Saturday, October 13, 2012

Nah Kau!! Padan Muka, Nak Sangat 'Anu' Besar Panjang..!!


Inilah manusia bila dianugerahkan otak untuk berfikir dengan sempurna tapi gagal digunakan dengan baik. Oleh kerana nafsu yang membuak dalam diri mereka sanggup melakukan apa saja demi kepuasan nafsu sendiri.

Ini namanya kerja gila yang kenikmatannya hanya sementara, selepas itu menanggung derita yang tak berlagu. Lain kali sebelum membuat sesuatu fikirlah dahulu...kelak nanti menyesal tak ada gunanya. Nasib baik tak hilang 'anu' dibuatnya....

IPOH: Bidang tugas anggota pasukan bomba dan penyelamat kini bukan sekadar memadam kebakaran atau mengeluarkan mangsa kemalangan, malah turut meliputi kerja menyelamatkan lelaki gila seks gara-gara cincin, gelang besi atau nat skru tersangkut pada kemaluan mereka.

Dalam kes terbaru, minggu lalu khidmat anggota bomba dan penyelamat Ipoh ditagih pihak hospital bagi memotong nat besi yang tersekat pada kemaluan seorang lelaki berusia 30-an.

Lelaki terbabit berbuat demikian kerana terpengaruh dengan dakwaan kononnya pemasangan gegelang seperti cincin dan nat pada kemaluan mampu meningkatkan keupayaan seksual serta memanjangkan zakar.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Mahir Mat Saad berkata, lelaki itu dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, selepas nat besi bersaiz lebih kurang syiling 50 sen yang disarungkan pada pada kemaluannya gagal dikeluarkan.
 

Menurutnya, tindakan lelaki itu menyebabkan aliran darah pada kemaluannya tersumbat sehingga alat sulitnya itu membengkak dan bertukar lebam hitam.


GR kata: Macam-macam manusia zaman sekarang...yang nafsu 2 alam pun ada jugakkan!!

DALAM PAS TIADA HALAL HARAM! RUMAH ALLAH S.W.T PUN BERANI LANGGAR!! @Zahid_Hamidi


Apa lagi yang ingin GR katakan dengan perjuangan PAS ini?? Dari awalnya perjuangkan Islam selepas itu...perjuangkan negeri kebajikan semuanya hanya omong kosong saja. Jika benar mereka perjuangkan Islam kenapa fatwa dan hadith Rasulullah S.A.W dipermainkan begitu saja??

Seperti kita semua sedia maklum, masjid dan surau adalah tempat umat Islam mengerjakan ibadah. Bagi puak-puak PAS ini adalah medan mereka untuk berpolitik. Baik dalam ceramah mahu pun dalam khutbah Jumaat. Mereka seolah-olah tidak takut akan hukum Allah S.W.T terhadap apa yang mereka lakukan, malah sekarang lebih galak lagi berbuat demikian.

GR percaya...PAS sekarang sudah kehabisan modal dalam berpolitik jadi tidak kira tempat mereka akan melemparkan fitnah terhadap apa yang perkara baik yang dibuat oleh Kerajaan. Dalam perkara ini rakyat Malaysia seharusnya berfikir secara logik, apakah perjuangan PAS ini relevan atau sebaliknya. Jawapannya ada pada pembaca sekalian.

Pembaca lihat sajalah gambar di atas, GR bukan ingin mencetuskan isu perkauman. Tapi apa yang PAS buat jelas terbukti dalam satu majlis yang mereka adakan baru-baru ini. Jika ingin berpolitik sekali pun, hormatilah masjid ini sebagai rumah Allah S.W.T. Masjid adalah tempat suci umat Islam menunaikan solat dan beribadah. Adakah mereka-mereka yang terdapat dalam gambar di atas terbukti kesucian mereka...???

Pada Ostad-ostad PAS yang taksub tu...GR sarankan kalau nak berpolitik tu janganlah di dalam masjid atau surau. Berpolitiklah di luar dan hormatilah kesucian rumah Allah S.W.T kerana itu adalah tempat umat Islam beribadah dan menuntut ilmu agama BUKANNYA menuntut ilmu songsang.

DS Zahid Hamidi melawat pembinaan surau baru di Kg Parit 7 Darat, Sg Sumun


GR kata: Pihak berkuasa perlu pantau dan ambil tindakan mereka yang berpolitik dalam rumah Allah S.W.T... Masih ada yang belum daftar sebagai pengundi???

