat kerjasama ini melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), seperti yang diuar-uarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke peringkat yang lebih tinggi yang mana kami tak pernah bermimpi sebelum ini," katanya di sini.

Sejak dua tahun lepas, polis dan tentera melaksanakan beberapa inisiatif melalui NBOS bagi meningkatkan tahap keselamatan awam dan negara.

Zulkifeli berkata, kerjasama itu berpaksikan kekuatan kedua-dua pasukan terbabit yang boleh dianggap ultimate atau ekstrem dalam menghadapi suatu ancaman yang boleh mengorbankan nyawa.

"Saya juga hargai sokongan kerajaan khususnya dari segi semangat dan moral untuk tentukan kebajikan dan keberkesanan pelaksanaan operasi kita. Ini kerana sudah tentunya ia makan peruntukan dan perbelanjaan yang banyak. Tapi ia tidak ternilai demi memastikan kedaulatan ini berkekalan," katanya.

Zulkifeli berkata, beliau dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar telah diberi mandat untuk menggunakan apa sahaja bagi menewaskan pengganas atau penceroboh bersenjata asalkan membuahkan kejayaan yang dapat dibanggakan.

"Ini adalah satu manifestasi bahawa pasukan keselamatan, khususnya kerajaan akan gunakan apa sahaja demi untuk tentukan kedaulatan, keselamatan dan pertahanan negara walau di mana ancaman itu timbul. Ini adalah satu manifestasi yang nyata dan iltizam kerajaan untuk menentukan keselamatan rakyat dan kedaulatan negara," katanya.

Beliau dalam pada itu turut menghargai kerjasama agensi lain yang menjadi antara tulang belakang kepada kejayaan Ops Daulat.

Mengenai kerjasama dan sokongan moral pemimpin dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak putus-putus memberi semangat dengan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS), meninjau kawasan operasi dan bertanya khabar kepada pasukan tentera, Zulkifeli berkata, perkara itu suatu yang amat dihargai.

"Saya juga amat terharu dengan sambutan yang diberikan oleh rakyat Malaysia melalui akhbar, televisyen, radio dan sebagainya. Ada juga yang menghantar SMS, e-mel dan call saya beri sokongan padu kepada pasukan dan doakan keselamatan, kesejahteraan kami dalam Ops Daulat ini," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai keyakinan penduduk selepas insiden tersebut, Zulkifeli berkata, keyakinan orang ramai pada ketika ini hampir kepada sedia kala.

"Saya telah buat walk the ground, pergi ke kampung dan lihat orang kampung sudah keluar masuk ladang. Ini jelas kelihatan apabila buah kelapa sawit berlonggok di tepi jalan... mereka sudah mula menuai.

"Persekolahan juga berjalan seperti biasa dan lancar. Penerimaan orang kampung terhadap anggota saya yang terpaksa berkampung di rumah mereka itu, baik sekali," katanya sambil mengucapkan terima kasih atas kerjasama orang tempatan itu.

Beliau berkata, atas dasar prihatin, ada penduduk yang menghantar makanan kepada anggota tentera yang berkawal di sekitar rumah mereka.

"Penduduk kampung pun, bila saya tanya boleh ke tentera duduk rumah dia orang, mereka kata, mereka memang galakkan dan suka dengan kehadiran pasukan itu dalam memberi jaminan keselamatan kepada penduduk kampung," katanya. - BERNAMA

HOT #PRU13: SELEPAS VIDEO STOPA, KINI VIDEO TERBARU ANWAR PULA!


Pendedahan video ini pasti membuka pekung siapakah Anwar Ibrahim, mereka ini sering kali menuduh orang lain kononnya rasuah dan kroni.

Sedangkan mereka sendiri melakukan penyelewengan yang boleh mengakibatkan negara boleh bankrap.

Video ini mendedahkan perihal Anwar Ibrahim, siapa yang betul dan salah sebab apa Anwar Ibrahim dipecat dalam Kerajaan. Lihat video ini dan fikirkanlah.




GR kata: Anwar Bapak segala penipu

TERESA KOK...LU MEMANG SIAL TAK DER HATI PERUT PUNYA YB! #PRU13


Nama Ahli Parlimen Pemalas, si Teresa Kok tidak asing lagi bagi penduduk Parlimen Seputeh khususnya yang sudah naik muak dengan perangai dan sifat angkuhnya terhadap pengundi² yang pernah memberikan kemenangan bermajoriti lebih 36,000 undi pada Pilihanraya Umum 2008.

Setelah membuat onar dan tidak melakukan apa² di sini, Teresa Kok berjalan² pula ke seluruh pelusuk Malaysia menjaja keburukan dan fitnah kerajaan Malaysia. Pelbagai hal dan perkara dijaja oleh wakil rakyat pemalas ini sehinggakan beliau terkantoi mengsonglap duit ibu tunggal.

Dipendekan cerita, beberapa lama setelah duit tersebut diserahkan. Teresa Kok dan Tony Tan bermasam muka selepas Teresa menuduhnya menggunakan nama parti untuk mengutip wang tersebut. Maka berlakulah  perselisihan faham yang telah menyebabkan Teresa Kok bertindak untuk menyaman bekas Pegawai Khas nya sebanyak RM10 Juta.

Tujuan saman itu diajukan hanya untuk menutup salah laku yang dilakukan oleh Teresa Kok yang telah menggelapkan wang RM10,000 tersebut.

Apa yang menariknya, saman tersebut dikatakan akan dimulakan pada Ogos 2012 namun sehingga ke hari ini Teresa Kok masih lagi gagal untuk menfailkan saman terhadap Tony Tan dan hanya bersandiwara di hadapan wartawan konon dirinya dianiaya oleh bekas Pegawai Khasnya, Tony Tan.

