Saturday, November 17, 2012

HOT NEWS: PAK IMAM PAS DOA STYLE ROCKERS HANCURKAN UMNO/BN!



Pembaca lihatlah video di atas, di manakah contoh seorang Islam apatah lagi mengimamkan solat hajat yang dilakukan malam tadi di Kelantan. Berdoa terpekik terlolong itukah caranya jika kita ingin memohon sesuatu pada Allah S.W.T. 

GR nak tanyalah pada puak-puak PAS ni...dalam Islam ada ker Rasulullah S.A.W ajar kita memohon doa pada Allah S.W.T dengan cara begini? GR cabar tunjukkan hadith sahih yer. 

Pembaca bacalah di bawah keluhan puak-puak PAS yang berada dalam solat hajat malam tadi :

Venue : Stadium Sultan Muhammad, Kota Bharu, Kelantan

Event : Solat Hajat bersempena Himpunan Kebangkitan Rakyat

Date : 16/11/2012 @ 8.00 pm

Solat Hajat di imamkan oleh abang kepada Nik Aziz. Isi doa beliau berbunyi "KO BN !! .. KO BN !!...BN KO !!... KO BN !!.. BN KO !!...." Ini lah kali pertama kali dalam sejarah hidup saya yang dah pun mencecah 50 tahun mendengar doa sebegini. Terkejut dan tersedak saya dibuat nya. Saya yang tak berparti mempunyai ramai kenalan disebelah pembangkang dan juga disebelah pihak kerajaan yang memerintah. Tak sampai hati saya mengaminkan doa tersebut. Ramai juga kenalan media yang memulanya mengaminkan doa tersebut menurunkan tangan sebagia tanda 'protest' apabila terdengar jeritan imam meng-KO kan UMNO / BN... Mungkin ini adat budaya Melayu / Islam sebelah Pantai Timor, saya perlu belajar lagi untuk memahami mereka...

"Ya Allah Engkau tentukan lah apa yang terbaik untuk negara ku yang tercinta ini supaya kami dapat beribadah dalam keadaan tenang dan lengkap sempurna segalanya"


GR kata: Baik doakan kehancuran Israel di Gaza itu sudah terang-terang musuh Islam yang hakiki dan dilaknat Allah S.W.T

JPA Perlu Bantu ATM Selaraskan Waran Perjalanan - @Zahid_Hamidi

Kuala Terengganu: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diminta menyelaraskan waran perjalanan anggota tentera supaya sepadan dengan kenaikan tambang pengangkutan awam, terutama membabitkan bas ekspres. 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerajaan bersetuju menaikkan kadar tambang bas ekspres 30 peratus iaitu daripada 6.5 sen bagi setiap kilometer kepada 8.5 sen. Tambang teksi pula dinaikkan daripada RM2 untuk satu kilometer pertama kepada RM3, manakala dari segi jarak, kenaikan diluluskan ialah 10 sen untuk setiap 115 meter. Kenaikan tambang pengangkutan awam itu berkuat kuasa 1 Ogos 2009, tetapi JPA masih mengekalkan kadar tambang lama menyebabkan waran perjalanan anggota tentera tidak diterima syarikat pengangkutan awam. 

Berikutan kesilapan itu, anggota tentera yang sepatutnya menerima kemudahan waran perjalanan untuk pulang ke kampung terpaksa mengeluarkan duit sendiri kerana syarikat pengangkutan awam enggan menerima waran perjalanan dikeluarkan kerajaan, katanya mengulas keresahan anggota tentera apabila waran perjalanan tahunan tidak diterima syarikat pengangkutan awam terutamanya syarikat bas ekspres. 

Mengenai cadangan kemudahan waran perjalanan diganti dengan kaedah tuntutan, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh, Perak, berkata ia harus diperhalusi kerana bukan semua waran perjalanan tidak diterima syarikat pengangkutan. Sementara itu, pemilik syarikat bas ekspres yang enggan namanya disiarkan mengakui pengurusan syarikat enggan menerima waran perjalanan kerajaan kepada anggota tentera kerana perbezaan harga.

Sebagai contoh, katanya, kadar tambang dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu ialah RM39.80 dan dari Ipoh ke Kuala Terengganu melalui Gerik ialah RM50, manakala RM60 dari Ipoh melalui Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu untuk perjalanan satu hala. Bagaimanapun, waran perjalanan dikeluarkan kerajaan ialah RM35 untuk perjalanan satu hala dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dan RM45 perjalanan dari Ipoh ke Kuala Terengganu melalui Gerik serta RM55 dari Ipoh ke Kuala Terengganu melalui Kuala Lumpur, katanya.

Sumber: http://ahmadzahidhamidi.wordpress.com/2012/11/16/jpa-diminta-selaras-kadar-waran-perjalanan-tentera/

PAS MAKIN SEWEL! SOKONG NURUL IZZAH SEBAB TAKUT DENGAN ANWAR! #PRmenipu #PASsesat

Semakin hari kita pun boleh jadi sewel sebab terlampau banyak putar alam PAS dalam menjelaskan tentang Islam. Pada GR senang saja tak payah layan langsung depa ni sebab kita pun boleh jadi SESAT.

Baru-baru ini dalam majlis Ulama Muktamar PAS mereka menyokong kenyataan Nurul Izzah dan apa yang dinyatakan tidak berdosa dan tak perlu bertaubat. Wahhhhh...senangnya hidup yer dalam PAS ni larangan yang Allah S.W.T boleh dibuat main. Makin sesat la jawabnya umat Islam di Malaysia ni. Kalau camtu senangla yer puak-puak PAS kan, buat maksiat tak taubat ek? Sebab Pok Nik kata undi PAS masuk Syurga kan...

Baca lagi di bawah :

KOTA BARU: Dewan Ulama PAS menyifatkan isu kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama sebagai kecil dan remeh serta tidak perlu diperbahaskan.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Harun Taib berkata pemimpin PKR itu tidak perlu bertaubat kerana beliau bukan melakukan kesalahan besar.

"Isu Nurul Izzah bukanlah besar, tak ada masa saya nak bahaskan isu itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS ke-51, di sini, Khamis.

Sebelum itu, beliau ditanya laporan akhbar berhubung kenyataan beberapa pemimpin termasuk bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa supaya Nurul Izzah bertaubat ekoran kenyataannya yang menimbulkan kontroversi itu.

Laporan portal berita pro-pembangkang pada 3 November lepas memetik Nurul Izzah sebagai berkata:

"Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?" di Subang Jaya, Selangor.

Menurutnya, beliau akan tetap menegur kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin parti pakatan pembangkang terutama berkaitan agama, termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri jika ia ternyata salah.Sementara itu, ketika ditanya mengenai kenyataannya terdahulu bahawa golongan ulama akan terus mendominasikan kepimpinan PAS di masa akan datang, beliau berkata ini sebagaimana termaktub dalam perlembagaan parti itu.

Katanya, golongan ulama adalah pewaris Nabi yang bakal mewarisi kepimpinan gerakan Islam di negara ini.