SEBARKAN: PERJUANGAN DAP MAHU MALAYSIA JADI NEGARA KRISTIAN! PKR, PAS SOKONG SAJA!!


Masih ramai rakyat Malaysia yang belum buka mata dengan perjuangan sebenar pakatan pembangkang. Setiap kali apa yang dijanjikan oleh mereka pada rakyat Malaysia, kebanyakkannya terus mempercayai perjuangan kotor mereka ini. Apakah rakyat Malaysia tidak sedar dengan apa yang mereka lakukan selama ini?? Baik dari kemenangan mereka pada PRU 12...kata mereka rakyat Malaysia berpihak kepada mereka?? Inikah yang korang mahukan sebenarnya...???

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, perjuangan pakatan pembangkang hanyalah mainan gurauan yang semata-mata untuk mengaburi mata rakyat. Ketiga-tiga parti ini hanyalah memperjuangkan hak peribadi mereka saja. Jika kita lihat PAS, di mana perjuangan Islam mereka?? Fatwa dan mazhab agama Islam dipermainkan begitu saja. Perjuangan PKR pula, membela nasib rakyat?? Nasib rakyat mana yang terbela?? Rakyat Selangor kenapa jadi tunggang langgang?? Itu pun masih ramai rakyat Malaysia tidak sedar...!!!

Untuk pengetahuan semua, Islam sekarang dipermainkan begitu saja. Malah di Malaysia ini ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab mahu jadikan negara Malaysia sebuah negara Kristian. Inikah yang kita mahukan?? Sebuah negara Islam yang sejak dahulu lagi zaman terbentuknya Malaysia dan sekarang boleh main tukar-tukar pulak. Ingat main game ke apa?? PKR dan PAS hanya diam membisu tanda setuju. Mereka takut untuk bersuara kerana takut hilang undi dari rakyat.

GR menyatakan perkara ini semula untuk mengingatkan pembaca sekalian, bahawa agenda sebenar DAP telah pun diakui oleh Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng pada 16 April 2011. Majlis yang diadakan di negeri tersebut pada tahun lepas turut dihadiri pemimpin DAP dan pakatan pembangkang.

Ini menunjukkan, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa semalam , yang satu majlis kesyukuran anjuran DAP telah diadakan di Sarawak tahun lalu adalah benar dan bukan satu penipuan.
"Selepas pilihanraya di Sarawak baru-baru ini, untuk meraikan kemenangan, parti DAP contohnya, di Sarawak, telah ada satu perhimpunan yang diadakan di satu tempat sebagai majlis kesyukuran.

"Dalam majlis kesyukuran itu antara perkara yang disebut dan didoakan adalah supaya Malaysia menjadi negara Kristian".




Persoalannya sekarang...kenapa Khalid Samad dan Mat Sabun begitu marah dengan pendedahan yang dibuat oleh Ust. Nasharudin?? Bukankah apa yang dibuat oleh Ust. Nasha ini harus dipuji kerana sayangkan Islam dan kita sebagai umat Islam harus mempertahankan Islam dari dirobek oleh musuh-musuh Islam.

Apa yang Mat Sabun dan Khalid Samad merepek ini adalah kerana mereka takut akan hilang kepentingan mereka dalam pakatan pembangkang sebab tu mereka sanggup jilat antara satu sama lain....Korang fikir-fikirkanlah yer!!!


GR kata: Nak DAP jadi Perdana Menteri ker?? Korang ada otak boleh fikir sendiri yer..!!

Friday, October 12, 2012

KARTUN: PAS HANYA JADI KUDA PADA PEMBANGKANG!!



GR kata: Masih ramai 1.5 juta orang Melayu belum daftar sebagai pengundi...Kalau rasa nak Malaysia nie tergadai ditangan DAP dan pakatan korang buatlah sampai lewa yer....jangan menyesal suatu hari nanti dah tak da gunanya...Fikirkanlah!!

SINGA TERDIAM KAKU DIGASAK KOMANDOR ATM! #GoATM @Zahid_Hamidi @shahrulyahya




Slot pertama final Piala Malaysia 2012 menjadi milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyingkirkan LionsXII dengan penuh dramatik melalui situasi sepakan penalti 5-4 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 secara agregat pada masa tambahan. Yasir Hanapi memusnahkan impian LionsXII apabila sepakan penalti ketujuh yang diambilnya terkena tiang, sekali gus membawa ATM ke perlawanan akhir buat pertama kali sejak 1966.