Dengan harapan segala wang yang diberikan ini dapat memberi manfaat dan digunakan sebaik mungkin oleh Teresa Kok. Lihat pengakuan sebenar dari bekas pegawai khas Teresa Kok ni :



Kenapa Teresa Kok gagal menyaman Tony Tan? Mana perginya duit RM10,000 tersebut? Kalau betul Teresa Kok dipihak yang benar kenapa takut ambil tindakan pada Tony Tan?

Lu memang banyak langsi la YB...tak layak jadi wakil rakyat sebab sibuk penuhkan poket sendiri. Lagi banyak susahkan rakyat!!



Wednesday, April 17, 2013

SAYA LEBIH RISAUKAN KEKECEWAAN RAKYAT - @NajibRazak #PRU13


“Saya lebih risaukan tentang kekecewaan rakyat,” tegas Datuk Seri Najib Tun Razak apabila ditanya cara beliau berhadapan mereka yang kecewa kerana tidak terpilih sebagai calon berikutan berlakunya perubahan dalam penentuan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Tranformasi atau perubahan yang dibuat oleh  PM Najib Razak memang amat pahit untuk ditelan oleh sesetengah pihak, PM Najib benar-benar dahulukan kepentingan rakyat. Seluruh negara memerhatikan PM Najib keseorangan apabila ramai yang protes demi kepentingan individu berbanding Najib perjuangankan kepentingan rakyat.

Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan 33 peratus calon muka baru bagi kerusi Parlimen dan 49 peratus untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13(PRU-13), 5 Mei ini.
Jumlah itu, membabitkan kira-kira satu pertiga atau 73 calon muka baru daripada 222 kerusi Parlimen manakala hampir separuh atau kira-kira 247 daripada 505 kerusi DUN.

Ini bermakna 320 daripada 727 atau 44 peratus penyandang kerusi Parlimen dan DUN digugurkan daripada senarai calon BN pada PRU-13. Senarai lengkap calon BN akan diumumkan serentak di semua negeri hari ini.

Pasukan transformasi

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak yang menamakan barisan calon itu sebagai ‘Transformation Team for BN,’(pasukan transformasi BN), berkata langkah meletakkan muka baru itu bagi memenuhi kehendak dan harapan pengundi yang mahu melihat BN bersedia melakukan perubahan dan pembaharuan secara menyeluruh.

Beliau berharap senarai calon BN yang diputuskan adalah muktamad tanpa perlu ada sebarang perubahan, walaupun dari segi perundangan atau teknikal, ia boleh berlaku.

“Senarai barisan calon BN ini pada hemat saya adalah yang terbaik dan terkuat mampu kita sediakan dengan mengimbangi antara muka baru dan mereka yang berpengalaman berkhidmat sama ada dalam kerajaan atau pun sebagai wakil rakyat. Ini sebab kita (BN) bukan saja perlu menampilkan pembaharuan, tetapi sebagai sebuah parti, dengan mandat baru untuk menubuhkan kerajaan yang kuat, kita perlu mempunyai mereka yang mampu mentadbir dan memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

“Kalau mereka yang menduduki kerajaan semuanya muka baru dan tidak ada pengalaman langsung, ia akan membantutkan kemampuan Kerajaan BN untuk penuhi harapan dan kehendak rakyat.

Laksana aku janji

“Kita perlu melihat selepas pilihan raya ini, bukan saja dalam konteks PRU-13, tetapi apa kesudahannya dan kita mesti mempunyai barisan yang mampu melaksanakan aku janji dalam manifesto BN,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan surat watikah pencalonan dan aku janji BN kepada Presiden parti komponen dan Pengerusi Perhubungan BN negeri di Ibu Pejabat BN di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Najib menyerahkan senarai calon kepada Presiden 13 parti komponen BN dan surat watikah pula disampaikan kepada Pengerusi Perhubungan BN negeri. Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Ditanya kriteria calon BN kali ini, beliau berkata, 91 peratus calon untuk kerusi Parlimen memiliki kelayakan akademik sekurang-kurangnya diploma, manakala 31 peratus terdiri daripada profesional termasuk ahli akademik berstatus profesor, doktor, peguam dan ulama.

Selain itu, katanya, ada juga calon BN individu yang popular peringkat akar umbi dipilih kerana memiliki keupayaan memimpin.

Beliau juga mengakui perubahan besar dalam senarai calon BN membabitkan negeri yang dikuasai pembangkang sejak PRU 2008 iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.

Tampil calon harapan

“Kita tidak mungkin boleh menang semua kerusi, ini tidak realistik, tetapi kerusi yang kita tidak menang pun kita cuba tampilkan calon yang ada harapan baik untuk menang dan tidak kira calon pembangkang sehebat mana sekali pun, kita perlu meletakkan calon yang boleh mengatasi pembangkang,” katanya.

Berkaitan calon Wanita dan Pemuda pula, Najib berkata, pihaknya melaksanakan pembahagian sebaik mungkin walaupun ada kekangan tertentu untuk memenuhi tuntutan sayap parti itu, bagaimanapun ia akan diimbangi dengan pelantikan dalam beberapa jawatan lain seperti anggota Dewan Negara.


GR kata: Yang tak dicalonkan tak payah merajuk, buruk perangai macam budak-budak. Fikirkan yang terbaik untuk rakyat itu lebih baikkan!!

ORANG BAGAN DATOH MASIH SAYANGKAN PEMIMPIN INI @Zahid_Hamidi #PRU13


Ternyata orang Bagan Datoh memberikan sokongan penuh terhadap pemimpin ini di kawasan Parlimennya yang masih dipertandingkan. Kepercayaan PM Najib Razak terhadap pemimpin ini untuk mempertahakan kerusi Parlimen Bagan Datoh akan memberikan kejayaan yang besar pada PRU13 ini. In sha Allah....