"Dalam hubungan ini, kita tiada kompromi, sampai bila pun PAS akan dipimpin oleh golongan ulama sebagaimana terkandung dalam perlembagaan parti," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui parti itu juga fleksibel dalam keadaan tertentu, di mana boleh melantik pemimpin bukan daripada kalangan ulama, seperti Allahyarham Datuk Asri Muda sebagai Presiden parti pada satu ketika dahulu.Bagi menangani isu pemimpin ulama yang uzur kerana faktor usia, Dr Harun berkata ia merupakan salah satu cabaran hebat yang harus dipikul oleh generasi baharu parti itu.

Mengenai percanggahan pendapat berhubung agama antara pemimpin PAS dengan pemimpin parti komponen pakatan pembangkang, beliau berkata, ia tidak menjejaskan hasrat PAS untuk melaksanakan dasar Islam di negara ini.Katanya, kalau adapun suara-suara sumbang daripada pemimpin DAP, termasuk Karpal Singh mengenai pembentukan negara Islam, ini adalah kerana pemimpin DAP masih belum mendapat penjelasan sepenuhnya daripada PAS.Sebaliknya, kata beliau PAS telah bersetuju untuk melaksanakan dasar Islam, termasuk syariat Islam dan hukum hudud sekiranya berjaya mentadbir negara. -BERNAMA

GR kata: PAS kecut teloq tak berani nak tegur dan perbetulkan kesalahan umat Islam yang lain....

Friday, November 16, 2012

ANWAR SOUND MAT SABU, DIRI SENDIRI MACAM MANE??

Anwar...masihkah kau ingat dengan kata-kata mu ini pada puak PAS. Tapi kenapa sekarang join sekaki dengan perangai mereka ye??

Kata pemimpin PAS ada skandal dengan bini orang....Anwar skandal dengan bini Azmin Ali camne pulak tu yer?? GR cabar Anwar untuk jawab!!

Pada pembaca yang budiman fikirkanlah pemimpin semacam inikah kita ingin jadikan untuk mentadbir negara. Tidak mempunyai pendirian yang tetap jawabnya negara akan jadi huru hara. PAKATAN bersekongkol dengan anasir luar jawabnya negara bakal dijajah sekali lagi. Fikir-fikirkanlah...

GR kata: Anwar ade 'selera' dua alam camner pulak tu yer....

Published with Blogger-droid v2.0.9

BEBAS MEMILIH AGAMA AJARAN MANA? @n_izzah CAKAP TAK GUNA OTAK!!


Antara tiang utama ajaran demokrasi adalah kebebasan. Demokrasi mengajar bahawa manusia memiliki empat jenis kebebasan iaitu kebebasan beragama (berakidah), kebebasan bersuara, kebebasan bertingkah laku dan kebebasan kepemilikan. Tidak ada konsep halal dan haram dalam ajaran demokrasi di mana kesemua bentuk kebebasan itu boleh diamalkan (malah mesti dihormati) asalkan tidak mengganggu hak sama rata orang lain di dalam mengamalkannya.

Bagi Muslim pencinta demokrasi dengan menganggap bahawa demokrasi adalah sebuah sistem yang terbaik yang ada buat masa ini, mereka sering mencari dalil/nas untuk membuktikan bahawa apa yang diajar oleh demokrasi tidak bercanggah dengan Islam. Malah mereka tanpa segan silu dan tanpa rasa bersalah, meletakkan bahawa demokrasi adalah selari dengan ajaran Islam. Untuk itu, maka dicarilah nas-nas yang membuktikan bahawa ajaran demokrasi itu selaras, malah ada yang mengatakan bahawa ia diambil dari ajaran Islam itu sendiri.

Hal ini dirancakkan lagi dengan adanya golongan yang berfahaman Liberal yang sering menafsirkan ayat-ayat Al-Quran mengikut kehendak dan hawa mereka dalam rangka menyebarkan kefahaman songsang mereka bahawa kebebasan dalam demokrasi tidak bercanggah dengan Islam. Golongan Liberal ini begitu mengagungkan idea hak asasi manusia sehingga mereka berani menyatakan bahawa setiap manusia bebas untuk melakukan apa sahaja sesuai dengan hak asasi walau ke tahap menukar agama sekalipun.

Mereka kemudian memetik ayat-ayat Al-Quran, antaranya Surah al-Baqarah: 256 bagi membenarkan hujah mereka. Tafsir Ayat tersebut Allah S.W.T berfirman :

“Tidak ada paksaan di dalam (memasuki) agama (Islam). Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar dari jalan yang sesat. Kerana itu, siapa yang mengingkari Thaghut dan mengimani Allah, sesungguhnya ia telah berpegang pada tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui” [TMQal-Baqarah (2):256].

Dari sesi sabab an-nuzul (sebab penurunan) ayat ini, Muhammad bin Ishaq menuturkan dari Ibnu Abbas bahawa ayat ini turun kepada seorang Ansar dari Bani Salim bernama al-Husaini. Beliau memiliki dua orang anak yang beragama Nasrani sedangkan beliau sendiri adalah seorang Muslim. Lalu beliau berkata kepada Rasulullah S.A.W :

“Apakah tidak aku paksa sahaja keduanya (untuk masuk Islam) kerana mereka enggan kecuali menjadi Nasrani.”

Allah S.W.T kemudian menurunkan ayat ini menjelaskan perkara tersebut (Tafsir Ibnu Katsir)

Firman Allah Laikraha fi al-deen : tidak ada paksaan di dalam (memasuki) agama (Islam)] di mana makna al-ikrah (paksaan), sebagaimana dituturkan al-Baidhawi adalah mewajibkan orang lain melakukan suatu perbuatan sementara orang yang dipaksa itu tidak melihat kebaikan di dalamnya tatkala ia membawanya (Al-Baidhawi, Anwar at-Tanzil wa Asrar al-Ta’wil, Jilid 1, ms135).

Adapun ad-deen yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah deenal-Islam (Ath-Thabari, Jami’ al-Bayan fiTa’wil al-Qur’an, Jilid 3, ms19). Walaupun berbentuk pernyataan, yakni menafikan pemaksaan dalam agama, ia mengandung makna larangan (Al-Alusi, Ruh al-Ma’aniJilid 2). Ertinya, ayat ini melarang tindakan memaksa orang kafir untuk masuk ke dalam deen al-Islam. Kesimpulan demikian juga disampaikan oleh ramaimufassirin (ahli tafsir) seperti Ibnu Jarir al-Thabari, Ibnu Katsir, al-Samarqandi dan al-Jazairi.

Meskipun tidak boleh memaksa orang-orang kafir masuk ke dalam agama Islam berdasarkan ayat ini, namun dalam beberapa ayat lainnya terdapat kewajipan perang untuk menghadapi orang-orang kafir dan munafik [lihat at-Taubah (9):73, at-Tahrim (66):3 dan lain-lain). Akan tetapi, perang itu harus dihentikan ketika mereka bersedia menjadi kafir dzimmi (kafir warganegara yang tunduk kepada pemerintahan Islam) dan membayar jizyah [lihat at-Taubah (9):29]. Maksud “kafir” merangkumi siapa sahaja yang beragama selain Islam sama ada Majusi, Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani), Buddha, Hindu, Sikh, ateis dan lain-lain.