Situasi penentuan penalti berlangsung dengan penuh debaran selepas pemain ATM, Aidil Zaquan Adha gagal menyempurnakan tendangan kedua, namun Saiful Esah meletakkan peluang kedua-dua pasukan kembali seimbang selepas tidak berjaya pada percubaan keempat. LionsXII berpeluang muncul pemenang pada perlawanan itu selepas sepakan keenam A. Varanthan terkeluar apabila mengenai palang tetapi Baihakki Khaizan mensia-siakan peluang tersebut selepas Farizal Harun berjaya menampan kemas sepakan pemain tinggi lampai itu sebelum Fitri Omar kembali meletakkan ATM di hadapan.

Sebelum itu, LionsXII berjaya memimpin perlawanan dengan jaringan pada minit ke-26 melalui Agu Casmir, namun Marlon Alex James mengheret perlawanan ke masa tambahan dengan jaringan di saat akhir perlawanan. ATM memberikan amaran awal sebaik minit ketiga melalui percubaan Zaquan Adha Abdul Razak namun dapat diselamatkan oleh Izwan Mahbud. Jaringan LionsXII hadir tanpa dijangka hasil percubaan Agu yang mengenai pertahanan ATM lantas mengelirukan Farizal Harun sebelum bola membias masuk ke dalam gawang pada minit ke-26.

Semangat patriotik begitu tinggi ditunjukkan oleh penyokong ATM semalam. Laungan lagu-lagu semangat mereka mainkan untuk menaikkan semangat pemain. Ini menunjukkan rakyat Malaysia sayangkan negara dan mereka tidak mahu negara tewas pada negara luar walaupun dalam bola sepak....Tahniah ATM dan tahniah rakyat Malaysia!!!


GR kata: Tahniah ATM, DS Zahid Hamidi umumkan hari Isnin ini hari cuti bagi warga ATM!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, October 11, 2012

INGAT POWER SANGAT! Anwar Terduduk Kena Tibai Ust Haron Din!!

Seorang pemimpin tertinggi PAS mengatakan Anwar Ibrahim tidak mendirikan PKR berlandaskan Islam tetapi hanya mencari keuntungan politik peribadi.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menegur tindakan Anwar bersekongkol dengan penganut Islam yang berfikiran liberal sehingga menolak kesesuaian agama itu untuk membentuk sebuah negara.

Minggu lalu, Anwar melancarkan sebuah buku karya bekas Ahli Parlimen India Mobashar Jawed Akbar atau juga dikenali dengan nama M.J Akbar.

Pada majlis itu, Akbar meremehkan peranan Islam dalam pembentukan sebuah negara, yang kebetulan menjadi agenda PAS di Malaysia.

Beliau berkata Islam tidak boleh dijadikan asas untuk membentuk sebuah negara kerana (jika boleh), "sudah tentu tidak akan ada 32 negara Arab di dunia" hari ini.

Akbar turut menegaskan jika Islam mampu membentuk sebuah negara, sudah tentu Singapura tidak terpisah daripada Malaysia.

"Islam adalah sebuah persaudaraan dan bukannya sebuah negara," tegas Akbar pada majlis yang dihadiri oleh Anwar dan pimpinan PKR yang lain.

Haron kesal kerana individu seperti Akbar yang mengakui beliau Islam tetapi "tidak semestinya sembahyang lima kali sehari," diberi peluang untuk menyebarkan pandangan-pandangan liberal di Malaysia, menerusi PKR.

Ust Haron Din meminta rakyat tidak menganggap tindakan Anwar bersekutu dengan orang-orang seperti Akbar sebagai sesuatu yang direstui PAS.

"Jangan kita rujuk kepada seorang perseorangan seperti Anwar, kerana itu tindakan dia sendiri.

"Anwar pun ada cara dia sebab dia pun bukan tubuh parti Islam tetapi parti Keadilan.

"Dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (buat) dia, maka dia buat. Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita," tegas beliau.

Bagaimanapun beliau menegaskan pihaknya tak boleh menerima mana-mana pandangan yang meremehkan peranan Islam dalam membentuk sebuah negara yang sempurna.


GR kata: Nak sangat Malaysia jadi negara bukan Islam, buatlah..menyesal kemudian tak ada gunanya. Ingat!! masih 1.5 juta orang Melayu yang belum lagi daftar undi...fikirkanlah kalau korang tak nak DAP jadi PM..!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, October 10, 2012

PANAS: VIDEO HOT AWEK CUN MANA NIE..??





GR kata: Layan video Anzalna memang best, tapi ingat masih ada 1.5 juta orang Melayu yang tak mendaftar sebagai pengundi. Jangan menyesal kelak sudah yer!!!