Rata-rata orang Bagan Datoh berpuas hati  terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh pemimpin ini sejak sekian lamanya. Seharusnya rakyat Bagan Datoh terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada DS Zahid Hamidi untuk kesekian kalinya.





Sikap rendah diri DS Zahid Hamidi yang sentiasa turun padang berjumpa rakyat sejak dulu lagi, GR juga dengar sendiri dari mulut anak-anak Bagan Datoh...mereka senang bila bersemuka dengan DS Zahid Hamidi kerana tak perlu protokol.

Pelbagai bantuan dan pembangunan yang dibuat oleh DS Zahid Hamidi dan banyak lagi pembangunan untuk kemajuan Bagan Datoh dan masyarakat di sana untuk tempoh 5 tahun lagi.


GR kata: Pakatan Haprak jangan harap nak rampas Bagan Datoh, depa buat koje rajin macam Zahid ker?? UNDI BN

RAKYAT BDR TUN RAZAK TOLONG BUKA MATA, JANGAN DUDUK DITAKUK LAMA! #PRU13


Tranformasi atau perubahan yang dibuat oleh DS Najib Razak memang amat pahit untuk ditelan oleh sesetengah pihak. PM Najib benar -benar dahulukan kepentingan rakyat.

Seluruh negara memerhatikan PM Najib keseorangan apabila ramai yang protes demi kepentingan individu berbanding Najib perjuangankan kepentingan rakyat.

Rakyat Bdr Tun Razak juga harus berfikiran seiring dengan Transformasi yang dibuat oleh PM Najib. Jangan disebabkan calon yang diletak di Bdr Tun Razak ada yang GR dengar tidak gemar dan kenapa PM Najib letak Tan Kok Eng sebagai calon?

Bukan itu persoalannnya, tapi adakah rakyat Bdr Tun Razak masih mahu berikan undi kepada MANUSIA PEMALAS seperti gambar di atas? Undi korang pada Khalid Ibrahim pada PRU12, apa yang korang dapat? Berapa kali dia turun padang jumpa korang? Berapa kali dia datang majlis kahwin korang? Ada ker dia datang nak selesaikan masalah korang?? Siapa sebenarnya yang bantu dan selesaikan masalah di Bdr Tun Razak selama 5 tahun ini?? Korang fikirlah sendiri yer.

Untuk pengetahuan korang, kelemahan pentadbiran Khalid Ibrahim menangani isu masalah air di Selangor dan juga Bdr Tun Razak sudah kita ketahui. Ditambah pula dengan pelbagai helah yang diberikan oleh Khalid Ibrahim, telah membuatkan ramai rakyat Selangor dan Bdr Tun Razak semakin menyampah dengan Pakatan Pembangkang. Korang nak berikan mandat pada Khalid Ibrahim lagi?

Walaupun kerap berkata Selangor tidak ada masalah bekalan air, dan pelbagai rancangan yang telah dirancang dan jalankan, rakyat Selangor masih lagi dibelenggu masalah belakan air. Keperibadian Khalid Ibrahim yang lebih mementingkan politik daripada kesejahteraan rakyat jelata.

Khalid Ibrahim pun tahu nasib yang dia akan terima kali ini di Bdr Tun Razak. Korang tengoklah sendiri apa yang dia kata “Kita kena terima hakikat apabila tidak terpilih dan bermaksud tidak berjaya.... seorang itu hanya boleh menjadi pemimpin selepas rakyat bersetuju memilihnya menerusi pilihan raya.

“Ini tidak jadi masalah untuk saya. Jika tidak terpilih boleh pergi main golf setiap hari,” katanya di sini, semalam.


Kalau rakyat Bdr Tun Razak nak terima nasib yang sama macam 5 tahun ini, undilah Khalid Ibrahim lagi dan korang terimalah nasib yang sama lagi 5 tahun. Pada mereka yang tak nak terima perubahan yang baik, lantak koranglah. Ramai lagi rakyat Bdr Tun Razak yang mahukan nasib mereka dibela.


Pada rakyat Bdr Tun Razak, undilah pemimpin muda ini pada 5 Mei 2013. GR yakin beliau boleh membawa perubahan, pembangunan dan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat Bdr Tun Razak. Boleh bekerja keras untuk rakyat seperti yang dibawa oleh PM Najib Razak. Walau siapa pun calon yang diketengahkan, berikan sokongan yang kuat demi ke arah kestabilan negara yang lebih baik.


GR kata: Bukan masa nak sabotaj sebab tak jadi calon. Sayang dan pertahankan negara dari pakatan haprak itu lebih penting!!

TAHNIAH DATUK @Rosnah_ARS !! RAKYAT PAPAR MASIH PERLUKAN PEMIMPIN MUDA INI! #PRU13


Tahniah GR ucapkan kepada pemimpin wanita muda ini, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin kerana sekali lagi diberikan kepercayaan oleh PM DS Najib Razak untuk mempertahankan kerusi Parlimen Papar pada PRU13 ini.

Sikap beliau yang sempoi dan senang didekati rakyat pelbagai kaum di Papar akan memastikan kejayaan dengan majoriti yang besar dalam PRU13 kali ini. Perkhidmatan selama beliau diberikan mandat menjadi Ahli Parlimen Papar sebelum ini berjaya dilaksanakan dengan begitu baik.

Pada rakyat Papar, harus berikan undi kepada pemimpin wanita muda ini kerana banyak lagi pembangunan akan dilakukan demi kestabilan rakyat Sabah khususnya di Papar. Kekalkan apa yang kita nikmati sekarang dan bukan dengan cara ubah kita beroleh apa yang diinginkan. Pilih pemimpin yang kuat kerja tak kira masa demi membantu rakyat.