Suatu ketika Umar ra. menyebut tentang kaum Majusi, lalu ia berkata :

“Aku tidak tahu bagaimana memperlakukan mereka.’ Abdurrahman bin Auf kemudian berkata, ‘Aku bersaksi bahawa aku benar-benar mendengar Rasulullah S.A.W bersabda, ‘Perlakukanlah mereka (yakni penganut Majusi) sebagaimana perlakuan terhadap Ahlu Kitab” [ HR Malik].


Perlu diperhatikan dan difahami dengan benar, bahawa larangan paksaan itu hanya berlaku dalam memasuki Islam, yakni orang kafir (selain musyrik Arab) tidak boleh dipaksa untuk masuk Islam. Berbeza halnya apabila seseorang kafir itu sudah masuk Islam (menjadi Muslim) dan hendak keluar dari Islam (murtad). Hal ini sama sekali tidak dibenarkan dan tidak termasuk dalam pengertian ayat di atas. Islam mewajibkan pemeluknya untuk tetap berada di dalam Islam. Apabila ada yang hendak keluar atau murtad dari agamanya (Islam), maka Islam akan menjatuhkan hukuman yang sangat berat kepada pelakunya, yakni hukuman bunuh (mati). Hukuman mati ini wajib dijatuhkan apabila pelakunya tetap berkeras mahu murtad meski pun sudah diminta bertaubat dan diberi tempoh waktu untuk kembali ke pangkuan Islam.

Rasulullah S.A.W bersabda :

“Siapa sahaja yang menukar agamanya, maka bunuhlah ia” [HR Bukhari, Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, al-Nasa’i dan Ibnu Majah].

Ringkasnya, sebagaimana yang disampaikan oleh ath-Thabari, ayat ini bermakna “tidak ada paksaan dalam beragama bagi orang yang halal diterima jizyah-nya, dengan membayar jizyah serta redha dengan hukum Islam” (Ath-Thabari, Jami’ al-Bayan, Jilid 3, ms19).

Mengenai makna ath-thagut, banyak penjelasan yang disampaikan oleh para mufassirin. Meskipun tampak berbeza-beza, namun semuanya memiliki kesamaan. Al-Baidhawi  berkata ath-thagut dengan syaitan, berhala dan segala sembahan selain Allah atau yang menghalangi dari penyembahan terhadap Allah. Al-Jazairi juga menjelaskan kata ath-thagut sebagai segala sesuatu yang memalingkan dari ibadah kepada Allah S.W.T, baik dari kalangan manusia, syaitan atau lainnya. Ibnu Katsir juga menegaskan bahawa makna thagut adalah syaitan. Hal itu meliputi semua jenis keburukan yang dilakukan oleh orang Jahiliyah, baik menyembah berhala, berhukum kepadanya dan meminta pertolongan kepadanya. Al-Jauhari, sebagaimana dipetik oleh asy-Syaukani dalam tafsirnya, menyatakan bahawathagutadalah dukun, setan dan semua pemimpin kesesatan.

Sikap Terhadap Orang Kafir

Ayat ini sering dicemari oleh kaum Liberal untuk menjustifikasi idea kebebasan beragama (hurriyah al-‘aqidah). Kewujudan golongan Liberal itu sendiri adalah kerana kebebasan berpendapat tanpa batas yang disediakan oleh demokrasi. Idea puak Liberal ini memandang bahawa manusia memiliki kebebasan penuh dalam beragama di mana manusia bebas memeluk, menentukan, dan berpindah-randah antara agama sesukanya, termasuk juga bebas untuk tidak beragama. Mereka berhujah bahawa kebebasan ini terpakai untuk semua orang termasuk Muslim. Justeru, andai ada seseorang pada hari ini beragama Islam, keesokannya murtad menjadi Kristian, esoknya lagi bertukar ke agama Buddha dan setelah itu berubah menjadi ateis, hal iniboleh sahaja dan sah menurut puak Liberal. Ia tidak boleh dilarang, bahkan tindakannya mesti dianggap sebagai pilihan yang harus dihormati. Potongan ayat ini, “la ikrahafî al-deen”, didakwamereka selaras dengan idea kebebasan yang lahir dari ideologi sekularisme yang diamalkan di bawah sistem demokrasi.

Dakwaan tersebut jelas batil. Sebagaimana telah diungkapkan di atas, tiadanya paksaan dalam agama itu hanya dalam konteks orang kafir masuk ke dalam agama Islam yakni orang kafir (selain musyrik Arab) tidak boleh dipaksa untuk masuk Islam. Namun, jika seseorang kafir itu sudah masuk Islam (sudah menjadi Muslim) makadia tidak boleh lagi keluar atau murtad dari Islam. Jika ia berkeras dengan pendiriannya untuk keluar (murtad) maka ia wajib dijatuhkan hukuman mati, sebagaimana nas hadis di atas. Setiap orang yang memeluk Islam wajib melaksanakan syariat Islam seratus peratus dan syariat Islam menetapkan bahawa jika ia keluar dari Islam, maka ia wajib dibunuh. Hukum syariat ini terpakai kepadanya.

Dalam idea kebebasan beragama, demokrasi mengajar bahawa manusia bebas secara mutlak untuk memilih agama masing-masing di mana kebebasan itu menjadi hak manusia yang tidak boleh diganggu gugat. Tidak ada konsekuensi apa pun atas pilihan seseorang dalam memilih agama, malah tindakan menghukum (apatah lagi hukuman mati)seseorang yang menukar agama dianggap sangat kejam. Sesungguhnya ajaran demokrasi ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Dalam masalah agama (akidah), manusia tidak dibiarkan dan tidak dibenarkan memilih sesuka hatinya. Allah SWT sebagai Pencipta manusia telah memerintahkan setiap manusia untuk memeluk Islam. Perintah Allah tersebut bersifat jazm(tegas dan pasti) dan tidak ada pilihan di dalamnya. Siapapun yang memenuhi perintah itu akan mendapatredhaNya, pahala dan syurga. Sebaliknya, siapa sahaja yang mengingkari perintah tersebut akan mendapat murkaNya, dosa dan azab neraka selama-lamanya. Memeluk Islam bukanlah perkara pilihan (dalam erti kata boleh dikerjakan atau tidak) sesuka hati manusia. Ia adalah perintah Allah SWT yang wajib ditaati oleh semua manusia.


Perlu difahami juga bahawa tiadanya paksaan itu sama sekalibukan disebabkan semua agama itu sama benarnya sehingga manusia diberi kebebasan memilih agama sesukanya, seperti anggapan kaum Liberal. Kalimat dalam ayat ini “qadtabayyana al-rusyd min al-ghayy” memberikan penegasan bahawa paksaan dalam memeluk Islam tidak diperlukan disebabkan kerana kebenaran Islam amat jelas dan terang.

Mengomentari ayat ini, Ibnu Katsir berkata, “Janganlah kalian memaksa seseorang untuk masuk Islam kerana telah jelas dan terang dalil-dalil serta bukti-bukti kebenarannya hingga tidak diperlukan lagi paksaan terhadap seseorang untuk masuk ke dalamnya” (Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’an al-‘Adzim, Jilid 1, ms285).