#IsuScorpene: PERANCIS DAH JAWAB! APA LAGI, KASI DAKWA KAKI FITNAH TUE!!

KUALA LUMPUR 9 Okt. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak mengambil tindakan terhadap pihak yang mencipta fitnah berhubung perbicaraan dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menggesa tindakan sewajarnya diambil terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan isu berkenaan dalam ceramah-ceramah dan kenyataan-kenyataan beliau bagi memfitnah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Mereka turut meminta agar pertubuhan tidak berdaftar, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang menjadi arkitek kepada fitnah berkenaan diharamkan kerana mengada-adakan isu perbicaraan yang kononnya sedang berlangsung di Perancis.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, pihak berkuasa harus bertindak memandangkan isu ini berkait rapat dengan maruah Malaysia dan rakyatnya di mata dunia, terutama dalam kalangan negara maju. Katanya, pendedahan oleh pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal, Yves Charpenel bahawa perbicaraan yang didakwa sedang berlangsung di negara itu sebenarnya tidak berlaku itu, harus dipuji.

“Pengakuan Charpanel sekali gus menepis fitnah, tanggapan dan persepsi yang cuba diwujudkan Suaram serta parti-parti pembangkang terhadap Perdana Menteri demi matlamat politik sempit mereka semata-mata," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Charpenel menafikan laporan-laporan media yang disebar oleh beberapa portal berita dalam talian Malaysia berhubung perbicaraan berkenaan tentang dakwaan isu kapal selam Scorpene. Beliau berkata, media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin, fakta, siasatan dan perbicaraan.

“Saya sedar tentang semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata, ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media," katanya.

Jelas Hamidzun, rakyat Malaysia berasa lega dengan kenyataan Charpenel yang membuktikan urusan pembelian peralatan ketenteraan oleh kerajaan adalah telus dan tidak meragukan.

“Kenyataan daripada wakil Perancis ini sangat positif dan akan melonjakkan lagi imej Perdana Menteri sebagai pengamal nilai ketelusan, amanah dan keadilan terhadap segala urusan pentadbiran beliau," ujarnya.

Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip pula yakin kenyataan Charpenel itu akan meresahkan pakatan pembangkang yang kini merasakan mereka tergugat akibat tindakan jahat mereka sendiri dalam meracuni pemikiran rakyat. Menurut beliau, pembangkang pasti akan mendakwa pula Charpenel merupakan tali barut atau perkakas yang digerakkan BN atau UMNO untuk mengaburi rakyat, seperti pernah mereka lakukan pada isu-isu lain yang tidak memihak kepada mereka.

“Selama ini, Suaram dan pembangkang galak membuat perbicaraan sendiri di dalam portal-portal berita bagi mengelirukan rakyat, namun telah gagal. Mereka pastinya patah hati kerana rancangan mereka untuk memburuk-burukkan Malaysia rosak teruk, yang terdedah hanya keburukan mereka sendiri," kata beliau.

Perkara sama turut ditekankan Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli yang menyifatkan pendedahan Charpenel sebagai cerminan kepada sikap buruk pembangkang dan ketuanya, Anwar.

GR kata: Mane perginya orang Melayu? Tak sayangkan bangsa sendiri & negara ke? 1.5 juta orang Melayu masih belum daftar undi...korang fikir-fikirkanlah yer!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

WAJIB TONTON: UST NASHA DEDAH MISI UTAMA DAP UNTUK MALAYSIA!!

Kepada pembaca blog GR dan seluruh rakyat Malaysia, lihatlah video ini sehingga tamat dan hayatilah setiap ayat pendedahan yang dibuat oleh Ust Nasharudin Mat Isa. Pendedahan berani ini harus diambil iktibar oleh seluruh rakyat Malaysia yang sayangkan negara dan paling penting sayangkan agama Islam yang suci.

Sebarkan video ini, kita sebagai umat Islam haruslah pertahankan agama Islam dan perangi musuh Islam yang ingin menghancurkan Islam...





Baca selanjutnya klik DI SINI


GR kata: Seramai 1.5 juta orang Melayu masih belum mendaftar sebagai pengundi. Jangan marah la yer kalau suatu hari nanti orang bukan Melayu yang jadi PM...sebab orang Melayu sekarang dah naik lemak!! 


FOTO NOSTALGIA: @anwaribrahim MASIHKAH KAU INGAT..??