Berikut senarai penuh calon Barisan Nasional (BN) bagi negeri Terengganu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini.

PARLIMEN:

P167 Kudat- Datuk Abdul Rahim Bakri (penyandang)
P168 Kota Marudu – Datuk Dr. Maximus Ongkili (penyandang)
P169 Kota Belud – Datuk Abd. Rahman Dahlan (penyandang)
P170 Tuaran – Madius Tangau (penampilan semula)
P171 Sepanggar – Datuk Jumat Idris (baharu)
P172 Kota Kinabalu – Chin Tek Ming
P173 Putatan – Dr. Marcus Mojigoh (penyandang)
P174 Penampang – Tan Sri Bernard Giluk Dompok (penyandang)
P175 Papar – Rosnah Abdul Rashid Shirlin (penyandang)
P176 Kimanis – Datuk Anifah Aman (penyandang)
P177 Beaufort – Datuk Azizah Mohd. Dun (pertukaran kawasan)
P179 Ranau – Ewon Ebin (pertukaran kawasan)
P178 Sipiting – Datuk Sapawi Amat Wassali@Ahmad (penyandang)
P180 Keningau – Datuk Joseph Pairin Kitingan (penyandang)
P181 Tenom – belum diumumkan (kuota UMNO)
P182 Pensiangan – belum diumumkan (kuota PBRS)
P183 Beluran – Datuk Ronald Kiandee (penyandang)
P184 Libaran – Datuk Juslie Ajirol (penyandang)
P185 Batu Sapi – Linda Tsen Thau Lin (penyandang)
P186 Sandakan – belum diumum (kuota LDP)
P187 Kinabatangan – Datuk Bung Moktar Radin (penyandang)
P188 Silam – Datuk Datu Nasrun Datu Mansor (pertukaran kawasan)
P189 Semporna – Datuk Mohd. Shafie Apdal (penyandang)
P190 Tawau – Datuk Mary Yap Kain Ching (baharu)
P191 Kalabakan – Datuk Abdul Ghapur Salleh (penyandang)

 
DEWAN UNDANGAN NEGERI:

N1 Banggi – Abdul Mijul Unaini (penyandang)
N2 Tanjong Kapor – belum diumum (kuota LDP)
N3 Pitas – Bolkiah Ismail (penyandang)
N4 Matunggong – Sarapin Magana (penyandang)
N5 Tandek – Lasiah Baranting@Anita (penyandang)
N6 Tempasuk – Musbah Jamli (penyandang)
N7 Kadamaian – Herbert Timbon Lagadan (penyandang)
N8 Usukan – Datuk Seri Salleh Said (penampilan semula)
N9 Tamparuli – Datuk Jahid@Noordin Jahim (penyandang)
N10 Sulaman – Datuk Haji Noor (penyandang)
N11 Kiulu – Datuk Lovis Rampas (penyandang)
N12 Karambunai – Jainab Ahmad (penyandang)
N13 Inanam – Goh Chin Lok@Johny Goh (penyandang)
N14 Likas – belum diumum (kuota LDP)
N15 Api-api – Datuk Dr. Yee Moh Chai (penyandang)
N16 Luyang – Agnes Sim (baharu)
N17 Tanjong Aru – Edward Yong Oui Fah (penyandang)
N18 Petagas – Datuk Yahya Hussin (penyandang)
N19 Kapayan – Datuk Edward Khoo Keok Hai (penyandang)
N20 Moyog – Philip Benedict Lasimbang (penampilan semula)
N21 Kawang – Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar (penyandang)
N22 Pantai Manis – Datuk Abdul Rahim Ismail (penyandang)
N23 Bongawan – Mohamad Alamin (baharu)
N24 Membakut – Mohd. Arifin Mohd. Arif (penyandang)
N25 Klias – Isnin Aliasnih (baharu)
N26 Kuala Penyu – Limus Jury (baharu)
N27 Lumadan – Kamarlin Ombi (penyandang)
N28 Sindumin – Ahmad Bujang (penyandang)
N29 Kundasang – Dr. Joachim Gunsalam (penyandang)
N30 Karanaan – Datuk Masidi Manjun (penyandang)
N31 Paginatan – Siringan Gubat (pertukaran kawasan)
N32 Tambunan – Datuk Joseph Pairin Kitingan (penyandang)
N33 Bingkor – Kennedy Jie John@Kenn (baharu)
N34 Liawan – Datuk Sairin Karno (penyandang)
N35 Melalap – Datuk Radin Malleh (penyandang)
N36 Kemabong – Datuk Rubin Balang (penyandang)
N37 Sook – belum diumumkan (kuota PBRS)
N38 Nabawan – Datuk Bobbey Ah Fang Suan (penyandang)
N39 Sugut – Datuk James Ratib (baharu)
N40 Labuk – Datuk Micheal Asang (penyandang)
N41 Gum-gum – Datuk Zakaria Mohd. Edris (penyandang)
N42 Sungai Sibuga – Datuk Seri Musa Aman (penyandang)
N43 Sekong – Datuk Shamsuddin Yahya (penyandang)
N44 Karamunting – belum diumum (kuota LDP)
N45 Elopura – Au Kam Wah (penyandang)
N46 Tanjong Papat – Datuk Raymond Tan Shu Kiah (penyandang)
N47 Kuamut – Masiung Banah (penyandang)
N48 Sukau – Saddi Abdul Rahman (penyandang)
N49 Tungku – Datuk Mohd. Suhaili Said (penyandang)
N50 Lahad Datu – Datuk Mohd. Yusof Apdal (baharu)
N51 Kunak – Nilwan Kaban (penyandang)
N52 Sulabayan – Datuk Jaujan Sambakong (baharu)
N53 Senallang – Datuk Nasir Tun Sakaran (penyandang)
N54 Bugaya – Datuk Ramlee Marahaban (penyandang)
N55 Balung – Datuk Syed Abas Syed Ali (penyandang)
N56 Apas – Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (penyandang)
N57 Sri Tanjong – Fung Len Fui (baharu)
N58 Merotai – belum diumum (kuota LDP)
N59 Tanjung Batu – Datuk Hamisah Samat (penyandang)
N60 Sebatik – Abd Muis Picho


GR kata: Tahniah Kakak! Inilah winnable candidate untuk rakyat Papar!!