Apa yang jelas dan pasti adalah, ayat ini tidak ada kaitannya dengan idea kebebasan beragama yang dibawa oleh Barat dan ia bertentangan sama sekali dengan ideakebebasan di bawahajaran demokrasi. Sesungguhnya manusia itu tidak bebas beragama, tetapi wajib beragama Islam. Idea kebebasan beragama ini sesungguhnya merupakan ajaran demokrasi yang lahir dari idea manusia, yang memisahkan agama dari kehidupan. Demokrasi tidak lain merupakan sebuah konsep dan sistem kufur yang berasal dari Barat yang haram untuk diambil, diterapkan dan disebarluaskan oleh umat Islam. Renung-renungkanlah....


GR kata: Nurul Izzah tak belajar agama sebab tu cakap hentam kromo...

Thursday, November 15, 2012

JANGAN GUNAKAN ISLAM DEMI KEPENTINGAN POLITIK - SULTAN SELANGOR


Terlebih dahulu sukacita beta mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 1434 Hijrah kepada seluruh umat Islam khususnya orang Melayu di negeri Selangor dan beta berharap kita dapat menyambut tahun baru Islam ini dengan penuh azam dan pemikiran yang bernas untuk membangunkan orang Melayu serta mengucapkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana telah mengurniakan kepada kita keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan.

Di kesempatan ini, beta berkenan untuk menyampaikan nasihat dan peringatan kepada umat Melayu berikutan isu berhubung kebebasan beragama yang telah ditimbulkan baru-baru ini.

Sebagai ketua agama Islam dan pelindung kepentingan serta hak-hak orang Melayu di Selangor, beta bertanggungjawab sepenuhnya pada setiap masa menentukan bahawa agama Islam yang suci dan kepentingan orang Melayu terpelihara dan dijaga dengan sempurna.

Sudah sampai masanya umat Islam khususnya orang Melayu di negeri ini, berwaspada dan menilai semula kedudukan mereka, supaya tidak terpengaruh dengan hasutan dan dakyah oleh pemikiran bebas, liberalisme atau pluralisme yang boleh merosakkan akidah seseorang dan seterusnya boleh menjadi syirik terhadap Allah SWT.

Pemimpin-pemimpin Melayu dahulu yang bijaksana telah menetapkan dengan jelas definisi orang Melayu sebagaimana dalam Perkara 160(2), Perlembagaan Persekutuan adalah :-

Pertama: Mereka hendaklah mengamalkan budaya Melayu, Kedua: Bertutur bahasa Melayu dan Ketiga: Beragama Islam

Jika salah satu daripada perkara di atas tidak diamalkan oleh seseorang, maka ia bukanlah lagi ditafsirkan atau dianggap sebagai orang Melayu.

Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa agama Islam adalah agama Persekutuan. Ini menjelaskan bahawa agama Islam lebih tinggi kedudukannya berbanding agama-agama lain. Perlembagaan juga menetapkan kedudukan dan hak-hak keistimewaan orang Melayu yang perlu dilindungi.

Sekiranya orang Melayu dengan sewenang-wenangnya menukarkan agama Islam yang maha suci ini (murtad), maka pepatah Melayu lama “Tidak Melayu hilang di dunia" tidak boleh diguna pakai lagi kerana bangsa Melayu terhakis dan akan lenyap daripada muka bumi ini.

Beta tidak rela orang Melayu meninggalkan agama Islam yang maha suci ini, sebaliknya beta mahukan orang Melayu mempertahankan kesucian agama Islam ini dengan kekuatan dan kebijaksanaan seperti yang telah di lakukan oleh Nabi Muhammad SAW, para sahabat, para mujahid dan pemimpin-pemimpin Islam yang terdahulu.

Kebelakangan ini, beta dapati kesucian Islam telah dinodai apabila hukum hakam agama dan tafsiran al-Quran telah sewenang-wenangnya menjadi modal politik bagi meraih sokongan. Kekeliruan timbul apabila orang yang tidak berilmu atau orang tidak layak mentafsir ayat-ayat al-Quran atau perkara berkaitan hukum Allah melakukan tafsiran mengikut fahaman dan kehendak masing-masing yang tidak menepati makna yang sebenarnya. Ayat-ayat al-Quran bukanlah seperti sepotong sajak yang boleh ditafsirkan mengikut selera dan fahaman sendiri.

Di sini beta mengingatkan supaya jangan dicampuradukkan agama dengan politik kerana ia boleh mengeliru dan memecah belahkan masyarakat. Sebaliknya beta menyeru supaya orang-orang Melayu bersatu padu, membantu antara satu sama lain dan mengeratkan silaturahim sesama Islam serta mempertahankan agama Islam yang suci ini.

Akhir sekali sebagai orang Islam, yakinlah kemungkaran yang dilakukan oleh manusia akan dibalas oleh Allah SWT dengan balasan malapetaka yang dahsyat seperti yang berlaku di zaman silam.

Surah Al-Anfal, ayat 25, Allah berfirman yang maksudnya; “Dan peliharalah diri kamu daripada berlakunya dosa yang membawa bala bencana yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus tetapi akan menimpa kamu secara umum dan ketahuilah bahawa Allah maha berat azab siksaNya".

Marilah kita sama-sama berdoa semoga Selangor yang kita kasihi ini sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT serta dijauhkan dari malapetaka. Beta juga berdoa semoga rakyat yang berbilang kaum di negeri ini dapat hidup bersatu padu, aman damai, dan negeri Selangor akan terus maju, makmur dan sejahtera. - Utusan


GR kata: Peliharalah Islam dengan sebaiknya kerana inilah kunci kejayaan dunia dan akhirat...

NAH TU DIA! PAS DAH MULA SAKAU DUIT RAKYAT UNTUK DANA KE PUTRAJAYA!!

Inilah parti yang sebenarnya bukan memperjuangkan Islam tapi tujuan utama mereka adalah untuk ke Putrajaya. Macam ni pun dah menunjukkan mereka tidak layak untuk memerintah negara apatah lagi menjaga kebajikan rakyat.

Terkini dengan melihat gambar kupon yang GR baru terima dari sumber dalaman PAS Bdr Tun Razak, ahlinya sendiri sudah menyampah dengan perjuangan PAS yang sudah tersasar jauh. Apa yang lawaknya bila GR terima kupon ni kenapa perlu si Husam ni menyibukkan diri ke Cheras. Macam dah tak laku dirinya di Kelantan...betul tak?

Sudahlah mempromosikan diri sendiri di luar kawasan sendiri, kononnya akan diberi mandat menjadi wakil rakyat di kawasan yang ditempatkan....wakil rakyat bidang terjun la katakan. Hehe...

Di mana kebajikan yang PAS war-warkan sebelum ni yer? Ingin membuat majlis bersama rakyat tapi kenapa rakyat perlu membayar sejumlah wang. Macam ni ke perangai seorang pemimpin PAKATAN...meletakkan harga lepas tu rakyat boleh jumpa. Macam ni contoh sebuah parti yang katanya memang layak berkhidmat untuk rakyat. Sakau duit rakyat lepas tu baru boleh berkhidmat ke?