GR kata: Kalau dah kaki pusing tu memang pusing laa jawab nyer. Rakyat harus sedar jangan terpedaya dengan janji Si Kaki Pusing....

Tuesday, October 9, 2012

PANAS!! ARTIS POPULAR POST SEKSI UNTUK BOYPREN SEBELUM TIDO..??

Adeh! Baru-baru ni, Erin Malek telah memuat naik gambarnye yang hendak tidur ke laman Instagram.

Difaham, walaupun gambar tersebut untuk tatapan umum, kata-katanye yang ditulis ditujukan kepada kekasihnya, Walid.

    Good night utk saya dan Good morning utk semua  @walidwahid

Dengan berpakaian sebegini, korang tentukanlah sendiri yer.. Lihat di bawah :



GR kata: Golongan artis perlulah berhati-hati dalam setiap kelakuan kerana sentiasa menjadi ikon dan bualan masyarakat....fikir-fikirkanlah yer!!

FOTO: OSTAJAH @abby_abadi112 YANG LEBIH TINGGI ILMUNYA DARI ORANG LAIN!!



GR kata: Mazhab dan fatwa mana Abby guna yer?? Jangan terlampau taksub...belajar ilmu agama kasi qatam dulu baru la nak keluarkan fatwa. Jauh sangat dah Abby nie...

ISU SCORPENE: ANWAR MAIN KOTOR UNTUK BURUKKAN IMEJ NEGARA! @Zahid_Hamidi


BAGAN DATOH - Kementerian Pertahanan menyerahkan kepada Peguam Negara sama ada mahu menghalang atau membenarkan kehadiran peguam Perancis, William Bourdon, yang dilihat mempunyai kepentingan politik untuk pihak pembangkang.

Bourdon dijemput oleh pembangkang untuk memberikan taklimat berkenaan pembelian kapal selam Scorpene di Parlimen.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjemput peguam itu untuk kepentingan politiknya.

"Anwar memanggil peguam luar untuk memburukkan imej negara dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang memegang jawatan Menteri Pertahanan, semasa pembelian kapal selam itu.

"Sebagai Menteri Pertahanan, saya akan terus mempertahankan pembelian kapal selam Scorpene kerana ia melibatkan spesifikasi dan harga yang telah dirundingkan," tegasnya.

Beliau menekankan, walaupun kedatangan peguam Perancis itu atas tujuan politik dan tiada kaitan dengan perundangan negara, ia tetap menggambarkan campur tangan pihak luar dalam hal ehwal dalaman negara ini.

"Ia merupakan cubaan merendahkan imej negara dan kredibiliti peguam dalam negara ini. Rakyat harus tolak campur tangan dari orang luar," katanya ketika ditemui selepas Temasya Sukan Sekolah Agama Rakyat Al-Ulum Al Tarbiah Kampung Tanah Lalang, di sini, semalam.

Ahmad Zahid menjelaskan, pembelian kapal selam itu dilakukan mengikut perundangan serta garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kewangan.

Menurutnya, Ketua Audit Negara telah mengemukakan laporan rasmi mengenai pembelian kapal selam berkenaan dan ia tidak harus dipertikaikan.

Menyentuh rayuan veteran angkatan tentera supaya kerajaan memberikan mereka elaun tetap RM500 sebulan, Ahmad Zahid berkata, ia terserah kepada budi bicara dan pertimbangan Perdana Menteri.

"Pemberian sagu hati RM1,000 yang dibentangkan pada Bajet 2013 harus diterima dengan penuh kesyukuran oleh pesara tentera. Pemberian itu adalah tanda penghargaan kerajaan kepada mereka yang berkhidmat dalam era darurat," katanya. - SH


GR kata: Kita tengok Anwar nak lari mana pulak kali ni..???

GEMPAR: SELEPAS ABBY, SIFU M.NASIR PULA JOIN PEMBANGKANG??


Lama kita tidak dengar kisah selebriti menyertai mana mana parti politik dan jika anda berminat ya, Abby Abadi masih aktif di Twitter berdakwah bersama politiknya.

Tetapi ini kisah sifu industri muzik Malaysia, Datuk M. Nasir yang kini dikhabarkan semakin aktif dengan aktiviti berpolitik bersama sama barisan parti pembangkang.

Minggu lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui akaun Youtube Azmin Ali memuatnaik sebuah video untuk lagu berjudul Panji Keadilan yang dinyanyikan oleh M. Nasir.