Tuesday, April 16, 2013

PANAS: KHALID SAMAD MINTA HADI AWANG TUKARKAN DIA DARI SHAH ALAM KERANA LELAKI INI?


Bekas anggota Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin bertekad untuk menumbangkan calon pembangkang di Parlimen Shah Alam bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menakluk kembali Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau percaya kejatuhan pembangkang di Shah Alam, yang merupakan ibu negeri Selangor dan paksi kepada kekuatan sesebuah kerajaan negeri di sini, bakal membuka jalan yang cukup luas bagi BN merampas kembali Selangor daripada tangan pembangkang.

"Saya cukup yakin dengan sokongan yang ditunjukkan jentera BN di sini, kita akan jatuhkan calon pembangkang di Shah Alam dan mengembalikan Selangor kepada BN. Saya bersama jentera BN akan merangka strategi terbaik memastikan kemenangan BN," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Maklumat terkini yang GR terima dari sumber rapat dalaman PAS dari kawasan Shah Alam, Khalid Samad meminta Presiden PAS Hadi Awang supaya mengeluarkan dia dari bertanding di Parlimen Shah Alam.

Khalid Samad meminta agar meletakkan dia tak kisah di kawasan mana pun asalkan bukan Shah Alam. Kata budak-budak PAS Shah Alam, "Hadi masih belum terlambat lagi untuk mengeluarkan Khalid Samad kerana watikah belum dikeluarkan, sekarang nie pun jentera PAS agak slow bekerja, jadi kalau Khalid Samad dah bersuara maka Hadi patut ikut"...

Bekas peguam Anwar Ibrahim, Zulkifli nordin akan bertanding menentang Khalid Samad bagi Parlimen Shah Alam. GR juga mendapat pengesahan maklumat dari sumber dalam PAS pusat maklumat yang diterima desas desus Khalid Samad mula gelabah takut kalah dan minta ditukar adalah benar. Terima kasih kerana kerjasama yang diberikan.


GR kata: Aik Khalid, takkan goyang kot?? Hi hi hi....

HOT: OSTAJAH @abby_abadi112 BILA CAKAP PANDAI, KENA BATANG HIDUNG SENDIRI!


Kelakar bila tengok Abby Abadi mengutuk orang lain bercakap tanpa fakta.

Abby…selama ni kau cakap guna otak sangat ke?

Dalam satu kenyataan di akaun twitter milik artis berkenaan, dia sudah belasah Suhaimi Baba (lihat gambar di bawah).

Hasilnya, ramai yang belasah Abby balik sebab yang kita tahu, Abby yang selama ini selalu main lepas cakap aje, tetaiba hendak tegur orang lain.

Sudah la Abby….




GR kata: Ilmu tak cukup dah berlagak pandai. Pi kahwin cepat la Abby oi...mengelitis sangat dah tu. Hi hi hi

#PRU13: SENARAI CALON BN DI SELANGOR

Senarai Calon BN yang diumumkan tadi:

P.092 SABAK BERNAM
- Mohd Fasiah Mohd Fakeh
* N.01 Sungai Air Tawar
- Kamarol Zaki Abdul Malik
* N.02 Sabak
- Abd Halim Udin

P.093 SG. BESAR
- Dato' Noriah Kasnon
* N.03 Sg  Panjang
- Budiman Mohd Zohdi
* N.04 Sekinchan
- Kek Seng Hooi

P.094 HULU SELANGOR
- P. Kamalanathan
* N.05 Hulu Bernam
- Dato' Rosni Sohar
* N.06 Kuala Kubu Baharu
- Jessie Ooi
* N.07 Batang Kali
- Mat Nadzari Ahmad Dahlan

P.095 TG. KARANG
- Dato' Seri Noh Omar
* N.08 Sg. Burong
- Dato' Shamsuddin Lias
* N.09 Permatang
- Sulaiman Abd Razak

P.096 KUALA SELANGOR
- Datuk Irmohizam Ibrahim
* N.10 Bukit Melawati
- Jakiran Jacomah
* N.11 Ijok
- K. Parthiban
* N.12 Jeram
- Dato' Amiruddin Setro

P.097 SELAYANG
- Dato' Donald Lim Siang Chai
* N.13 Kuang
- Abdul Shukur Idrus
* N.14 Rawang
- Lee Li Yew
* N.15 Taman Templer
- Dato' Seri Subahan Kamal

P.098 GOMBAK
- Datuk Dr. Rahman Ismail
* N.16 Batu Caves
- Rawichandran a/l Narayanan
* N.17 Gombak Setia
- Datuk Said Anuar Said Ahmad
* N.18 Hulu Kelang
- Abdul Rahim Kamarudin

P.099 AMPANG
- Dr. Rozaidah Talib
* N.19 Bukit Antarabangsa
- Mohamad Nadzim Ibrahim
* N.20 Lembah Jaya
- Dato' Baderisham Jolly

P.100 PANDAN
- Gary Lim Chin Yee
* N.21 Chempaka
- Muhammad Faizal Sufar
* N.22 Teratai
- Liew Pok Boon

P.101 HULU LANGAT
- Adzhaliza Mohd Nor
* N.23 Dusun Tua
- Ismail Sani
* N.24 Semenyih
- Dato' Johan Abd Aziz
* N.25 Kajang
- Lee Ban Seng