Para pembaca sekalian usahlah terpedaya dengan janji kosong PAKATAN. Fikirlah dengan matang..jika mereka benar ingin berkhidmat untuk rakyat bukan ini caranya. Majlis mesra dengan rakyat perlu dibuat cara dengan memberi keselesaan pada rakyat BUKAN sakau duit rakyat.

GR kata: Ada orang PAS kata duit beli kupon tu jihat untuk masuk Syurga. Mazhab mane pakai ni??

Published with Blogger-droid v2.0.9

HOT: INILAH PEMIMPIN YANG ROSAK AKIDAH, PADA MEREKA SEMUA SAMA!!


Melihat gambar puak-puak PAKATAN di atas, apa yang boleh kita terjemahkan apa yang mereka lakukan. Sememangnya ini adalah upacara sempena Hari Deepavali beberapa hari yang lepas. Sebagai seorang pemimpin sudah semestinya akan dijemput menjadi tetamu jemputan atau tetamu terhormat, GR tak hairan sangat dengan cara tersebut. Itu adalah lumrah dalam setiap majlis yang diadakan di negara kita.

Tapi di manakah akidahnya seorang pemimpin Islam yang juga turut serta melakukan upacara seperti yang dilihat di gambar di atas. Jika seorang pemimpin itu dijemput dan upacara tanda hormat hanyalah dengan diberi kalungan bunga. Jika perkara tersebut dibuat pada pemimpin BN terutama sekali YAB Perdana Menteri mulalah pencacai PAKATAN ni mengeluarkan pelbagai fatwa haram lah dan macam-macam lagi.

Itu baru diberi kalungan bunga TETAPI gambar di atas seakan upacara menyembah amalan kaum Hindu. GR tidak lah fasih dalam ilmuan setiap agama yang ada di Malaysia ini, tapi jika kita sebagai seorang Islam apatah lagi memimpin dan memegang jawatan Exco Agama perlukah kita mengikut sebegini?? Di manakah ciri dan nilai murni Islam dalam diri mereka. Inilah puak PAKATAN sanggup menjual maruah mereka demi meraih simpati dan undi pada mereka semata-mata kepentingan peribadi.


Kalau yang lagi sorang ni macam gambar atas ni tak usah cakap la...semua perkara pada dia halal. Kenapalah masih ada masyarakat yang taksub dengan cara yang dibawa oleh si petualang negara ni Anwar Ibrahim. Jika dia seorang Islam yang sejati boleh fikir mana yang baik dan buruk. Dijemput pada majlis perayaan kaum-kaum di Malaysia tak salah tapi perlukah ikut dengan cara begini. Pembaca fikirkanlah secara matang yer....


GR kata: Islam harus dipelihara dengan baik bukan buat cincai boncai....

Wednesday, November 14, 2012

ASTAGA!! NIE ORANG KER HANTU?? #ASK2012

Masih dalam mood cerita ASK lagi. Dah ler masa ASK baru-baru nie seorang otai selebriti membuat kontroversi dengan gurauannya tentang agama...kali ini jom kita berkongsi dengan fesyen kalangan artis yang hadir.

Sememang banyak yang pakai cantik-cantik bila hadir dalam acara berprestij sebegini....namun ada juga yang tak nak kalah mahu kelihatan lebih unik dan mahu perhatian lebih.

Siapa tidak kenal dengan Didie Aliaskan..artis digelar Lady Gaga Malaysia. Pada malam ASK2012 baju Didie Alias memang menjadi perhatian, tak tahu fesyen apakah dan kelihatan amat menyeramkan memandang matanya selain membawa seekor kucing putih bersama-sama.

Macam-macam je pakaian dorang ni kan....nak mendapatkan perhatian macam-macam style diaorang bawa kan. Apa pun jom lihat gambar Lady Gaga Malaysia ni....seram tak??



GR kata: Macam UnderTaker pun ada gak ni...Jangan marah yer Kak Didie...Hihi...

TERKINI: DRAMA SINETRON KAK JIJAH SUDAH BERMULA!! #PRmenipu


Hari ini kita lihat seorang ibu yang cuba melakonkan watak sedih demi anaknya sama seperti pada tahun 1998 apabila Anwar Ibrahim dipecat dari segala jawatan dalam kerajaan. Ini keluarga yang gilakan kuasa mahukan lakukan apa saja kepentingan peribadi mereka.

Dalam kes ini, GR lihat Wan Azizah bersimpati dengan nasib anaknya dan menyalahkan media kononnya apa yang Nurul Izzah kata Melayu Islam bebas untuk menentukan agama. Pada GR senang saja, mereka semua ni tak matang. Demi untuk meraih undi sanggup cakap apa saja. Depan kaum India buat drama tamil, depan kaum Cina buat filem kungfu depan kaum Melayu buat drama sedih...akhirnya apa yang mereka cakap pusing saja. Balik-balik sendiri yang pening kepala nak jawab bila rakyat mahukan kebenaran. Keadilan apanya macam ni tak seiring langsung dengan nama parti yang mereka bawa.

Dalam pada itu, GR pun duk tunggu bila Nurul Izzah nak saman media yang kata memutarbelitkan apa yang beliau kata. Meh kita tengok kat bawah ni apa beliau kata :




Untuk pengetahuan pembaca sekalian, jika benar beliau nak saman dah lama beliau buat jika mereka di pihak yang benar. Tapi sampai la ni tak ada apa-apa pun tindakan dibuat. Jika benar mahu saman media Utusan dan sebagainya kenapa tak saman Malaysiakini?? Malaysiakini yang mula-mula menaikkan isu ini....awat takut ka YB? Takut bajet dari Soros kena tarik balik ka??

Oleh itu, GR sarankan pada pembaca sekalian usah percaya dengan "Game Plan" puak PAKATAN ni. Mereka hanya ingin memporak perandakan semua kaum di Malaysia terutama sekali umat Islam. Umat Islam seharusnya tidak berhak untuk menukar pada agama lain kerana itu sudah jatuh MURTAD dan hukumnya berdosa besar dan harus bertaubat kepada Allah S.W.T. Pada GR senang saja, puak PAKATAN ni takkan mengaku salah mereka sebab mereka ingat diri mereka 100% perfect....Fikir-fikirkanlah....


GR kata: Kak Jijah...mana jam Omega yer?? Hi hi hi....

PENCACAI PR MAKIN BENGAP, TAK BOLEH BEZAKAN BAIK BURUK! TAK ADER OTAK!! #PRmenipu

Makin hari kita lihat sekarang ni puak PAKATAN sebenarnya sudah kehabisan modal dan idea. Apa saja pada mereka jika boleh dispin untuk mengelirukan rakyat, mereka akan buat. Asalkan dapat payment...settlelah kerjanya. Betul tak wahai pencacai PAKATAN??

Sebenarnya GR ingin kongsikan apa yang pencacai Chegu Bard dan puak PAKATAN ni punya angkara. Disebabkan mereka jeles dan tak boleh buat yang terbaik untuk rakyat seperti apa yang pembaca lihat melalui tajuk artikel ini dan gambar di atas, mereka mulalah meroyan sakan menabur fitnah dan penipuan.