Walaupun tidak dinyatakan dalam deskripsi video, ianya jelas merupakan suara ikonik M. Nasir dan lagi lagu ini pula dicipta oleh Buddhi Hekayat, rakan pencipta untuk lagu Awan Nano.

Seorang pengirim e-mail kepada kami hari ini menyatakan beliau risau jika M. Nasir turut diheret oleh parti pembangkang untuk menjayakan agenda politik mereka.

Kita sendiri tidak tahu sama ada benar M. Nasir terlibat secara langsung dengan Parti Keadilan Rakyat atau lagu Panji Keadilan ini sekadar projek seni beliau yang lainnya.

Nak dengar lagu yang dinyanyikan oleh Datuk M.Nasir.... Klik DI SINI


GR kata: Pembangkang tabur duit untuk kaburi mata artis...artis harus sedar apa yang mereka lakukan!!

Monday, October 8, 2012

FOTO: APA RAHSIA DISEBALIK SURAT AWEK @Khalid_Ibrahim NIE..??



Cuba pembaca lihat dengan teliti surat dari Exco Selangor YB Elizabeth Wong ini. Penyerahan tanah milik Yayasan Selangor boleh dibuat macam tu saja atas arahan Exco?? Siapa lagi yang berkuasa..?? MB Selangor atau pun Exco Selangor yang rata-rata dikalangan besarnya DAP.

MB Selangor kecut telur ker?? GR masih tidak pasti atas kebenaran kisah sebenar mengenai surat di atas. Apa yang ingin GR sampaikan ialah cuba korang lihat cop tanda SelangorShines kenapa tanda bintang 3?? Ternyata puak DAP ini adalah didalangi KOMUNIS. Mohon jawab yer wahai aweks Khalid Gagap...!!!


GR kata: DAP memerintah?? Negara bakal dijajah sekali lagi...betul tak??

APA PUNYA PUSING NIE KAK JAH OI..?? #PRMenipu


Bahang pilihanraya ke 13 semakin hari semakin hangat diperkatakan. Bukan itu saja, malah ada yang sudah pun gilakan sangat kuasa..sudah pun mempunyai kabinet bayangan. Apakah ini yang mereka inginkan selama ini?? Ternyata apa yang mereka mahukan hanyalah kuasa, bukannya perkhidmatan yang baik mereka ingin berikan kepada rakyat Malaysia.

Sejak beberapa minggu yang lepas, GR pasti ramai dikalangan pembaca yang sudah mengetahui senarai kabinet bayangan yang pakatan pembangkang ini. Apa yang menarik perhatian GR di sini yang ingin dikongsikan bersama seluruh rakyat Malaysia, cuba lihat pentadbiran mereka di negeri-negeri seperti Selangor, P.Pinang, Kedah dan Kelantan. Nasib apa yang menimpa rakyat di negeri tersebut? Apakah segala janji yang ditaburi pada mereka pada PRU 12 ditunaikan? Berapa banyak omong kosong yang rakyat dapat?? Korang fikirkanlah sendiri yer....

Dalam istilah kabinet bayangan ini kenapa Kak Jijah isteri pada Anwar Ibrahim ini cuba nak putar alam. Senarai menteri bayangan tidak sama dengan kabinet bayangan?? Bukankah dalam sistem pentadbiran sesebuah negara menteri itu di dalam kabinet. Nampak sangat sistem pentadbiran bayangan pakatan pembangkang hanyalah sistem BAYANGAN GURAUAN semata-mata. Mereka hanya mahukan kuasa demi kepentingan peribadi mereka saja. Nasib rakyat langsung TIDAK DIBELA.

Jika kita lihat dalam senarai kabinet bayangan pakatan pembangkang itu sendiri semuanya dikalangan kroni Anwar Ibrahim sendiri. Perlukah ada Timb. Perdana Menteri seramai 3 orang?? Perlukah anak beranak juga dalam menjawat jawatan dalam kabinet bayangan?? Dan yang paling PENTING....perlukah seorang Perdana Menteri itu dikalangan mereka yang mempunyai ciri-ciri seorang yang GayBoy, kaki betina, LGBT dan paling teruk sekali KAKI RASUAH yang melampau...KAKI SAKAU duit rakyat!! Buktinya..?? Pembaca lihatlah sendiri kemewahan yang beliau nikmati sekarang...Renung-renungkanlah!!!


GR kata: Kesian Kak Jah hanya jadi patung pada Anwar....