P.102 SERDANG
- Dato' Yap Pian Hon
* N.26 Bangi
- Dato' Mohd Zaidi Md Zain
* N.27 Balakong
- Dato' Dr. Lai Kwong Choy
* N.28 Seri Kembangan
- Raymond Chin Toong Kang

P.103 PUCHONG
- Dato' Loo Yeng Peng
* N.29 Seri Serdang
- Mohamad Yusof Mohamed Yasin
* N.30 Kinrara
- Dr. Kow Cheong Wei

P.104 KELANA JAYA
- Loh Seng Kok
* N.31 Subang Jaya
- Gan Meng Foo
* N.32 Seri Setia
- Tengku Ridwan Tengku Mansor

P.105 PJS
- Sheah Kok Fah
* N.33 Taman Medan
- Dato' Dr. Wahab Ibrahim
* N.34 Bukit Gasing
- Juan Sei Chang

P.106 PJU
- Chiew Hoon Ling
* N.35 Kampung Tunku
- Chong Seng Foo
* N.36 Damansara Utama
- Dato' Lim Choon Kim

P.107 SUBANG
- Prakash Rao a/l Appalanaidoo
* N.37 Bukit Lanjan
- Francis Chong Tuck Chiew
* N.38 Paya Jaras
- Dato' Ir. Muhd Bushro Mat Johor
* N.39 Kota Damansara
- Halimaton Saadiah Borhan

P.108 SHAH ALAM
- Dato' Zulkifli Noordin
* N.40 Kota Anggerik
-
Mohd Yusof Din
* N.41 Batu Tiga
- Dato' Ahmad Nawawi Dato' M Zin

P.109 KAPAR
- Sakthivel
* N.42 Meru
- Sukaiman Ahmad
* N.43 Sementa
- Md Ghazali Mohd Amin
* N.44 Sungai Pinang
- Lee Chee Chun
* N.45 Selat Klang
- Faisal Yahya

P.110 KLANG
- Dato' Teh Kim Poo
* N.46 Pelabuhan Klang
- Dato' Nasaruddin Dato' Md Zin
* N.47 Pandamaran
- Dato' Dr. Ching Eu Boon
* N.48 Kota Alam Shah
- Datuk Maglin a/l Dennis D'Cruz

P.111 KOTA RAJA
- S. Murugesan
* N.49 Seri Andalas
- T. Mohan
* N.50 Sri Muda
- Mohd Abd Raof Mokhtar

P.112 KUALA LANGAT
- Kapt(B) Sharuddin Omar
* N.51 Sijangkang
- Zurihan Yusop
* N.52 Teluk Datuk
- Tan Cheng Kai
* N.53 Morib
- Hasiman Sidom

P.113 SEPANG
- Dato Seri Ir. Mohd Zin Mohamed
* N.54 Tanjong Sepat
- Nisman Yusof
* N.55 Dengkil
- Shahrum Dato' Mohd Sharif
* N.56 Sungai Pelek
- Ng Chok Sin

GR kata: Sayangi Selangor Yakini BN

#PRU13: 12 MUKA BARU BAKAL BERI PERUBAHAN TERBAIK UNTUK RAKYAT DI W.PERSEKUTUAN

Baru sebentatar tadi YAB TPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman calon-calon W.Persekutuan Pilihan Raya Umum 2013 serta pemberian watikah kepada mereka.

BN W.Persekutuan telah mengetengahkan 12 calon muka baru yang rata-rata mereka ini diterima oleh rakyat dan boleh membawa perubahan kebaikan kepada rakyat.

YAB TPM juga memberitahu kesemua calon-calon WP ini telah lama turun padang berjumpa dengan rakyat. Bukan saja itu, mereka juga membantu menyelesaikan masalah-masalah rakyat kerana mereka selama ini tidak diambil peduli oleh Ahli Parlimen yang sedia ada sebelum ini terutama dari pakatan pembangkang.

Beriku adalah senarai calon BN yang bertanding di WP:

1. P114 Kepong: YBhg Datuk Chandrakumaran.
2. P115 Batu: En Dominic Lau
3. P116 Wangsa Maju: YBhg Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah.
4. P117 Segambut: Pn Jayanthi Devi Balaguru
5. P118 Setiwangsa: YBhg Datuk Ahmad Fauzi Zahari.
6. P119 Titiwangsa: YBhg Datuk Johari Abdul Ghani.
7. P120 Bkt Bintang: En Gan Joon Zin
8. P121 Lembah Pantai: YB Senator Datuk Raja Nong Chik
9. P122 Seputeh: Pn Nicole Wong
10. P123 Cheras: En Teoh Chee Hooi
11. P124 Bdr Tun Razak: En Tan Kok Eng
12. P125 Putrajaya: Ybhg DS Tengku Adnan Tengku Mansor
13. P166 Labuan: En Rozman Datuk Isli

Inilah calon PRU13 bagi WP yang dipilih oleh YAB PM DS Najib Razak. Tranformasi inilah yang membawa perubahan besar dalam senario politik negara yang pasti bawa kebaikan pada rakyat.

TPM juga memberitahu tiada unsur sabotaj dalam parti dan calon yang dipilih kali ini telah dikaji sehabis baik dan paling penting mereka ini diterima sepenuh oleh rakyat serta boleh memberi perkhidmatan yang terbaik untuk mereka.

Pada rakyat W.Persekutuan, keluarlah mengundi pada 5 Mei 2013 nanti. Undilah dan berikan mandat pada 13 calon WP yang pasti akan memberikan perkhidmatan di kawasan anda.


GR kata: Undi BN pasti BR1M dapat lagi. Janji Ditepati!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

POK NIK, APE CITER PROJEK LEMBAH SIREH? TAKUT NAK JAWAB KER?