Sebenarnya apa yang ingin dijelaskn apa yang kecoh di alam maya, kononya UMNO menggunakan tentera untuk meraih undi menjelang PRU 13 akan datang. Apa nak diherankan sememangnya sudah sinonim UMNO dalam hati seluruh rakyat Malaysia. Ini adalah kerana UMNO/BN yang senantiasa memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia dari segi pembangunan, bantuan dan macam-macam lagi.

Pada GR memang BODOH pencacai PAKATAN ni...yelah mungkin diaorang ni tak pernah tengok surat jemputan seperti gambar di atas dan mendedahkan pada masyarakat kononnya UMNO mempunyai agenda jahat. Pandangan GR senang saja, untuk menjemput seseorang tak kira siapa pun ke sesebuah majlis perlulah ada kad jemputan atau pun surat jemputan...betul tak? Contoh jemputan kahwin dan sebagainya...tak taulah GR kalau pencacai PAKATAN diaorang ni jenis tak tau malu main redah jer majlis orang tanpa sebarang jemputan. Mungkin betul jugakkan.... Hi hi hi

Bantuan yang diberikan UMNO/BN sudah sinonim di negara ini kerana semua lapisan masyarakat yang kurang bernasib baik dibela. Tidak ada isu yang harus dibangkitkan kerana golongan tentera tidak digalakkan untuk berpolitik. Majlis bersama rakyat yang dianjurkan oleh UMNO Seremban adalah usaha yang baik dalam membela nasib rakyat kalangan veteran tentera itu sendiri. Tidak ada sebab kerana pemimpin yang datang iaitu Menteri Pertahanan sendiri dari kalangan pemimpin UMNO. Takkan majlis macam tu panggil pemimpin PAKATAN ye tak??

Ini juga jelas tentera dan juga lapisan masyarakat yang mendapat bantuan adalah dari UMNO/BN bukannya bantuan dari anasir luar seperti apa yang PAKATAN perolehi selama ini, perkara tersebut tak perlu GR ulas lagi sebab ramai dah tahu agenda jahat PAKATAN untuk menghancurkan Malaysia. Kita juga harus sedar bantu membantu adalah amalan yang murni dan tuntut dalam Islam dan semua lapisan masyarakat yang inginkan bantuan berhak dibantu....bukannya beri bantuan pada orang terpilih dan taksub pada sesebuah parti saja. Betul tak?

GR kata: Tepuk dada tanya hati...Chegu Bard meroyan nak jadi calon tu yang tabur fitnah sana sini. Pencacai PR buat keja guna otak jangan guna bontot yer!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

TERKINI: PM BUBAR PARLIMEN JUMAAT NI??

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda sudah memutuskan untuk membubarkan Parlimen yang selewat-lewatnya Jumaat ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum yang dijangka bulan depan.

Laporan media, Nikkei dan Asahi Shimbun berkata, Noda akan memanggil pilihan raya seawal-awalnya 16 Disembar atau selewat-lewatnya 20 Januari tahun depan.

"Perdana Menteri sudah putuskan untuk membubarkan Parlimen tahun ini," kata laporan muka depan akhbar harian berpengaruh, Nikkei, hari ini.

Mainichi Shimbun pula berkata, Perdana Menteri akan membubarkan Parlimen Jumaat ini manakala pilihan raya umum diadakan 9 Disember, Pilihan raya umum Jepun mesti diadakan musim panas depan berikutan mandat empat tahun penggal Parlimen sekarang akan berakhir. - AP

GR kata: Jangan mareee yer...hihi... Tapi tak mustahil kalau betul-betul jadi...camner? Rakyat fikirlah dengan bijak yer....

Tuesday, November 13, 2012

KURANG AJAR! BENDERA MALAYSIA DIBAKAR DI INDONESIA!!

JAKARTA — Isu tiga anggota polis Malaysia yang didakwa merogol seorang wanita rakyat Indonesia di Pulau Pinang baru-baru ini menyebabkan sekumpulan penunjuk perasaan berdemonstrasi berhampiran kediaman Duta Besar Malaysia ke Indonesia, di Jalan Patra Kuningan Utara, di sini hari ini.

Dalam demonstrasi pada pukul 1 petang itu, kira-kira 20 orang yang mewakili kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) mendesak kerajaan Indonesia mengusir Duta Besar Malaysia dari republik itu selain bertindak membakar bendera Malaysia bagi menunjukkan kemarahan terhadap kejadian yang berlaku ke atas wanita berusia 25 tahun itu.

Demonstrasi itu diadakan kira-kira 100 meter dari Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia itu kerana pihak polis Indonesia telah menutup jalan di hadapan kediaman itu dan menghalang kumpulan penunjuk perasaan daripada beraksi di hadapan kediaman itu.

Kumpulan penunjuk perasaan itu turut mendesak Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono bertindak tegas berhubung kejadian itu dengan mengusir Duta Besar Malaysia ke Indonesia dari republik itu. Mereka menyalahkan Yudhoyono yang didakwa gagal melindungi warganegara Indonesia di Malaysia dan meminta Presiden Indonesia itu mengundurkan diri jika beliau gagal mengusir Duta Besar Malaysia.

Dalam demonstasi selama 50 minit itu, beberapa peserta termasuk kanak-kanak dan wanita memegang kain sepanduk berwarna merah yang antara antara lain bertulis "Usir Duta Besar Malaysia, Ganyang dan lawan Malaysia". Pasukan Polis Indonesia, termasuk anggota dari unit pemusnah bom mengawal ketat kawasan sekitar Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia itu sepanjang demonstrasi berlangsung. — BERNAMA

GR kata: Rakyat Malaysia jangan melenting dan harus bersikap terbuka dan pihak Polis harus siasat hingga lubang cacing. Jika bersalah harus jatuhkan hukuman yang setimpal.

UCAPAN ANWAR IBRAHIM SEMPENA DEEPAVALI #PRmenipu



GR kata: Sampai bila rakyat terus ditipu dengan kebodohan dan kata-kata si petualang negara ni...Rakyat harus kekalkan kestabilan dan keharmonian negara yang sedia ada. Selamat menyambut Deepavali kepada kaum Hindu yang menyambutnya di Malaysia dan seluruh dunia.

PANAS: PENCACAI PAKATAN YANG GILA BONTOT MACAM ANWAR IBRAHIM!!


Masih ingat dengan mamat dalam gambar di atas yang kita lihat bajet hensem ni. Nama beliau Azizul B. Mamat dan untuk imbasan semula pembaca sekalian baca apa yang budak banggang ni katakan :

"..seronok aku dapat potong bena (banner) dan bendera BN nie.. sesuatu perasaan yg tak dapat digambarkan..dan rujuk pada yg pakar potong benar puak munafik dpt pahala kena lak bulan ramadhan lagi berganda2 pahalanya.."

Pertamanya GR ingin nyatakan di sini, budak ni memang tak ada otak dan pemikiran dia jauh bezanya jika kita bandingkan dengan budak sekolah. Budak sekolah yang belajar ilmu agama pun tak mana hala dan haramnya. Potong apa yang dapat pahala?? Wahai saudara Azizul meh sini beritahu GR cabar saudara tunjukkan mana hadith dan ayat Al-Quran yang menunjukkan tentang perkara di atas. GR cabar kau wahai Azizul dan pencacai PR yang BANGGANG!!