Pasukan ATM Masih Ada Peluang Ke Final! #GoATM @Zahid_Hamidi @shahrulyahya



PENGENDALI Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan ternyata berpuas hati dengan kejayaan mengikat Lions XII 1-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Jalan Besar, Singapura malam kelmarin.
Satnianathan menganggap ATM telah mempamerkan persembahan cemerlang meskipun mengakui barisan pemainnya mengalami kesukaran beraksi di atas padang rumput tiruan.
ATM membuka tirai jaringan menerusi penyerang import, Marlon Alex James pada minit ke-52 sebelum Muhammad Safuwan meledak gol penyamaan buat Lions XII sepuluh minit sebelum perlawanan berakhir.
"Mana-mana pasukan di dalam dunia ini tidak akan mampu beraksi dengan baik sekiranya hanya diberikan peluang sekali untuk mencuba (padang rumput tiruan).
"Tetapi saya sangat kagum dengan semangat pemain-pemain saya sehingga berjaya mendapat pulang satu gol di tempat lawan.
"Itulah paling mustahak dan pada saya, kami sudah berjaya pada peringkat separuh akhir pertama," kata Sathianathan kepada Kosmo! Ahad semalam.
Sathianathan memberitahu, pasukannya kini berada di landasan yang terbaik dalam usaha untuk melayakkan diri ke pentas final Piala Malaysia.
Bagaimanapun, Sathianathan enggan anak-anak buahnya terlalu selesa dengan keputusan itu sambil menyifatkan tugas mereka hanya akan selesai di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Khamis ini.
Katanya, kepulangan Zaquan Adha Abdul Radzak selepas menjalani penggantungan satu perlawanan bakal memperkuatkan cabaran ATM bagi menghadapi aksi separuh akhir kedua itu nanti.
"Peluang kami cerah (untuk mara ke final). Satu gol di tempat lawan sangat penting bagi kami.
"Namun, saya tidak mahu mereka alpa atau mendabik dada di atas kejayaan itu kerana kami masih memiliki 90 minit lagi untuk merealisasikan hasrat kami untuk melangkah ke final.
"Jadi sekali lagi saya mahu para pemain ATM memberikan tumpuan 100 peratus pada aksi separuh akhir kedua nanti," katanya.
GR kata: Teruskan usaha harumkan nama ATM cipta sejarah....
Sent from Samsung tablet

Sunday, October 7, 2012

#PRU13: PM @NajibRazak HARAPKAN MANDAT BESAR DARI RAKYAT!

Keputusan PRU13 bantu capai visi bentuk negara maju menjelang 2020: PM
Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berharap beliau akan diberikan mandat yang besar pada pilihan raya umum akan datang untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.
Perdana Menteri berkata, tempoh lima tahun akan datang amat penting bagi kerajaan untuk menunaikan janji dan komitmen yang dibuat oleh pemimpin terdahulu kepada negara.
"Saya ingin mendapat mandat besar, kerana bagi mencapai visi kami menjadi sebuah negara maju menjelang 2020, tempoh lima tahun akan datang ini akan menjadi sangat penting. Sangat penting kerana anda bercakap mengenai pusingan akhir.
"Anda bercakap mengenai bahagian terakhir ini dan ia adalah bahagian paling penting kerana kami benar-benar perlu untuk melaksanakannya," katanya bercakap dalam satu temu bual dengan 'CNBC Conversation' yang dihoskan pengacara terkenal Martin Soong yang disiarkan melalui Astro CNBC (Saluran 518) semalam.
Najib berkata demikian sebagai menjawab soalan betapa pentingnya pilihan raya umum akan datang baginya dan kepentingan bagi mendapat mandat semula, terutama bagi mentransformasi Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020.
Katanya, transformasi adalah komitmen tegas yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada awal 90-an dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi melaksanakan sebahagian daripadanya, dan kini giliran beliau untuk menunaikannya.
Menjawab satu soalan, Najib, yang juga Menteri Kewangan, bersetuju bahawa mencapai pertumbuhan ekonomi yang lestari dan inklusif tanpa menjejaskan terlalu banyak landskap politik adalah satu daripada cabaran untuk menjadi sebuah negara maju.
Agih hasil pendapatan
Bagaimanapun, beliau menegaskan kunci untuk menjadikan masyarakat lebih saksama adalah dengan mendapatkan pertumbuhan bagi mengagihkan semula hasil pendapatan itu kembali kepada rakyat.
Dalam temu bual setengah jam itu, Najib berkata usaha (untuk menjana pertumbuhan) itu dapat dilaksanakan dan jumlah itu kelihatan lebih positif, terutama dengan penyertaan Bumiputera.
"...tapi ia bukan hanya mengenai jumlah ekuiti. Kita juga perlu memastikan bahawa ada pengagihan pendapatan yang adil antara pelbagai tahap pendapatan dalam negara ini," katanya.
Najib berkata, Malaysia sedang menuju ke arah pengamalan demokrasi yang lebih matang dan bertenaga dengan kerajaan mengambil langkah sewajarnya bagi membenarkan rakyat menggunakan hak asasi mereka dalam konteks perundangan negara.
Menjawab berapa siri bantahan terhadap kerajaan dan penurunan penarafan populariti beliau dan keanggotaan Barisan Nasional (BN) baru-baru ini, Perdana Menteri berkata Malaysia tiada beza dengan negara lain.
Janji kepada rakyat
"Anda tahu, demokrasi turut berlaku di Amerika, Eropah, Jepun, Korea, mahupun di Hong Kong. Adakah ia sesuatu yang luar biasa?. Ia bukan.
"Pada hakikatnya, transformasi politik adalah sebahagian daripada janji saya kepada rakyat bahawa kita sedang bergerak ke arah demokrasi yang lebih matang dan bertenaga," katanya.
Perdana Menteri memetik penggantian Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) 1960 dengan Akta Perhimpunan Aman sebagai salah satu langkah kerajaan untuk menyatakan kepada rakyat bahawa mereka mempunyai hak untuk meluahkan pendapat masing-masing. - BERNAMA