Kerajaan Pas Kelantan diminta menjelaskan secara terperinci status sumbangan yang sepatutnya diberikan oleh syarikat pemaju, Liziz Standaco Sdn. Bhd. dalam perjanjian membangunkan kawasan seluas 400 hektar di Lembah Sireh di sini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, menurut perjanjian tersebut, syarikat itu sepatutnya membayar nilai Jambatan Sultan Yahya Petra II yang telah dibina oleh Kerajaan Pusat.

Beliau berkata, kerajaan PAS Kelantan juga sewajarnya menerima bayaran ganti rugi daripada syarikat terbabit kerana gagal membina jambatan dari Palekbang, Tumpat ke Kampung Cina di sini, namun menerima tanah di kawasan berkenaan dengan premium amat rendah iaitu RM1,000 untuk setiap 0.4 hektar.

"Hari ini, kita merasmikan pembukaan jejambat dua lorong yang menghubungkan Jambatan Sultan Yahya Petra II berharga RM184.8 juta ke Langgar di sini dan dua lorong jejambat lagi akan dibuka pada Julai ini untuk memberikan keselesaan kepada rakyat.

"Begitu juga dengan Jambatan Palekbang-Kampung Cina yang sepatutnya dibina oleh Liziz Standaco tetapi sehingga hari ini tidak ada sebarang tanda akan dibina, jadi kerajaan Pas Kelantan sewajarnya menerima sekurang-kurangnya RM92 juta daripada Liziz tidak termasuk dengan Jambatan Palekbang-Kampung Cina,'' ujarnya.

Bercakap dalam sidang akhbar di Pusat Media BN Kelantan di sini hari ini, Mustapa berkata, perkara penting seperti itu perlu diberitahu kepada rakyat.

''Kalau tidak dituntut, perjanjian ini berat sebelah kerana nilai tanah yang dikenakan amat rendah, syarikat mendapat untung besar tetapi kerajaan dan rakyat rugi besar," katanya.

Pada Julai 2003, Kerajaan Pas Kelantan telah menandatangani perjanjian dengan Liziz Standaco Sdn. Bhd. untuk membangunkan kawasan Lembah Sireh yang terletak di tebing Sungai Kelantan.

Sebagai timbal balas, Liziz Standaco perlu membina jambatan kedua Sultan Yahya Petra, Jambatan Palekbang-Kampung Cina, stadium khusus untuk wanita dan masjid negeri serta memberi sumbangan tabung perumahan awam dan bayaran ganti rugi untuk para peniaga.

Menurut perjanjian tersebut, sekiranya perkara tersebut gagal dilaksanakan atau telah dibina oleh Kerajaan Pusat maka syarikat berkenaan perlu membayar kos pembinaan tersebut kepada kerajaan Pas Kelantan.

Sementara tu, Mustapa memberitahu, calon Barisan Nasional Kelantan yang akan diumumkan pada malam esok di Pejabat Perhubungan UMNO Kelantan adalah muktamad dan tidak ada sebarang perubahan akan dilakukan selepas ini.

Beliau berkata, senarai calon tersebut dibuat selepas BN negeri mengadakan pertemuan dengan semua peringkat sejak enam bulan lalu termasuk parti komponen MCA, MIC, Gerakan dan Parti Progresif Penduduk (PPP).

Menurutnya, pihaknya juga telah mengadakan beberapa pertemuan dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Dalam pada itu kita juga tahu Datuk Seri Najib telah menyatakan bahawa yang penting ialah calon-calon yang boleh menang. Saya pasti juga Pengerusi BN mempunyai banyak sumber daripada segi laporan dan dari segi maklum balas.

"Kita semua telah menyatakan bahawa siapa jua calon yang diputuskan oleh Pengerusi BN Malaysia, itulah calon yang akan disokong oleh semua ahli parti komponen BN," jelas Mustapa.


GR kata: Kehidupan zuhud konon..poket jubah penuh jer..berlakon kuat puak PAS nie!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, April 15, 2013

ALAHAI NIK AZIZ SUDAH-SUDAH LA TU..!!

Lakonan apakah ini wahai Nik Aziz? Nak jadi pelakon hebat untuk PRU13 ini mengalahkan Anwar Ibrahim ke? Bukan niat untuk menghina, tapi apa yang boleh kita tafsirkan dengan gambar di atas..

Kalau kita kata Nik Aziz ni kemaruk kuasa dan tak sanggup jawatan MB Kelantan terlepas ke tangan orang lain pun iye jugakkan. Baik jatuh ke tangan pemimpin BN yang baru mahu pun Kelantan masih dalam tangan PAS.

Sampai bila Nik Aziz nak sedar dan masih nak buat lakonan sadis nie. Kalau korang masih ingat pada tahun 2008, Nik Aziz buat lakonan 'sadis' kononnya berdoa sedihnya bukan main.

Pada mereka yang tak mudah terpengaruh dengan lakonan pemimpin pakatan baguslah, tapi pada yang IQ mereka cetek terus percaya itu hak koranglah. Jangan menyesal nanti sudahla yer.

Hukum hakam Islam pun Nik Aziz boleh putar belitkan dengan pelbagai 'fatwa politik'...inikan pula lakonan ala-ala Ombak Rindu dia tak boleh buatkan. Dalam beberapa hari elok berjalan, makan minum sihat walafiat, tiba-tiba hari jatuh sakit macam orang nak mati. Korang fikirlah sendiri yer...


GR kata: Sekarang tak larat nak jalan...lepas ni kita tengok episod baru apa Pok Nik nak buat!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

KEMPEN JAHAT PAKATAN SEKITAR BANDAR K.LUMPUR #PRU13 #GE13


Belum sampai masa penamaan calon, semua parti yang bertanding di Malaysia sudah mula berkempen. Kempen yang biasa kita lihat pemasangan bendera disekeliling kawasan perumahan kita mahu pun di pekan atau bandar-bandar ibu negeri.