Lagi satu akidah budak Azizul ni dah terpesong jauh, siapa beliau nak mengatakan beliau dilahirkan untuk menghancurkan UMNO?? Siapa dia untuk mengatakan begitu?? Budak ni Tuhan ker? Malaikat ker?? Ulama' besar ker yang boleh meramalkan dari dia di alam roh lagi akan dilahirkan ke dunia ini untuk membuat kerja yang HINA nie. GR pun bukan pandai sangat dalam bab agama ni tapi selama GR belajar tak pernah pun dengar ayat BODOH macam ni. Seharusnya budak Azizul ni perlu fikir sebelum terpesong jauh yang membolehkannya syirik pada Allah S.W.T.

Ini lah manusia yang tak kenang budi. Budak Azizul ni tak tahu agaknya selama beliau hidup dari sekolah hinggalah sekarang kenikmatan yang dikecapi selama hidup di Malaysia ni adalah hasil pembangunan yang Allah S.W.T berikan melalui pentadbiran dari Kerajaan Barisan Nasional. Sekolah, jalan raya, pekerjaan dan sebagainya semuanya adalah hasil dari Kerajaan yang memerintah sekarang. GR pasti kalau mak bapak Azizul ni sakit pun mesti pergi ke klinik dan hospital kerajaan betul tak?? Memang memalukan jika kita ada anak seperti Azizul ni.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, budak Azizul ni sebenarnya telah cuba menaikkan amarah bangsanya sendiri tapi tindakan BODOH beliau tidak mendatangkan hasil. GR sendiri mendapat pengesahan dari sumber dalam PKR bahawa budak Azizul ni telah DIBAYAR untuk membuat kerja-kerja yang tidak mendatangkan faedah ni. Kerja yang beliau lakukan ialah memotong banner dan bendera BN yang dipasang di sekitar Bdr Tun Razak.

Sekarang beliau nak menjadi Ostad Celup sama seperti ostad celup yang pakatan haprak ni hasilnya. Siapa mereka tak perlulah GR nyatakan lagi...tepuk dada tanyalah hati, betul tak? Wahai Azizul jika belum cukup ilmu di dada pergilah menuntut ilmu itu dengan secukupnya. Carilah tok guru yang benar-benar boleh membimbing bukannya belajar dengan tok guru yang menyesatkan kita lagi. Syurga dan Neraka itu adalah urusan Allah S.W.T dan bukan dengan apa yang kita ada boleh cakap orang itu haram dan apa yang korang buat halal. Ingat tu...jangan jadi BODOH yang terlampau macam pemimpin pakatan yang lain!



GR kata: Siapa awek yang cium ko ni wahai Azizul?? Kata perjuangkan Islam....

Monday, November 12, 2012

Golongan Veteran ATM Tidak Disisihkan Kerajaan! @Zahid_Hamidi

SEREMBAN: Kerajaan memberikan pelbagai bantuan dan insentif kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), mengatasi apa yang dinikmati oleh veteran di kebanyakan negara lain termasuk negara maju, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata veteran tentera di negara ini bukan sahaja menikmati bantuan kesihatan dan kebajikan untuk diri mereka sendiri malah isteri dan anak-anak mereka.

"Kita pernah mengadakan pertemuan dengan pengarah-pengarah veteran tentera dari Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan United Kingdom dan mereka membuat perbandingan tentang apa yang diterima oleh veteran tentera di Malaysia ini dengan negara mereka.

"Veteran di Malaysia bukan sahaja menerima bantuan meliputi perubatan isteri dan anak-anak veteran turut menerima bantuan kesihatan dan kebajikan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan bersama rakyat di Kem Sikamat, di sini malam Ahad.

Katanya, berbanding veteran di kebanyakan negara lain, mereka hanya menerima bantuan yang minimum dan langsung tidak meliputi isteri dan anak-anak.

"Ertinya apa yang diperolehi ini lebih baik, walaupun ada yang perlu diperbaiki, tetapi kerajaan prihatin terutama soal kesihatan dan bantuan kebajikan veteran," katanya.

Katanya, kerajaan juga sentiasa mendengar pelbagai pandangan mana-mana pihak terutama daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, dalam menambah baik bantuan dan insentif untuk disalurkan kepada veteran bagi meningkatkan tahap kehidupan mereka selepas menamatkan perkhidmatan.

Sementara itu, Ahmad Zahid turut mengingatkan mana-mana pihak termasuk badan bukan kerajaan dan parti politik untuk tidak mempolitikkan isu kebajikan veteran ATM. Katanya, sebarang pandangan untuk menambah baik kebajikan veteran harus menggunakan saluran yang betul tanpa menggunakan badan-badan bukan kerajaan sebagai pihak pendesak.

"Contohnya bagi veteran tentera tidak berpencen, walaupun terdapat 234,500 orang yang tidak berpencen ini, kerajaan telah berpuas hati dengan tuntutan Kumpulan Veteran Tentera Tidak Berpencen dan memberikan saguhati melibatkan peruntukan tidak kurang RM234 juta kepada tentera tidak berpencen," katanya. - BERNAMA

GR kata: Kerajaan sentiasa membantu dan memberikan yang terbaik kepada semua lapisan masyarakat...

EKSKLUSIF: SIAPA PENGARAH DBKL TERIMA RASUAH DARI @teresakok ?? #PRmenipu


Apa yang korang faham dengan istilah Lembu Punya Susu, Sapi Yang Dapat Nama?? Peribahasa ini memang sesuai kita tujukan pada MP Seputeh, YB Teresa Kok, puak DAP memang sejak azali perangai tak tahu malu...betul tak??

Inilah manusia yang sememang TIDAK LAYAK diberikan mandat sebagai Ahli Parlimen tapi disebabkan nak menunjukkan pada rakyat sanggup membuat perkara yang membolehkan beliau disanjung tinggi. Al kisahnya sebenar adalah permohonan lesen penjaja kawasan OUG telah dibantu oleh Pusat Khidmat Masyarakat Seputeh dan UMNO Bhgn Seputeh dan usaha ini telah diselesaikan pada 2 bulan yang lepas. GR difahamkan seramai 80 orang penjaja permohonan mereka telah DILULUSKAN oleh DBKL dan sebanyak 60 orang penjaja telah mendapat lesen yang disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mustapa Kamal.

Apa yang menyedihkan GR di sini, baki lagi 20 borang permohonan lesen penjaja tersebut telah diserahkan pada DAP dan sudah semestinya pada MP Seputeh. Dalam hal sebegini GR melihat ada perkara yang tak kena, borang permohonan yang telah pun DILULUSKAN sejak awal lagi tapi bila tiba pemberian diberikan pada pihak yang tidak bertanggungjawab. Orang lain buat kerja orang lain dapat nama. Pada GR senang saja, jika dari pihak awal pihak MP Seputeh yang turun padang bantu menyelesaikan permohonan lesen penjaja ini tak menjadi masalah. Tapi lihatlah sebaliknya.