Sent from Samsung tablet

Senarai Pemenang Anugerah Blokbuster 2011! Tahniah...!!!


SHAH ALAM: Filem KL Gangster arahan Syamsul Yusof membawa tuah buat pengarahnya apabila diangkat sebagai Filem Terhebat Anugerah Blokbuster 2011 yang diadakan di Stadium Malawati, di sini, Ahad malam. Kemenangan itu membolehkan KL Gangster membawa pulang trofi serta wang tunai keseluruhan berjumlah RM15,000.

Selain Filem Terhebat, KL Gangster turut memenangi bagi kategori Filem Aksi Terhebat dan Tuan Director Terhebat. Dalam pada Itu, filem Khurafat yang juga merupakan karya Syamsul turut menang bagi kategori Filem Takut Terhebat. Kemenangan KL Gangster sekaligus menewaskan saingan terdekatnya iaitu filem Hantu Bonceng yang memenangi anugerah Filem Kelakar Terhebat dan Hero Terhebat (Zizan Razak).

Anugerah Blockbuster 2011 yang baru pertama kali diperkenalkan ini akan menjadi acara tahunan yang bertujuan memartabatkan filem-filem serta penggiat seni tempatan. Filem yang bertanding dalam Anugerah Blockbuster 2011 adalah karya yang ditayangkan bermula 1 Januari 2011 sehinggalah 31 Disember 2011. Sebanyak 16 kategori yang melibatkan hampir 40 pencalonan (bagi setiap kategori) diperkenalkan menggunakan 100 peratus undian daripada orang ramai.

Sementara itu, anugerah yang bertemakan 'Letusan Blok Warna' disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria pada pukul 9 malam. Pengacara Zizan Razak, Lisa Surihani dan Afdlin Shauki diberi tanggungjawab mengendalikan anugerah tersebut.

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Blokbuster 2011:

Anugerah Filem Paling Hebat-KL Gangster
Anugerah Tuan Direktor Terhebat- Syamsul Yusof – KL Gangster
Anugerah Direktor Baru Terhebat- M Suurya – Sumpahan Puaka
Anugerah Filem Aksi Terhebat- KL Gangster
Anugerah Filem Kelakar Terhebat- Hantu Bonceng
Anugerah Filem Takut Terhebat- Khurafat
Anugerah Drama Muzikal Terhebat- Nur Kasih The Movie
Anugerah Hero Terhebat- Zizan Razak – Hantu Bonceng
Anugerah Heroin Terhebat- Yana Samsudin – Bini-Biniku Gangster
Anugerah Watak Penyangak Terhebat- Fikri Bakar – Klip 3GP
Anugerah Lagu Filem Terhebat- Ombak Rindu
Anugerah Hero Baru Terhebat- Shahir (Karak)
Anugerah Heroin Baru Terhebat - Tasha Shilla – Ratu The Movie
Anugerah PFM- Syamsul Yusof
Anugerah Astro First Terhebat- Kongsi


GR kata: Tahniah kepada semua pemenang...tahniah juga pada artis yang suka 'tayang-tayang...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Artikel pelbagai