Sebelum ini GR ada keluarkan artikel yang menunjukkan perangai busuk pakatan haprak nie menghancurkan billboard PM Najib Razak di sekitar Bdr Tun Razak.

Semalam sekali lagi GR lihat perbuatan vindalisma ni berulang lagi. Ingatkan masa zaman sekolah jer ada perbuatan tak berotak ni berlaku. Zaman sekarang pun ada lagi disebabkan bersikap tidak matang.

Lihat gambar GR kongsikan ni didapati di kawasan Jalan Imbi, Bkt Bintang. GR saja jalan-jalan pusing KL...yelah saja nak tengok gelagat warga KL pada malam minggu. Tak sangka ini yang terjadi, kempen bendera pakatan haprak digantung elok. Bendera BN dicabut dan dicampak merata.


Bukankah negara kita ini berdemokrasi, tak salah kita berkempen gantung bendera sana sini. Kalau ada yang dah pasang dulu di kawasan tersebut, tak salah rasenya digantung juga di tempat yang sama kecuali kedudukannya berbeza. Mereka yang diupah pasang bendera pakatan haprak ni tak ada otak, ikut arahan 'boss' sampai tak boleh fikir disebabkan bayaran yang diterima.

Bukan itu saja, malah pencacai pakatan ni patahkan bendera-bendera BN di kawasan Jalan Imbi ini. Persoalannya sekarang, sebelulm ini pakatan haprak mahu pilihanraya yang adil dan bersih. Bila SPR dah laksanakan...sabotaj bendera dan harta benda parti lain ni dikira apa? Bersih ke kotor?? Lu orang fikirlah sendiri yer...jangan tergadai maruah bangsa kita nanti...masa tu nak menyesal pun tak ada gunanya!!


Pada pakatan haprak, jangan malukan parti sendiri. Perangai bagilah matang sikit, rakyat Malaysia bukan bodoh macam korang yer....


GR kata: Bersih konon...korang pun busuk macam Ambiga. Apa citer??

Sunday, April 14, 2013

#PRU13: HUSAM MUSA TAK LAKU DI KELANTAN, LARI PUTRAJAYA TEMPAH MAUT DIRI SENDIRI!


Sebelum penulis membuka bicara, eloklah rasanya penulis ucapkan tahniah kerana Calon PAS ini seperti diduga berjaya 'diKeldaikan' oleh PKR dan DAPig apabila bertanding di Parlimen  P125 Putrajaya.

Bukan mendabik dada, tapi semua sedia maklum Parlimen Putrajaya ini antara kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan mangsa keldai  PRU13 kali ini ialah Dato Husam Musa.  Ada suara dikalangan PAS sendiri yang kurang senang apabila calon 'heavyweight' mereka diletakkan dikubu kuat BN..ibarat membunuh karier politik beliau tetapi apakan daya, ini semua strategi Anwar Ibrahim.  Kenapa tidak diletakkan calon PKR sahaja?  PRU12 sudah jelas calon PAS tewas di tangan Calon BN YB.DS Tengku Adnan Tengku Mansor ketika itu dan mungkin BN mengekalkan calon yang sama..Tungguuuu..

Melayu jangan lupa!  Sudah hampir  lebih 10 tahun Putrajaya ini dibuka.  Kalau dulu puak² pembangkang menyifatkan "Putrajaya projek pembaziran…Putrajaya penyebab kerugian Negara…Putrajaya projek kronisma…" tetapi sekarang lain pula ceritanya.  Putrajaya kini menjadi tumpuan puak² pembangkang pula?  Apa sudah jadi?? Ludah jilat balik??

Selain itu selama ini juga, penduduk² Putrajaya ini tidak pernah pun didatangi, dibantu apatah lagi diberi pertolongan oleh PAS mahupun PKR.. Semua kesulitan/kesusahan/ segala permasalahan telah diselesaikan sendiri oleh Ahli Parlimen Putrajaya YB DS.Tengku Adnan  dan dibantu oleh agensi² kerajaan & swasta yang sedia ada.  Diulang, 'TIDAK PERNAH'  wakil PAS/PKR/DAP yang datang membantu.

Tetapi apabila menjelang Pilihanraya, barulah nampak puak² ini datang dengan Harakahnya, bendera dan sekarang Husam Musa pula cuba menyakinkan penduduk Putrajaya bahawa beliau mahu mendengar dahulu permasalahan penduduk Putrajaya sedangkan masalah itu telah dibawa oleh YB Tengku Adnan ke peringkat atasan dan beberapa masalah telah pun berjaya diselesaikan.

Sudahlah Husam, rasanya YB kami telah bekerja keras selama ini dan perkhidmatan serta jasa yang beliau lakukan(berterusan) amatlah dihargai oleh kebanyakkan penduduk Putrajaya ini.  Kalau ada yang tidak berpuas hati pun hanya segelintir sahaja yang memang telah diajar untuk menentang kerajaan dan berhijrah ke Putrajaya.  Selebihnya ramai yang menyayangi beliau.

Pergilah ke pelusok Presint mana sekalipun, tanyalah mereka baik dikalangan orang muda, golongan berumur mahupun mereka yang duduk di kuarters ini rata-rata mengenali hati budi dan menyayangi beliau.

(Tunggu penulis akan paparkan lagi edisi ke-2 bukti Husam tidak peka dan sengaja mengada-adakan isu yang tiada di Putrajaya)


GR kata: Bawa pelajar madrasah tahfiz dalam ceramah Husam nak citer pasal kambing ke?

Artikel pelbagai