Jika Teresa Kok dan pencacai Pakatan kata perkara ini direka oleh UMNO, korang lihat sendiri kiriman SMS yang diterima di bawah :

DAP Parlimen Seputeh (Ms Alice): Kamu punya OUG Jalan Hujan Rahmat Original Lesen sudah sedia dan berada di pejabat kami, sila datang pada (7/11) 2pm-4pm untuk kutipan. Terima kasih.


Dalam perkara ini senang saja, ada HANTU dalam DBKL yang sanggup tikam belakang. Ada orang Melayu yang sanggup tikam bangsanya sendiri. Jika sudah DISOGOK sekali pun GR tak heran tapi fikirlah berapa banyak yang korang terima ini dan sampai bila korang nak terima DUIT HARAM dari Teresa Kok. Buatlah kerja dengan ikhlas dan bantuan yang diberi itu janganlah diputarbelitkan. Fikirlah orang yang susah payah naik turun untuk membantu rakyat dan jangan disebabkan DUIT korang sanggup buat apa saja demi jatuhkan maruah korang sendiri.


Kepada nama-nama di atas yang mungkin BOSS di bahagian yang menguruskan dan meluluskan permohonan lesen tersebut ingatlah yer...Sekarang mungkin sedap terima bermacam-macam dengan nikmat kerja dan rezeki yang diberi. Pada pihak pengurusan DBKL, GR mohon agar perkara ini disiasat dan harap jangan berulang lagi. DBKL pun jangan sibuk nak kaut untung jer...perkhidmatan pun perlulah diberikan dengan baik untuk warga kota Kuala Lumpur!!




GR kata: Orang Melayu jangan gadaikan maruah dan jati diri kita pada musuh negara!!

Sunday, November 11, 2012

GAMBAR PANAS ANWAR: "SAYA BUAT SEMUA HALAL SEBAB POK NIK KATA"



GR kata: Dalam pakatan tiada halal haram semua bedal. Alamatnya Islam diperlekehkan oleh umatnya sendiri...kesian!!!

LIVE: PUTRAJAYA DIGEGAR GENG MOTOR BESAR! @NajibRazak @Zahid_Hamidi @SAM1MSIA @MPBtalk @suriafmradio

Perghhhh...memang best dan happening di hadapan Dataran Boulevard Putrajaya, geng-geng Bikers Malaysia telah berjaya mencatatkan Malaysia Book Rekod. GR lihat inilah himpunan motot-motor besar yang terbesar pernah diadakan di Malaysia.

Apa yang menariknya di sini, mereka di sini berhimpun secara aman dan tidak huru hara. Mereka juga di sini berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang turut sama menunggang motor besar yang sekarang konvoi mengelilingi Putrajaya.

Sebanyak 6,630 geng Bikers berhimpun pada hari ini. Kesemua mereka ini menyahut Gagasan 1Malaysia yang dibawa oleh Kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri. GR juga lihat di sini rata-rata mereka dari pelbagai latarbelakang dan mereka boleh duduk sama tanpa perbedaan politik. Inilah contoh terbaik ditunjukkan oleh rakyat Malaysia yang sememangnya cintakan kehidupan yang aman dan makmur.

Update seterusnya insyaAllah akan menyusul nanti.....

GR kata: PM Najib Razak memang best....boleh bergaul dengan semua lapisan masyarakat....

Published with Blogger-droid v2.0.9

FOTO SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN MERIAH DATUK LEE CHONG WEI


Resepsi perkahwinan Datuk Lee Chong Wei dan pasangannya Datin Wong Mew Choo malam tadi berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 1,500 tetamu.

Majlis yang berlangsung di KLCC ini turut di’hadiri oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri turut hadir memeriahkan majlis untuk meraikan pengantin baru ini selain barisan menteri lain.

Jom kita layan beberapa keping gambar sekitar majlis perkahwinan jaguh badminton negara ini :






GR kata: Tahniah pada Datuk LCW dan isteri, semoga berkekalan hingga akhir hayat.

@n_izzah DAN BAPAKNYA AKAN HILANG PUNCA DAN MENGAKU KESALAHAN SENDIRI!!


KUALA LUMPUR 9 Nov. - "Saya hendak beritahu kepada Nurul Izzah dan bapanya, Anwar Ibrahim, mereka akan terkejut bila mereka melihat siapa peguam-peguam kanan yang akan mewakili Utusan Malaysia."

Kenyataan tersebut diberikan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin sebagai respons terhadap tindakan Nurul Izzah yang merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menyaman Utusan Malaysia.

Semalam, Nurul Izzah, menerusi notis yang dikeluarkan peguam bela dan peguam cara Mohamed Hanipa & Associates, menuntut Utusan Malaysia memohon maaf dalam masa 48 jam berhubung penyiaran artikel berkenaan isu kebebasan beragama dalam kalangan orang Melayu yang disifatkan beliau sebagai fitnah.

Menurut Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, akhbar Utusan Malaysia hanya menyiarkan semula artikel laporan portal propembangkang Malaysiakini dan jawapan yang diberikan Nurul Izzah itu bermaksud mewajarkan orang Melayu diberi hak kebebasan beragama.

"Hadirin semua faham maksud jawapan itu dan diberikan tepukan gemuruh kepada Nurul Izzah, kenyataan itu tidak boleh disangkal lagi, sepatutnya Nurul Izzah memohon maaf di atas kenyataannya tetapi dia memilih untuk melawan khususnya Utusan Malaysia.

"Saya sudah berbincang dengan beberapa peguam-peguam kanan dan mereka bersedia membela Utusan Malaysia dalam isu ini bagi membela agama dan akidah Islam Melayu," katanya yang akan turut mewakili Utusan Malaysia dalam kes itu tanpa mengambil bayaran sesen pun.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Forum Kebebasan Bertukar Agama dari Sudut Islam dan Perlembagaan Persekutuan di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam tadi.

Nurul Izzah dalam kenyataannya seperti dipetik dari portal berita itu berkata: "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama.. mengapa sesetengah pihak berasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata,".

Beliau mengeluarkan kenyataan itu ketika menjadi salah seorang ahli panel Forum Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab bagi menjawab pertanyaan peserta iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti bukan Melayu anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang Jaya, dekat sini Sabtu lalu.

Sementara itu, ketika berucap sebagai menjadi ahli forum berkenaan, Zulkifli mendedahkan bahawa beberapa pihak termasuk Nurul Izzah sedang mengumpulkan dana dan barisan peguam untuk meranapkan Utusan Malaysia kerana akhbar tersebut merupakan satu-satunya suara media yang mempertahankan agama Islam dan orang Melayu.

"Saya ucapkan tahniah kepada Utusan, satu media yang berani mendedahkan isu ini, sumbangan Utusan ini bukan melariskan jualan suratkhabar, dia kena maki hamun, dia kena caci tetapi Utusan tetap berdiri mempertahankan agama Islam dan bangsa.

"Saya hendak beritahu Nurul Izzah dan kumpulannya, bila kamu berperang dengan Utusan, kamu akan berperang dengan kami," katanya sambil disambut tepukan gemuruh daripada para hadirin. - Utusan


GR kata: Pakatan hanya mahu lihat negara hancur dan suka poket mereka penuh....

Artikel pelbagai